ANALISA TERGHADAP ADAT DAN KEISTIMEWAAN MASYARAKAT MELANAU DI SARAWAK ABSTRAK

Similar documents
A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Q1 Gender / Jantina:

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

SUBTEKS DAN KEJAYAAN NARATIF FILEM: ANALISIS FILEM THE JOURNEY (2014) Auni Ismail Zairul Anuar Md. Dawam Sim Chee Cheang

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

PERUBAHAN DAN CABARAN DALAM ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELANAU DI MUKAH, SARAWAK

Campur Tangan Kemanusiaan Antarabangsa: Suatu Tinjauan Berkaitan Konflik dan Keabsahannya

EKSPLORASI KULIT KAYU

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

PENILAIAN PENGETAHUAN

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

PENILAIAN PENGETAHUAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BAB 1 PENGENALAN. kajian, penyataan masalah, kepentingan kajian, objektif kajian, soalan kajian serta

Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility

Licenced to Zhulian Corporation / Downloaded on : 11-Apr-2008 / Single user licence only, copying and networking prohibited

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

Kiosk 4 COP SYARIKAT

Authorship Abu Bakar Ellah di dalam Telemovie Arahannya. Sydney Thomas Sibangan

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 3) 2016

THALWATCH BEYOND THALASSAEMIA THE OFFICIAL NEWSLETTER OF THE THALASSAEMIA SOCIETY OF PENANG

Hadiah Wang Tunai Lebih dari RM3.6 Juta

DESIGN AND FABRICATION OF HANDY DISC LOOSE COCONUT PALM COLLECTOR MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN SHAHARUDDIN

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

Fungsi dan Pola Ganti Nama Melayu: Satu Interpretasi Semantik dan Pragmatik

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

EFFECTS OF POSTHARVEST HOT WATER TREATMENT ON PHYSIOLOGICAL AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF EKSOTIKA II PAPAYA DURING RIPENING

REKA BENTUK KERUSI BERASASKAN KAYU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL

PRIVACY POLICY Act Notice in the case where you are a consumer of our products:

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

EKSPERIMENTASI KOMBINASI TEKNIK SULAM DAN CETAK DARIPADA KULIT KAYU TEKALONG UNTUK REKAAN BEG. Anastasia Anak Hyacinth

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. VIABILITY AND VIGOR OF DURA, PISIFERA AND TENERA OIL PALM (Elaeis guineensis Jacq.) POLLEN

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

RISALAH DATA KESELAMATAN Mengikut Peraturan (EC) No 453/2010

(HURUF BESAR) Tarikh:_

MEMBINA KECERDASAN HATI PELAJAR

BIL/1. Majlis Makan Malam Kolej Ungku Omar 2013/2014. Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

SHELL GET MORE VALUE OUT OF RM1 - TERMS AND CONDITIONS (ENGLISH)

LAPORAN PROSIDING MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA

KURSUS PENGURUSAN DISIPLIN DAN TATATERTIB STAF (AKTA 605)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

MULTIPURPOSE BIO FERTILIZER

PERANAN DAN SUMBANGAN ORANG CINA DI HOIAN, VIETNAM PADA ABAD KE-17 HINGGA ABAD KE-18

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia KLASIFIKASI FAIL

MOTIF UIORAN KAYU DI TUNJANG BAKAWALI SDN. BHD

Aspek Estetika Labu Acu

Operations Review REVENUE / HASIL 0.03% 15.26% 0.03% 47.82% 36.89% 48.00% 15.27% 36.70% RM1, Million / Juta 1999/2000

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

Para pengusaha sektor pertanian masa kini telah

3.1 Terima dokumen dari Pejabat Pendaftar, PTJ, staf dan pelajar. Penyata lantikan baru. Arahan potongan gaji. Arahan perubahan gaji dan elaun

PEMODELAN SIRI MASA KEPEKATAN BAHAN PENCEMAR UDARA 03, PMlO DAN JEREBU MENERUSI PENDEKATAN KALUT

FederationofMalysia EDICTOFGOVERNMENT±

KAJIAN TIPOLOGI RUMAH KEDAI AWAL ERA BELANDA DI BANDAR MELAKA: SUMBANGAN KEPADA BIDANG PEMULIHARAAN DI MALAYSIA. oieh

Tandatangan Nama Penyelia II

KAJIAN TIPOLOGI RUMAH KEDAI AWAL ERA BELANDA 01 BANDAR MELAKA: SUMBANGAN KEPADA BIDANG PEMULIHARAAN 01 MALAYSIA. oleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CAMPUR KOD DAN ALIH KOD: SUATU ANALISIS SOSIOLINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU FARIDAH BINTI NAZIR FBMK

DAUN YANG JATUH TAK PERNAH MEMBENCI ANGIN

Tie s o n g k e t s e r i e s. Like us on:

RIWAYAT HIDUP ABSTRAK ABSTRACT UCAPAN TERIMA KASIH DAFTAR ISI DAFTAR TABEL DAFTAR GAMBAR DAFTAR LAMPIRAN BAB I PENDAHULUAN

TATAKELAKUAN. Berusaha mencapai Misi kita dengan penuh integriti dan hormat kepada komuniti dan alam sekitar. Ogos 2003 {EXT }

småles perihal småles Musim luruh 2018 Boleh saya makan ini? Tentu tidak! Saya nak guna untuk perkara lain.

