PROGRAM MEGAFAIR 2017 MAJLIS ANUGERAH PENDIDIK MARA. Bergambar bersama sama penerima Anugerah Pendidik MARA 2017

Similar documents
KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA ARAHAN PENTADBIRAN

NAMA : NO. STAF : JAWATAN : JAWATAN DIPOHON : PTJ : TARIKH MEMEGANG JAWATAN TERKINI :

BIL/1. Majlis Makan Malam Kolej Ungku Omar 2013/2014. Universiti Kebangsaan Malaysia

EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

ZAMALAH WARTAWAN 1MALAYSIA: SHAH ALAM (7 18 OGOS 2017) PROGRAM TENTATIF

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

PENILAIAN PENGETAHUAN

PENILAIAN PENGETAHUAN

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

Hair Mask. Surface Scrubber. Deodorize your Fridge & Freezer FEATURE. Hotnews / Jan - Apr

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

Hadiah Wang Tunai Lebih dari RM3.6 Juta

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

Academic OCOUVO IF09 0. Universiti Malaysia PAHANG EngIneein Technology Creeholty. KIlauan Teknologu, Aspirasi Bersama" 29 September -4 October 2009

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

Q1 Gender / Jantina:

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia KLASIFIKASI FAIL

JADUAL PELAKSANAAN KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI SELAYANG BULAN MEI 2015

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

Kiosk 4 COP SYARIKAT

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

Licenced to Zhulian Corporation / Downloaded on : 11-Apr-2008 / Single user licence only, copying and networking prohibited

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 3) 2016

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 2) 2015

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

EKSPLORASI KULIT KAYU

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

Operations Review REVENUE / HASIL 0.03% 15.26% 0.03% 47.82% 36.89% 48.00% 15.27% 36.70% RM1, Million / Juta 1999/2000

\\\I\II\\\\\IIi\~I\i\II\~I~\~~\I[\I\II~\il\i[![\~\II\I\\\\II\ * *

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

FederationofMalysia EDICTOFGOVERNMENT±

Para pengusaha sektor pertanian masa kini telah

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 31 TAHUN 2007

consumer marketing & direct selling

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

3.1 Terima dokumen dari Pejabat Pendaftar, PTJ, staf dan pelajar. Penyata lantikan baru. Arahan potongan gaji. Arahan perubahan gaji dan elaun

July Edisi 11. Blessings and Benefits of. Ramadhan Fasting. Island. Lure. French KOREA S ISLAMIC TOURISM: THE NEXT BIG THING.

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. kajian, penyataan masalah, kepentingan kajian, objektif kajian, soalan kajian serta

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

4 Cerakinkan mengikut nilai digit. 9 Rajah di bawah menunjukkan satu garis nombor.

THALWATCH BEYOND THALASSAEMIA THE OFFICIAL NEWSLETTER OF THE THALASSAEMIA SOCIETY OF PENANG

DESIGN AND FABRICATION OF HANDY DISC LOOSE COCONUT PALM COLLECTOR MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN SHAHARUDDIN

LAPORAN PROSIDING MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA

EFFECTS OF 1-METHYLCYCLOPROPENE (1-MCP) COUPLED WITH CONTROLLED ATMOSPHERE STORAGE ON THE RIPENING AND QUALITY OF CAVENDISH BANANA ABSTRACT

PRIVACY POLICY Act Notice in the case where you are a consumer of our products:

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

REKA BENTUK KERUSI BERASASKAN KAYU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL

Campur Tangan Kemanusiaan Antarabangsa: Suatu Tinjauan Berkaitan Konflik dan Keabsahannya

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

Tie s o n g k e t s e r i e s. Like us on:

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

EKSPERIMENTASI KOMBINASI TEKNIK SULAM DAN CETAK DARIPADA KULIT KAYU TEKALONG UNTUK REKAAN BEG. Anastasia Anak Hyacinth

Kamus bahasa arab buah dada

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

EFFECTS OF POSTHARVEST HOT WATER TREATMENT ON PHYSIOLOGICAL AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF EKSOTIKA II PAPAYA DURING RIPENING

