APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

Similar documents
Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

Q1 Gender / Jantina:

EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

PENILAIAN PENGETAHUAN

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

PENILAIAN PENGETAHUAN

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

PRIVACY POLICY Act Notice in the case where you are a consumer of our products:

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

Kiosk 4 COP SYARIKAT

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENTERA YANG MEMERLUKAN SIJIL PERAKUAN KELAYAKAN (CF) DARI JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

Hadiah Wang Tunai Lebih dari RM3.6 Juta

Perisian perakaunan terulung dalam pasaran di Malaysia, Brunei, Singapura dan negara ASEAN lain dengan lebih 500,000 pengguna.

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

DESIGN AND FABRICATION OF HANDY DISC LOOSE COCONUT PALM COLLECTOR MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN SHAHARUDDIN

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

Licenced to Zhulian Corporation / Downloaded on : 11-Apr-2008 / Single user licence only, copying and networking prohibited

Operations Review REVENUE / HASIL 0.03% 15.26% 0.03% 47.82% 36.89% 48.00% 15.27% 36.70% RM1, Million / Juta 1999/2000

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

EKSPLORASI KULIT KAYU

RISALAH DATA KESELAMATAN Mengikut Peraturan (EC) No 453/2010

3.1 Terima dokumen dari Pejabat Pendaftar, PTJ, staf dan pelajar. Penyata lantikan baru. Arahan potongan gaji. Arahan perubahan gaji dan elaun

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

Fungsi dan Pola Ganti Nama Melayu: Satu Interpretasi Semantik dan Pragmatik

REKA BENTUK KERUSI BERASASKAN KAYU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL

Campur Tangan Kemanusiaan Antarabangsa: Suatu Tinjauan Berkaitan Konflik dan Keabsahannya

Tandatangan Nama Penyelia II

SHELL GET MORE VALUE OUT OF RM1 - TERMS AND CONDITIONS (ENGLISH)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

FederationofMalysia EDICTOFGOVERNMENT±

MENGINDEKS BIBLIOGRAFI DENGAN MENGGUNAKAN KATAKUNCI SECARA INTERAKTIF BERASASKAN KOMPUTER MIKRO

Sains Malaysiana 47(8)(2018):

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMODELAN SIRI MASA KEPEKATAN BAHAN PENCEMAR UDARA 03, PMlO DAN JEREBU MENERUSI PENDEKATAN KALUT

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia KLASIFIKASI FAIL

EKSPERIMENTASI KOMBINASI TEKNIK SULAM DAN CETAK DARIPADA KULIT KAYU TEKALONG UNTUK REKAAN BEG. Anastasia Anak Hyacinth

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SUSUN ATUR UNTUK LEBIH MENONJOL DI MUSIM PERAYAAN

(HURUF BESAR) Tarikh:_

BAB 1 PENGENALAN. kajian, penyataan masalah, kepentingan kajian, objektif kajian, soalan kajian serta

Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. VIABILITY AND VIGOR OF DURA, PISIFERA AND TENERA OIL PALM (Elaeis guineensis Jacq.) POLLEN

MEMBINA KECERDASAN HATI PELAJAR

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 3) 2016

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/AK01 ARAHAN KERJA PESANAN BAHAN MONOGRAF DAN MEDIA

LAPORAN PROSIDING MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

\\\I\II\\\\\IIi\~I\i\II\~I~\~~\I[\I\II~\il\i[![\~\II\I\\\\II\ * *

COCONUT HUSK REMOVER MOHD HAZIQ BIN NORDIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

4 Cerakinkan mengikut nilai digit. 9 Rajah di bawah menunjukkan satu garis nombor.

Tie s o n g k e t s e r i e s. Like us on:

consumer marketing & direct selling

SEMESTER 1 / SESI KOLEJ VOKASIONAL (KPM)

SIFAT MEKANIKAL BAGI RENCAM KAYU CFRP DI BAWAH PEMBEBANAN LENTURAN SHAMSUDIN BIN MAT ISA

Para pengusaha sektor pertanian masa kini telah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERUBAHAN BUAH CIKU (ACHRAS SAPOTA L.) SEMASA PERKEMBANGAN DAN KESAN SUHU SERTA PEMBUNGKUSAN SEMASA PENYIMPANAN TAUFIK