Transcription:

ANALISA TERGHADAP ADAT DAN KEISTIMEWAAN MASYARAKAT MELANAU DI SARAWAK Dr. Tengku Intan Zarina Bt Tengku Puji, Dr. Mazlan Bin Ibrahim, Dr. Zaimuariffudin Shukri Bin Nordin, Ibtisam Bt Abdullah, Nozira Bt Salleh, Moktar Bin Husain, Munirah Binti Abd Ghani. Dr. Tengku Intan Zarina Bt Tengku Puji Universitu Kebangsaan Malaysia tengkuintan97@yahoo.com ABSTRAK Melanau merupakan masyarakat etnik di Sarawak yang mempunyai adat dan keistimewaannya. Dalam kehidupan seharian mereka, setiap perbuatan dan tingkah laku mempunyai kepercayaan yang tersendiri termasuklah kepercayaan terhadap alam, asal usul kejadian manusia, cara perubatan dan juga majlis keramaian. Ada pandangan yang menyatakan bahawa alam ini terbahagi kepada tiga iaitu Langit, Tana dan Iyang. Menurut Moris (1991) pula, alam terbahagi kepada lima belas lapis iaitu tujuh lapis di atas yang dipanggil likou langit atau likou bah- bau, tujuh lapis di bawah dipanggil likou bah iba, dan lapisan di tengah-tengah pula ialah likou dagen dua. Mengenai asal usul kejadian manusia pula masyarakat Melanau mempercayai manusia pertama ialah daripada makhluk yang dikenali sebagai Buah, pergantungan dari sudut perubatan yang sepenuhnya kepada Bayoh dan tow, penggunaan Dakan dalam kehidupan dan sebagainya. Kesemua adat kepercayaan mereka ini diyakini dibantu oleh kuasa ghaib. Selain itu, kertas kerja ini juga membincangkan tentang keistimewaan masyarakat Melanau iaitu bersifat fluid, harmoni, mini United Nation serta kepimpinan dan intelektual. Kata Kunci : Kepercayaan, Keistimewaan, Fluid PENGENALAN Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Bumi Kenyalang sememangnya kaya dengan pelbagai hasil bumi, kehijauan dan masyarakat penduduknya yang pelbagai suku dan etnik. Setiap suku mempunyai keistimewaan dan warisan budaya masing-

masing yang unik. Antara etnik yang terdapat di Sarawak adalah seperti Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh, serta Melanau. Menurut statistik 2010 yang diambil dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, Melanau merupakan suku kaum kelima terbesar di Sarawak dengan peratusan 5% iaitu sebanyak 123,410 orang daripada keseluruhan 2,471,140 orang. Kebanyakan mereka memeluk agama Islam selain Kristian. Melanau atau a liko merupakan salah satu daripada suku kaum bumiputera di Sarawak. Ejaan yang merujuk kepada kaum ini telah banyak kali berubah seperti Milanowes, Milanos, Melano dan kini yang lebih mantap dan diterima umum adalah Melanau. Bagi orang Melanau sendiri, mereka lebih suka menggelarkan kaum mereka sebagai a liko. A liko boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna. A liko ada dikatakan merujuk kepada petempatan penduduk. Namun apabila ditinjau secara lebih meluas a liko bermaksud dunia dan peribumi. Dalam Seminar Budaya Melanau I yang diadakan di Dewan Suarah Mukah pada 25 hingga 27 Julai 1988 telah memberi definisi bahawa orang Melanau ialah kumpulan kaum yang jelas dan konkrit bercakap dalam pelbagai dialek Melanau, berkongsi satu adat resam dan budaya serumpun. Melalui seminar itu juga, dapat dikenal pasti sekurang-kurangnya ada enam kumpulan dialek Melanau dan mereka termasuk kumpulan kecil seperti Bliun, Kanowit, Balingian, Orang Miriek, Seduan, Segalang, Rajang, Paloh, Igan, Matu (Matu-Daro), Tatau, Segahan/ Preban, Segan (Bintulu), Siuteng (Mukah), Oya dan Dalat. Setiap etnik yang terdapat di Malaysia mempunyai adat, kepercayaan, sosiobudaya dan keistimewaan yang tersendiri begitu juga dengan etnik Melanau yang dilihat terdapat beberapa keistimewaan yang perlu ditonjolkan. Melalui kertas kerja ini, akan dibincangkan serba sedikit mengenai sejarah, bahasa, adat kepercayaan dan ialah keistimewaan etnik Melanau yang dilihat mempunyai kelainan dari etnik-etnik yang lain. LATAR BELAKANG MELANAU Ada beberapa pendangan mengenai asal usil orang Melanau, Moris (1978) mengaitkan orang Melanau sebagai orang Kajang, MacDonald (1958) sebagai orang Kayan manakala Edwards dan Stevens (1971) sebagai orang Kanowit. Dari segi dialek, menurut Aloysius (1997) dialek Melanau ada kala timbul masalah kerana terdapat lima atau enam dialek yang sukar difahami dan menyebabkan memerlukan kepada bantuan medium komunikasi yang lain. Perkara ini perlu

