Authorship Abu Bakar Ellah di dalam Telemovie Arahannya. Sydney Thomas Sibangan

Similar documents
A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

PENILAIAN PENGETAHUAN

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

PENILAIAN PENGETAHUAN

EKSPERIMENTASI KOMBINASI TEKNIK SULAM DAN CETAK DARIPADA KULIT KAYU TEKALONG UNTUK REKAAN BEG. Anastasia Anak Hyacinth

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

EKSPLORASI KULIT KAYU

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

REKA BENTUK KERUSI BERASASKAN KAYU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

Q1 Gender / Jantina:

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

Tandatangan Nama Penyelia II

BAB 1 PENGENALAN. kajian, penyataan masalah, kepentingan kajian, objektif kajian, soalan kajian serta

SUBTEKS DAN KEJAYAAN NARATIF FILEM: ANALISIS FILEM THE JOURNEY (2014) Auni Ismail Zairul Anuar Md. Dawam Sim Chee Cheang

DESIGN AND FABRICATION OF HANDY DISC LOOSE COCONUT PALM COLLECTOR MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN SHAHARUDDIN

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

RIWAYAT HIDUP ABSTRAK ABSTRACT UCAPAN TERIMA KASIH DAFTAR ISI DAFTAR TABEL DAFTAR GAMBAR DAFTAR LAMPIRAN BAB I PENDAHULUAN

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

\\\I\II\\\\\IIi\~I\i\II\~I~\~~\I[\I\II~\il\i[![\~\II\I\\\\II\ * *

Campur Tangan Kemanusiaan Antarabangsa: Suatu Tinjauan Berkaitan Konflik dan Keabsahannya

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

KAJIAN TIPOLOGI RUMAH KEDAI AWAL ERA BELANDA DI BANDAR MELAKA: SUMBANGAN KEPADA BIDANG PEMULIHARAAN DI MALAYSIA. oieh

PENCURUSAN PROSES PEMBUATAN DAN PEMASARAN UKIRAN KAYU OLEH BELIAN IRONWOOD KRAF ENTERPRISE

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

MOTIF UIORAN KAYU DI TUNJANG BAKAWALI SDN. BHD

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

KAJIAN TIPOLOGI RUMAH KEDAI AWAL ERA BELANDA 01 BANDAR MELAKA: SUMBANGAN KEPADA BIDANG PEMULIHARAAN 01 MALAYSIA. oleh

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

UNIVERSITI MALAYSIA SABAR. BORANG PENGESAl-IAN STATUS TESIS SESI PENGAJJAN:

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

Hadiah Wang Tunai Lebih dari RM3.6 Juta

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 3) 2016

COCONUT HUSK REMOVER MOHD HAZIQ BIN NORDIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Aspek Estetika Labu Acu

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAN

Fungsi dan Pola Ganti Nama Melayu: Satu Interpretasi Semantik dan Pragmatik

Sains Malaysiana 47(8)(2018):

PEMODELAN SIRI MASA KEPEKATAN BAHAN PENCEMAR UDARA 03, PMlO DAN JEREBU MENERUSI PENDEKATAN KALUT

PRIVACY POLICY Act Notice in the case where you are a consumer of our products:

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

ANALISA TERGHADAP ADAT DAN KEISTIMEWAAN MASYARAKAT MELANAU DI SARAWAK ABSTRAK

4 Cerakinkan mengikut nilai digit. 9 Rajah di bawah menunjukkan satu garis nombor.

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CAMPUR KOD DAN ALIH KOD: SUATU ANALISIS SOSIOLINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU FARIDAH BINTI NAZIR FBMK

YONG KIM CHYE N LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. tj1ý1ty1(at. ) (HURUF BESAR) dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. VIABILITY AND VIGOR OF DURA, PISIFERA AND TENERA OIL PALM (Elaeis guineensis Jacq.) POLLEN

MENGINDEKS BIBLIOGRAFI DENGAN MENGGUNAKAN KATAKUNCI SECARA INTERAKTIF BERASASKAN KOMPUTER MIKRO

LAPORAN PROSIDING MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERUBAHAN BUAH CIKU (ACHRAS SAPOTA L.) SEMASA PERKEMBANGAN DAN KESAN SUHU SERTA PEMBUNGKUSAN SEMASA PENYIMPANAN TAUFIK

(HURUF BESAR) Tarikh:_

BIL/1. Majlis Makan Malam Kolej Ungku Omar 2013/2014. Universiti Kebangsaan Malaysia

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THALWATCH BEYOND THALASSAEMIA THE OFFICIAL NEWSLETTER OF THE THALASSAEMIA SOCIETY OF PENANG

3.1 Terima dokumen dari Pejabat Pendaftar, PTJ, staf dan pelajar. Penyata lantikan baru. Arahan potongan gaji. Arahan perubahan gaji dan elaun

EFFECTS OF POSTHARVEST HOT WATER TREATMENT ON PHYSIOLOGICAL AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF EKSOTIKA II PAPAYA DURING RIPENING

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (HURUF BESAR)