Transcription:

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Perbankan atas talian, juga dikenali sebagai perbankan internet, adalah sistem pembayaran elektronik yang dibina bagi pelanggan bank melakukan transaksi kewangan seperti pemidahan wang, menyemak balance, melabur dan sebagainya melalui laman web institusi kewangan. Perkembangan perbankan dalam talian semakin pesat kerana ciptaan ini dapat menjimatkan masa dan tenaga dalam melakukan apa-apa transaksi. Pengguna boleh menyemak baki akaun dan memindahkan wang kepada akaun lain di mana-mana sahaja, tanpa pergi ke cawangan bank. Walau bagaimanapun, terdapat banyak penggodam yang sentiasa berusaha keras memecahkan sistem bank untuk mendapatkan maklumat pengguna sistem bank. Hal ini agak serius kerana ini boleh menyebabkan individu menghadapi kerugian yang sangat besar. Oleh itu, keselamatan sistem bank atas talian perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya pemilik akaun rasa selamat ketika berinteraksi dengan sistem bank atas talian. Dalam projek ini, algoritma pengesahan cap jari dan algoritma penyahsulitan kod QR akan diguna dan dianalisis bagi meningkatkan sistem keselamatan aplikasi bank. Penggunaan algoritma pengesahan cap jari dapat meningkatkan keselamatan sistem disebabkan keunikan cap jari bagi setiap individu. Dengan menggunakan alghoritma cap jari dalam sistem perbankan atas talian, keselamatan sistem boleh ditingkatkan dan masa untuk membuat transaksi dapat dijimatkan. Selain itu, penyahsulitan kod QR akan digunakan untuk membuat transaksi membeli-belah. Penggunaan kod QR dalam sistem pembayaran dapat menpercepatkan tansaksi dan amat selamat diguna. 1 PENGENALAN Pengesahan cap jari adalah salah satu biometrik yang terkenal dan telah diperkenalkan di seluruh dunia ini. Setiap individu mempunyai cap jari yang unik. Cap jari boleh disalin tetapi memerlukan satu prosedur yang panjang dan penyalinan cap jari tanpa keizinan pemilik adalah diharam. Disebabkan keunikan dan konsistensinya dari masa ke semasa, cap jari telah digunakan untuk mengenalpastikan identiti seseorang pada era ini. Baru-baru ini, pengesahan cap jari telah dijalankan secara automatik, iaitu biometrik, akibat kemajuan dalam sektor pengkomputeran. Penggunaan cap jari sebagai kaedah mengenal pasti individu telah digunakan sejak abad ke-19 ketika Sir Francis Galton menerangkan beberapa perkara atau ciri-ciri yang