dilihat sebagai faktor yang menyatukan di mana kesemua dialek tersebut diketahui dan dikenal pasti dalam masyarakat itu sendiri. Kepelbagaian dialek Melanau itu digunakan secara lazim dalam percakapan tradisional dan mereka menggunakan secara bebas sama ada dalam hiburan dan nyanyian. Menurut Saiee Driss (1996) perkara yang menarik mengenai masyarakat Melanau ialah wujudnya toleransi dan luasnya konsep identiti yang dipegang mereka sehinggakan begitu payah sekali untuk mentakrifkan siapa Melanau. Secara tradisi memang ketara identiti dan ciri-ciri Melanau tetapi akibat terlalu mudah menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan, maka batas identiti sekarang tinggal pada amalan dan adat sahaja. Demikianlah antara faktor yang mempengaruhi terhakis identiti. Mereka tidak kekok mengaku Melayu atau diterima sebagai Melayu apabila mereka menganut agama Islam. ADAT KEPERCAYAAN Setiap kumpulan kaum etnik walau di mana jua akan mempunyai kepercayaan dan adat masing-masing yang tidak dapat ditinggalkan. Begitu juga dengan etnik Melanau. Satu aspek penting dalam kehidupan seharian suku kaum Melanau ialah sistem kepercayaan yang mengawal dan mempengaruhi cara hidup dan pemikiran seseorang. Dalam mengerjakan tugas-tugas harian, sama ada di dalam atau di luar rumah, seseorang tidak boleh lepas daripada perhitungan tentang kewujudan dunia ghaib. Menurut Yasir Abd Rahman (1987), pada asasnya kepercayaan suku kaum ini bercorak animisme, dan mempercayai bahawa soal-soal penting dalam kehidupan berkaitan dengan kuasa ghaib. Semua fenomena semula jadi yang tidak difahami juga dikatakan bersifat ghaib. Justeru, tidak hairan jika pemikiran seperti ini meresap ke dalam segala bidang kehidupan dan adat resam. Tidak semua masyarakat etnik Melanau percaya tentang pengaruh animisme ini. Masyarakat Melanau terbahagi kepada tiga golongan berasaskan kepercayaan atau agama yang dianuti iaitu golongan yang menganuti agama Islam, Kristian dan juga golongan yang masih berpegang dengan kepercayaan lama. Bagi golongan yang masih berpegang dengan kepercayaan lama ini, kebanyakannya mereka mempunyai pegangan dan kepercayaan yang kuat terhadap kuasa ghaib. Dalam masyarakat Melanau Tradisional, sistem kepercayaan yang dipercayai dan diwarisi

sejak zaman berzaman banyak mempengaruhi dan mencorakkan amalan seharian mereka. Antara kepercayaan mereka termasuklah dari segi perubatan, pesta keramaian, dan juga kepercayaan mereka terhadap alam. KEPERCAYAAN TERHADAP ALAM Persepsi masyarakat etnik Melanau berkaitan alam telah ditemui dalam empat karya iaitu dalam karya Jeniri Amir (1989), Jeniri Amir & Awang Azman Awang Pawi (2001), Hang Tuah Merawin (2000), dan Morris (1991). Perbincangan ini dilihat sama dari segi isu tetapi berbeza dari segi perincian. Menurut Jeniri Amir (1989) dalam artikelnya bahawa, dalam kepercayaan masyarakat Melanau Tradisional, dunia ini mempunyai tiga lapis iaitu, atas, pertengahan dan bawah tanah. Dalam karya Hang Tuah Merawin (2000) beliau memperincikan lagi dengan menamakan tiga lapisan atau wilayah tersebut sebagai Langit, Tana dan Iyang. Langit merupakan zon awang-awangan yang dikenali juga sebagai wilayah kayangan. Tana ialah zon daratan, bumi atau alam fizikal (terrestrial) yang boleh dipijak, dilihat dan dirasa dengan pancaindera manusia biasa. Tana ialah wilayah yang fana bagi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Iyang pula ialah alam akuatik atau wilayah akuatik atau wilayah dalam air di bawah zon bumi. Kenyataan bahawa dunia ini terbahagi kepada tiga zon ini juga turut dinyatakan oleh Morris (1991) dalam bukunya bertajuk The Oya Melanau bahawa, dunia Melanau mempunyai lima belas lapis iaitu tujuh lapis di atas yang dipanggil likou langit atau likou bah- bau, tujuh lapis di bawah dipanggil likou bah iba, dan lapisan di tengah-tengah pula ialah likou dagen dua iaitu bumi yang didiami oleh manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Likou dagen dua ini turut didiami oleh makhluk-makhluk Tuhan yang lain. Lapisan ini mempunyai sempadan-sempadan tertentu walaupun hanya terdiri daripada satu lapisan. Sempadan itulah yang menjadi pemisah kawasan antara penghuninya. Likou bah iba pula, dikatakan lapisan pertama yang paling dekat dengan bumi ialah liko pengamew, diikuti dengan liko kulum, liko belangan, liko yang, liko jin, liko raja jin dan lapisan paling bawah ialah liko baliw. Tujuh lapisan di atas pula, pada lapisan kelima hingga ketujuh didiami oleh jin, lapisan keempat liko dewa-dewa, lapisan ketiga liko naradin dan lapisan yang pertama di didiami oleh liko baliwan.