Para pengusaha sektor pertanian masa kini telah

I Malaysia Sa bah deng'ilo syarat-syarat kegunun scperti beril.-ut:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FACTORS AFFECTING GLUTEN PRODUCTION AND ITS RHEOLOGICAL CHARACTERIZATIONS DAYANG NORULFAIRUZ BINTI ABANG ZAIDEL FK

Transcription:

Authorship Abu Bakar Ellah di dalam Telemovie Arahannya Sydney Thomas Sibangan Sarjana Seni Gunaan (Sinematografi) 2015

Authorship Abu Bakar Ellah di dalam Telemovie Arahannya Sydney Thomas Sibangan A thesis submitted In fulfilment of the requirements for the degree of Master in Arts Faculty of Applied and Creative Arts UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2015

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Dr. Nur Afifah bt. Abdullah sebagai penyelia pertama dan Puan Candida Jau Emang sebagai penyelia kedua. Terima kasih di atas perkongsian ilmu, tunjuk ajar, nasihat, sokongan, dan kesabaran yang telah diberikan kepada saya. Terima kasih juga kepada keluarga saya yang berada Wilayah Persekutuan Labuan. Thomas Sibangan, Mistrine Radin, Thomas Sibangan Jr, Shaun Sibangan, Stanford Sibangan dan, Sylvia. Keluarga saya yang berada di Kuching, Uncle Babat dan auntie Doris. Terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang tidak berhenti-henti dari segi kewangan dan juga nasihat sepanjang pengajian Sarjana saya. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada encik Abu Bakar Ellah kerana sanggup meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang pengarah di sepanjang kajian ini. Sehubungan dengan itu juga, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Rizoh, Ezra, Jaibi, Gabriel, Jikheus, Jani, Reynold, Freddy, Alex, dan ramai lagi. Terima kasih di atas sokongan dan doa kamu semua. Terima kasih juga kepada teman saya yang berada di New Zealand kerana telah memberi nasihat dan sokongan doa sejak permulaan pengajian Sarjana saya lagi. Terima kasih Ovida. Saya juga ingin mengucap syukur dan terima kasih kepada tuhan di atas berkat yang telah diberikan, terumatanya di waktu saya menghadapi masalah di dalam aspek pelajaran saya. Tuhan sentiasa bersedia untuk membantu supaya saya dapat memahami lebih baik akan cabaran yang dihadapi. For I know the plans I have for you. Declares the Lord. Plans to prosper you and not to harm you. Plans to give you hope and a future (Jeremiah 29:11). Terima kasih dan tuhan memberkati. I

Abstrak AUTHORSHIP ABU BAKAR ELLAH Sydney Thomas Sibangan Kajian ini bertujuan untuk menganalisis lima buah telemovie arahan pengarah tempatan Sabah iaitu Abu Bakar Ellah dengan menggunakan teori autuer sebagai kerangka konsep. Permasalahan kajian ini adalah sehingga hari ini, belum ada kajian saintifik terhadap aspek pengarahan Abu Bakar Ellah. Objektif kajian ini adalah mengkaji latar belakang Abu Bakar Ellah sebagai seorang penggiat seni dan menganalisis lima buah telemovie arahan beliau untuk mengenalpasti pengulangan yang wujud dalam telemovie arahan beliau. Skop kajian ini cuma melibatkan lima buah telemovie arahan Abu Bakar Ellah dari tahun 2004 sehingga tahun 2006. Telemovie-telemovie adalah PTI (2004), Ampal 2 : Atek dan Atok (2005), Orang Kita 2 (2006), PTI 2 (2006), dan KDM (2006). Kajian ini mendapati Abu Bakar Ellah mengulangi dari aspek genre, pemilihan pelakon, pemaparan latar belakang, penggunaan bahasa, dan pemaparan budaya secara konsisiten dalam lima buah telemovie arahan beliau. Sehubungan itu, pengulangan ciri-ciri ini juga telah menunjukkan bahawa Abu Bakar Ellah hanya mempamerkan realiti dan budaya di Sabah di dalam telemovie arahannya. III

Abstract ABU BAKAR ELLAH AUTHORSHIP Sydney Thomas Sibangan This research is intended to analyse five telemovies directed by Abu Bakar Ellah. The Autuer theory was applied as a conceptual framework in this study. The problem statement of this study was there is no scientific research that has been conducted in the aspects of Abu Bakar Ellah s directing style. The objectives of this research were to study Abu Bakar Ellah s backgrounds as a practitioner in the arts and analysing his five telemovies to identify his directing style. The sample of this research was five telemovies directed by Abu Bakar Ellah from the year 2004 until the year 2006, namely PTI (2004), Ampal 2: Atek dan Atok (2005), Orang Kita 2 (2006), PTI 2 (2006), and KDM (2006). This study finds that in all of his telemovies, Abu Bakar Ellah consistently repeated aspects of genres, talents, shooting locations, the used of various language, and cultural presentation. Besides that, this study prove that Abu Bakar Ellah only presented the reality of Sabah in his telemovies. IV