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CAMPUR KOD DAN ALIH KOD: SUATU ANALISIS SOSIOLINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU FARIDAH BINTI NAZIR FBMK

WEDDING PACKAGE 2014 MALAY WEDDING. Bersanding Package (A) RM 1, (RM 1, nett) per table of 10 persons

Travel. Smarter. PENUHI CITARASA SELERA Anda Di Kawasan Rehat Seremban (Arah Utara) Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57. Ogos - September 2014

Easy Nutrition. Planner. for Caring Mums. Buku Perancangan Pemakanan Mudah untuk Ibu Penyayang

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Authorship Abu Bakar Ellah di dalam Telemovie Arahannya. Sydney Thomas Sibangan

PERANAN DAN SUMBANGAN ORANG CINA DI HOIAN, VIETNAM PADA ABAD KE-17 HINGGA ABAD KE-18

Licenced to Zhulian Corporation / Downloaded on : 17-Apr-2008 / Single user licence only, copying and networking prohibited

MULTIPURPOSE BIO FERTILIZER

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

Transcription:

Kolej MARA Banting, Jalan Labohan Dagang, Bukit Changgang, 42700 Banting, Selangor Tel No. 0331491304/1318 Fax No. 0331491061 www.kmb.edu.my EDISI 3 MEI 2017 BULETIN KMB PROGRAM MEGAFAIR 2017 Program Bizsmart Partnering Mega Fair 2017 merupakan kolaborasi di antara Kolej MARA Banting dan Majlis Daerah Kuala Langat. Tema yang dipilih pada tahun ini ialah Keusahawanan Untuk Semua. Program ini telah diadakan pada 3-4 Mac 2017 di Kolej MARA Banting. Penganjur bagi program ini ialah unit PSN, MARA Daerah Kuala Langat, Jabatan Sains Sosial, dan Kolej MARA Banting (KMB). Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya Jualan Food Truck dan merchandise, jualan car boot sale, perkhidmatan agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti JPJ, Pusat Darah Negara, temuduga terbuka Jobs Malaysia, TUDM pameran dan pertunjukan helikopter, pertunjukan kereta drift, khidmat masyarakat Giat MARA (Medicure percuma), sembang santai bersama-sama selebriti PU Rahmat, Heliza dan Hairie Othman bertajuk Berniaga, Jihad dan Populariti, persembahan istimewa daripada Caliph Buskers dan pelbagai aktiviti lain yang menarik. Majlis perasmian Mega Fair 2017 telah dirasmikan oleh Pegawai MARA Daerah Kuala Langat, Pn. Mazlah Binti Md Jani. Majlis penutup juga telah berlangsung pada malam terakhir program. Persembahan dan sketsa daripada MPAC bertajuk Nasi Lemak Mawar telah memeriahkan acara penutup program ini. MAJLIS ANUGERAH PENDIDIK MARA Majlis Anugerah Pendidik MARA telah diadakan pada 16 Mei 2017 di Hotel Primera Kuala Lumpur. Anugerah ini merupakan anugerah yang paling berprestij dalam organisasi MARA bagi menghargai jasa, usaha dan pengorbanan para pendidik MARA. Anugerah ini telah disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pensyarah kimia di Kolej MARA Banting, Pn. Satinah Awang telah dinobatkan sebagai salah seorang penerima anugerah ini. Penglibatan beliau dalam program dan aktiviti tempatan dan luar negara seperti Feed The Homeless, Refugee Somalia, pembentangan artikel di dalam dan luar negara, penulisan jurnal dan pertandingan inovasi telah melayakkan beliau menerima Anugerah Pendidik MARA ini. Beliau juga sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD dalam bidang kepimpinan di Universiti Malaya. Kejayaan ini membuktikan bahawa KOLEJ MARA BANTING tetap unggul sebagai sebuah kolej yang tersohor bagi melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dan modal insan kelas pertama di Malaysia. Bergambar bersama sama penerima Anugerah Pendidik MARA 2017 Pn Satinah Awang Bersama-sama Pn.Zarina Ahmad http://m.utusan.com.my/pendidikan/mara-berjaya-lahirkan-tenagapendidik-terbaik-1.482788] 1