Dalam kepercayaan Melanau Tradisional wujud kuasa ghaib yang dipanggil sebagai Ipo (juga disebut Ipu dan Ipuk) dipercayai menguasai semangat pada benda-benda sama ada yang bernyawa mahupun yang tidak bernyawa. Sistem kepercayaan ini pada hakikatnya bertujuan mensejahterakan kehidupan dan untuk mengelakkan mereka daripada perkara yang tidak diingini. Hal ini disebabkan kepercayaan mereka dikaitkan dengan kuasa ghaib dan kuasa yang luar biasa di luar daripada kawalan manusia. Menurut Jeniri Amir & Awang Azman Awang Pawi (2001), setiap Ipo mempunyai kuasa mutlak ke atas domain yang didiami dan dikuasainya. Bidang kuasa ini berbeza dari satu Ipo' ke satu Ipo' yang lain bergantung kepada kebesaran dan kepentingan domainnnya dalam kosmos. Taraf dan kebesaran kuasa Ipo'-Ipo' ini wujud dalam satu hierarki. Contohnya Ipo'-Ipo' yang menguasai tiga zon dunia iaitu Ipo' Langit (Dewa Langit), Ipo Tanah (Dewa Bumi) dan Ipo Iyang (Dewa Air) mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Ipo - Ipo yang lain seperti Ipo Daat (Dewa Lautan), Ipo Kala (Dewa Muara), Ipo Guun Ipo Alan (Dewa Hutan Belantara), Ipo Uma (Dewa Huma), Ipo Lebo (Dewa Rumah), Ipo Bekaan (Dewa Perkakas), Ipo Nase (Dewa Nasi) dan sebagainya. Antara semua Ipo - Ipo yang wujud ini, Ipo yang dianggap sebagai Maha Agung ialah Ipo Langit. Ianya bukan sahaja kerana keluasan dan kedudukan domainnya yang teratas tetapi juga merupakan satu sempadan yang penuh misteri pada manusia. Ipo Langit boleh menyebabkan bencana alam yang amat teruk seperti buan (ribut taufan) dan baliew (banjir). Ia juga mempunyai kuasa untuk menjadikan sesuatu makhluk termasuk manusia menjadi batu melalui bencana buan dan baliew apabila ia murka atau terkilan disebabkan oleh pelanggaran sesuatu pantang larang atau lantaran perbuatan manusia yang bertentangan dengan lahiriah. Pada umumnya Ipo'-Ipo' ini bersifat pengampun dan penyayang. Hanya apabila domainnya dicerobohi atau pantang larangnya dilanggar barulah mereka naik marah dan menyebabkan pelbagai padah kepada manusia. Oleh yang demikian, sebelum seseorang melakukan sesuatu yang difikirkan boleh menyinggung atau menyebabkan kemarahan Ipo'-Ipo' itu, dia hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Ipo' berkenaan dengan menyatakan niatnya dan jika perlu memberi semahan kepada Ipo' tersebut. Jika sesuatu perbuatan tersebut telah mendatangkan kemurkaan Ipo', maka seseorang itu perlu mempersembahkan semah (propitiation) dan meminta ampun daripada Ipo' itu. Menurut Amran & Hamidah (1993) juga adat menyemah yang dilakukan oleh masyarakat