JADUAL KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN I PENGAKUAN II ABSTRAK III ABSTRACT IV JADUAL KANDUNGAN V BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan Kajian 1 1.1 Permasalahan Kajian 4 1.2 Persoalan Kajian 5 1.3 Kerangka Konsep 5 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Skop Kajian 8 1.6 Hujah Kajian 9 1.7 Sorotan Kajian Lepas 10 1.8 Kepentingan Kajian 12 1.9 Kaedah Kajian 13 1.10 Analisa Kandungan 13 1.11 Temubual 14 1.12 Struktur Organisasi Tesis 15 V

BAB 2 TEORI AUTUER 2.0 Pengenalan 18 2.1 Teori Auteur 19 2.2 Polisi Autuer (La Politique deas Auteur), 1957 20 2.3 Notes On The Auteur Theory, 1962 21 2.4 Jenis-Jenis Pendekatan Teori Auteur 25 2.5 Pendekatan Signature 26 2.6 Teori Auteur Dalam Konteks Kajian Lepas 28 2.7 Rumusan 33 BAB 3 LATAR BELAKANG ABU BAKAR ELLAH 3.0 Pengenalan 36 3.1 Latar Belakang Keluarga Abu Bakar Ellah 37 3.2 Latar Belakang Pendidikan Abu Bakar Ellah 38 3.3 Pengalaman Kerja Sebelum Bergelar Penggiat Seni 39 3.4 Penglibatan Awal Di Dalam Industri Hiburan 40 3.5 Penglibatan Abu Bakar Ellah Dalam Penerbitan Telemovie 43 3.6 Idealogi Abu Bakar Ellah Terhadap Negeri Sabah 45 3.7 Rumusan 47 BAB 4 ANALISIS TELEMOVIE ARAHAN ABU BAKAR ELLAH 4.0 Pengenalan 49 4.1 Penglibatan dan Peranan Abu Bakar Ellah di dalam lima buah Telemovie arahannya 49 4.2 PTI (Percintaan Tanpa Izin), 2004 50 4.2.1 Pengenalan Telemovie PTI 50 4.2.2 Naratif PTI 51 VI

4.2.3 Genre 54 4.2.3.1 Karekteristik Genre Romantik 55 4.2.4 Pemilihan Barisan Pelakon 59 4.2.5 Pemaparan Latar Belakang 61 4.2.6 Penggunaan Bahasa 62 4.2.6.1 Penggunaan Bahasa Melayu Loghat Sabah 64 4.2.6.2 Penggunaan Bahasa Rungus 65 4.2.6.3 Pengunaan Bahasa Bajau 66 4.2.7 Pemaparan Budaya 67 4.2.7.1 Pemaparan Pakaian Tradisional Orang Rungus 68 4.2.7.2 Pemaparan Adat Isitiadat Pertunangan Orang Rungus 69 4.2.7.3 Pemaparan Alat Muzik Tradisional Rungus (Tagung) 70 4.2.7.4 Pemaparan Tarian Tradisional Orang Rungus (Mogigol Sumandai) 71 4.2.7.5 Pemaparan Rumah Tradisional Orang Rungus 72 4.2.7.6 Pemaparan Rumah Tradisional Orang Bajau 75 4.2.7.7 Pemaparan Orang Rungus Bekerja Sebagai Pekebun 76 4.2.7.8 Pemaparan Orang Bajau Bekerja Sebagai Petani/ Pekebun dan Nelayan 77 4.2.7.9 Pemilihan Lagu Tema/ Latar 79 4.3 Ampal 2 : Atek-Atok, 2005 81 4.3.1 Pengenalan Telemovie Ampal 2 : Atek-Atok 81 4.3.2 Naratif Ampal 2 : Atek-Atok 81 4.3.3 Genre 84 4.3.3.1 Karekteristik Genre Komedi 85 4.3.3.2 Latar Belakang Watak Utama 88 4.3.4 Pemilihan Barisan Pelakon 89 4.3.5 Pemaparan Latar Belakang 90 VII

4.3.5.1 Teknik Penyuntingan Montaj untuk Memperkenalkan Latar Belakang 92 4.3.6 Penggunaan Bahasa 93 4.3.6.1 Penggunaan Bahasa Kadazan 94 4.3.6.2 Penggunaan Bahasa Melayu Loghat Sabah 94 4.3.7 Pemaparan Budaya 97 4.3.7.1 Pemaparan Beg Tradisional Orang Kadazandusun 98 4.3.7.2 Pemaparan Beg Tradisional Orang Kadazandusun (Barait) 98 4.3.7.3 Pemaparan Beg Tradisional Orang Kadazandusun (Wakid) 100 4.3.7.4 Pemaparan Baju Tradisional Orang Kadazandusun (Gonson) 101 4.3.7.5 Pemaparan Oang Kadazan Bekerja Sebagai Petani/ Pekebun 101 4.3.7.6 Pemaparan Watak Mai Bekerja Sebagai Penangkap Ikan 102 4.3.7.7 Pemaparan Adat Perkhawinan Orang Kadazandusun 103 4.3.7.8 Pemilihan Lagu Tema/ Latar 104 4.4 Orang Kita 2, 2006 107 4.4.1 Pengenalan Telemovie Orang Kita 2 107 4.4.2 Naratif Orang Kita 2 107 4.4.3 Genre 110 4.4.3.1 Pemaparan Latar Belakang Watak Utama 112 4.4.4 Pemilihan Barisan Pelakon 114 4.4.5 Pemaparan Latar Belakang 116 4.4.5.1 Teknik Penyuntingan Montaj untuk Memperkenalkan Latar Belakang 116 4.4.5.2 Teknik Penyuntingan Montaj untuk Memperkenalkan Tempat Tarikan Pelancong (Taman Hidupan Liar Sandakan dan Taman Buaya Sandakan) 117 4.4.6 Penggunaan Bahasa 119 4.4.6.1 Penggunaan Bahasa Melayu Loghat Sabah 120 VIII

