APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

Similar documents
PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

Q1 Gender / Jantina:

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

PENILAIAN PENGETAHUAN

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

PENILAIAN PENGETAHUAN

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

EKSPLORASI KULIT KAYU

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

EKSPERIMENTASI KOMBINASI TEKNIK SULAM DAN CETAK DARIPADA KULIT KAYU TEKALONG UNTUK REKAAN BEG. Anastasia Anak Hyacinth

BAB 1 PENGENALAN. kajian, penyataan masalah, kepentingan kajian, objektif kajian, soalan kajian serta

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Tandatangan Nama Penyelia II

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Sains Malaysiana 47(8)(2018):

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

COCONUT HUSK REMOVER MOHD HAZIQ BIN NORDIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

\\\I\II\\\\\IIi\~I\i\II\~I~\~~\I[\I\II~\il\i[![\~\II\I\\\\II\ * *

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

(HURUF BESAR) Tarikh:_

REKA BENTUK KERUSI BERASASKAN KAYU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

3.1 Terima dokumen dari Pejabat Pendaftar, PTJ, staf dan pelajar. Penyata lantikan baru. Arahan potongan gaji. Arahan perubahan gaji dan elaun

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CAMPUR KOD DAN ALIH KOD: SUATU ANALISIS SOSIOLINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU FARIDAH BINTI NAZIR FBMK

PEMODELAN SIRI MASA KEPEKATAN BAHAN PENCEMAR UDARA 03, PMlO DAN JEREBU MENERUSI PENDEKATAN KALUT

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia KLASIFIKASI FAIL

Operations Review REVENUE / HASIL 0.03% 15.26% 0.03% 47.82% 36.89% 48.00% 15.27% 36.70% RM1, Million / Juta 1999/2000

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

Fungsi dan Pola Ganti Nama Melayu: Satu Interpretasi Semantik dan Pragmatik

Model Log-Linear (Bagian 2) Dr. Kusman Sadik, M.Si Program Studi Pascasarjana Departemen Statistika IPB, 2018/2019

DESIGN AND FABRICATION OF HANDY DISC LOOSE COCONUT PALM COLLECTOR MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN SHAHARUDDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Licenced to Zhulian Corporation / Downloaded on : 11-Apr-2008 / Single user licence only, copying and networking prohibited

MEMBINA KECERDASAN HATI PELAJAR

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility

Iffl Iffi Iffi Iffi II ilihill III III

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Para pengusaha sektor pertanian masa kini telah

SUBTEKS DAN KEJAYAAN NARATIF FILEM: ANALISIS FILEM THE JOURNEY (2014) Auni Ismail Zairul Anuar Md. Dawam Sim Chee Cheang

Authorship Abu Bakar Ellah di dalam Telemovie Arahannya. Sydney Thomas Sibangan

SIFAT MEKANIKAL BAGI RENCAM KAYU CFRP DI BAWAH PEMBEBANAN LENTURAN SHAMSUDIN BIN MAT ISA

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

MENGINDEKS BIBLIOGRAFI DENGAN MENGGUNAKAN KATAKUNCI SECARA INTERAKTIF BERASASKAN KOMPUTER MIKRO

Aspek Estetika Labu Acu

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/AK01 ARAHAN KERJA PESANAN BAHAN MONOGRAF DAN MEDIA

FederationofMalysia EDICTOFGOVERNMENT±

RIWAYAT HIDUP ABSTRAK ABSTRACT UCAPAN TERIMA KASIH DAFTAR ISI DAFTAR TABEL DAFTAR GAMBAR DAFTAR LAMPIRAN BAB I PENDAHULUAN

PENCURUSAN PROSES PEMBUATAN DAN PEMASARAN UKIRAN KAYU OLEH BELIAN IRONWOOD KRAF ENTERPRISE

EFFECTS OF POSTHARVEST HOT WATER TREATMENT ON PHYSIOLOGICAL AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF EKSOTIKA II PAPAYA DURING RIPENING

RISALAH DATA KESELAMATAN Mengikut Peraturan (EC) No 453/2010

UNIVERSITI MALAYSIA SABAR. BORANG PENGESAl-IAN STATUS TESIS SESI PENGAJJAN:

Sintesis dan Sifat Termal Natrium Kanji Sulfat Dioscorea pentaphylla (Synthesis and Thermal Properties of Dioscorea pentaphylla Sodium Starch Sulfate)

Campur Tangan Kemanusiaan Antarabangsa: Suatu Tinjauan Berkaitan Konflik dan Keabsahannya

PRIVACY POLICY Act Notice in the case where you are a consumer of our products:

SHELL GET MORE VALUE OUT OF RM1 - TERMS AND CONDITIONS (ENGLISH)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (HURUF BESAR)

FACTORS AFFECTING CUSTOMER SATISFACTION IN FAST FOOD RESTAURANTS NORAIN BINTI HASSIM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

REKABENTUK PEMBUNGKUSAN KUIH ZHENG DONG BING

Transcription:

PTA-FTSM-2018-018 APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH SAHARI @ ASHAARI Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Aplikasi mudah alih kini semakin banyak dibangunkan seiring dengan peningkatan penggunaan telefon pintar. Pelbagai kategori aplikasi mudah alih telah dibangunkan seperti kategori pendidikan, komunikasi dan pelbagai lagi serta platform yang difokus oleh pembangun kebiasaannya sistem pengendalian Android dan ios. Objektif kajian ini adalah untuk memapar kod gitar dalam bentuk video dan memudahkan pengguna mengalih kod gitar mengikut kesesuaian pengguna. Berdasarkan bilangan aplikasi mudah alih gitar yang meningkat, banyak aplikasi mempunyai fungsi sama atau hanya mempunyai satu fungsi serta antara muka yang kurang menarik. Bagi memudahkan pengguna, aplikasi mudah alih yang menggabungkan dua fungsi dibangunkan selain dapat menjimatkan storan telefon pintar pengguna dengan hanya fokus kepada satu aplikasi sahaja. Perisian Android Studio digunakan dalam membangunkan aplikasi mudah alih ini. 1 PENGENALAN Bermain alat muzik boleh dijadikan sebagai hobi atau profesyen seseorang individu. Gabungan antara teknologi dan hiburan adalah suatu gabungan yang mampu melahirkan masyarakat berbakat dalam bidang seni. Kepelbagaian alat muzik selain gitar dapat mengharmonikan sesebuah rentak atau lagu. Gitar merupakan alat muzik kategori bertali yang mana kebiasaannya ia mempunyai 6 senar (tali). Setiap senar mempunyai notasi tersendiri dan menghasilkan bunyi yang berbeza. Ia boleh dimain secara petikan atau strumming menggunakan jari atau plektrum (pemetik gitar). Gitar juga dibahagi kepada dua jenis iaitu gitar akustik dan elektrik namun projek ini hanya memfokuskan terhadap gitar akustik. Gitar permulaan ini sering digunakan kerana mudah dipelajari. Bunyi gitar akustik ini terhasil daripada lubang bunyi apabila seseorang memetik senar. Jenis senar yang digunakan untuk gitar ini adalah jenis nilon atau besi. Bunyi yang terhasil daripada senar nilon lebih nyaring berbanding senar besi.

2 Perkara asas yang perlu diketahui untuk bermain gitar adalah cara memegang gitar, mengenali bahagian gitar, mengenali not atau kod gitar yang mudah, key (kunci) sesuatu lagu itu dimainkan dan alihan kod. Projek ini menumpukan kepada pembangunan aplikasi mudah alih mempelajari kod dan cara alihan kod gitar. Pembangun hanya memfokus kepada pembangunan aplikasi mudah alih dalam telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android. Pembangun memilih untuk menggunakan perisian Android Studio yang mana bahasa pengaturcaraannya ialah Java. Terdapat banyak aplikasi mudah alih tentang mempelajari kod dan alihan kod gitar namun sukar untuk memperoleh aplikasi mudah alih yang menggabungkan antara dua fungsi ini. Aplikasi sedia ada juga tidak mesra pengguna dan mempunyai antaramuka yang kompleks menyebabkan pengguna kurang memahami cara menggunakan aplikasi itu. Selain itu, buku-buku berkaitan kod dan alihan kod gitar juga kurang mendapat sambutan kerana pada era ini, pengguna lebih gemar menggunakan aplikasi mudah alih yang mudah dibawa. 2 PENYATAAN MASALAH Seiring dengan peningkatan telefon pintar, pengguna yang berniat mempelajari gitar pasti akan mencari aplikasi mudah alih untuk dimuat turun dan pengguna yang tahu kod gitar asas pasti cuba meningkatkan pengetahuan tentang gitar lalu cuba mempelajari alihan kod gitar. Namun ada sesetengah pengguna mengalah untuk mempelajari dan aplikasi yang digunakan juga kurang membantu. Kebanyakan aplikasi yang telah dibangun hanya mempunyai satu fungsi sahaja samada kod gitar atau alihan kod gitar. Sukar untuk menemui aplikasi yang menggabungkan kedua fungsi ini dalam satu aplikasi. Jika pengguna ingin menggunakan kedua fungsi ini, pengguna terpaksa memuat turun dua aplikasi yang berbeza. Ini menyebabkan storan telefon pintar pengguna berkurangan. Selain itu, aplikasi yang telah dibangun juga kurang mesra pengguna kerana hanya menggunakan elemen gambar untuk menunjukkan kedudukan jari pada leher gitar dan penerangan yang diberikan tidak teliti.

