Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility

Similar documents
A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

MULTIPURPOSE BIO FERTILIZER

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. VIABILITY AND VIGOR OF DURA, PISIFERA AND TENERA OIL PALM (Elaeis guineensis Jacq.) POLLEN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERUBAHAN BUAH CIKU (ACHRAS SAPOTA L.) SEMASA PERKEMBANGAN DAN KESAN SUHU SERTA PEMBUNGKUSAN SEMASA PENYIMPANAN TAUFIK

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

EFFECTS OF POSTHARVEST HOT WATER TREATMENT ON PHYSIOLOGICAL AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF EKSOTIKA II PAPAYA DURING RIPENING

PENILAIAN PENGETAHUAN

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

PENILAIAN PENGETAHUAN

Q1 Gender / Jantina:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

DESIGN AND FABRICATION OF HANDY DISC LOOSE COCONUT PALM COLLECTOR MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN SHAHARUDDIN

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

NG SHU CHIN MASTER OF SCIENCE 2006

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS GO ~ Tarikh: I Cf Mt I ::loo.b

(HURUF BESAR) Tarikh:_

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

BUNCH MOTH, TIRATHABA RUFIVENA (LEPIDOPTERA: PYRALIDAE) INFESTATION CENSUS FROM OIL PALM PLANTATION ON PEAT SOIL IN SARAWAK

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

THESIS. Submitted to The Faculty of Agricultural Technology in partial fulfillment of the requirements for obtaining the Bachelor Degree

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

PENGESAHAN PEMERIKSAAN TESIS

THALWATCH BEYOND THALASSAEMIA THE OFFICIAL NEWSLETTER OF THE THALASSAEMIA SOCIETY OF PENANG

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

CIRI FIZIKO-KIMIA BUAH KARANDA (Carissa carandas) DAN SIFAT BERFUNGSI PASTILNYA KHUZMA BINTI DIN

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

PEMBANGUNAN PRODUK COKLAT BERINTIKAN FONDAN BUAH TARAP HELNIE MIUN

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

YONG KIM CHYE N LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COLLETOTRICHUM DISEASE OF COCOA (THEOBROMA CACAO L. ) AND ITS CONTROL YEE MING FATT FP

Sains Malaysiana 47(8)(2018):

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

The Physico-chemical Changes in Ciku (Achras sapota L.) of Jantung Variety

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. DEVELOPMENT AND OXIDATIVE STABILITY OF PISTACHIO (Pistacia vera L.) SPREAD

Para pengusaha sektor pertanian masa kini telah

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

SIFAT MEKANIKAL BAGI RENCAM KAYU CFRP DI BAWAH PEMBEBANAN LENTURAN SHAMSUDIN BIN MAT ISA

Sains Malaysiana 47(2)(2018):

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DIELECTRIC PROPERTIES OF OIL PALM MESOCARP AT VARIOUS STAGES OF MATURITY ZAHARIAH ZAKARIA FSAS

Fungsi dan Pola Ganti Nama Melayu: Satu Interpretasi Semantik dan Pragmatik

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

Evaluation of Plant and Animal Tea Solution Fertilizers on the Soil Fertility and Growth of Locust Bean (Parkia clappertonia) Seedlings in the Nursery

PHYSICAL PROPERTIES OF SOURSOP (ANNONA MURICATA) POWDER PRODUCED BY SPRAY DRYING KHAIDATUL HASNI BTE MOHAMAD AYIT

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

PEMODELAN SIRI MASA KEPEKATAN BAHAN PENCEMAR UDARA 03, PMlO DAN JEREBU MENERUSI PENDEKATAN KALUT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECT OF MEDIUM FORMULATION AND CULTURE CONDITION ON GROWTH AND PLASMID STABILITY OF RECOMBINANT LACTOCOCCUS LACTIS AM3

Influence of Seed Ripeness, Sarcotesta, Drying and Storage on Germinability of Papaya (Carica papaya L.) Seed

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (HURUF BESAR)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

RIWAYAT HIDUP ABSTRAK ABSTRACT UCAPAN TERIMA KASIH DAFTAR ISI DAFTAR TABEL DAFTAR GAMBAR DAFTAR LAMPIRAN BAB I PENDAHULUAN

Sintesis dan Sifat Termal Natrium Kanji Sulfat Dioscorea pentaphylla (Synthesis and Thermal Properties of Dioscorea pentaphylla Sodium Starch Sulfate)