Kata Alu-aluan Pengarah & YDP MUAFAKAT KMB Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya dapat kita bertemu lagi dalam lembaran BULETIN KMB Edisi ke3 ini. Buletin ini menyediakan laporan aktiviti aktiviti yang telah berlangsung di dalam dan luar kolej yang melibatkan semua pihak termasuk pensyarah dan pelajar. Syabas buat semua warga kolej yang aktif dan produktif dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancangkan sama ada diperingkat kolej atau peringkat Bahagian Pendidikan Tinggi MARA. Peperiksaan akhir International Baccalaureate bagi melengkapkan program diploma pelajar Tahun 2 telah berakhir. Sama-sama kita berdoa agar pelajar-pelajar ini memperoleh keputusan yang cemerlang yang akan diumumkan seawal bulan Julai nanti. Bagi pelajar Tahun 1 pula, mereka telah selesai menjalani peperiksaan semester 2 yang tentunya akan menjadi kayu ukur bagi pencapaian akademik sepanjang dua semester di Kolej MARA Banting ini. Saya mendoakan kesemua pelajar ini akan memperoleh keputusan yang cemerlang dan membuktikan Kolej MARA Banting ini sebagai institusi pendidikan yang unggul. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini meningkatkan ketaqwaan dan kesabaran kita dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Akhirnya, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi Buletin KMB yang telah bertungkus lumus menyiapkan naskah ini. Semoga buletin ini akan terus berperanan sebagai medan sebaran informasi kolej untuk masa akan datang. Sekian, terima kasih. Tuan Haji Tamam bin Jonit PENGARAH KOLEJ MARA BANTING Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Alhamdulillah Buletin KMB Edisi ke-3 berjaya diterbitkan. Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas buat sidang redaksi Buletin KMB dan kepada semua warga kolej amnya kerana telah berjaya merealisasikan agenda pembangunan akademik dan fizikal sepanjang 6 bulan pertama 2017 ini. Pembangunan fizikal seperti kewujudan bangunan makmal baharu, kolam renang dan tambahan ruang wuduk di Surau An-nur membuktikan pihak kolej sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran yang kondusif dan memberi keselesaan kepada pelajar. Peperiksaan IB bagi pelajar ambilan 2015/2017 telah berlangsung dan pelajar akan mengetahui keputusannya pada awal Julai 2017. Saya mewakili ibu bapa merakamkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah yang telah mendidik anak-anak ini sehingga mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dan dapat mencapai impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tanpa bimbingan dan pengorbanan masa dan tenaga para pensyarah tentunya anak-anak ini akan hilang arah ketika mendepani cabaran dalam Diploma International Baccalaureate ini. Bagi pelajar tahun 1 pula mereka akan melalui peperiksaan semester 2. Diharap pelajar akan memperoleh keputusan yang cemerlang dan memperbaiki keputusan semester yang lalu. Akhirnya, sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga KMB dan ibu bapa. Semoga kita diberi kekuatan dalam menjalani ibadah puasa ini dan memperoleh keberkatan dari-nya. Sekian, terima kasih. Dato Seri Haji Abd Rahman bin Haji Ali YDP MUAFAKAT KOLEJ MARA BANTING SESI 2017/2019 2