3 3 OBJEKTIF KAJIAN Projek ini bertujuan untuk membangun aplikasi mudah alih yang menggabungkan dua fungsi iaitu paparan kod gitar dan alihan kod gitar dalam aplikasi yang sama agar pengguna dapat fokus kepada satu aplikasi dan tiada pembaziran storan telefon pintar dilakukan. Aplikasi ini juga akan dibangun dengan antara muka yang lebih mesra pengguna agar mudah difahami dengan penggunaan elemen gambar dan video yang lebih teliti sekaligus dapat membuat pengguna mempelajari gitar dengan mudah. 4 METOD KAJIAN Metod Tangkas atau lebih dikenali sebagai agile adalah salah satu metodologi bagi pembangunan perisian terutamanya kejuruteraan perisian. Metodologi ini dilaksana mengikut masa yang telah ditetapkan, pendekatan lelaran digunakan dalam usaha menghasilkan perisian yang telah dipersetujui dan beberapa peringkat dalam membangunkan perisian akan berlaku (Rasmusson, 2016). Menurut Agarwal dan Punde (2013), metodologi ini digunakan kerana keperluan perisian yang boleh berubah mengikut keperluan dan kehendak pengguna. Model yang akan digunakan dikenali sebagai SCRUM kerana model metodologi ini banyak digunakan oleh para pembangun perisian. Oleh itu, pembangunan aplikasi mudah alih ini sesuai menggunakan model SCRUM. Perubahan dalam pembangunan aplikasi ini boleh berlaku secara fleksibel. 4.1 Fasa Perancangan Fasa ini melibatkan proses mengenal pasti masalah, mencari penyelesaian masalah, objektif kajian dan skop kajian. Kemudian, kumpul dan baca kajian lepas agar dapat cetusan idea untuk menyelesaikan masalah. Perkakas dan perisian yang diperlukan bagi membangun aplikasi ini juga diteliti dalam fasa ini.

4 4.2 Fasa Analisis Fasa ini melibatkan analisis tentang kesesuaian topik dan kepentingan kajian ini pada pengguna dan pembangun akan datang. Analisis tentang perkakas dan perisian yang diguna pakai juga dijalankan agar perkakas dan perisian yang digunakan sesuai untuk membangun dan mencapai objek kajian ini. 4.3 Fasa Reka Bentuk Fasa ini amat penting dalam keseluruhan projek kerana fasa ini yang memastikan reka bentuk antara muka adalah mesra pengguna dan mudah difahami serta memastikan interaksi antara aplikasi dan pengguna berlaku. Kebanyakan asas reka bentuk dalam aplikasi ini direka menggunakan LinearLayout melalui perisian Android Studio selain penggunaan Adobe Photoshop untuk mencipta logo aplikasi dan gambar, dan penggunaan Adobe Premiere Pro untuk menyunting video yang akan dimainkan apabila berlaku interaksi pengguna dan aplikasi. 4.4 Fasa Pengujian Fasa ini bertujuan untuk menguji peralihan yang berlaku pada antara muka dan interaksi aplikasi terhadap pengguna. Kriteria penting yang diambil kira adalah peralihan yang berlaku pada antara muka samada cepat atau lambat kerana peralihan yang berlaku telah ditetap oleh pembangun. Selain peralihan antara muka, interaksi antara aplikasi dan pengguna yang penting ialah apabila pengguna menekan butang. Perkara ini penting kerana setiap butang mempunyai fungsi tersendiri yang telah ditetap oleh pembangun. Pengujian perlu dilakukan untuk menentukan objektif kajian tercapai atau tidak dan mengenal pasti jika terdapat masalah dalam aplikasi sebelum menjadi produk lengkap.