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECT OF PROCESSING ON FLAVOUR PRECURSORS, PYRAZINES AND FLAVOUR QUALITY OF MALAYSIAN COCOA BEANS PUZIAH HASHIM FSMB

I Malaysia Sa bah deng'ilo syarat-syarat kegunun scperti beril.-ut:

PEMBANGUNAN BROWNIECOKLAT DENGAN PURl SAYUR ESTERYNNA EMMIE SYLVESTER HN

Iffl Iffi Iffi Iffi II ilihill III III

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ANATOMICAL AND PHYSICO-CHEMICAL CHANGES IN RASTALI BANANA (MUSA AAB RASTALI) DURING FRUIT GROWTH AND RIPENING

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS. 'ýc12ti1ýý CROQOA7 AvoK-AOý,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (HURUF BESAR)

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. DEVELOPMENT OF BULK PACKAGING AND STORAGE OF SHALLOT (Allium ascalonium) PUREE NOOR AZIZAH BINTI AHMAD FSMB

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Transcription:

Pertanika 3(1), 47-52(1980) Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility (Anthracnose of Chilli (Capsium annun L.) in Malaysia: Biology of the pathogen and varietal susceptibility) MAZLAN SAADON dan SARIAH MEON Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Malaysia. Key words: Colle to trichum capsici; anthracnose; ph; suhu, media; cahaya, tumbesaran, pengeluaran spora; varietal susceptibility. RINGKASAN Kajian ke atas biologi Colletotrichum capsici menunjukkan tumbesaran dan pengeluaran spora didapati maksima pada suhu 30 C dan ph 5. Di antara media-media yang diuji, media Bean Pod Agar dan Potato Dextrose Agar adalah yang lebih sesuai untuk tumbesaran dan media Lima Bean Agar pula memberikan pengeluaran spora yang maksima. Kultur yang menerima cahaya berterusan dan silih-ganti di antara cahaya dengan cahaya ultra violet memberikan tumbesaran yang tinggi sementara kultur yang menerima silih-ganti terang dan gelap mengeluarkan banyak spora. Percubaan di rumah kaca menunjukkan variti C lo lebih mudah dijangkiti penyakit anthracnose jika dibandingkan dengan Iain-lain variti di mana variti C\ menunjukkan ketahanan yang tinggi terhadap penyakit anthracnose. SUMMARY Studies on the biology o/colletotrichum capsici showed growth and sporulation were at maxima at 30 C and ph 5. Among the media used, Bean Pod Agar and Potato Dextrose Agar were more conducive for growth while Lima Bean Agar was most conducive for sporulation. Cultures receiving continuous normal light and normal light alternated with ultra violet gave better growth while those exposed to diurnal treatment gave better sporulation. Glasshouse trials showed that variety C 10 was most susceptible to anthracnose when compared to the other varieties tested. Variety C\ showed the highest tolerance level to anthracnose. PENDAHULUAN Penyakit bintek berpusar ataupun 'anthracnose' sering menjadi masalah pada kawasan tropika dan subtropika di mana tempoh masa hujan mem beri keadaan yang sesuai untuk penyebaran spora dan kerapkala menyebabkan basah pada tisu-tisu yang muda di mana keadaan ini menggalakkan penjangkitan. Penyakit anthracnose pada cili {Capsicum annun L.) yang disebabkan oleh Colletotrichum capsici (Syd.) Butley dan Bisby ialah salah satu daripada penyakit tersebut yang kian mendapat perhatian di Malaysia. Penyakit ini menyebabkan kerendahan hasil dan kualiti. Di India, chowdhury (1957) telah melaporkan kulat ini menyebabkan 15-30% pereputan buah cili. Pada tahun 1966, didapati tanaman cili kehilangan hasil sebanyak 10-35% sementara dalam 1967 pada musim hujan, lebih kurang 20 60% kerosakan buah cili terjadi. Selain daripada pokok cili, kulat ini juga menyebabkan penyakit anthracnose pada solanum melongena L., Vigna catjang L., Hibiscus esculentus L., Solanum nigrum L. dan Datura fasturosa L. Di Malaysia, anthracnose pada buah terong pertama sekali dijumpai oleh Thompson (1928). Patogen Kulat ini pada mulanya dinamakan Vermicularia capsici (Syd.) tetapi telah diubah kepada genus Colletotrichum berdasarkan kepada acervuli sebagai badan berbuah yang terletak di bawah sel Key to authors* names: S. Mazlan and M. Sariah 47