Pembangunan dan Pengayaan Pelajar (Jun-Dis 2016) MINGGU PENGHAYATAN ISLAM 2016 Minggu Penghayatan Islam (MPI) 2016 dengan bertemakan Islam Itu Tinggi Dan Tidak Ada Yang Lebih Tinggi Daripada Itu telah berlangsung pada 15-18 Jun 2016 di Kolej MARA Banting untuk pelajar Islam Tahun 2. Program ini dijalankan oleh guru-guru Unit Pendidikan Islam sebagai AJK Induk dan ahli BERKAT dan Ahli Tarbiyatul Muslimah sebagai AJK Aktiviti dan AJK Khas. Oleh kerana Minggu Penghayatan Islam ini diadakan di dalam bulan Ramadhan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan bulan yang mulia ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa Minggu Penghayatan Islam adalah Tadarus Perdana, Ceramah Perdana Ihya Ramadhan, Bicara Siswa, Explorace Ramadhan dan Bengkel Fiqh Ibadah Pesakit. Minggu Penghayatan Islam ini dilihat dapat mendedahkan pelajar kepada cara hidup Islam yang sebenar secara teori dan praktikal. Explorace Ramadhan Tadarus Perdana MARATEX 2016 MARATeX 2016 telah diadakan pada 19 Julai 2016 di Hotel Quality, Kuala Lumpur. 3 pelajar daripada Kelab Inovasi beserta seorang guru penasihat telah menyertai pertandingan ini mewakili KMB. Objektif pertandingan ini adalah untuk menghasilkan warga MARA yang berfikiran kreatif dan dapat menjana ide-ide inovatif yang dapat memberi impak kepada kelestarian MARA. Seramai 60 penyertaan didaftarkan untuk MARATeX 2016. Kelab Inovasi KMB telah menghantar 4 penyertaan dalam pelbagai kategori. Selepas melalui beberapa saringan, Projek In House Natural Filter telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir MARATeX 2016 yang berlangsung pada 2-3 November 2016 di Medan MARA Kuala Lumpur. EUREKA Innovation Exhibition International 2016 EUREKA Innovation Exhibition International 2016 was organized by UniKL MSI on 16-18 August 2016. This exhibition gave academicians, non-academicians and students from local and international high education institutions the opportunity to showcase their innovation, invention and design. Students from the Innovative Club represented Kolej MARA Banting in this exhibition under High Education category. 3 innovations were sent to participate in this exhibition. 2 out of 3 innovations won bronze: Kit Model Electrochemical Cell led by Muhammad Nur Hamizan Khabib and KMB Timetable led by Muhammad Aiman Akmal Shahhiran. Kit Model Electrochemical Cell Peserta KMB membentangkan produk inovasi 3

Pembangunan dan Pengayaan Pelajar (Jan Mei 2017) INTENSIVE REVISION PROGRAMME (IRP) 2017 Program IRP telah dijalankan di Kolej MARA Banting selama empat minggu bermula dari 27-21 April 2017. Tujuan program ini adalah untuk membantu pelajar- pelajar Tahun 2 membuat persediaan yang rapi dan sistematik bagi menghadapi peperiksaan IB yang bakal berlangsung sepanjang bulan Mei nanti. Program IRP ini memberi penekanan kepada kaedah belajar secara berkumpulan dengan menjawab soalan-soalan IB yang lepas. Namun begitu pelajar-pelajar masih mempunyai peluang untuk sesi konsultasi individu bersama-sama guru selama satu jam setiap hari. Sepanjang program berlangsung pelajar-pelajar telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan semasa menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh guru-guru. Pelajar-pelajar Tahun 2 sedang berbincang di dalam kumpulan 2017 TOK CAMP TOK Camp was organized by TOK Unit for Year 1 students from 14 th to 16 th April 2017 at Seri Costa Hotel, Melaka. 113 students from KMB and 18 students from 3 different colleges, namely MCKK, RMC and TKC together with their teachers participated in this camp. They were facilitated by 6 TOk teachers. The objectives of the camp were to familiarize students with the concept of KC and recognize the necessary steps in formulating RLS into KQ(s). This camp was aimed at helping students to better understand Theory of Knowledge (TOK), a core subject in the IB programme. The camp was conducted successfully and the students were able to achieve the objectives. Students and teachers who attended the TOK Camp KMB and RMC TOK teachers 4

