UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Similar documents
EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

PENILAIAN PENGETAHUAN

PENILAIAN PENGETAHUAN

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

Q1 Gender / Jantina:

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

REKA BENTUK KERUSI BERASASKAN KAYU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Tandatangan Nama Penyelia II

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

Kiosk 4 COP SYARIKAT

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SIFAT MEKANIKAL BAGI RENCAM KAYU CFRP DI BAWAH PEMBEBANAN LENTURAN SHAMSUDIN BIN MAT ISA

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

\\\I\II\\\\\IIi\~I\i\II\~I~\~~\I[\I\II~\il\i[![\~\II\I\\\\II\ * *

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

EKSPERIMENTASI KOMBINASI TEKNIK SULAM DAN CETAK DARIPADA KULIT KAYU TEKALONG UNTUK REKAAN BEG. Anastasia Anak Hyacinth

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAN

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

DESIGN AND FABRICATION OF HANDY DISC LOOSE COCONUT PALM COLLECTOR MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN SHAHARUDDIN

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

YONG KIM CHYE N LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

PEMODELAN SIRI MASA KEPEKATAN BAHAN PENCEMAR UDARA 03, PMlO DAN JEREBU MENERUSI PENDEKATAN KALUT

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

EKSPLORASI KULIT KAYU

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

(HURUF BESAR) Tarikh:_

UNIVERSITI MALAYSIA SABAR. BORANG PENGESAl-IAN STATUS TESIS SESI PENGAJJAN:

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. tj1ý1ty1(at. ) (HURUF BESAR) dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

RISALAH DATA KESELAMATAN Mengikut Peraturan (EC) No 453/2010

Authorship Abu Bakar Ellah di dalam Telemovie Arahannya. Sydney Thomas Sibangan

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (HURUF BESAR)

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS. 'ýc12ti1ýý CROQOA7 AvoK-AOý,

EFFECTS OF POSTHARVEST HOT WATER TREATMENT ON PHYSIOLOGICAL AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF EKSOTIKA II PAPAYA DURING RIPENING

PEMBANGUNAN BROWNIECOKLAT DENGAN PURl SAYUR ESTERYNNA EMMIE SYLVESTER HN

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility

PRIVACY POLICY Act Notice in the case where you are a consumer of our products:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERUBAHAN BUAH CIKU (ACHRAS SAPOTA L.) SEMASA PERKEMBANGAN DAN KESAN SUHU SERTA PEMBUNGKUSAN SEMASA PENYIMPANAN TAUFIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. VIABILITY AND VIGOR OF DURA, PISIFERA AND TENERA OIL PALM (Elaeis guineensis Jacq.) POLLEN

Sains Malaysiana 47(8)(2018):

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

3.1 Terima dokumen dari Pejabat Pendaftar, PTJ, staf dan pelajar. Penyata lantikan baru. Arahan potongan gaji. Arahan perubahan gaji dan elaun

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

KAJIAN TIPOLOGI RUMAH KEDAI AWAL ERA BELANDA DI BANDAR MELAKA: SUMBANGAN KEPADA BIDANG PEMULIHARAAN DI MALAYSIA. oieh

I Malaysia Sa bah deng'ilo syarat-syarat kegunun scperti beril.-ut:

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 3) 2016

PENCURUSAN PROSES PEMBUATAN DAN PEMASARAN UKIRAN KAYU OLEH BELIAN IRONWOOD KRAF ENTERPRISE

KAJIAN TIPOLOGI RUMAH KEDAI AWAL ERA BELANDA 01 BANDAR MELAKA: SUMBANGAN KEPADA BIDANG PEMULIHARAAN 01 MALAYSIA. oleh

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (HURUF BESAR)

Iffl Iffi Iffi Iffi II ilihill III III

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

PEMBANGUNAN PRODUK COKLAT BERINTIKAN FONDAN BUAH TARAP HELNIE MIUN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENTERA YANG MEMERLUKAN SIJIL PERAKUAN KELAYAKAN (CF) DARI JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)