S. MAZLAN AND M. SARIAH epidermal perumah (Duke, 1928). Spora-spora ataupun konidia yang dikeluarkan ialah dari jenis tidak mengawan dan didapati di atas konidiofor yang tersusun rapi di dalam tiap-tiap acervulus. Setae dan konidiofor terdedah apabila dinding luar epidermis pecah. Setae berwarna cokelat atau hitam manakala konidia hanya satu sel hyaline dan berberituk bujor. Faktor envorimen dan permakanan memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi biologi kulat. Miscra dan Mahmood (1960) mendapati suhu optimum un tuk tumbesaran adalah 28 C - 30 C pada kelembapan perbandingan 92% manakala pembentukan dan percambahan spora lebih berkesan pada suhu 30 C dan kelembapan perbandingan 100%. Sementara itu cahaya tidak berkesan pada percambahan spora tetapi tumbesaran kulat dan pembentukan spora maksima pada keadaan silih-ganti terang dan gelap. Sim tern penyakit anthracnose Biasanya jangkitan penyakit berlaku pada buah cili apabila buah cili bertukar daripada warna hijau kepada warna merah. Simtem pertama yang dapat dilihat ialah bulatan yang berwarna cokelat, lekuk dan berair pada buah yang dijangkiti. Penyakit ini tidak menyebar secara bulatan tetapi menyebar mengikut arah sepanjang paksi buah, ini yang menyebabkan bintik-bintik bulatan bertukar menjadi lebih elliptikal. Pada bahagian tepi bulatan biasanya terdapat garis hitam {Rajah 1). Sekiranya penyakit ini menjadi serius, ia boleh mengakibatkan buah kehilangan warna merah dan bertukar menjadi ungu pucat dan banyak terdapat tompok-tompok hitam. Pengeluaran spora di dalam acervuli terdapat berkelompok atau berselerak selalunya dalam bulatan 'concentric' pada bahagian yang dijangkiti bila keadaan environmen menggalakan, dari itu penyakit ini digelar juga penyakit bintik berpusar. Kulat C. capsici juga boleh menyerang pada bahagian batang atau tangkai yang muda, daun dan bunga. Biasanya pada bahagian daun yang diserang terdapat tompok-tompok hitam acervuli dan pada batang yang dijangkiti warna batang bertukar kepada warna pucat dan kuning. Jangkitan awal selalunya berlaku di mana kulat C. capsici yang masih hidup pada sisa-sisa pokok dengan perantaraan spora yang dibawa oleh angin dan dimendakkan pada buah yang masak. Jangkitan kedua berlaku di ladang melalui spora yang terbentuk daripada buah yang pertama yang disebarkan terutama oleh angin, semut dan serangga. C. capsici juga merupakan patogen bawaan biji dan boleh menyebabkan 29-48% pengurangan percambahan biji benih. Rajah 1 Anthracnose pada buah cili Di ladang, penyakit biasanya terbentuk pada keadaan kelembapan yang tinggi apabila hujan turun selepas buah cili mulai masak. Pembentukan penyakit adalah maksima pada kelembapan perbandingan 95.7% dan suhu 28 C. Cili merupakan salah satu jenis sayuran yang biasa hadir dalam hidangan masakan sehari-hari di Malaysia dan mengandungi zat-zat gula, fruktose, protein dan vitamin C. Dari itu pengetahuan yang lebih tentang penyakit anthracnose ini dan variti cili yang kebal adalah digalakkan. Kertas ini membincangkan antara lain kajian ke atas biologi C. capsici dan variti-variti yang peka terhadap penyakit ini yang terdapat di Malaysia. BAH AN DAN KAEDAH Untuk kajian selanjutnya, asingan kulat C. capsici didapati dari buah cili yang telah dijangkiti dan dibela dalam didik tulin menggunakan media Potato Dextrose Agar. Media Potato Dextrose Agar telah digunakan sebagai media pemakanan untuk menguji kesan ph, suhu dan cahaya terhadap tumbesaran dan pengeluaran spora C. capsici. Asid klorid (0.1N) digunakan untuk mengubahsuai ph media kepada paras 48