Creative, Activity & Service (CAS) Wonderlwell 2.0 3-8 Dis 2016, Jogjakarta Sehati Serumpun 10.0 3-8 Dis 2016, Vietnam Shine 3.0 3-8 Dis 2016, Medan Lake of Hope 3-8 Dis 2016, Kemboja L. I. T. E 3-6 Dis 2016, Sarawak EVERGROVE 9-12 Dis 2016, Pulau KMBNATORS CLUB Program LEIKA Kolej MARA Banting Nature Adventure Team (KMBNATORs) telah menyertai satu program yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia( INTEGRITI) dengan kerjasama Jabatan Hutan Negeri Kelantan. Program yang diberi nama Legasi Integriti Khazanah Alam( LEIKA) diadakan di Hutan Simpan Gunung Stong, Dabong, Kelantan pada 9 hingga 12 Mac 2017. Program ini dimulakan dengan aktiviti mendaki ke Kem Baha pada sebelah tengah hari dan diikuti dengan aktiviti berkhemah. Antara aktiviti utama program LEIKA ialah memasang signage Integriti Alam Sekitar di kawasan sekitar Kem Baha dan aktiviti membersihkan kawasan perkhemahan. Program LEIKA adalah sangat bertepatan dengan objektif program iaitu untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam diri peserta dan pengunjung. Secara tidak langsung dapat menyuntik kesedaran supaya tidak membuang sampah di merata tempat dan mengotorkan alam sekitar. 5

Aktiviti Kolej (Jun-Dis 2016) KONVENSYEN KEPEMIMPINAN SISWA IPMa 2016 Pada 19 21 Ogos 2016 yang lalu, BPT dengan kerjasama KMB yang diterajui oleh Jabatan Matematik telah mengadakan Konvensyen Kepemimpinan Siswa IPMa 2016 yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato Dr. Abu Azam bin Md Yassin iaitu Ahli Majlis MARA. Program ini telah melibatkan penyertaan pelajar MPP daripada 13 IPMa, Kolej Universiti Poly-Tech MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Pelbagai aktiviti dan slot ceramah telah berjaya dilaksanakan bertujuan untuk membentuk dan membangun modal kepimpinan di kalangan pemimpin-pemimpin pelajar IPMa. Di samping itu program-program yang disediakan bertujuan membina dan mempertahankan semangat patriotisme selaras dengan aspirasi negara ke arah mencapai matlamat 1 Malaysia. Bagi mencapai tujuan tersebut beberapa tokoh pemimpin MARA, alumni MARA, dan usahawan MARA serta wakil dari MKN dan Yayasan Dana Kebajikan telah dijemput. Selain itu, terdapat juga sesi perkongsian oleh wakil MPP dari semua IPMa yang pada umumnya diadakan untuk mengukuhkan aspek kepemimpinan yang menyumbang kepada pembentukan organisasi yang lebih mantap dan berkesan. Peserta sedang berbincang dalam kumpulan Majlis perasmian dihadiri oleh Pengarah BPT Persembahan kumpulan SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDIL FITRI 2016 Pada 20 Julai 2016, Kolej MARA Banting (KMB) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat kolej. Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KMB dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar KMB. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara warga KMB dan organisasi sekitar KMB dan juga untuk memupuk rasa syukur dalam kalangan KMB atas nikmat kegembiraan. Pelbagai juadah disediakan untuk dinikmati oleh semua yang hadir. Majlis berjalan lancar dan penuh kegembiraan. Suasana ketika jamuan Menu utama jamuan: kambing golek 6