Melanau Tradisional ini adalah bertujuan untuk memberi hadiah atau penghormatan kepada hantu atau semangat. Dengan mengadakan upacara ini, diharapkan bencana dapat dihindari. Selain daripada kepercayaan kewujudan Ipo, masyarakat etnik Melanau juga mempercayai kewujudan makhluk ghaib yang lain. Dari segi amalan, kepercayaan tersebut meliputi penggunaan bomoh sebagai perantara di antara dunia ghaib dan dunia realiti dan kepercayaan yang meliputi keturunan sesebuah keluarga (family cult). Dunia ghaib termasuk dunia mati mempunyai makhluk halus yang pelbagai jenis dan taraf, contohnya duhig, amow, tow dan jin. Menurut Hang Tuah Merawin (2000) masyarakat etnik Melanau tradisional percaya tentang kewujudan kuasa ghaib lain yang bersifat jahat. Kuasa ghaib jenis ini digelar tow dan boleh disamakan dengan iblis dan syaitan dalam korpus kepercayaan orang Melayu. Tow terdapat dalam berbagai-bagai jenis dan nama tetapi tiada satu pun yang bersifat baik. Ia sentiasa mencari kesempatan daripada kelemahan dan kesilapan manusia untuk menyebabkan penyakit dan menimbulkan kacau bilau. Selain daripada tow, terdapat juga makhluk metafizikal seperti amow (hantu). Amow ini dipercayai jelmaan ketidaksempurnaan dalam upacara pengebumiannya atau atas sebab perbuatan yang tidak baik semasa hayatnya. Bagaimanapun, amow biasanya tidak berniat jahat seperti tow, cuma bertujuan untuk mengilai dan menakutkan atau untuk mengingati orang yang masih hidup bahawa ada yang tidak kena dengan kematiannya atau ada perkara yang belum sempurna dengan upacara pengebumiannya. ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA Terdapat banyak kepercayaan tradisional etnik Melanau sama ada berkaitan dengan manusia, corak kehidupan, adat istiadat dan perayaan. Artikel ini hanya membincangkan tiga tema mengenai kepercayaan tradisional masyarakat Melanau iaitu asal usul makhluk, perubatan tradisional dan Pesta Kaul. Masyarakat etnik Melanau juga mempercayai alam dan pelbagai jenis makhluk termasuk manusia dicipta oleh Allah Ta c ala atau disebut Alaataala dalam istilah Melanau. Namun istilah Alaatacala dalam kepercayaan Melanau berbeza dengan Allah dalam Islam. Menurut

pandangan Dzilfawati Haji Hassan (2006) istilah ini mungkin diambil daripada Islam kerana proses perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan percampuran dengan orang Islam. Menurut beliau masyarakat etnik Malanau mempercayai asalnya Alataala menjadikan manusia daripada tanah. Makhluk yang pertama diciptakan itu bernama Buah sebagai pesuruhnya. Menurut asal cerita Buah diturunkan ke bumi dan tinggal di hulu Sungai Mukah di tempat yang bernama Sungai Buah. Buah mempunyai seorang isteri dan anak. Suatu hari, anaknya bermainmain di dalam sumpitannya lalu terperangkap di situ. Pada waktu senja Buah mengambil sumpitnya bagi tujuan membersihkannya tanpa menyedari anaknya berada di dalam sumpit tersebut. Dia menilik ke dalam lubang sumpitnya itu dan melihat ada makhluk kecil di dalamnya dan menganggap makhluk tersebut adalah angkut-angkut, sejenis binatang dan dia tidak tahu itu ialah anaknya. Melihat ada binatang di dalam sumpitnya, Buah menghalakan sumpitnya ke arah matahari terbenam lalu menyumpitnya. Pada malam itu, Buah dan isterinya bermimpi anaknya datang dan memberitahu bahawa sebenarnya dialah yang disumpitnya oleh ayahnya. Jika mahu dia kembali, ibu bapanya perlu menetak sebuah batu yang berada di tengah-tengah hulu Sungai Mukah. Buah dan isterinya mengikut syarat anaknya itu tetapi mereka gagal. Akhirnya Buah dan isterinya telah menjadi batu dan dipaksa tinggal bersama-sama anaknya yang telah berada di likow a-matai (dunia kematian). Mereka tidak dibenarkan kembali ke dunia oleh Alataala dan mereka dikatakan menjadi penunggu di alam akhirat. PERUBATAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELANAU Kepercayaan umum di kalangan masyarakat Melanau ialah jika sesuatu ubat tidak dapat menyembuh penyakit, maka penyakit itu adalah disebabkan oleh makhluk halus atau kuasa ghaib. Bomoh yang handal dipanggil sebagai a-bayoh yang bertindak sebagai perantara dengan kuasa ghaib dalam usaha menyembuhkan penyakit. Menurut kebiasaan, mengubati penyakit dengan menggunakan a-bayoh hanya dilakukan apabila cara-cara lain sudah gagal atau tidak boleh dilakukan. Apabila cara-cara lain sudah gagal, upacara be-bayoh akan diadakan. Jika usaha ini juga gagal, sebagai langkah terakhir, upacara pengubatan yang paling tinggi iaitu payun dilakukan. Jika tidak sembuh juga, harapan untuk sembuh dianggap tipis. Dalam proses mengendalikannya kerana kebolehan mereka menghubungi dan menggunakan kuasa ghaib tow dan sebagainya. Setiap