PENYAK1T ANTHRACNOSE PADA CILI: BIOLOGI PATOGEN DAN VARIETAL SUSCEPTIBILITY asidik sementara larutan NaoH (0.1N) digunakan untuk mengubahsuai kepada paras alkali. Tiap-tiap piring petri yang telah dibasmikuman dituang dengan 20ml. agar yang telah dibasmikuman juga. Tiap-tiap piring kemudian disuntik dengan inokulum (5mm.) yang telah diambil daripada kultur berumur 6 hari dan dieram di dalam bilik kultur pada suhu 24 ± 2 C. Empat paras ph yang diuji ialah ph5, ph6, ph7 dan ph9. Untuk kesan suhu, lima paras suhu telah diuji ialah 5 C ± 2 C, 15 C ± 2 C, 20 C ± 2 C, 30 C ± 2 C dan 40 C ± 2 C. Ujian terhadap kesan penerimaan 4 keamatan cahaya terhadap tumbesaran dan pengeluaran spora C. ctzpsic/dijalankan dengan empat cara iaitu: (a) Menerima 24 jam cahaya. (b) Menerima 12 jam cahaya dan 12 jam cahaya ultra violet. (c) Menerima 12 jam cahaya dan 12 jam gelap. (d) Menerima 24 jam gelap. Untuk kesan pemakanan, media pemakanan yang berikut digunakan untuk kajian ten tang tindakbalas tumbesaran dan pengeluaran spora C. capsici (a) Potato Dextrose Agar (PDA) (b) Nutrient Agar (NA) (c) Lima Bean Agar (LBA) (d) Corn Meal Agar (CMA) (e) Bean Pod Agar (BPA) Kultur dieramkan pada suhu 24 C ± 2 C dan tiaptiap rawatan diulang 5 kali. Kadar tumbesaran, pengeluaran spora dan ciriciri kultur dicatit pada tiap-tiap ujian. Semua keputusan percubaan dianalisa menggunakan rekabentuk 'RCBD' dengan analisa pengujian purata tumbesaran menggunakan "Least significant diferences" digambarkan secara geraf. Kajian ke atas varietal susceptibility Kajian varietal susceptibility dilakukan untuk membandingkan keupayaan C capsici menyebabkan penyakit anthracnose pada 4 variti cili. Percubaan ini dilakukan di rumah kaca. Empat variti cili yang dipilih adalah variti Tempatan, variti Lombok, variti Ci dan variti Ci 0 yang dikeluarkan oleh MARDI. Selepas sebulan semaian, anak benih diubah ke dalam bag poly ten berukuran 12" x 8" menggunakan campuran tanah dengan kadar 3 bahagian tanah, 2 bahagian gambut dan 1 bahagian pasir. Tanah juga dicampur dengan baja "Nitrophoska blue". Penyiraman air dilakukan tiap-tiap 49 hari dan semburan racun serangga melathion dan kelthane (7ml/gall. air) dibuat selang 2 minggu untuk mengelakkan serangan aphid dan hamahama. Penyediaan inokulum dibuat dengan menkultur C. capsici pada media Lima Bean Agar selama empat minggu. Ampaian spora dibuat daripada kultur tersebut memberikan kepekatan spora lebih kurang 20,000 spora/ml. Inokulasi dibuat pada empat variti cili pada umur 10 minggu selepas diubah. Inoculum disembur dengan menggunakan penyembur tangan. Semburan dibuat pada buah dan daun di mana tiap-tiap pokok menerima 100 ml. larutan ampaian spora C capsici. Pokok yang tidak diinokulasi digunakan sebagai kontrol dan disembur dengan air suling (100 ml.). Kemudian semua pokok ditutup dengan bag plastik (lutsinar) selama 48 jam untuk memberikan kelembapan yang tinggi untuk percambahan spora. Tiap-tiap rawatan diulang 5 kali dan dianalisa dalam rekabentuk "RCBD". Penilaian jangkitan oleh C. capsici dibuat pada buah dan juga daun. Penilaian pathogenisiti adalah berdasarkan kepada "Disease Incidence". Disease = buah/daun yang dijangkiti x 100 Incidence j U mlah buah/daun yang diukur KEPUTUSAN Perbezaan keasiden dan masa pengeraman memberikan perbezaan yang sangat bererti terhadap kadar tumbesaran C capsici (P < 0.01). Purata tumbesaran digambarkan dalam Geraf 1. Tumbesaran didapati maksima pada ph 5. Kesan suhu menpunyai perbezaan yang nyata (P < 0.01) terhadap tumbesaran C. capsici (Geraf 2). Didapati tumbesaran bertambah dengan bertambahnya suhu. Kadar tumbesaran maisiliam maksima pada suhu 30 C. Tumbesaran tidak ber* laku pada suhu 5 C dan 40 C. Penerimaan cahaya memberikan perbezaan yang bererti terhadap kadar tumbesaran C. capsici (P < 0.01). Purata tumbesaran menunjukkan tiada perbezaan yang bererti pada kultur yang menerima 24 jam cahaya, dan 12 jam cahaya dan 12 jam ultra violet (Geraf 3). Didapati tumbesaran menjadi perlahan dengan pengurangan penerimaan cahaya. lima jenis media yang diuji memberikan perbezaan yang bererti (P < 0.01). Purata garis pusat