boleh diketahui oleh cap jari. "Galton Points" ini merupakan asas untuk sains pengenalan cap jari, yang telah berkembang dan beralih dari abad yang lalu. Pengesahan cap jari memulakan peralihannya ke automasi pada akhir tahun 1960-an bersama dengan kemunculan teknologi pengkomputeran. Dengan penciptaan komputer, salah satu subset daripada Galton Points telah digunakan untuk membangunkan teknologi cap jari automatik. (Mayhew, 2012) Penggunaan pengesahan cap jari boleh meningkatkan keselamatan sistem komputer dan teknologi maklumat secara tidak langsung disebabkan keunikan. Misalnya aplikasi banyak menggunakan teknik pengesahan cap jari untuk mengesan penipuan dalam sesebuah transaksi kerana proses pengesahan ini adalah proses yang mengesahkan bahawa pengguna adalah siapa yang mereka nyatakan. Dalam algoritma pengesahan cap jari, identiti pengguna biasanya akan disimpan dalam beberapa jenis pengenalan, misalnya ID pengguna, nama pengguna atau kad. Algoritma pengesahan cap jari akan mengambil ID pengguna dan berbanding dengan cap jari baru dengan cap jari yang dikaitkan dengan ID pengguna sebelum ini. Jika kedua-dua cap jari dijumpai sama maka pengguna dibenarkan akses. Dalam pengesahan cap jari, perisian biometrik perlu mencari hanya rekod tunggal. (Thakkar, 2016) Hanya cap jari yang bersepadan dengan ID cap jari yang bersepadan dengan ID cap jari dalam rekod dapat mengakseskan data. Oleh itu, penggunaan algotritma pengeshan cap jari dalam sistem perbankan atas talian maya dapat meningkatkan keselamatan sistem tersebut. Kod QR (Quick Response) merupakan nama tanda dagangan bagi sistem kod bar yang dicipta oleh Denso Wave, anak syarikat Toyota pada tahun 1994. Pada asalnya, kod QR digunakan untuk mengesan kenderaan dalam process pemasagan dengan pantas. Walaupun Denso Wave merupakan pencipta Kod QR ini, tetapi mereka telah memberikan lesen percuma kepada sesiapa sahaja menggunakannya dengan mempaparkan teknologi baru ini ke atas internet pada ketika itu. Kod QR bukan sahaja dapat memegang 100 kali lebih banyak data daripada kod bar 1 dimensi (1D), ia juga boleh diimbas oleh teknologi digital seperti kamera telefon bimbit. Blok hitam dan putih yang agak kecil dalam kod QR dibaca oleh sensor imej telefon bimbit, selapas itu ditafsirkan oleh pemproses sistem. Proses untuk membaca kod QR ini dikenali sebagai algoritma penyahsulitan kod QR. Tiga segi empat besar dalam kod QR bertindak sebagai sasaran penjajaran, sementara dataran yang lebih kecil di sudut yang lain bertindak untuk menormalkan saiz dan sudut pukulan. Seperti yang anda dapat lihat dari Rajah 1.1, jalur

biru berhampiran dataran penjajaran mengandungi maklumat pemformatan, dan kawasan kuning yang tinggal adalah data sebenar yang ditukar menjadi kod binari dan diperiksa untuk ralat sebelum dipaparkan. Data yang dikodkan boleh ditafsirkan sebagai salah satu daripada empat mod utama-angka, abjad angka, bait / binari, dan Kanji. Bentuk data lain juga boleh dipaparkan dengan sambungan yang sesuai.(andrew Tarantola 2012) Dalam projek ini, algoritma penyahsulitan kod QR akan digunakn untuk menlakukan transaksi membeli-belah. Proses transaksi dapat dimudahkan dengan menggunakan algoritma ini. Rajah 1.1 Imej Penerangan Kod QR (Sumber diambil daripada (Andrew Tarantola 2012)) 2 PENYATAAN MASALAH Perkembangan dalam sector teknologi maklumat bukan sahaja memudahkan kehidupan masyarakat malahan telah meningkatkan ekonomi sesebuah negara secara tidak langsung. Pada masa ini, ekonomi digital menyumbang 17.8 peratus kepada ekonomi Malaysia dan disasarkan pada 20 peratus menjelang 2020. (RAHMAN, 2017) Walaobagaimanapun, ada segelintir manusia telah menyalahgunakan perkembangan teknologi untuk mendapatkan wang cepat tanpa berusaha. Mereka menggunakan apa-apa cara sahaja untuk mendapatkan bank maklumat pemilik tanpa keizinan dan melakukan