COCONUT HUSK REMOVER MOHD HAZIQ BIN NORDIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

RIWAYAT HIDUP ABSTRAK ABSTRACT UCAPAN TERIMA KASIH DAFTAR ISI DAFTAR TABEL DAFTAR GAMBAR DAFTAR LAMPIRAN BAB I PENDAHULUAN

Transcription:

i UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA KEKUATAN MAMPATAN KONKRIT YANG DIPERBUAT DARIPADA POLYETHYLENE TEREPHTHALATE (PET) SESI PENGAJIAN : 2017/2018 Saya FATIN SYAZWANI BINTI NORIZAN mengaku membenarkan Laporan Projek Sarjana Muda ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Laporan Projek Sarjana Muda adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) FATIN SYAZWANI BINTI NORIZAN (TANDATANGAN PENYELIA) DR. NORPADZLIHATUN BINTI MANAP Alamat Tetap : NO. 78, KG JABI, 21000 BESUT, KUALA TERENGGANU Tarikh : Tarikh : Catatan: ** Jika Laporan Projek Sarjana Muda ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

ii KEKUATAN MAMPATAN KONKRIT DIPERBUAT DARIPADA POLYETHYLENE TEREPHTHALATE (PET) FATIN SYAZWANI BINTI NORIZAN Tesis projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2018

ii Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya telah jelaskan sumbernya Pelajar :... FATIN SYAZWANI BINTI NORIZAN Tarikh :.. Penyelia :.. DR. NORPADZLIHATUN BINTI MANAP Tarikh :...

iii DEDIKASI Buat insan yang disayangi dan dikasihi : Abah, Norizan Bin Othman dan Ummi, Norhusnizah Binti Hussin Terima kasih di atas segala sokongan, dorongan dan kata semangat yang telah diberikan sepanjang menyiapkan projek akhir tahun ini. Buat insan teristimewa : Mohd Shukri Bin Hashim Terima kasih di atas kesabaran, dorongan dan kata semangat terhadap insan ini dalam menyiapkan projek akhir tahun yang mengahdapi pelbagai kenangan pahit dan manis. Dedikasi ini juga ditujukan kepada penasihat projek, Dr. Norpadzlihatun Binti Manap yang mana memberikan bantuan dan petunjuk dalam menjayakan projek ini. Akhir sekali, dedikasi ini ditujukan khas kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan. Penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih kepada penyelia projek Dr. Norpadzlihatun Binti Manap diatas bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan nasihat yang tidak terhingga sepanjang proses perlaksanaan projek ini berlangsung. Tidak lupa juga kepada En. Salleh, pembantu makmal Bahan Binaan yang turut membantu dalam melaksanakan projek ini dan sering memberikan tunjuk ajar. Ucapan terima kasih juga kepada ahli keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan doa yang telah dicurahkan sehingga ke tahap ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sedia membantu dalam melaksanakan projek ini dan terima kasih tidak terhingga diucapkan kerana terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan projek ini.

v ABSTRAK Peningkatan sisa pepejal yang mengambil masa yang lama unutk dilupuskan mengakibatkan terjadinya peningkatan permasalahan pelupusan sisa pepejal di Malaysia yang mengakibatkan pencemaran udara, air dan tanah. Aktiviti pengorekan pasir untuk kegunaan dalam industri pembinaan juga menyebabkan tanah di Malaysia semakin berkurang dalam memenuhi permintaan semasa pelanggan untuk membina sesebuah bangunan. Sebagai alternatifnya, fiber botol plastik yang dikitar semula digunakan dalam pembuatan konkrit untuk mengurangkan kadar pencemaran daripada sisa pepejal sekaligus mengamalkan persekitaran yang mesra kepada teknologi hijau. Dalam kajian ini, fiber botol plastik digunakan dalam campuran konkrit untuk menggantikan pasir yang digunakan secara meluas dalam sektor pembinaan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kekuatan mampatan kiub konkrit yang mengandungi campuran fiber botol plastik dan perbandingan kekuatan mampatan kiub konkrit konvensional dan kiub konkrit yang mengandungi campuran fiber botol plastik. Kajian ini dijalankan secara eksperimen terhadap fiber botol plastik yang diambil daripada Syarikat Alba Polyester, Johor Bharu. Keputusan kajian ini menunjukkan spesimen yang mengandungi 10% fiber botol plastik standing dengan konkrit konvensional. Limitasinya adalah di mana peratus penggunaan fiber botol plastik dalam kiub konkrit adalah sedikit yang mungkin menyebabkan keputusan kekuatan mampatan tidak terlalu tepat. Hasil kajian yang dilakukan ini dapat membantu sektor pembinaan dalam menggiatkan penggunaan teknologi hijau sekaligus mengurangkan pencemaran yang sedia ada.