a-bayoh akan dibantu dengan tow-tow yang tertentu bagi menolong a-bayoh mengenal pasti asalusul penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Menurut Amran & Hamidah (1993) dalam karya mereka bertajuk Adat Resam telah mengemukakan beberapa cara pengubatan tradisional yang biasa dilakukan oleh masyarakat Melanau. Kenyataan ini juga turut disebut di dalam karya Yassir (1987). i. Memaku Memaku adalah cara pengubatan yang paling mudah kerana hanya menggunakan paku. Cara ini diamalkan bagi penyakit seperti sakit gigi yang amat bisa. Gigi yang sakit akan disentuh tiga kali dengan sebatang paku kecil diikuti dengan pemujaan tertentu. Seterusnya paku itu akan ditukul ke atas sebatang tiang, dan dikatakan bahawa sakit itu akan terus hilang. ii. Pengasapan Cara ini digunakan terutama sekali bagi kanak-kanak yang selalu menangis bagi tempoh yang lama tanpa henti. Cara perubatannya ialah menggunakan sabut kelapa,arang dan kemenyan yang dinyalakan dalam bekas tertentu dan ditiup supaya kuat berasap. Bekas yang berasap itu akan dibawa di sekeliling katil kanak-kanak tersebut oleh bomoh dengan membaca mantera-mantera tertentu bagi menghalau hantu-hantu yang mengacau anak itu. Selepas itu barang-barang yang dinyalakan itu dibuang ke luar jendela. Pengasapan juga digunakan untuk mengubat orang yang sering tidak sedarkan diri. Caranya ialah dengan mengambil sarang labah-labah dari lelangit rumah, bekas penyapu dan segenggam daun atap diletakkan di dalam tempurung untuk dinyalakan. Pesakit akan dibaringkan dekat dengan sehelai kain hitam. Kemudian bomoh akan membacakan mantera dengan menyeru nama-nama tow yang dipercayai menyakiti pesakit tersebut agar berhenti daripada mengacau pesakit lagi. Kepentingan terletak pada perbuatan mengipas asap itu pada kadar tertentu ke atas badan pesakit dan juga penyalaan sarang labah-labah kerana tow-tow dipercayai bergantung dari situ. Selepas asap dikipas dengan kain hitam pada kali terakhir, barang-barang yang dinyalakan dibuang di satu sudut bilik. iii. Baguda

Cara ini digunakan oleh a-bayoh kerana mereka boleh menggunakan bahasa sukat untuk menghalau tow-tow. Caranya pesakit itu akan ditilik oleh a-bayoh dengan menggunakan lilin yang dipanggil pesilok. Kemudian kemenyan akan dinyalakan dan asapnya akan digunakan oleh a- bayoh dan digosok pada badan pesakit. Jika tilikan a-bayoh itu betul badan pesakit akan menggigil setiap kali asap kemenyan digosok pada badannya maka ini bermakna pemujaan a-bayoh berkesan terhadap pesakit itu dan kemenyan itu terus digosok pada badan pesakit sehinggalah pesakit itu tidak menggigil lagi. iv. Menggunakan Dakan Menurut Jeniri, Rosline & Rudi (2007) cara pengubatan ini menggunakan patung-patung tow tertentu. Dakan, merupakan patung yang diukir daripada dahan pokok rumbia oleh pakar dalam bidang ini. Orang yang mengamalkan cara ini tidak semestinya a-bayoh atau bomoh. Kebolehan mengukir dakan dan mengetahui penyakit yang dapat diubati itu akan diperturunkan secara ajaib melalui mimpi. Mereka boleh mengetahui penyakit yang disebabkan tow-tow dan menentukan jenis dakan yang sesuai untuk digunakan bagi menyembuhkannya. Antara tow yang sering menyebabkan penyakit adalah seperti berikut: a. Anea Jejah - demam panas yang boleh menyebabkan seseorang hilang ingatan dan akhirnya gila. b. Gelap Da-at - pening kuat dan pengsan bagi seseorang yang baru pulang dari laut. c. Gelap Gu-un - sakit kepala yang biasa d. Putih Anea - menyebabkan tubuh lelaki gatal dan perempuan hamil tumpah darah secara mengejut. e. Pulun - berjalan tanpa sedar semasa tidur PESTA KERAMAIAN MASYARAKAT MELANAU