S. MAZLAN AND M. SARIAH I- Gerafl Kesan perbezaan paras ph terhadap turnbesaran kulat C. capsici. Garis tegak menunjukkan nilai L.S.D. pada P < 0.01. x- x- o- A- -X -X -o -A ph5 ph6 ph7 ph9 Geraf 3 Kesan perbezaan penerimaan cahaya terhadap tumbesaran C. capsici. Garis tegak menunjukkan nilai L.S.D. pada P< 0.01 x x-- x -A -X 12 jam cahaya dan 12 jam ultraviolet. Cahaya berterusan 12 jam cahaya dan 12 jam gelap Gelap berterusan H L 4 6 8 MASA (HAW) Geraf 2 Kesan perbezaan suhu terhadap tumbesaran C. capsici. Garis tegak menunjukkan nilai L.S.D. pada p < 0.01 x x simu 30 C A A suhu 20 C suhul5 C 50 Geraf 4 Kesan perbezaan media terhadap tumbesaran C. capsici. Garis tegak menunjukkan nilai L.S.D. pada P < 0.01. Bean Pod Agar (BPA) A A Potato Dextrose Agar (PDA) x Lima Bean Agar (LBA) Corn Meal Agar (CMA) Nutrient Agar (NA)

PENYAKIT ANTHRACNOSE PADA CILI: BIOLOGI PATOGEN DAN VARIETAL SUSCEPTIBILITY koloni untuk kelima-lima media ditunjukan dalam Geraf 4. Media Bean Pod Agar, Potato Dextrose Agar dan lima Bean Agar mempunyai kadar turn besaran yang tinggi, jika dibandingkan dengan media-media yang lain. Kesan perbezaan ph, suhu, cahaya dan media terhadap pembentukan spora C. capsici selepas 12 hari inokulasi ditunjukan dalam Jadual 1. Jenis pemakanan banyak mempengaruhi pengeluaran spora jika dibandingkan dengan faktor-faktor yang lain. Suhu yang terlalu rendah atau tinggi menghalang pembentukan spora. suhu tumbesaran dan pengeluaran spora dalam kultur wlah 30 C. Tiada tumbesaran berlaku pada suhu 5 C dan 40 C. Di antara media yang diuji, Bean Pod Agar memberikan tumbesaran yang paling tinggi sementara media lima Bean Agar yang paling banyak mengeluarkan spora. Kulat juga didapati hidup pada lengkaran ph yang besar yang mana tumbesaran dan pengeluaran spora maksima pada ph 5. Dalam kultur yang mendapat cahaya berterusan dan bersilih ganti cahaya dan cahaya ultra violet memberikan tumbesaran yang maksima sementara kultur yang menerima silihganti terang dan gelap mengeluarkan spora yang JADUAL1 Kesan perbezaan ph, suhu, cahaya dan media terhadap pengeluaran spora C. capsici selepas 12 hari inokulasi ph Suhu Jumlah pengeluaran spora (konidia/ml) Cahaya Media 5 6 7 9 401,000 42,667 5,333 3,800 5 C±2 C 15 C±2 C 20 C ± 2 C 30 C ± 2 C 40 C±2 C Cahaya berterusan - 12 jam cahaya 12 jam uv - 12 jam cahaya 12 jam gelap 20,000 Gelap berterusan - 11,333 7,750 12,510 6,150 PDA CMA BPA NA LBA 8,600 28,600 28,600 6,600 624,000 Kajian penyakit anthracnose hanya dicatit pada buah yang masak untuk keempat variti cili yang diuji. Variti-variti cili tersebut memberikan perbezaan yang sangat bererti (P < 0.01) terhadap peratus "Disease Incidence" (Jadual 2). Pada variti C10 didapati kejadian penyakit anthracnose yang paling tinggi jika dibandingkan dengan variti-variti yang lain. Sementara variti Ci, kejadian penyakit adalah yang paling rendah. Masa pembentukan dan permulaan simptom juga berbeza-beza. Pada pokok cili yang tidak diinokulasi (kontrol) tiada kejadian penyakit anthracnose samada pada buah atau daun. Variti cili C,o Tempatan Lombok Ci JADUAL 2 Purata peratus "Disease Incidence" pada buah yang masak selepas 14 hari inokulasi Purata Peratus "Disease Incidence** 37.07 a 28.33 ab 24.43 ab 16.47 b PERBINCANGAN Dimasakini telah diakui bahawa tumbesaran dan pengeluaran spora kulat adalah bergantung kepada jenis-jenis pemakanan, penerimaan cahaya, kepekatan ion-haiderogen dan suhu (Hawker, 1936; Miscra dan Mahmud, 1960). Pertalian ini telah ditunjukan dalam kajian tentang kesan pemakanan, penerimaan cahaya, kepekatan ionhaiderogen dan suhu terhadap tumbesaran dan pengeluaran spora C. capsici Didapati optimum 51 Catitan: Huruf-huruf yang sama pada ruangan memberikan perbezaan yang tidak bererti pada p <0.01 maksima. Ini juga membuktikan bahawa bukan hanya satu faktor yang penting dalam perlaksanaan sesuatu proses seperti tumbesaran atau pembentukan spora tetapi memerlukan banyak interaksi faktor-faktor yang berubah. Sungguhpun mekanisma interaksi ini belum jelas diketahui tetapi dan kajian-kajian fisiologikal yang telah