vi ABSTRACT The increase in solid wastes that took a long time to be eradicated resulted in an increase in the problem of solid waste disposal in Malaysia which resulted in pollution of air, water and soil. Sand dredging activities for use in the construction industry also result in Malaysia's land degradation in meeting current demands for building a building. Alternatively, recycled plastic bottle fibers are used in the manufacture of concrete to reduce pollution levels from solid waste as well as adopting a friendly environment for green technology. In this study, plastic bottle fibers are used in concrete mix to replace widely used sand in the construction sector. The objective of this study is to investigate the strength of concrete cube compressions containing a mixture of plastic bottle fibers and comparative strength of conventional concrete cube compressions and concrete cubes containing a mixture of plastic bottle fibers. This experiment was conducted experimentally on plastic fiber fibers taken from Alba Polyester Company, Johor Bharu. The results of this study show specimens containing 10% plastic fiber bottle standing with conventional concrete. The limitation is that the percentage of use of plastic bottle fibers in concrete cubes is a bit that may cause compressive strength decisions to be less accurate. The results of this study will help the construction sector to intensify the use of green technology while reducing existing pollution.

vii KANDUNGAN JUDUL PERAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI RINGKASAN DAN SIMBOL SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 3 1.3 Latar Belakang Kajian 4 1.4 Persoalan Kajian 5 1.5 Objektif Kajian 5 1.6 Skop Kajian 5 1.7 Jangkaan Hasil Kajian 6 1.8 Kepentingan Kajian 6

viii BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 7 2.2 Botol Plastik 8 2.3 Fiber Botol Plastik Sebagai Bahan Pengganti Pasir 10 2.4 Kekuatan Mampatan Konkrit 11 2.4.1 Faktor Mempengaruhi Kekuatan Mampatan 11 Konkrit 2.4.2 Kesan Fiber Botol Plastik Terhadap Kekuatan 15 Mampatan Kiub Konkrit 2.5 Kesimpulan 16 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 17 3.2 Rekabentuk Kajian 18 3.3 Perancangan Kajian 21 3.4 Pengumpulan Data 23 3.4.1 Data Primer 23 3.4.1.1 Perancangan dan Perincian 23 3.4.1.2 Penyediaan Bahan 23 3.4.1.3 Penyediaan Spesimen 28 3.4.1.4 Ujian Makmal 31 3.4.2 Data Sekunder 33 3.5 Kaedah Analisis Data 33 3.6 Cadangan 34 3.7 Kesimpulan 34

ix BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 35 4.2 Kesimpulan Analisis Data 36 4.3 Kebolehkerjaan Konkrit 36 4.4 Ujian Kekuatan Mampatan 37 4.4.1 Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit yang 37 mengandungi 10% Campuran Fiber Botol Plastik 4.4.2 Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit yang 40 mengandungi 20% Campuran Fiber Botol Plastik 4.4.3 Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit yang 42 mengandungi 30% Campuran Fiber Botol Plastik 4.5 Perbandingan Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit 45 Konvensional dengan Kiub Konkrit yang mengandungi Campuran Fiber Botol Plastik 4.6 Kesimpulan 46 BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 47 5.2 Pencapaian Kajian 48 5.2.1 Objektif 1: Mengkaji kekuatan mampatan 48 kiub konkrit yang mengandungi campuran fiber botol plastik. 5.2.2 Objektif 2: Membandingkan kekuatan 49 mampatan kiub konkrit yang mengandungi campuran fiber botol plastik dengan kiub konkrit konvensional. 5.3 Limitasi Kajian 50 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 51 5.5 Kesimpulan 51