4.4.7 Pemaparan Budaya 121 4.4.7.1 Pemaparan Pengangkutan Sungai Kinabatangan 122 4.4.7.2 Pemaparan Beg Tradisional Orang Kadazandusun (Barait) 123 4.4.7.3 Pemaparan Tamu 124 4.4.7.4 Penggunaan Lagu Tema/ Latar 125 4.5 PTI 2, 2006 126 4.5.1 Pengenalan Telemovie PTI 2 126 4.5.2 Naratif PTI 2 127 4.5.3 Genre 128 4.5.3.1 Karekteristik Genre Romantik 129 4.5.4 Pemilihan Barisan Pelakon 130 4.5.5 Pemaparan Latar Belakang 132 4.5.6 Penggunaan Bahasa 133 4.5.6.1 Penggunaan Bahasa Melayu Loghat Sabah 134 4.5.6.2 Penggunaan Bahasa Bajau 135 4.5.7 Pemaparan Budaya 137 4.5.7.1 Pemaparan Orang Rungus Bekerja Sebagai Pekebun/Petani 138 4.5.7.2 Pemaparan Orang Bajau Bekerja Di Dalam Perikanan 139 4.5.7.3 Pemaparan Rumah Tradisional Orang Bajau Laut 140 4.5.7.4 Pemaparan Pengangkutan Orang Bajau Laut 141 4.5.7.5 Pemaparan Tarian Daling-Daling 142 4.5.7.6 Pemaparan Tamu 143 4.5.7.7 Penggunaan Lagu Tema/Latar 143 4.6 KDM (Kenapa Dengan Mereka), 2006 4.6.1 Pengenalan Telemovie KDM (Kenapa Dengan Mereka) 144 4.6.2 Naratif KDM 145 4.6.3 Genre 147 IX

4.6.3.1 Karekteristik Genre Romantik Komedi 147 4.6.4 Pemilihan Barisan Pelakon 148 4.6.5 Pemaparan Latar Belakang 149 4.6.5.1 Teknik Penyuntingan Montaj untuk Memperkenalkan Latar Belakang 150 4.6.5.2 Teknik Penyuntingan Montaj Untuk Memperkenalkan Tempat Peranginan (Gayana Resort, Pulau Gaya) 151 4.6.5.3 Teknik Penyuntingan Montaj Untuk Memperkenalkan Pusat Membeli-belah (Likas Square) 151 4.6.6 Penggunaan Bahasa 151 4.6.6.1 Penggunaan Bahasa Melayu Loghat Sabah 153 4.6.6.2 Penggunaan Bahasa Dusun 154 4.6.7 Pemaparan Budaya 156 4.6.7.1 Pakaian Tradisional Orang Kadazandusun 157 4.6.7.2 Penggunaan Lagu Tema/Latar 158 BAB 5 ANALISIS ASPEK PENGULANGAN DI DALAM TELEMOVIE ARAHAN ABU BAKAR ELLAH 5.0 Pengenalan 160 5.1 Genre 160 5.2 Pemilihan Barisan Pelakon 162 5.3 Penggunaan Bahasa 167 5.4 Pemaparan Latar Belakang 170 5.5 Pemaparan Budaya 172 5.6 Pengaplikasian Teknik Penyuntingan Montaj di dalam telemovie arahan Abu Bakar Ellah 174 5.6 Rumusan 176 X