5 5 HASIL KAJIAN Hasil kajian ini adalah aplikasi mudah alih kod dan alihan kod gitar yang boleh berfungsi pada telefon pintar sistem Android sekurang-kurangnya versi 4.0.3. Dua fungsi utama dalam membangun aplikasi ini iaitu fungsi kod gitar dan alihan kod gitar. Fungsi kod gitar apabila pengguna memilih untuk papar kod gitar, pengguna harus menekan salah satu butang kod gitar agar video kod gitar akan terpapar dan dimainkan. Jika pengguna memilih untuk alih kod gitar, pengguna harus menekan butang alihan kod gitar kemudian input yang diterima ialah pengguna memasukkan kod gitar yang ingin dialih, pilih tahap alihan dan tekan butang alih agar aplikasi dapat memaparkan kod gitar baru yang telah dialih. 6 KESIMPULAN Berdasarkan pengumpulan data dan dokumen yang telah dihasilkan, dapat disimpulkan bahawa usul kajian amat penting kerana ia menjadi panduan kepada pembangun untuk merancang dengan teliti tentang langkah yang perlu diambil. Kajian dalam fasa perancangan, analisis dan reka bentuk perlu dilakukan untuk mencari bahan dan mendapat gambaran agar mampu membantu menyelesai masalah dan fasa pengujian perlu dilalui pembangun agar tidak timbul masalah apabila aplikasi telah menjadi produk lengkap. Kemudian, spesifikasi keperluan diambil kira dan dilakar dalam rajah yang mudah difahami. Akhirnya, keperluan tersebut dapat dijadikan sebagai rujukan untuk mencapai objektif kajian dan mencapai penyelesaian masalah yang diusul. 7 RUJUKAN Agarwal, S. & Punde, A. 2013. A Study of Agile Software Development. International Journal of Engineering Sciences & Research Technology 2(11): 3085 3087. Android software development. (n.d.).wikipedia. Retrieved from https://en.wikipedia.org/wiki/android_software_development B Far, R. 2004. Mobile Computing Principles: Designing and Developing Mobile Applications with UML and XML. Cambridge: Cambridge University Press. Developers, A. (n.d.). Linear Layout. https://developer.android.com/guide/topics/ui/layout/linear.html

6 Hanafiah, M. 2007. Suit-Method: A Tool For Finding Suitable Software Development Methodology. University Malaya. Joseph Annuzzi Jr., Lauren Darcey, S. C. 2015. Introduction to Android Application Development: Android Essentials, hlm. 5th Edisi. Boston: Addison-Wesley Professional. Kautsar, A. F. Al. 2016. Mahir Bermain Gitar. Yogyakarta: Genesis Learning. Maalem, S. & Zarour, N. 2016. Challenge of validation in requirements engineering. Journal of Innovation in Digital Ecosystems 3(1): 15 21. Meikang Qiu, Wenyun Dai, K. G. 2016. Mobile Applications Development with Android: Technologies and Algorithms. Florida: CRC Press. MN, F. 2014. Cepat Mahir Bermain Gitar. SPASI MEDIA. Murat Yener, O. D. 2016. Expert Android Studio, hlm. reprint. Hoboken: John Wiley & Sons. Rasmusson, J. 2016. What is Agile? http://www.agilenutshell.com/ [24 April 2017]. Sakhera, D. 2015. Andalan Mahir Gitar Tanpa Guru: Asal Usul Tentang Gitar, Tips-Tips Dalam Bermain Gitar. (F. Sihuma, Ed.). Lembar Langit Indonesia. Techopedia. 2017. Definition - What does Mobile Application (Mobile App) mean? https://www.techopedia.com/definition/2953/mobile-application-mobile-app What should I use for Android development, Android Studio or Eclipse? 2014.Quora. https://www.quora.com/what-should-i-use-for-android-development-android-studioor-eclipse