transaksi atau mengeluarkan wang dari mesin atm. Hal ini menjadi lebih popular disebabkan perkembangan dalam pembinaan aplikasi bank mudah alih yang baru dalam seluruh dunia. Perompak sentiasa menumpukan perhatian terhadap masyarakat yang menggunakan aplikasi sistem perbankan atas talian untuk mendapatkan ID dan kata laluan mereka. Apabila Perompak tersebut berjaya mendapatkan ID dan kata laluan pemilik akaun, mereka akan mengunnakan akaun mereka memindahkan wang kepada sesuatu akaun palsu dan mendapatkan wang daripada akaun palsu tersebut. Pada masa sekarang, ramai masyarakat Malaysia masih menggunakan wang kertas untuk membeli-belah. Penggunaan wang kertas dalam pembeli-belahan boleh mendorong keselamatan seseorang individu terjejas kerana mereka akan menjadi mangsa salah seorang perompak yang telah mengawas pergerakan beberapa hari. Walaupun pengguna boleh menggunakan kad kredit atau kad debit mereka untuk membeli barang, tetapi cara ini tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan sepenuhnya. Akaun pemilik kad akan menjadi bahaya apabila pengguna tidak perasan kad mereka hilang. 3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk: a) Meningkatkan keselamatan aplikasi mudah alih sistem perbankan yang sedia ada semasa log masuk dan membuat transaksi. b) Membina aplikasi perbankan atas talian maya yang mengaplikasikan algoritma pengesahan cap jari dan algoritma penyahsulitan kod QR. c) Mengekspoitasi fungsi Google Firebase seperti pendaftaran pengguna, penyimpanan dan pengambilan data. 4 METHOD KAJIAN Projek ini akan menggunakan metodologi spiral yang menumpukan kepada skala yang kecil pada peringkat awal, kemudian mengenal pasti risiko, membuat pelan untuk mengendalikan risiko tersebut dan menentukan sama ada ingin membuat langkah projek yang berikutnya ataupun iterasi yang sama sekali lagi. Kaedah Spiral ini mewarisi metodologi waterfall dengan

memperkenalkan prototaip. Pengurangna risikonya banyak bergunakan dalam projek-projek yang besar. Melalui kaedah ini, risiko dalam sistem perbankan atas talian dapat dikenalpasti dan keselamatan sistem dapat ditingkat. Terdapat beberapa fasa yang bakal dijalankan dalam projek ini. Antaranya adalah: 1. Fasa Konsep Keperluan (Concept of Requirement) Keperluan fungsi baru, iaitu penggunaan cap jari pengesahan algoritma, akan ditakrifkan sebanyak mungkin dalam fasa ini. Peringkat ini akan melibatkan temuduga dengan beberapa pengguna sama ada pengguna luaran atau dalaman menggunakan aplikasi mudah alih sistem perbankan atas talian. 2. Fasa Konsep Operasi (Concept of Operation) Reka bentuk awal dicipta untuk sistem perbankan atas talian dan cara perjalanan sistem di kalangan pengguna yang menggunakan aplikasi sistem perbankan atalian yang tertentu. 3. Fasa Pelan Keperluan (Requirements Plan) Syarat-syarat yang digunakan supaya dapat membangunkan aplikasi sistem perbankan atas talian. 4. Fasa Prototaip 1 (Prototype 1) Satu prototaip aplikasi sistem perbankan atas talian yang mempunyai teknologi cap jari pengesahan akan dibina dan dicuba guna oleh beberapa pengguna aplikasi tersebut. 5. Fasa Reka Bentuk Terperinci Fasa ini melibatkan perekaan sistem dan pankalan data dengan merujuk kepada maklumat yang didapati berdasarkan aplikasi yang sedia ada. Antara muka aplikasi akan direka dalam fasa ini. 6. Fasa Ujikasi Pengekodan dan Pelaksanaan (Code Test & Implementation) Kod dan algoritma aplikasi yang telah ditambahbaikan akan cuba dijalankan sampai tidak ada kesilapan dan cuba digunakan oleh pengguana aplikasi sistem.

Rajah 1.2 Contoh Konsep Metodologi Spiral 5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincangkan hasil daripada proses pebmbinaan aplikasi bank transaksi. Aktiviti pengekodan merupakan salah satu proses utama dalam membangunkan sistem. Pembangunan sistem perlu menepati keperluan sistem dan juga keperluan pengguna untuk membina satu sistem yang cekap. Untuk membangunkan sistem dengan lancar, beberapa perisian telah digunakan.