BAB 6 KESIMPULAN 6.0 Rumusan 177 LAMPIRAN 190 XI

SENARAI JADUAL MUKA SURAT 1.5 Senarai telemovie Arahan Abu Bakar Ellah. 8 1.11 Senarai soalan yang akan ditujukan kepada Abu Bakar Ellah. 15 4.2.7.9 Senarai lagu tema/ latar telemovie PTI. 80 4.3.3.1 Senarai aksi badut di dalam telemovie Ampal 2 : Atek dan Atok 85 4.3.6.8 Senarai lagu tema/ latar di dalam telemovie Ampal 2 : Atek dan Atok 104 4.4.3 Senarai kesilapan yang dilakukan oleh watak utama dalam telemovie 111 Orang Kita 2. 4.4.3 Senarai aksi badut di dalam telemovie Orang Kita 2. 112 4.4.7.4 Senarai lagu tema/ latar telemovie Orang Kita 2. 125 4.5.6.2 Perbandingan jumlah dialog Bajau dalam telemovie PTI dan PTI 2. 136 4.5.7.7 Senarai lagu tema/ latar di dalam telemovie PTI 2. 143 4.6.6.2 Senarai lagu tema/latar di dalam telemovie KDM. 158 5.1 Genre telemovie arahan Abu Bakar Ellah. 161 5.2 Senarai penglibatan Abu Bakar Ellah sebagai pelakon 164 5.2 Senarai pelakon dan latar belakang etnik 165 5.2 Pemilihan Barisan Pelakon di dalam telemovie arahan Abu Bakar Ellah 166 5.3 Senarai Kehadiran Penggunaan Bahasa Tempatan Sabah 169 5.4 Perbandingan pemaparan latar belakang. 170 5.5 Perbandingan pemaparan budaya. 173 5.6 Senarai Klip Montaj di dalam Telemovie arahan Abu Bakar Ellah 175 XII

SENARAI LAMPIRAN Lampiran 1 Gambar hiasan VCD PTI. 53 Lampiran 2 Gambar watak utama lelaki di dalam telemovie PTI. 58 Lampiran 3 Gambar watak utama perempuan di dalam telemovie PTI. 59 Lampiran 4 Lampiran 5 Gambar klip video MTV karaoke Clarice John Matha dan Den Bisa. 190 Gambar Mat Konggo (Muhammad Haji Salleh) di dalam telemovie Orang Kita (2003) dan PTI (2004). 190 Lampiran 6 Gambar lokasi penggambaran telemovie PTI. 62 Lampiran 7 Gambar baju tradisional kaum Rungus di dalam telemovie PTI. 68 Lampiran 8 Gambar Apad Lansang (Ruang Legar) di dalam telemovie PTI. 70 Lampiran 9 Gambar orang kampung memainkan alat muzik gong di dalam telemovie PTI. 71 Lampiran 10 Gambar tarian tradisional kaum Rungus di dalam telemovie PTI. 72 Lampiran 11 Gambar pelan rumah panjang orang Rungus. 73 Lampiran 12 Gambar lansang salow ropuhan di dalam rumah panjang orang Rungus telemovie PTI. 74 Lampiran 13 Gambar Angkon dengan isteri dan anaknya di dalam tingkang. 74 Lampiran 14 Gambar tangga masuk ke dalam rumah panjang orang Rungus telemovie PTI. 75 Lampiran 15 Gambar rumah atas air orang Bajau di pulau Banggi di dalam telemovie PTI. 76 Lampiran 16 Gambar watak Angkon sebagai petani. 77 Lampiran 17 Gambar watak Pak Otok menjual buah-buahan. 78 XIII

Lampiran 18 Gambar watak Den dan Pak Otok memasang tali tangsi. 79 Lampiran 19 Gambar hiasan VCD telemovie Ampal 2 : Atek dan Atok. 84 Lampiran 20 Gambar watak utama telemovie Ampal 2 : Atek dan Atok. 88 Lampiran 21 Gambar lakonan Louise Chin di dalam telemovie Ampal (2004) dan gambar lakonan Louise Chin di dalam telemovie Ampal 2 (2005). 191 Lampiran 22 Gambar lakonan Zuzela Mohd di dalam telemovie Orang Kita (2003) dan gambar lakonan Zuzela Mohd di dalam telemovie Ampal 2 (2005). 191 Lampiran 23 Lokasi penggambaran telemovie Ampal 2 : Atek dan Atok. 93 Lampiran 24 Montaj kampung Moyog di dalam telemovie Ampal 2 : Atek dan Atok. 192 Lampiran 25 Montaj bandar Donggongon di dalam telemovie Ampal 2 : Atek dan Atok. 193 Lampiran 26 Gambar watak Atek bersama dengan barait yang mempunyai penutup. 99 Lampiran 27 Gambar watak Atok bersama dengan barait yang tidak mempunyai penutup 99 Lampiran 28 Gambar wakid di dalam telemovie Ampal 2 : Atek dan Atok. 100 Lampiran 29 Gambar gonson di dalam telemovie Ampal 2 : Atek dan Atok. 101 Lampiran 30 Gambar watak Atek sebagai petani/pekebun. 102 Lampiran 31 Gambar watak Mai sebagai penangkap ikan. 102 Lampiran 32 Gambar hiasan VCD telemovie Orang Kita 2. 110 Lampiran 33 Gambar watak utama telemovie Orang Kita 2. 114 Lampiran 34 Gambar Mat Konggo sebelum dan selepas dia berlakon di bawah arahan Abu Bakar Ellah. 194 Lampiran 35 Gambar Clarice John Matha sebelum dan selepas dia berlakon di bawah arahan Abu Bakar Ellah. 195 Lampiran 36 Gambar montaj bandaraya Kota Kinabalu di dalam telemovie Orang Kita 2. 198 Lampiran 37 Gambar montaj bandar Tawau di dalam telemovie Orang Kita 2. 199 XIIII