x RUJUKAN 54 LAMPIRAN A 58 LAMPIRAN B 59 LAMPIRAN C 60 LAMPIRAN D 61 VITA 62

xi SENARAI JADUAL 2.1 Ciri-ciri Plastik 10 3.1 Perancangan kajian Februari 2017 Disember 2017 22 3.2 Spesifikasi Simen Portland Biasa (SPB) 24 3.3 Spesifikasi Botol Plastik 25 3.4 Kiub konkrit mengikut peratusan fiber botol plastik 29 4.1 Ujian Runtuhan bagi Kiub Konkrit Konvensional dan 37 Kiub Konkrit yang mengandungi Campuran Fiber Botol Plastik 4.2 Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit G20 yang mengandungi 38 10% Campuran Fiber Botol Plastik 4.3 Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit G25 yang mengandungi 38 10% Campuran Fiber Botol Plastik 4.4 Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit G30 yang mengandungi 38 10% Campuran Fiber Botol Plastik 4.5 Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit G20 yang mengandungi 40 20% Campuran Fiber Botol Plastik 4.6 Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit G25 yang mengandungi 40 20% Campuran Fiber Botol Plastik 4.7 Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit G30 yang mengandungi 41 20% Campuran Fiber Botol Plastik 4.8 Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit G20 yang mengandungi 43 30% Campuran Fiber Botol Plastik 4.9 Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit G25 yang mengandungi 43 30% Campuran Fiber Botol Plastik

xii 5.0 Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit G30 yang mengandungi 43 30% Campuran Fiber Botol Plastik 5.1 Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit Konvensional 45 5.2 Peratusan Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit mengikut umur 45 5.3 Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit Konvensional dengan 45 Kiub Konkrit yang mengandungi Campuran Fiber Botol Plastik

xiii SENARAI RAJAH 1.1 Statistik Sisa Pepejal 4 3.1 Carta Aliran Metodologi Kajian 19 3.2 Carta Aliran Kerja Makmal 20 3.3 Fiber Botol Plastik 26 3.4 Penghancur Botol Plastik 26 3.5 Pasir dan Batu 27 3.6 Acuan Kiub Konkrit Saiz 100 x 100 x 100 mm 29 3.7 Proses Pengawetan Kiub Konkrit 30 3.8 Peralatan Ujian Runtuhan 31 3.9 Jenis Runtuhan 32 4.1 Purata Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit yang mengandungi 39 10% Fiber Botol Plastik untuk 7 Hari 4.2 Purata Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit yang mengandungi 39 10% Fiber Botol Plastik untuk 14 Hari 4.3 Purata Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit yang mengandungi 41 20% Fiber Botol Plastik untuk 7 Hari 4.4 Purata Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit yang mengandungi 42 20% Fiber Botol Plastik untuk 14 Hari 4.5 Purata Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit yang mengandungi 44 30% Fiber Botol Plastik untuk 7 Hari 4.6 Purata Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit yang mengandungi 44 30% Fiber Botol Plastik untuk 14 Hari 4.7 Purata Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit yang mengandungi 45 Fiber Botol Plastik untuk 7 Hari 4.8 Purata Kekuatan Mampatan Kiub Konkrit yang mengandungi 46 Fiber Botol Plastik untuk 14 Hari

xiv SENARAI RINGKASAN DAN SIMBOL PET - Polyethelene Terephtalate OPC - Ordinary Portland Cement SPB - Simen Portland Biasa CO2 - Karbon Dioksida CaOH - Kalsium Hidroksida SiO2 - Silikon Oksida Ai2O3 - Aluminium Dioksida Fe2O3 - Ferum Dioksida Mpa - Mega Paskal N - Newton mm2 - millimeter persegi % - Peratus RM - Ringgit Malaysia FPTP - Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A B C D TAJUK Ujian Runtuhan Proses Pengerasan Bancuhan Konkrit Proses Pengawetan Udara dan Air Penyediaan Bahan