5.1 SISTEM PENGOPERASIAN ANDROID Android adalah sistem operasi berasaskan Linux yang direka terutamanya untuk peranti mudah alih skrin sentuh seperti telefon pintar dan komputer tablet. Sistem pengendalian telah berkembang banyak dalam 15 tahun terakhir bermula dari telefon hitam dan putih ke telefon pintar atau komputer mini terkini. Salah satu OS mudah alih yang paling banyak digunakan pada hari ini adalah android. Android telah ditubuhkan di Palo Alto of California pada tahun 2003.(TARUN AGARWAL 2015) Sesiapa sahaja boleh memuat turun SDK (Software Development Kit) dan menulis aplikasi untuk peranti mudah alih Android dan mula membangunkan untuk gedung Google Play. Pemaju yang menjual aplikasi di pasaran Google Play dikenakan caj kira-kira 30% daripada harga jualan mereka dalam yuran yang akan mengekalkan pasaran Google Play. Disebabkan Google telah membangunkan Android, banyak aplikasi yang berdasarkan Google Service seperti Gmail, Google Calender, Google Maps dan sebagainya dapat diguna dan dimuat turunkan oleh pengguna Android. Walaobagaimanapun, Android boleh diubahsuai oleh pembekal perantinya. Misalnya, ada segelintir peranti mudah alih Android menggunakan Bing sebagai enjin carian lalai dalam peranti mereka.(marziah KARCH 2017) API ( Aplication Programming Interface ) adalah satu pengantara yang membolehkan dua aplikasi berinteraksi antara satu sama lain. Aliran prosesnya boleh dijelaskan dengan menggunakan aplikasi Facebook. Apabila aplikasi Facebook dibuka atau digunakan dalam peranti mudah aih, ia akan menyambung ke internet dan menghantar data ke server Facebook. Selepas itu, server Facebook akan membaca dan menafsirkan data yang diterima dan melakukan reaksi yang diperlukan hantar balik kepada telefon pengguna. Aplikasi Facebook kemudian menerima dan menafsirkan data yang dihantar balik daripada server dan menunjukkan data tersebut kepada pengguna aplikasi. Inilah penggunaan API.(MuleSoft n.d.) Dalam aplikasi ini, minima versi API peranti mudah alih pengguna yang diperlukan adalah 21, iaitu Lollipop. Peranti mudah alih yang mempunyai API yang kurang daripada Lollipop tidak boleh menggunakan aplikasi ini.

5.2 APLIKASI ANDROIID STUDIO Android Studio adalah satu aplikasi integrated development environment(ide) rasmi bagi Google s Android Operating System. Aplikasi ini dibangunkan dengan kerjasama antara Google dengan JetBrains, pencipta salah satu Java IDE yang paling maju dan digunakan sampai masa sekarang. Aplikasi ini menggunakan satu sistem binaan projek yang baru, iaitu Grandle, yang menyediakan fleksibiliti, rasa bina yang sesuai dan sebagainya. Sistem binaan ini membolehkan penggunanya membina projek dalam IDE serta server intergrasi secara berterusan. (Xavier Ducrohet et al. 2013) Dalam projek ini, aplikasi Android Studio digunakan untuk membina aplikasi ABT yang mempunyai fungsi pengesahan cap jari dan membuat pembayaran dengan penyahsulitan kod QR. Setiap projek Android Studio akan disimpan dalam computer pengguna format fail. Projek pembinaan aplikasi bank transaksi ini dinamakan sebagai FYP_Demo. Setiap kelas yang dibina dalam projek ini akan di simpan dalam direktori fail seperti berikut : \FYP_Demo\app\src\main\java\com\example\leekaiyi\fyp_demo Dalam direktori tersebut, terdapat 21 java fail yang digunakan untuk membina fungsi aplikasi bank transaksi ini. Rajah 2.1 dibawah menunjukkan penggunaan kelas-kelas yang berada dalam projek FYP_Demo ini.

Rajah 5.1 Cara penggunaan 21 kelas dalam projek FYP_Demo ini 5.3 ALGORITMA PENYAHSULITAN KOD QR Kod QR ( Quick Response ) merupakan kod peningkatan taraf daripada barcode yang asalnya mempunyai satu dimensi kepada 2-dimensi. Fungsi utama kod QR asalnya adalah digunakan dalam industri Jepun untuk menyimpankan data. Barcode hanya boleh menyimpan lebih kurang maximum 20 data string manakala kod QR dapat menyimpan beratus kali ganda berbanding dengan barcode. Selain itu, seperti nama yang dicipta pada kod 2-dimensi ini, kod