Aktiviti Kolej (Jun Dis 2016) SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2016 Sambutan Bulan Kemerdekaan 2016 telah diadakan sepanjang 17 Ogos 16 September 2016. Sambutan ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej MARA Banting. Objektif sambutan ini adalah untuk memupuk rasa cinta kepada negara melalui aktiviti yang dilaksanakan dan juga untuk menyediakan ruang untuk pelajar menampilkan kreativiti dalam melahirkan rasa cinta kepada negara. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk mencapai matlamat sambutan kemerdekaan ini. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilangsungkan adalah pertandingan fotografi dan video pendek paling kreatif yang bertema patriotik dan pertandingan mencipta sajak kemerdekaan. Terdapat juga aktiviti Jom Ngeteh yang dilaksanakan serentak seluruh Malaysia oleh semua agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah pada 29 Ogos 2016. Aktiviti main peranan sebagai Perdana Menteri Malaysia Penyerahan Jalur Gemilang oleh Tuan Pengarah MARA INTERNATIONAL BACCALAUREATE EDUCATORS CONFERENCE (MIBEC) MARA IB Educators Conference (MIBEC) telah diadakan pada 17-18 November 2016 bertempat di Kolej MARA Banting (KMB) dengan tema Leveraging from Collaborative Networking. Program ini diadakan, bertujuan untuk membina jaringan antara pendidik KMB dan organisasi IB di Malaysia dan menyediakan latihan dalam meningkatkan kompetensi serta prestasi para peserta. Selain itu, program ini turut diadakan sebagai langkah intervensi dalam meningkatkan prestasi subjek dan sebagai platform untuk berkongsi amalan terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebanyak 13 pembentangan sesi parallel perkongsian ilmu dan 3 pembentangan sesi plenari dijalankan. 102 orang pendidik KMB telah terlibat sebagai peserta progam. Penyertaan turut dibuka kepada 100 orang pendidik di semua institusi pendidikan yang menjalankan program IB di Malaysia. Para penceramah terdiri daripada 3 orang penceramah dari IBO untuk subjek subjek kritikal (Fizik, Matematik dan World Studies), seorang penceramah dari universiti tempatan dan 2 orang penceramah dari IBO untuk sesi plenari dan 10 orang pensyarah KMB. Sesi perkongsian ilmu subjek Matematik Penyerahan cenderahati kepada KP MARA Sesi perkongsian ilmu subjek TOK 7

Aktiviti Kolej (Jan Mei 2017) KOLEJ MARA BANTING STUDENT CONFERENCE 2017 (KMBSC) Kolej MARA Banting Student Conference 2017 (KMBSC) telah diadakan pada 14 Mac 2017 bertempat di Kolej MARA Banting. Tema pada tahun ini adalah Awakening the Researcher Within. Seramai 114 orang pelajar Tahun 1 KMB, 35 peserta dari Kolej Tunku Kurshiah, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Maktab Tentera Di Raja dan Kolej MARA Seremban telah menyertai KMBSC. Manakala 31 pembentang di kalangan pelajar KMB Tahun 2 telah dipilih oleh penasihat-penasihat Extended Essay (EE). Extended Essay adalah satu komponen wajib di dalam program IB untuk mendapat penganugerahan Diploma IB. KMBSC memberi peluang untuk pembentang berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam penulisan Extended Essay mereka yang mengambil masa selama 9-12 bulan. KMBSC dapat memberi peluang kepada peserta untuk memilih tajuk EE mereka dan dapat memberi pengetahuan tentang proses penulisan EE yang lebih baik. Peserta mendengar pembentangan Pembentang berkongsi pengetahuan Dr. Zamir Othman di Sesi Plenari MAJLIS RESTU Majlis Restu telah diadakan pada 21 April 2017 bertempat di Surau Annur, Kolej MARA Banting. Bersempena dengan Peperiksaan IB untuk pelajar Tahun 2 (2015/2017) yang bermula pada 28 April 2017. Majlis ini bertujuan untuk memohon doa daripada Allah S.W.T agar dipermudahkan segala urusan semasa peperiksaan dan diberikan kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan IB 2017. Solat hajat beramai-ramai bersama Ibubapa, pensyarah dan para pelajar telah diadakan bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 tengah hari. Majlis disusuli pula dengan ucapan wakil pelajar, wakil MUAFAKAT / ibubapa dan ucapan Pengarah KMB. Majlis diakhiri dengan selawat dan sesi bersalaman di antara pelajar, ibubapa dan pensyarah. Selepas solat hajat YDP MUAFAKAT sedang berucap Menunggu untuk bacaan Yaasin 8