16 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Pada masa kini, pelbagai langkah dapat dihasilkan dan diguna pakai dalam menjadikan sesuatu bahan yang digunakan lebih mesra, lebih ekonomi dan mempunyai ketahanan yang hampir dengan yang asal. Sebagaimana yang telah maklum, penggunaan botol plastik yang meluas di kalangan masyarakat menimbulkan masalah bahan buangan yang mengambil masa beribu tahun untuk terurai. Penghasilan botol plastik yang banyak dan masa yang diambil untuk ia dilupuskan juga tidak memberi kesan efektif kepada masyarakat, penduduk dan negara itu sendiri dimana kebanyakan kuantiti yang terhasil dijadikan bahan buangan yang dikumpulkan sama ada di atas tanah atau di dalam tanah. Konkrit merupakan bahan yang diguna pakai secara meluas dalam sektor pembinaan dan mempunyai pelbagai gred seperti gred 20, gred 25, gred 30 dan sebagainya. Di tapak bina, banyak struktur yang menggunakan konkrit gred 20, gred 25 dan gred 30 samada untuk kerja-kerja yang

17 mempunyai tetulang mahu pun tidak. Ini kerana ciri-cirinya yang kukuh, tahan karat dan tahan panas. Dalam kajian yang bakal dilakukan, kiub konrit gred 20, gred 25 dan gred 30 akan digunakan selaras dengan kerja di tapak bina yang banyak menggunakan konkrit tersebut untuk kerja-kerja yang mempunyai tetulang atau biasa seperti mana Dinescu.T dan Râdulescu.C (1984) menyatakan bahawa dinding dan lantai adalah struktur yang terbesar dan terbanyak yang akan dibina dan kebiasaan industri akan menggunakan konkrit gred 20 untuk kerja-kerja berikut. Ini sekaligus menyokong terhadap penggunaan kiub konkrit gred 20, gred 25 dan gred 30 dalam kajian yang bakal dilakukan kerana penggunaannya yang meluas dalam industri pembinaan. Plastik diperbuat daripada resin dengan atau tanpa pengisi, bahan tambahan dan pigmen. Plastik berasal daripada petroleum, gas asli, arang batu, kayu atau serat sayur- sayuran. Plastik banyak dihasilkan kerana beratnya yang ringan, tidak berkarat, tidak didatangi serangga dan harganya yang murah. Plastik juga terbahagi kepada dua jenis iaitu plastik termoset dan termoplastik. Fiber botol plastik yang akan digunakan dalam kajian ini adalah daripada kalangan termoplastik. Fiber botol plastik pula yang akan digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk menggantikan pasir pantai yang sering digunakan dalam proses pembuatan konkrit di mana pengurangan kerja pengorekan pasir berlaku dan sekaligus mengitar semula bahan buangan botol plastik untuk digunakan dalam kerja pembinaan dan mengurangkan kos pembinaan. Kesimpulannya, lambakan botol plastik yang mempunyai bilangan besar di tempat pelupusan sampah dapat dikurangkan dan menjadikan kawasan pelupusan sampah lebih efisien penggunaannya terhadap bahan buangan yang lain. Sebagai langkah alternatif, penggunaan fiber botol plastik dalam kajian ini sebagai ganti kepada pasir pantai dalam bahan pembuatan konkrit menjadi bahan utama dalam kajian yang bakal dijalankan.

