Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

Similar documents
A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

REKA BENTUK KERUSI BERASASKAN KAYU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

Q1 Gender / Jantina:

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

PENILAIAN PENGETAHUAN

PENILAIAN PENGETAHUAN

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EKSPERIMENTASI KOMBINASI TEKNIK SULAM DAN CETAK DARIPADA KULIT KAYU TEKALONG UNTUK REKAAN BEG. Anastasia Anak Hyacinth

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

EKSPLORASI KULIT KAYU

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Tandatangan Nama Penyelia II

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

\\\I\II\\\\\IIi\~I\i\II\~I~\~~\I[\I\II~\il\i[![\~\II\I\\\\II\ * *

DESIGN AND FABRICATION OF HANDY DISC LOOSE COCONUT PALM COLLECTOR MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN SHAHARUDDIN

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

Kiosk 4 COP SYARIKAT

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

RISALAH DATA KESELAMATAN Mengikut Peraturan (EC) No 453/2010

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

SIFAT MEKANIKAL BAGI RENCAM KAYU CFRP DI BAWAH PEMBEBANAN LENTURAN SHAMSUDIN BIN MAT ISA

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMODELAN SIRI MASA KEPEKATAN BAHAN PENCEMAR UDARA 03, PMlO DAN JEREBU MENERUSI PENDEKATAN KALUT

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 31 TAHUN 2007

PENCURUSAN PROSES PEMBUATAN DAN PEMASARAN UKIRAN KAYU OLEH BELIAN IRONWOOD KRAF ENTERPRISE

(HURUF BESAR) Tarikh:_

GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENTERA YANG MEMERLUKAN SIJIL PERAKUAN KELAYAKAN (CF) DARI JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)

Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

Sains Malaysiana 47(8)(2018):

BAB 1 PENGENALAN. kajian, penyataan masalah, kepentingan kajian, objektif kajian, soalan kajian serta

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

FOR PUBLIC COMMENT DRAFT MALAYSIAN STANDARD. Kangkung segar (Ipomoea reptans L. Poir. dan Ipomoea aquatica Forssk.) - Spesifikasi 14A005R0

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

Licenced to Zhulian Corporation / Downloaded on : 11-Apr-2008 / Single user licence only, copying and networking prohibited

Para pengusaha sektor pertanian masa kini telah

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

PRIVACY POLICY Act Notice in the case where you are a consumer of our products:

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 3) 2016

Tie s o n g k e t s e r i e s. Like us on:

Fungsi dan Pola Ganti Nama Melayu: Satu Interpretasi Semantik dan Pragmatik

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

MOTIF UIORAN KAYU DI TUNJANG BAKAWALI SDN. BHD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. VIABILITY AND VIGOR OF DURA, PISIFERA AND TENERA OIL PALM (Elaeis guineensis Jacq.) POLLEN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERUBAHAN BUAH CIKU (ACHRAS SAPOTA L.) SEMASA PERKEMBANGAN DAN KESAN SUHU SERTA PEMBUNGKUSAN SEMASA PENYIMPANAN TAUFIK

MENGINDEKS BIBLIOGRAFI DENGAN MENGGUNAKAN KATAKUNCI SECARA INTERAKTIF BERASASKAN KOMPUTER MIKRO

NAMA : NO. STAF : JAWATAN : JAWATAN DIPOHON : PTJ : TARIKH MEMEGANG JAWATAN TERKINI :

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia KLASIFIKASI FAIL

SHELL GET MORE VALUE OUT OF RM1 - TERMS AND CONDITIONS (ENGLISH)

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

YONG KIM CHYE N LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK

KAJIAN TIPOLOGI RUMAH KEDAI AWAL ERA BELANDA 01 BANDAR MELAKA: SUMBANGAN KEPADA BIDANG PEMULIHARAAN 01 MALAYSIA. oleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Hadiah Wang Tunai Lebih dari RM3.6 Juta

Campur Tangan Kemanusiaan Antarabangsa: Suatu Tinjauan Berkaitan Konflik dan Keabsahannya