Aktiviti Kolej (Jan Mei 2017) MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT KALI KE 11 Mesyuarat Agung MUAFAKAT KMB kali ke-11 telah diadakan pada 3 Februari 2017 bertempat di Dewan Besar Kolej MARA Banting. Mesyuarat dirasmikan oleh Pengarah KMB, Tuan Haji Tamam bin Jonit. Mesyuarat dihadiri oleh AJK MUAFAKAT, ibubapa, Pengarah KMB, timbalan-timbalan pengarah KMB dan pensyarah-pensyarah. Mesyuarat telah dimulakan pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1 tengah hari. Selain membentang usul-usul, agenda utama Mesyuarakat MUAFAKAT adalah untuk memilih AJK baru bagi sesi 2017/ 2019 telah dibuat dengan ahli sebulat suara melantik semula Dato Seri Abdul Rahman Haji Ali sebagai Yang Dipertua yang baru. HARI APRESIASI PENSYARAH DAN STAF Sekitar Mesyuarat MUAFAKAT Kali ke 11 Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Unit HEP telah menganjurkan Hari Apresiasi Pensyarah dan Staf yang bertempat di Dewan Besar, Kolej MARA Banting pada 26 April 2017. Objektif utama majlis ini adalah untuk meraikan pensyarah dan staf sempena Hari Guru dan Hari Pekerja. Aktiviti bermula dengan perarakan masuk pensyarah dan staf ke Dewan Besar. Kemudian diikuti dengan persembahan dari pelajar-pelajar dan pemberian cenderahati dari pelajar-pelajar kepada semua unit pentadbiran dan jabatan di Kolej MARA Banting. Majlis diserikan lagi dengan ucapan Presiden MPP dan ucapan Pengarah KMB, Tuan Haji Tamam bin Jonit. 9

Aktiviti Pensyarah dan Kakitangan (Jun-Dis 2016) ANUGERAH KAUNSELOR MARA Tahniah kepada Unit Kaunseling Kolej MARA Banting kerana telah memenangi Anugerah Kaunseling Cemerlang bagi Unit Bimbingan dan Kaunseling MARA pada 26-27 Oktober 2016 di Asean Psychology and Counselling Conference. APCC 2016 yang berlangsung di Hotel Primeira ini adalah satu pengiktirafan antarabangsa kepada pengamal kaunseling khususnya di MARA bagi memperkenalkan perkhidmatan kaunseling di organisasi MARA dan juga komuniti luar amnya. Ini adalah satu pengiktirafan yang membanggakan buat semua warga Kolej MARA Banting. Kaunselor Kolej MARA Banting memenangi Anugerah Kaunseling Cemerlang PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI PENYELIDIKAN UKM Puan Satinah Awang telah berjaya meraih pingat gangsa untuk Pertandingan Anugerah Inovasi Penyelidikan sempena Hari Inovasi Fakulti Pendidikan UKM 2016. Pertandingan ini telah diadakan pada 12 Oktober 2016 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Puan Satinah telah menyertai pertandingan ini mewakili Kolej MARA Banting dan tajuk penyertaan beliau adalah Eksperimen Maya Dalam Pembelajaran Kimia. Ide ini tercetus berdasarkan kurikulum International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) yang memerlukan pelajar menjalankan eksperimen sama ada di dalam makmal atau secara Maya (Modelling) bagi melengkapkan tugasan Internal Assessment. Ini adalah satu kejayaan yang membanggakan buat Kolej MARA Banting. Puan Satinah Awang memenangi pingat gangsa di Pertandingan Anugerah Inovasi Penyelidikan 10