18 1.2 PERNYATAAN MASALAH Dalam industri pembinaan masa kini, harga untuk menyiapkan sebuah unit rumah boleh mencapai kepada 1 juta ringgit Malaysia. Ini adalah disebabkan peningkatan harga bahan binaan yang berlaku dan juga disebabkan inflasi ekonomi negara. Dalam industri pembinaan, penggunaan pasir dalam kerja-kerja konkrit yang secara amnya banyak digunakan juga adalah antara salah satu sebab harga bagi sesebuah bangunan meningkat. Para pemaju giat mendirikan bangunan namun tiada pembeli yang ingin membeli rumah tersebut berikutan dengan harga yang terlampau mahal. Sebagai langkah alternatif, penggantian bahan binaan yang lebih murah amat pelu dilakukan seperti penggantian pasir kepada fiber botol plastik yang ternyata lebih murah harganya berbanding pasir. Dalam aspek persekitaran, penggunaan botol plastik sangat meluas penggunaannya di mana ianya terhasil sebanyak 19,100 tan sehari dengan purata 0.9 kilogram (kg) seorang dalam sehari manakala di Lembah Klang 1.15 kilogram (kg) seorang dalam sehari. Jumlah ini juga bakal meningkat kepada 30,000 tan menjelang tahun 2020. Akan tetapi, masyarakat kini mempunyai kesedaran sivik yang amat rendah terutamanya di Malaysia di mana kita dapat lihat banyak bahan terbuang yang sepatutnya dikitar semula tidak dikitar semula. Amalan terhadap pengitaran semula bahan buangan juga sangat rendah dan tidak diamalkan kerana beranggapan ada orang lain yang akan melakukannya. Rajah 1.1 merupakan statistik yang diambil di Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, plastik merupakan bahan buangan kedua tertinggi yang mendiami Pusat Pelupusan Sampah. Botol plastik yang senang didapati ini mengukuhkan lagi sebab mengapa botol plastik digunakan dalam kajian ini.

19 Komposisi Peratus (%) Jumlah (tan/tahun) Harga Pasaran (RM/kg) Harga (RM Milion) Kertas 17.1 1,026,000 0.20 205.2 Plastik 9.1 546,000 0.30 163.8 Kaca 3.7 222,000 0.05 11.1 Aluminium 0.4 24,000 2.00 48.0 Besi Buruk 1.6 96,000 0.50 48.0 Bahan Tidak 68.1 4,086,000 - - Boleh Dikitar Semula Jumlah 100.0 6,000,000-476.1 RAJAH 1.1 Statistik Sisa Pepejal (Sumber: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2005) Terdapat banyak masyarakat yang tidak mengetahui hakikat sebenar tentang penghasilan, penggunaan dan proses kitar semula botol plastik. Botol plastik secara amnya diguna untuk mengisi minuman, cecair dan sebagainya mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hingga 500 tahun untuk terurai dan apabila dibakar ianya akan menghasilkan asap bertoksik. Penggunaan botol plastik juga dianggarkan hanya 80% yang diguna untuk sekali penggunaan sahaja dan selebihnya bakal menjadi bahan buangan. Penghasilan botol plastik juga memerlukan lebih 1.5 milion tong minyak untuk mencapai kehendak penggunaan masyarakat dunia dalam sehari. 1.3 LATAR BELAKANG KAJIAN Dalam kajian ini, kiub kokrit gred 20 akan digunakan dan dilakukan di Makmal Bahan Binaan, FPTP, UTHM. Bahan tambahan seperti fiber botol plastik digunakan sebagai ganti kepada pasir dalam pembuatan kiub konkrit. Fiber botol plastik ini dicampur mengikut kepada beberapa peratusan yang berbeza di dalam kiub konkrit. Kiub konkrit dibancuh dan dibiarkan mengeras kemudian direndam untuk diuji pada usia 7 hari dan 14 hari. Ujian kekuatan mampatan kiub konkrit dijalankan untuk mengetahui kekuatan mampatan yang mempunyai peratusan fiber botol plastik yang berbeza. Perbandingan kekuatan mampatan kiub konkrit yang mempunyai fiber botol plastik dan kiub konkrit konvensional juga bakal dilakukan.