QR ini boleh dipenyahsulitkan dengan cepat dan tepat. Oleh itu, kod QR menjadi semakin terkenal pada masa kini. Dalam projek ini, satu pembaca kod QR akan dibina untuk membaca dan mendapatkan kod QR yang dibinakan oleh penjual dan melakukan pembayaran melalui aplikasi ABT. Demi meningkatkan taraf keselamatan transaksi, algoritma pengesahan cap jari telah digunakan setelah aplikasi ini mendapatkan harga barang dengan menggunakan pembaca kod QR. Rajah 5.2 Contoh kod QR. (Sumber diambil daripada laman web www.google.com) Rajah 5.3 Finder Pattern(FIP) (Sumber daripada laman web www.google.com) Setiap kod QR mempunyai tiga FIPs Finder Patterns (Rajah 2.2). Ketiga-tiga FIPs itu terletak di sudut kod QR. Setiap FIP mempunyai tiga Contours yang boleh dikesan, contohnya i, j dan k yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2. Data yang berada dalam kod QR biasanya boleh dikesan dengan menggunakan kamera yang sedia ada dalam peranti mudah alih. Proses penyahsulitan kod QR adalah proses sebaliknya proses penyulitan kod QR. Rajah 2.3 menunjukkan contoh algoritma penyahsulitan kod QR.

Rajah 5.4 Contoh Algoritma penyahsulitan kod QR. (Sumber daripada laman web 5.4 ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI www.google.com) Pengenalan teknologi pengesahan dan pengenalpastian cap jari telah meningkatkan keselamatan aplikasi dan sistem. Disebabkan keunikan cap jari bagi setiap individu, cap jari banyak digunakan dalam pengenalpastian seseorang idividu, kawalan akses dan sebagainya. Pengesahan cap jari digunakan dalam sistem yang berkaitan dengan kawalan akses untuk mengesankan pengguna yang ingin mengakseskan aplikasi atau sistem adalah pemilik asal akaun tersebut. Dalam projek ini, pengesahan cap jari telah digunakan untuk mengenalpastikan pengguna yang log masuk adalah pemilik peranti mudah alih. Disebabkan setiap individu mempunyai cap jari yang berbeza dan unik, penggunaan cap jari ini adalah amat selamat digunakan untuk mengesahkan penguna yang ingin mengakses aplikasi atau sistem. Rajah 2.3

menunjukkan algoritma pengesahan cap jari yang digunakan untuk mengesahkan akses pengguna. Rajah 5.5 Algoritma Pengesahan Cap Jari (Sumber daripada www.google.com)

5.5 SEBAB PILIH CARA PENGEKODAN Dalam pembinaan aplikasi bank transaksi ini, terdapat beberapa fungsi kod dihasilkan dengan rujukan website www.github.com seperti kod dalam fail FingerprintHanlder.java, FingerprintHandler2.java, Qrscanner.java dan sebagainya. Sebab utama menggunakan kod yang dipaparkan dalam website www.github.com adalah kerana kebanyakkan kod dalam website ini boleh dijalankan tanpa bermasalah. Selain itu, jenis kod bagi fungsi-fungsi yang ingin dicari senang untuk dicapai dalam website ini. Hampir semua pengeluar video tunjuk ajar pengekodan fungsi tertentu telah memuatnaikkan fail pengekodan mereka ke dalam website ini. Oleh itu, kod yang digunakan dalam pembinaan apikasi ini kebanyakkan menggunakan sumber kod daripada www.github.com. Dalam antara muka pendaftaran dan log masuk sistem, saya telah menukarkan bentuk butang dan fungsi butang yang sedia ada dalam github. Selepas itu, dalam algoritma pengesahan cap jari, saya telah mengubah suai kodnya dalam kod setelah pengguna berjaya mengesahkan cap jari mereka. Perkataan yang akan ditujukkan, imej tick dan mengaplikasikan Google Firebase dalam kelas FingerprintHandler.java adalah barang yang saya tambahkan daripada sumber kod sedia ada. Dalam kelas Qrscanner.java, saya telah mengubah suaikan cara orientasi kamera yang didapati daripada laman web www.github.com. Selain itu, saya telah menyimpan hasil yang diperolehi selepas imbasan kod QR dan gunakan hasil tersebut dalam aktiviti lain seperti dalam kelas paymentproceed.java.