Lampiran 38 Lampiran 39 Gambar montaj sungai Kinabatangan di dalam telemovie Orang Kita 2. 200 Gambar montaj bandar Sandakan di dalam telemovie Orang Kita 2. 201 Lampiran 40 Gambar aktiviti di taman hidupan liar Sepilok di dalam Orang Kita 2. 118 Lampiran 41 Gambar aktiviti di taman buaya Sandakan di dalam Orang Kita 2. 119 Lampiran 42 Gambar pengangkutan di sungai Kinabatangan. 123 Lampiran 43 Gambar watak Ampal dengan beg barait. 124 Lampiran 44 Gambar tamu Sandakan di dalam telemovie Orang Kita 2. 125 Lampiran 45 Gambar hiasan VCD telemovie PTI 2. 128 Lampiran 46 Gambar lakonan Den Bisa di dalam telemovie arahan Abu Bakar Ellah sebelum dan sehingga telemovie PTI 2. 202 Lampiran 47 Gambar lakonan Clarice John Matha di dalam telemovie arahan Abu Bakar Ellah sebelum dan sehingga telemovie PTI 2. 203 Lampiran 48 Gambar lakonan Lydia Kalidin di dalam telemovie arahan Abu Bakar Ellah sebelum dan sehingga telemovie PTI 2. 204 Lampiran 49 Gambar lakonan Amat Assin di dalam telemovie arahan Abu Bakar Ellah sebelum dan sehingga telemovie PTI 2. 204 Lampiran 50 Gambar lokasi penggambaran telemovie PTI 2. 132 Lampiran 51 Gambar watak Angkon sebagai penjual sayur. 139 Lampiran 52 Gambar watak Pak Sapi e sebagai penternak ikan 140 Lampiran 53 Gambar rumah tradisional orang Bajau 141 Lampiran 54 Gambar pengangkutan orang Bajau Laut 142 Lampiran 55 Gambar hiasan VCD telemovie KDM. 141 Lampiran 56 Gambar lokasi penggambaran telemovie KDM. 146 XIVI

Lampiran 57 Gambar montaj bandaraya Kota Kinabalu di dalam telemovie KDM. 205 Lampiran 58 Gambar montaj Gayana Resort di dalam telemovie KDM. 206 Lampiran 59 Gambar montaj Likas Square di dalam telemovie KDM. 207 Lampiran 60 Gambar baju tradisional orang Kadazan di dalam telemovie KDM. 158 XVI

SENARAI GAMBARAJAH 2.3 Tiga premis yang diperkenalkan oleh Andrew Sarris untuk menilai seorang pengarah auteur 23 XVII

Bab 1 Authorship Abu Bakar Ellah dalam telemovie arahannya 1.0 Pengenalan Kajian ini bertujuan mengenalpasti stail pengarahan Abu Bakar Ellah di dalam telemovie dengan menggunakan pendekatan teori auteur sebagai kerangka konsep untuk menganalisis persona Abu Bakar Ellah di dalam telemovie. Teori auteur merupakan teori yang dipelopori oleh Andre Bazin pada tahun 1951 di dalam buku 'Cahiers Du Cinema'. Merujuk kepada teori auteur, kajian ini menggunakan pendekatan 'signature' iaitu dengan meneliti kepada apa-apa jenis pengulangan karekteristik yang ada dalam beberapa filem atau telemovie yang diarah oleh pengarah yang sama. Pengulangan karekteristik yang wujud akan menjadi stail pengarahan seseorang pengarah. Oleh itu, teori auteur dalam kajian ini akan diaplikasikan untuk mencari stail pengarahan telemovie di Sabah khususnya Abu Bakar Ellah yang telah mula mengarah telemovie sejak tahun 2004 lagi. Pengarah merupakan individu yang amat penting di dalam mana-mana produksi filem atau telemovie. Menurut Alan. A Amer menyatakan bahawa tugas utama seorang pengarah adalah untuk memahami skrip lalu membawa idea tersebut ke dalam bentuk visual (Amer, 1990, m.s, 6). Seorang pengarah juga bertanggungjawap terhadap para pelakon untuk membentukkan sesebuah filem melalui aksi dan dialog yang telah ditentukan di dalam skrip. Oleh itu, seorang pengarah bertindak sebagai seorang pencerita utama dalam sesebuah filem. Menurut Jason. J Tomaric pula, beliau menyatakan bahawa seseorang pengarah memperolehi pengalaman hasil daripada usaha pengarah itu sendiri untuk mengkaji filem dan hasil 1