COCONUT HUSK REMOVER MOHD HAZIQ BIN NORDIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

EFFECTS OF POSTHARVEST HOT WATER TREATMENT ON PHYSIOLOGICAL AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF EKSOTIKA II PAPAYA DURING RIPENING

Aspek Estetika Labu Acu

Authorship Abu Bakar Ellah di dalam Telemovie Arahannya. Sydney Thomas Sibangan

Operations Review REVENUE / HASIL 0.03% 15.26% 0.03% 47.82% 36.89% 48.00% 15.27% 36.70% RM1, Million / Juta 1999/2000

Transcription:

KERUSI PALET Tengku Nur Syarah Bariah Binti Raja Mohd Yazit Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah nur_syarah@psa.edu.my Noraini Binti Haji Naseran Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Noraini@psa.edu.my ABSTRAK Pada masa sekarang, jurutera dan arkitek menggunakan serta menggabungkan pelbagai bahan seperti konkrit, keluli, plastik, kaca dan sebagainya. Bahan-bahan terbuang juga turut dibangunkan seperti palet. Penggunaan kayu palet untuk membuat perabot semakin berleluasa. Ini kerana kayu palet mudah didapati dan salah satu bahan terbuang. Palet ialah struktur pengangkut rata yang digunakan untuk mengalas kontena semasa diangkat oleh foklif, jek palet atau alatan jek yang lain. Kajian yang dijalankan merupakan satu proses penggunaan kayu palet untuk membuat perabot dimana ia tidak memerlukan penggunaan kos yang tinggi dan tahan lama. Reka bentuk perabot pula boleh menjimatkan kos, tahan lasak dan sesuai diletak dimana sahaja walaupun di kawasan luar atau terdedah. Kaedah kajian adalah merujuk kepada carta alir bermula dengan kajian rekabentuk, pemilihan bahan dan proses pembuatan. Kayu palet yang asal akan dipotong mengikut saiz yang ditetapkan. Kemudian permukaan kayu palet akan dilicinkan dengan menggunakan mesin ketam, grender dan kertas pasir. Selepas itu, woodfiller digunakan untuk menutup ronga-rongga pada kayu palet. Bagi mendapatkan bucu yang bulat dan licin, mesin kumai digunakan. Cat kemasan digunakan untuk menjaga permukaan kayu palet daripada kerosakan dan serangan serangga perosak, pereputan dan cahaya matahari. Selain daripada itu, penggunaan cat kemasan juga boleh menampakkan kesan ira kayu. Hasil daripada produk ini, beberapa cadangan telah dibuat bagi penambahbaikan iaitu kerusi ini boleh dibuat dalam pelbagai corak dan bentuk seperti bentuk bulat atau melengkung untuk menarik minat orang ramai menggunakannya. Selain daripada itu, kayu palet ini juga boleh diinovasikan untuk kegunaan harian, penanaman pokok atau perhiasan. Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos. 1

1.0 PENGENALAN e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17) Penggunaan kayu palet untuk membuat perabot semakin berleluasa dalam kehidupan sekarang. Ini kerana kayu palet mudah didapati dan salah satu bahan terbuang. Palet ialah struktur pengangkut rata yang digunakan untuk mengalas kontena ketika diangkat oleh foklif, jek palet atau alatan jek yang lain. Palet ialah asas kepada rekabentuk bagi satu beban unit. Barang akan diletakkan ke atas sebuah palet dan diikat dengan tali atau dimasukkan ke dalam kontena mini. Kebanyakan palet klasik diperbuat daripada kayu. Antara bahan lain yang digunakan bagi menghasilkan palet ialah plastik, besi dan kertas. Setiap bahan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kontena telah menggalakkan penggunaan palet kerana ia mempunyai permukaan rata dan bersih yang sesuai untuk palet. Kebanyakan palet boleh menampung beban sehingga 1000 kg. Hari ini lebih daripada setengah bilion palet dikeluarkan setiap tahun dan hampir 2 bilion palet digunakan di Amerika Syarikat sahaja. Palet membolehkan pemindahan barang berat yang ditindih menjadi mudah. Muatan di atas palet boleh diangkut menggunakan foklif pelbagai saiz atau boleh diangkat menggunakan jek yang dipam menggunakan tangan. Penggunaan palet boleh mengurangkan kos pengendalian serta penyimpanan. Kayu palet biasanya menggunakan kayu pine yang terhad bilangannya tetapi semakin banyak digunapakai dalam penghantaran barang disebabkan kualitinya. Selain itu, warnanya yang neutral amat sesuai dijadikan perabot sama ada di bahagian luar atau dalam. 2.0 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Mengenai Perabot Perabot adalah salah satu elemen reka bentuk dalaman. Manakala dinding, lantai, siling, tingkap dan pintu pula merupakan reka bentuk seni bina sesuatu ruang. Perabot mendekatkan jurang manusia dengan senibina. Ia adalah transisi antara skala ruang dalaman dengan manusia seterusnya menjadi seni bina yang memberi keselesaan serta menyokong aktiviti harian. 2