Aktiviti Pensyarah dan Kakitangan (Jun-Dis 2016) HARI KELUARGA KOLEJ MARA BANTING 2016 Pada 26 November 2016, Kelab Staf KMB telah menganjurkan Hari Keluarga 2016 yang bertemakan Keluarga Bahagia, Prestasi Berganda untuk semua warga kerja KMB dan keluarga. Program bermula dengan sarapan dan berakhir dengan acara cabutan bertuah di dewan KMB. Sebanyak 24 acara sukaneka diadakan bermula umur 3 tahun sehingga veteran dan acara melibatkan VIP juga turut diadakan. Kesemua acara sukaneka diadakan di perkarangan kabin KMB. Majlis perpisahan Ustaz Taufek turut diadakan semasa makan tengahari di Dewan Besar. Cabutan bertuah yang menyediakan 25 hadiah utama daripada IKEA dan selebihnya adalah sumbangan barang keperluan seperti minyak, gula dan lain-lain kepada warga KMB. Hari Keluarga diadakan dengan harapan dapat mengeratkan lagi silaturrahim warga kerja KMB. The Mummy Game Sukaneka Cabutan Bertuah SAMBUTAN HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN KOLEJ MARA BANTING 2016 Sambutan Hari Inovasi & Kecemerlangan Kolej MARA Banting 2016 telah diadakan pada hari Isnin, 14 November 2016 dan dihadiri oleh 145 staf akademik & bukan akademik. Majlis telah diadakan dalam 2 sesi iaitu sesi pagi adalah sesi ceramah Inovasi manakala sesi petang adalah sesi penyampaian anugerah. Majlis dimulakan dengan ceramah inovasi yang bertajuk Harmony at Home, Productive at Work oleh penceramah motivasi En Ahmad Shafiai b Uda Jaafar atau lebih dikenali dengan nama Pak Utih. Berikut adalah penerima-penerima anugerah pada hari tersebut:- Anugerah Khas Inovasi & Kecemerlangan 2016 i) Akademik: Pn Mimi Haidazatul Zuhanaria bt Hj. Haron & Ustaz Abd Jamir B. Md Saad ii) Bukan Akademik: Mohd Amir b Nordin Anugerah Meja / Workstation paling kemas @ cantik i) Akademik: Pn Amy Safinah Cheong Abdullah ii) Bukan Akademik: Pn Nor Faizah bt Jamian Anugerah Kakitangan paling Berdedikasi 2016 i) Akademik: Pn Satinah bt Awang ii) Bukan Akademik: Pn Azizah bt Abd Rahman Anugerah Kakitangan paling Proaktif 2016 i)akademik: En Asril Azizan b Mosing ii) Bukan Akademik: Pn Fatilah bt Mahit Anugerah Kakitangan Berpotensi Cemerlang 2016 i) Akademik: En Asril Azizan b Mosing ii) Bukan Akademik: Tiada penerima 11

Aktiviti Pensyarah dan Kakitangan (Jan Mei 2017) MAJLIS PERPISAHAN Kelab Staf Kolej MARA Banting telah menganjurkan majlis perpisahan bertemakan Bakti Disanjung, Budi Dijunjung pada 26 April 2017. Majlis ini adalah untuk meraikan Puan Fauziah Sharudin yang bersara pada April 2017 dan Encik Fadzlanor Abdullah yang telah berpindah ke Ibu Pejabat MARA. Pihak Kolej MARA Banting sangat menghargai semua jasa dan pengorbanan kedua-dua pensyarah ini dalam mendidik pelajar-pelajar menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Meraikan pensyarah yang bersara dan berpindah Puan Fauziah menerima cenderahati daripada Pengarah KMB Aktiviti Khidmat Masyarakat Kolej (Jan Mei 2017) PROGRAM MOTIVASI MINDA CEMERLANG SAHSIAH TERBILANG Program motivasi ini adalah anjuran Kumpulan Khidmat Masyarakat (CSR) Deeds for Love Kolej MARA Banting bersama Badan Ugama dan Kebajikan MARA. Penceramah motivasi yang berpengalaman, En. Mohd Fazli Abdul Manaf (RCM Certified Speaker, Exact Training Consultant) telah dijemput bagi mengendalikan program ini. Di samping itu juga, kaunselor KMB, En. Sarizuan b Sharif dan Pn. Faizah Bt Jamian memulakan program ini dengan sesi suai kenal. Program ini telah berlansung pada 6 Mei 2017 di Dewan Besar Kolej MARA Banting dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Seramai 107 pelajar Tahun 4, 5 dan 6 dari sekolah-sekolah sekitar Labuhan Dagang dan anak-anak pensyarah serta staff KMB telah menyertai program ini. Penceramah Motivasi Keratan akhbar berkenaan program 12