20 1.4 PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian yang dilakukan adalah: 1. Berapakah kekuatan mampatan kiub konkrit yang mengandungi fiber botol plastik? 2. Adakah kekuatan mampatan kiub konkrit yang mengandungi fiber botol plastik sama dengan kekuatan mampatan kiub konkrit konvensional? 1.5 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini dilakukan adalah: 1. Mengkaji kekuatan mampatan kiub konkrit yang mengandungi fiber botol plastik. 2. Membandingkan kekuatan mampatan kiub konkrit yang mengandungi fiber botol plastik dengan kekuatan mampatan kiub konkrit konvensional. 1.6 SKOP KAJIAN Botol plastik dikumpul dari kawasan Parit Raja. Botol plastik yang sudah dihancurkan dibawa ke Makmal Bahan Binaan di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), UTHM. Sampel kiub konkrit G20, G25 dan G30 dihasilkan dan diuji kekuatan mampatannya. 1.7 JANGKAAN HASIL KAJIAN Penggunaan fiber botol plastik dalam kiub konkrit dijangka mempunyai kekuatan mampatan yang lebih tinggi berbanding kekuatan mampatan kiub konkrit konvensional. Kekuatan mampatan juga bergantung kepada peratusan penggunaan fiber botol plastik di dalam kiub konkrit.

21 1.8 KEPENTINGAN KAJIAN Penggunaan fiber botol plastik di dalam kiub konkrit sebagai ganti agregat halus di dalam simen mempunyai banyak kelebihan terutamanya di dalam sektor pembinaan dan terhadap alam sekitar. i. Sektor Pembinaan Penggunaan fiber botol plastik di dalam kiub konkrit sebagai ganti agregat halus dapat mengurangkan jumlah penggunaan pasir yang mempunyai permintaan tinggi. ii. Alam Sekitar Penggunaan botol plastik di dalam pembuatan konkrit dapat mengurangkan jumlah botol plastik yang tidak dapat dikitar semula yang terbiar di pusat pelupusan sampah.

22 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Konkrit merupakan bahan buatan manusia yang banyak digunakan dalam industri pembinaan. Konkrit mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi, ketahanan dan penyelenggaraan yang mudah. Ianya terdiri daripada bahan yang bersifat pengikat seperti simen, agregat kasar, agregat halus dan air. Namun begitu, bahan asas konkrit mempunyai kerapuhan dan kekuatan tegangan yang rendah berbanding dengan kekuatan mampatan bertetulang. Konkrit adalah salah satu daripada bahan binaan rapuh yang mempunyai ciri-ciri yang baik di bawah kekuatan mampatan tetapi rendah di bawah kekuatan tegangan dan ricih. Sesetengah ciri konkrit yang tidak baik adalah disebabkan oleh retak yang sedikit pada permukaan agregat mortar.