5.6 REKA BENTUK ANTARA MUKA Antara muka adalah sangat penting dalam sebuah sistem kerana ia memberikan imperasi pertama semasa menggunakan aplikasi tersebut. Bukan itu sahaja, antara muka juga memainkain peranan sebagai medium interaksi sebuah sistem dengan penggunanya. Antara muka yang mesra dan senang difahami dapat menyebabkan pengguna memahami penggunaan sistem tertsebut serta menggunakannya dengan mudah. Antara muka yang mesra penggunaan juga dapat memastikan tugas yang dikehendaki oleh pengguna dapat diselesaikan oleh sistem. 5.2.1 ANTARA MUKA LOG MASUK, DAFTAR DAN LUPA KATA LALUAN Rajah 5.6 Antara muka log masuk Rajah 5.7 Antara muka daftar Rajah 5.8 Antara Muka lupa kata laluan

5.2.2 ANTARA MUKA MENGGUNAKAN PENGESAHAN CAP JARI UNTUK LOG MASUK KE APLIKASI 5.9 Antara muka pengesahan cap jari 5.10 Antara muka gagal pengesahan 5.11 Antara muka berjaya membuat pengesahan

PTA-FTSM-2018-082 @ Rajah 5.13 Antara muka fungsi bank (1) C op yr ig ht Rajah 5.12 Antara muka info akaun FT SM 5.2.3 ANTARA MUKA APLIKASI SELEPAS LOG MASUK KE DALAM APLIKASI Rajah 5.14 Antara muka fungsi bank (2) Rajah 5.15 Antara muka side bar

Rajah 5.17 Antara muka bayar dengan kod QR Rajah 5.16 Antara muka fungsi transaksi Rajah 5.18 Antara muka pembayaran

Rajah 5.19 Antara muka baki akaun 6 KESIMPULAN Rajah 5.20 Antara muka berita baru Aplikasi Bank Transaksi yang telah dibina boleh meningkatkan keyakinan pengguna semasa menlakukan sesuatu transaksi melalui aplikasi ini. Peggunaan algoritma cap jari dapat meningkatkan keselamatan sistem disebabkan keunikan cap jari yang ada pada setiap individu. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat bayaran denagn menggunakan kod QR. Penggunaan algoritma penyahsulitan kod QR memudahkan proses transaksi dan amat selamat digunakan. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyemak baki yang terdapat dalam bank akaun serta sentiasa memperoleh cerita baharu yang terbaru daripada pihak rasmi bank dengan menggunakan aplikasi in. Kesimpulannya, pembangunan sistem Aplikasi Bank Transaksi ini akan memenuhi objektif. Pengguna boleh menggunakan aplikasi ini untuk melakukan transaksi tanpa kerisauan. Tambahan pula, sistem ini berpotensi untuk diperkembangkan supaya menjadi aplikasi perbankan atas talian yang lebih sistematik dan selamat.

7 RUJUKAN Andrew Tarantola. 2012. How QR Codes Work and Why They Suck So Hard. 18/12. https://gizmodo.com/5969312/how-qr-codes-work-and-why-they-suck-so-hard [30 March 2018]. MARZIAH KARCH. 2017. What Is the Android Operating System? 2 OCTOBER. https://www.lifewire.com/what-is-google-android-1616887 [11 December 2017]. MuleSoft. (n.d.). What is an API? (Application Programming Interface) MuleSoft. https://www.mulesoft.com/resources/api/what-is-an-api [13 May 2018]. TARUN AGARWAL. 2015. What is Android? Introduction of Android OS & it s Applications. https://www.elprocus.com/what-is-android-introduction-featuresapplications/ [11 December 2017]. WILL SIMONDS. 2014. Do mobile apps raise the risk of online bank fraud? 6TH OCTOBER. https://www.abine.com/blog/2014/mobile-apps-and-online-bank-fraud/ [11 December 2017]. Xavier Ducrohet, Tor Norbye & Katherine Chou. 2013. Android Developers Blog: Android Studio: An IDE built for Android. 15 MaY. https://androiddevelopers.googleblog.com/2013/05/android-studio-ide-built-for-android.html [11 December 2017].