S. MAZLAN AND M. SARIAH dijalankan ke atas kulat-kulat lain didapati ada persamaannya. Percambahan spora dan jangkitan hanya berlaku apabila keadaan sesuai dan ini bergantung kepada beberapa faktor seperti kematangan spora dan tisu-tisu yang dijangkiti, kepadatan inokulum dormansi, cahaya, suhu, pemakanan dan Iain-lain (Hasselbring, 1906). Ini mungkin merupakan faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan tindakbalas dan pathogenisiti C. capsici kepada empat variti cili yang diuji. Pada umumnya, buah yang masak adalah yang paling mudah terkena jangkitan anthracnose. Ini mungkin disebabkan ia banyak mengandungi sukros, maltos dan laktos jika dibandingkan dengan buah yang muda yang mana sangat sesuai untuk percambahan spora C. capsici (Panighrahi dan Narain, 1971). Variti C 10 adalah didapati lebih mudah dijangkiti penyakit anthracnose jika dibandingkan dengan variti-variti yang lain yang mana variti Ci memberikan ketahanan yang tinggi terhadap jangkitan anthracnose. Tetapi mekanisma yang sebenarnya yang mana pokok cili dapat menahan daripada jangkitan penyakit tidak diketahui sepenuhnya. Kajian-kajian seterusnya dalam bidang ini seperti fisiologi dan kesan environmen terhadap percambahan spora, penembusan dan jangkitan patut digalakkan, di mana faktor-faktor ini mungkin penting dalam 'epidemiology' penyakit anthracnose pada tanaman cili. Berdasarkan keputusan kajian-kajian seperti ini kawalan C. capsici dijangka boleh tercapai dengan memberi ketidaksuaian keadaan environmen untuk pathogen tetapi tidak pula menjejaskan tumbesaran pokok. RUJUKAN CHOWDHURY, S. (1957): Studies on the development and control of fruit rot of chillies. Indian Phytopath. 10:52-62. DUKE (1928): The genera Vermicular ia and Colletotrichum. Trans. Brit. Mycol. Soc 13:156-184. HASSELBRING, H. (1906): The appressoria of the anthracnose. Botan. Gaz. 42: 135-142. HAWKER, L. E. (1936): The effect of certain accessory growth substances on the sporulation of Melanospora destrucens and some other fungi. Ann. Bot. L: 669-718. MISCRA, A. P. and MAHMOOD, M. (1960): Factors affecting the growth of Colletotrichum capsici. Indian Phytopath. 13: 12-17. PANIGHRAHI, C- and NARAIN, A. (1971): Effect of certain cabohydrate on the pathogenesis of Colletotrichum capsici causing anthracnose of chillies. Indian Phytopath. 24: 658-666. THOMSON, A. (1928): Annual Report for 1927. Division of mycology. Malay Agric. J. 16: 161-168. (Received 19 November 1979) 52