seni yang lain. Seorang pengarah akan menghasilkan stail, rentak, dan juga warna di dalam filem yang diarah olehnya (Tomaric, 2011, m.s, 251). Oleh itu, tugas seorang pengarah amatlah besar dan penting dalam penghasilan sesebuah filem kerana individu ini yang akan menentukan suasana dan perasaan di dalam sesebuah filem. Sehubungan dengan itu juga, apabila sesebuah filem dihasilkan mempunyai kait rapat dengan pengalaman peribadi seseorang pengarah, filem secara tidak langsung akan dipengaruhi oleh personalitinya. Oleh itu, stail seseorang pengarah dapat dipersembahkan ke dalam filem yang dihasil olehnya. Dunia perfileman di Barat terdapat banyak pengarah yang memiliki stail yang tersendiri dan telah menghasilkan sesebuah filem yang mempamerkan stail pengarahan mereka. Contohnya seperti Christopher Nolan yang terkenal dengan filem 'Following' (1998), 'Momento' (2000) dan 'The Dark Knight Trilogy' (2005-2012). Filem Christopher Nolan mengaplikasikan personanya ke dalam filem dengan menerapkan elemen noir dan juga thriller ke dalam filem seperti The 'Following' (1998) dan 'Momento' (2000) (Park 2010, m.s, 144). Oleh itu, wujud suatu pengulangan ciri yang sama di dalam filem yang diarah oleh Christopher Nolan. Melalui pengulangan elemen tersebut juga, wujud suatu stail di dalam pengarahan Christopher Nolan yang membezakan filem arahannya berbanding filem-filem yang lain. Di negara Malaysia khususnya negeri Sabah, terdapat beberapa anak tempatan yang menceburi bidang pengarahan telemovie. Individu-individu tersebut ialah Abu Bakar Ellah, John Samud, dan Tony Francis Gitom. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memberi fokus kepada Abu Bakar Ellah, hal ini disebabakan John Samud 1 mula menceburi bidang pembikinan telemovie pada tahun 2005 manakala Abu Bakar Ellah pula telah menjadi pengarah pada tahun 2004 lagi dengan telemovie yang 2

bertajuk 'PTI'. Oleh itu, Abu Bakar Ellah lebih awal dalam mengarah telemovie di Sabah berbanding John Samud. Sementara itu Tony Francis Gitom 2 pula telah mula terlibat dalam bidang pengarahan drama sejak tahun 90-an lagi. Pada tahun 2003, beliau sendiri telah mengarah sebuah telemovie berlatarbelakang Sabah yang bertajuk Cinta Kinabalu. Walau bagaimanapun, Tony Francis Gitom telah menggunakan ciri-ciri lain dalam aspek pemilihan pelakon dan bahasa dari negeri lain ke dalam telemovie arahanya. Telemovie 'Cinta Kinabalu' (2003) telah menggunakan pelakon daripada Semenanjung seperti Yassin Yahya atau Yassin Senario. Kajian ini hanya memberi fokus kepada telemovie yang sepenuhnya beridentiti Sabah. Oleh itu, telemovie yang dikaji hanya menggunakan pengarah yang berasal dari Sabah, pelakon berasal dari Sabah, bahasa Melayu loghat Sabah atau bahasa tempatan di Sabah, dan berlatarbelakangkan budaya atau masyarakat di Sabah. Oleh itu, telemovie arahan Tony Francis Gitom kurang sesuai untuk kajian ini. Abu Bakar Ellah merupakan seorang penggiat seni kelahiran negeri Sabah. Penglibatan beliau di dalam dunia seni adalah seperti penerbit, pengarah, penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara, penulis lirik, pencipta lagu, dan juga penulis skrip. Abu Bakar Ellah terkenal dengan personalitinya yang berakar kepada budaya di kepulauan Borneo. Oleh itu, telemovie yang diarah beliau juga mempunyai ciri-ciri budaya di Sabah dalam konteks lokasi, pelakon, bahasa dan budaya. Telemovie yang diarah oleh Abu Bakar Ellah adalah seperti 'PTI' (2004)', Ampal 2' (2005), 'Orang Kita 2' (2006), 'PTI 2' (2006), dan 'Kenapa Dengan Mereka' (2006). Kesemua telemovie yang diarah oleh Abu Bakar Ellah dari tahun 2004 sehingga tahun 2006 hanya diterbitkan ke bentuk cakera padat sahaja (VCD) dan tidak ditayangkan di mana-mana siaran televisyen. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meneliti stail pengarahan Abu Bakar 3