Antara lain kepercayaan masyarakat etnik Melanau terhadap kuasa ghaib yang perlu dipuja dalam pesta-pesta keramaian termasuklah perayaan Kaul. Menurut Jeniri & Awang Azman (2001) perayaan ini merupakan suatu acara tahunan yang diraikan oleh komuniti Melanau. Kaul merupakan satu daripada adat paling lama yang masih diamalkan. Perayaan ini amat penting pada masa dahulu dari segi kepercayaan Melanau. Perayaan ini merupakan penyembahan terhadap makhluk halus iaitu ipok kala. Kala dalam dialek Melanau bermaksud muara sungai manakala ipok kala bermaksud kuasa ghaib yang menguasai tempat itu. Perayaan kaul ini diadakan di sebelah kanan muara sungai kerana tempat itu dianggap penting disebabkan pertemuan di antara darat, laut dan sungai iaitu tempat semula jadi yang penting dalam kegiatan ekonomi kaum ini. Ipok kala dianggap sebagai kuasa ghaib yang amat kuat. Semasa meraikan upacara kaul, doa ditujukan kepada ipok ini supaya mewujudkan kedamaian dan meningkatkan hasil tangkapan atau tuaian pada tahun yang akan datang. Upacara kaul ini diadakan tiap-tiap tahun pada bulan Mac iaitu selepas musim landas. Masyarakat Melanau tradisional di Mukah menggunakan takwim yang berdasarkan peredaran bulan. Satu tahun dalam takwim ini mempunyai dua belas unit yang dikenali sebagai bulan. Bulan pertama dalam pusingan tahunan ini digelar bulan pengejin dan upacara kaul diadakan pada bulan ini. Persediaan untuk upacara dibuat lebih awal oleh orang ramai termasuk menyediakan barang makanan tertentu untuk dipersembahkan dan juga talam-talam untuk meletakkan jamuan ini. Talam dibuat daripada daun nipah. Benda ini dinamakan serahang yang dihiaskan dengan bendera kecil (mengikut pangkat seseorang itu), burung dan sebagainya. Antara lauk yang perlu disediakan ialah papit (nasi pulut yang dimasak dalam daun), belen (sirih pinang) dan apung (rokok daun). Pada hari perayaan itu sarahang-sarahang itu akan didirikan di sekitar muara sungai dan barang makanan dihidangkan di dalam talam itu. Seterusnya, bapak kaul akan menaburkan beras kuning di sekeliling makanan tersebut dan menjemput ipok kala memakan jamuan yang disediakan. Seterusnya bapak kaul membacakan doa yang dituju kepada ipok kala supaya memberi rezeki yang banyak pada tahun yang akan datang. Apabila upacara membaca doa itu selesai, acara

hiburan seperti pertunjukan panca silat atau kutaw, lumba perahu dan sebagainya. Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perayaan ini digalakkan berkongsi makanan yang dibawa kerana dipercayai perkara ini amat disukai oleh ipok kala yang akan menambahkan lagi rezeki kepada komuniti itu. KEISTIMEWAAN ETNIK MELANAU Menurut Zaini Ozea (1989) antara kaum-kaum di Sarawak, kaum Melanau yang paling banyak mengalami pertembungan dan asimilasi sosiobudaya dan ini menjadikannya sebagai kumpulan yang bukan sahaja paling menarik tetapi juga paling segera untuk dikaji. 1. Bersifat fluid Menurut Zaini Ozea (1998) masyarakat Melanau disifatkan sebagai masyarakat yang begitu fluid dan mudah terserap ke dalam masyarakat. Namun mereka masih mengekekalkan identiti Melanau walaupun terdapat gejala kehilangan tertentu dari segi amalan budaya. Menurut Mohd. Yaakub (1982) pula, ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya fluidity itu, antaranya perubahan penempatan, penyerapan melalui kahwin campur, dan agama. Bagaimanapun, Zaini menganggap dalam keadaan sekarang faktor pendidikan, media massa, kemudahan komunikasi, dan pengangkutan sebagai kesan daripada kemodenan harus dianggap penting dalam mempengaruhi perubahan budaya dalam masyarakat Melanau. Pandangan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Saiee Driss (1996) yang menyatakan bahawa Melanau adalah satu-satunya kaum di Sarawak yang boleh menerima kepelbagaian agama dalam ahli keluarga tanpa menghadapi sebarang masalah. Bukan satu kepelikan dalam satu keluarga ada orang alim tetapi terdiri daripada pelbagai agama, atau ada yang masih pagan (tanpa agama) namun mereka boleh hidup dalam keadaan yang aman. 2. Bersifat muhibah Etnik Melanau merupakan komuniti yang mempunyai sifat muhibah dan ini jelas ketara ketika keramaian dan perayaan agama. Semasa perayaan agama tertentu, sama ada Hari Raya, Krismas, Hari Gawai atau Tahun Baru Cina, orang Melanau dari kampung-kampung atau rumah panjang yang berbeza akan melawat rakan masing-masing. Amalan ini bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian.