23 Terdapat banyak eksperimen yang dijalankan dengan memperkenalkan bahan kitar semula botol plastik sebagai pengggantian agregat halus dengan peratusan yang berbeza untuk memperbaiki sifat-sifat konkrit yang sedia ada. Malaysia memberi tumpuan utama untuk industri bio-teknologi ini dan dianggarkan berjuta tan botol plastik akan dihasilkan setiap tahun dimana menjadikan saiz tapak pelupusan sampah semakin meningkat dengan botol plastik yang mengambil masa bertahun untuk dilupuskan. Menurut umum, keprihatinan dan usaha-usaha penyelidikan menemui bahawa bahan buangan botol plastik berpotensi untuk digunakan sebagai bahan pembinaan bagi menggantikan agregat halus. 2.2 Botol Plastik Plastik dihasilkan dari minyak yang dianggap sebagai sumber yang tidak boleh diperbaharui kerana plastik mempunyai bahan tidak terlarut yang kira-kira 300 tahun dalam alam semula jadi. Ia dianggap sebagai satu pembaziran mampan dan pencemar alam sekitar. Malagavelli.V dan Rao P.N. (2010), telah mengkaji bahawa Polyethylene Terephthalate (PET) mempunyai ketumpatan tinggi daripada Polypropylene (PP) pada kebolekerjaan, kekuatan mampatan dan lenturan beban konkrit. Selain itu, Siddique.R et.al (2008) telah menyiasat kesan plastik kitar semula ke atas konkrit yang segar dan keras seperti ketumpatan pukal, kandungan udara, kebolehkerjaan, kekuatan mampatan, kekuatan tegangan, kesan rintangan kebolehtelapan dan rintangan lelasan. Puttaraj et.al (2012) juga telah mengkaji penggunaan bahan buangan botol plastik di dalam konkrit plastik yang cekap telah menghasilkan penggunaan yang berkesan terhadap botol plastik dan menyelesaikan masalah pelupusan sampah, pembuangan sampah yang tidak terkawal dan pemusnahan kuari untuk menempatkan sampah. Plastik dihasilkan daripada minyak yang dikategorikan sebagai sumber yang tidak boleh diperbaharui. Penggunaan botol plastik juga membuktikan botol plastik sebagai bahan inovatif untuk bangunan dan menjadikannya sebagai satu penyelesaian yang betul untuk penggantian bahan konvensional.

24 Pratima et al (2012) mengkaji bahawa dinding botol plastik adalah lebih murah berbanding bata dan memberi kekuatan yang lebih tinggi daripada bata. Botol plastik yang tidak dikitar semula akan berakhir di tapak pelupusan dan mengambil masa selama 1000 tahun untuk terurai. Ini menjadikan masalah pencemaran botol plastik di tapak pelupusan, jalan raya, laluan air dan masalah ini akan terus meningkat di samping pembangunan industri botol plastik. Baru-baru ini, Raju dan Chauhan.R (2014) menyebut bahawa terdapat pelbagai penyelidikan telah dilakukan untuk mengetahui selamat dan pelupusan mesra alam plastik. Mengikut Afroz et al (2013), serat PET bertetulang konkrit mempunyai tegangan dan kekuatan ricih yang lebih tinggi berbanding konkrit konvensional. Das.P (2004) mencadangkan bahawa botol plastik digunakan dalam industri pembinaan. Pemilihan bahan atau gred yang sesuai dan rekabentuk yang sesuai boleh membantu dalam penggunaan pelbagai aplikasi. Berat yang ringan, kelenturan, bahagian integrasi, harga yang murah, produktiviti yang tinggi adalah ciri-ciri utama untuk penggunaan plastik kejuruteraan. Termoplastik kejuruteraan dan pengenalan penggunaan gred yang spesifik telah mmberi cabaran kepada bahan konvensional dalam industri. Ramadevi.K dan Manju.R (2012) juga menjalankan kajian ke atas konkrit fiber dan menunjukkan peningkatan dalam kekuatan mampatan dan kekuatan regangan. Selain itu, Pakrashi.V et al (2013) juga telah mengkaji bahawa konkrit yang mesra alam adalah sumber yang berdaya maju untuk tujuan pembinaan dengan bilangan aplikasi yang dibenarkan. Konkrit agak mudah dihasilkan dengan berat yang terkawal. Konkrit mesra alam pula dilihat mempunyai kekuatan mampatan yang baik dengan nilai-nilai yang dilihat hampir sama dengan kiub konkrit konvensional. Berat konkrit mesra alam ini dilihat mempunyai kaitan yang hampir dengan kekuatan spesifik dan dengan beban kegagalan. Konkrit mesra alam ini khususnya mempunyai kekuatan yang spesifik. 2.3 Fiber Botol Plastik Sebagai Bahan Pengganti Pasir Botol plastik berpotensi tinggi sebagai bahan ganti kepada agregat halus seterusnya meminimumkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar. Dalam penyelidikan awal, kajian mendapati penggantian sebahagian agregat halus antara 0% hingga 3% fiber plastik berjaya mencapai kekuatan dan ketahanan yang maksimum berbanding konkrit konvensional yang