Ellah dengan menganalisis lima buah telemovie yang diarahnya iaitu 'PTI' (2004), 'Ampal 2' (2005), 'Orang Kita 2' (2006), 'PTI 2' (2006), dan 'Kenapa Dengan Mereka' (2006). Kajian ini juga akan mengaplikaskan teori auteur melalui pendekatan 'signature' untuk menganalisis dan mengenalpasti stail pengarahan Abu Bakar Ellah. 1.1 Permasalahan Kajian Sehingga hari ini, belum ada lagi kajian yang meneliti Abu Bakar Ellah sebagai seorang pengarah telemovie. Abu Bakar Ellah telah mengarah lima buah telemovie dari tahun 2004 sehingga tahun 2006 yang semuanya menggunakan pelakon tempatan dan lokasi di negeri Sabah sahaja. Secara umum telemovietelemovie arahan Abu Bakar Ellah seolah-olah mempunyai persamaan dari aspek latar belakang dan juga bahasa. Sehubungan dengan itu, kajian ini memberi tumpuan kepada stail pengarahan dan identiti Abu Bakar Ellah di dalam telemovie arahannya. Telemovie-telemovie arahan Abu Bakar Ellah adalah PTI. Ampal 2 : Atek dan Atok, Orang Kita 2, PTI 2, dan KDM. Penulis skrip bagi telemovie bagi telemovie PTI dan PTI 2 ialah Mohammad Salleh (Mat Konggo) dan penulis skrip bagi telemovie Ampal 2 : Atek dan Atok, Orang Kita 2, KDM ialah Aisah Abdullah (Flora Francis). Semasa penghasilan skrip ini, Abu Bakar Ellah bertugas sebagai penyelia skrip untuk setiap telemovie yang diarah olehnya. Sehubungan dengan itu, kajian ini ingin meneliti dengan lebih mendalam untuk mengenalpasti pengulangan dari aspek genre, pemilihan pelakon, pemaparan latar belakang, bahasa dan budaya dengan menggunakan teori auteur sebagai kerangka konsep. 4

1.2 Persoalan Kajian Kajian ini akan menjawab persoalan bagaimana stail pengarahan Abu Bakar Ellah boleh memberi identiti Sabah di dalam telemovie yang diarah olehnya? Persoalan kajian ini akan menggunakan pendekatan 'signature' dalam teori auteur untuk mencari pengulangan yang wujud di dalam telemovie 'PTI' (2004)', Ampal 2' (2005), 'Orang Kita 2' (2006), 'PTI 2' (2006), dan 'Kenapa Dengan Mereka' (2006) arahan Abu Bakar Ellah. 1.3 Kerangka Konsep Auteur atau Author merupakan konsep filem yang diperkenalkan oleh Andre Bazin 3 pada tahun 1950-an di dalam sebuah majalah yang bertajuk 'Cahier Du Cinema'. Konsep ini seterusnya dibincangkan lagi oleh seorang pengkritik filem iaitu Francois Truffaut 4 pada tahun 1952. Penulisan dan pandangan Francois Truffaut adalah berkaitan dengan filem Hollywood yang ditayangkan di Perancis semasa pasca perang dunia kedua. Pada era itu, Francois Truffaut sedar bahawa pengarah di Hollywood perlu menghasilkan filem yang dipengaruhi oleh sistem Hollywood di mana jenis filem dan skrip ditentukan oleh pihak studio. Walau bagaimanapun, Francois Truffaut percaya bahawa setiap pengarah mampu mempamerkan stail yang tersendiri melalui penegasan terhadap aspek teknikal dan juga tema filem (Shafrir, 2006). Melalui pendekatan auterism, pengkritik filem di Perancis dapat menunjukkan penghargaan kepada para pengarah Amerika Syarikat yang mereka minat dengan melihat para pengarah sebagai seorang seniman yang dihormati. 5

Pada tahun 1963, konsep auteur sekali lagi dibincangkan oleh seorang ahli teori filem yang berasal dari Amerika Syarikat yang bernama Andrew Sarris 5. Pandangan Andrew Sarris ditulis ke dalam sebuah artikel yang bertajuk 'Notes On The Auteur Theory'. Artikel yang ditulis oleh Andrew Sarris mengubah pandangan terhadap Auteurisme bukan sebagai konsep sahaja, tetapi sebagai suatu teori filem. Menurut Janet Staiger dalam buku Authorship And Film (2003, m.s 27-52), terdapat beberapa pendekatan dalam teori auteur untuk mengkaji seseorang pengarah iaitu seperti 'Authorship as origin', 'personality', 'socialogy production', 'signatures', 'reading strategy', 'site of discourse', dan terakhir adalah 'technique of the self'. Oleh itu, kaedah atau pendekatan yang digunakan untuk kajian ini adalah pendekatan teori auteur sebagai 'signature' iaitu suatu ciri-ciri yang diletakkan oleh seseorang pengarah ke dalam filemnya sendiri. Ciri tersebut akan berulang di dalam beberapa filem yang dihasilkan oleh pengarah yang sama. Oleh itu, pengulangan suatu ciri akan menjadi stail seseorang pengarah. Melalui pendekatan 'signature' menjelaskan bahawa seseorang pengarah atau author dikenali melalui pengulangan teks atau isi kandungan dalam sebuah filem yang boleh terdiri kepada pelbagai bentuk yang dipamerkan ke dalam bentuk visual oleh pengarah yang sama. Oleh itu, seorang pengarah mesti mempamerkan suatu pengulangan ciri yang unik dan telah ditentukan oleh pengarah itu sendiri. Sehubungan dengan itu juga, pengulangan ciri akan dipamerkan di dalam beberapa filem yang telah diarah olehnya. Pengulangan ciri inilah yang akan menjadi stail seseorang pengarah (Sarris 2004, m.s 31). Melalui pengulangan suatu ciri di dalam beberapa buah filem, pengulangan tersebut akan menjadi stail atau suatu ciri-ciri yang unik dari seseorang pengarah di dalam filem yang diarah olehnya. 6