3. Bersifat mini United Nation Antara faktor tradisional yang menarik ialah meskipun dalam keramaian yang penting atau majlis besar-besaran dalam masyarakat Kristian atau Melanau likow ahli agama Muslim Melanau diminta untuk melakukan penyembelihan ayam, lembu dan kerbau. Hakikat ini menunjukkan suatu penghormatan terhadap tetamu Muslim yang memerlukan kepada makanan halal. Hakikat ini menunjukkan wujudnya mini United Nation yang saling meraikan, saling berkongsi, mempunyai gaya toleransi, kebajikan dan layanan yang unik. 4. Daya kepimpinan dan intelektual Menurut Saiee Driss (1996) dalam artikelnya mengatakan satu kekuatan yang tidak boleh dinafikan dalam masyarakat Melanau ialah daya kepimpinan dan intelektual. Ramai intelek dan pemimpin ekonomi, sosial dan budaya di Sarawak berketurunan Melanau walaupun ada sebahagiannya sudah serasi dan diterima sebagai orang Melayu tanpa banyak masalah. Menurut Jeniri Amir (2000) ramai di kalangan Melanau yang telah berjaya dan menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang. Mereka telah mencipta nama dalam bidang masing-masing, malah ada yang sudah muncul sebagai ahli politik seperti Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud tokoh yang dikenali ramai. Beliau adalah Mantan Ketua Menteri Sarawak yang keempat dan juga Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ke-7. Beliau juga adalah Mantan Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri, juga adalah Mantan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen Barisan Nasional. Selain itu, YB Datuk Abdul Wahab Dolah yang berketurunan Melanau juga merupakan ahli politik Malaysia. Beliau kini adalah seorang Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi kawasan Igan di Sarawak, mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari gabungan Barisan Nasional. Kenyataan yang dipetik daripada Utusan bertarikh 3 Mac 2004 menyatakan bahawa sebelum dipilih ke Parlimen Malaysia, Wahab telah aktif di dalam politik negeri Sarawak, berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan Matu Daro dari tahun 1983, dan sebagai anggota kabinet negeri Sarawak. Selain itu, menurut Jeniri (2000) tokoh ahli akademik juga ramai di kalangan Melanau antaranya Dr. Abdul Rashid Abdullah, Dr. Yusuf Hadi, Dr. Sulaiman Hanafi dan banyak lagi.

KESIMPULAN Berdasarkan keterangan di atas dapat disimpulkan bahawa masyarakat etnik Melanau mempunyai adat kepercayaan tersendiri termasuk kepercayaan terhadap alam, asal usul makhluk, cara perubatan dan juga cara keramaian. Etnik ini juga mempunyai keistimewaan yang tertentu dan menarik untuk dikaji secara mendalam.

RUJUKAN Aloysius J. Dris. (1997). An Overview: The Cultural Future Of The Melanau Community. The Sarawak Museum Journal.Vol. XLVII. Special Issue No.5. Part II. Malay and Melanau Cultural Heritage Seminars II, 1993. Kuching: The Museum Amran Abdullah & Hamidah Husain. 1993. Adat resam: Siri mengenal Sarawak. Kuching: Pisma. Buku Tahunan Perangkaan Sarawak 2011. Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sarawak. Edwards, L. & Stevens, Peter W. 1971. Short Histories of The Lawas and Kanowit Districts. Kuching: Borneo Literature Bureau. Ethical Values of Sarawak s Ethnic Groups. 2000. Kuching: Ministry of Social Development and Urbanization Ethical Values of Sarawak s Ethnic Groups. 2000. Kuching: Ministry of Social Development and Urbanization Hang Tuah Merawin. (2000). Ethical Values Of Sarawak s Ethnic Group: Pandangan Dunia Melanau Tradisional. Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak: Kuching Jeniri Amir & Awang Azman Awang Pawi. 2001. Kaul: Suatu Interpretasi Sosiobudaya. Kuching: Massa Kasturi Management. Jeniri Amir & Awang Azman Awang Pawi. 2001. Kaul: Suatu Interpretasi Sosiobudaya. Kuching: Massa Kasturi Management. Jeniri Amir, Rosline Sandal & Rudi Affendi Khalik. 2007. The Sarawakiana Series Culture & Heritage. Dakan:The Diminishing Medium of Melanau Tradisional Healing. Kuching:Pustaka Negeri Sarawak. Jeniri Amir. 1989. Adat Resam Kaum Melanau. The Sarawak Museum Journal.Vol. XL. Special Issue No.4. Part II. Desember 1989. MacDonald, Malcolm. 1958. Boerneo People. London Moris, H.S. 1978. The Coastal Melanau. Essays On Borneo Societies, ed. Victor T. King, 37-58. Oxford: Oxford University Press Saiee Driss. 1996. Wawasan Melanau. Wajah Dan Identiti Melanau. Kuching: Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau dan Persatuan Melanau Sarawak. Stephen Morris. (1991). The Oya Melanau. Malaysian Historical Society(Sarawak Branch)

Utusan, 3 March 2004 Yasir Abdul Rahman. 1987. Melanau Mukah: Satu Kajian Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahawa dan Pustaka. Zaini Bin Oje @ Ozea. 1997. Bahasa Melanau Dalam Konteks Perubahan Budaya. The Sarawak Museum Journal.Vol. XLVII. Special Issue No.5. Part II. Malay and Melanau Cultural Heritage Seminars II, 1993. Kuching: The Museum. Zaini Ozea. 1989. Bahasa Melanau: Suatu Tanggapan Awal. The Sarawak Museum Journal.Vol. XL. Special Issue No.4. Part II. Desember 1989. Kuching: The Museum