Selain itu, perabot memberi sifat visual pembentukan ruang. Bentuk, garisan, warna, jalinan dan skala setiap perabot memainkan peranan penting dalam menghasilkan kualiti ekspresi ruang. Dengan kata lain, tanpa perabot ruang menjadi kosong dan tidak berfungsi. 2.1.1 Gaya Pemilihan Perabot Perabot adalah lambang kekuasaan, kemewahan, keagamaan dan alam sekitar. Pakar sejarah mendapati perabot digunakan oleh manusia lebih 2000 tahun dahulu. Ketika itu, ia diperbuat daripada batu batan dan kayu yang diukir. Perkembangan pesat perabot dipercayai bermula pada zaman Renaissance atau era pembaharuan yang turut menyaksikan penggunaan tekstil mahal sebagai symbol status serta kuasa. Hari ini, pilihan perabot mewakili rekaan dalaman ditonjolkan secara individu. Rekaan kerusi moden bukan sahaja dihargai bahkan dianggap sebagai arca. Perabot kini menjadi satu bentuk seni dan ia juga meletakkan kesedaran reka bentuk. Pemilihan perabot harus seimbang dari segi kualiti estetik, rekabentuk, fungsi, keselesaan, ketahanan dan nilai. Menerusi pemahaman mengenai tema, gaya pilihan, latar belakang reka bentuk dan perkembangan teknologi inovatif di pasaran, penentuan jenis perabot yang sesuai mengikut keperluan dapat dilakukan. (Roslan Bin Abdul Ghani, 2010) 2.1.2 Faktor Reka Bentuk Perabot 1) Berfungsi dengan baik dan memenuhi kehendak pelanggan. 2) Mempunyai konsep reka bentuk dan rupa menarik, stabil serta praktikal ketika menggunakannya. 3) Menggunakan bahan yang mudah didapati dan mudah dipasang sesuai dengan kos yang perlu dibayar. 4) Tahan lasak, tahan cuaca dan kukuh jika digunakan di luar dan tidak mudah rosak jika diserang serangga. 5) Kos produk dan kos pembuatan yang berpatutan. 3

6) Dari segi keselamatan tidak mendatang bahaya kepada pengguna dan alam sekitar. 7) Nilai komersial memenuhi cita rasa masa kini, mampu dipasarkan serta menepati kehendak pasaran. 2.2 Pengenalan Mengenai Kerusi Kerusi ialah sejenis perabot untuk duduk, biasanya untuk kegunaan seseorang. Ia memiliki bahagian sandar dan ada alas tangan. Kerusi biasanya mempunyai empat batang kaki untuk menyangga tempat duduk di atas lantai. Kerusi yang tidak ada bahagian sandar dan alas tangan dipanggil bangku. Kerusi yang boleh digunakan oleh lebih daripada satu orang termasuk rehat, sofa, kerusi seti, love seat dan bangku. Tempat letak kaki yang berasingan untuk kerusi dikenali sebagai Otoman, kusyen lutut atau puf. Kerusi di dalam kenderaan atau teater dipanggil tempat duduk. Kerusi ialah sejenis perabot yang boleh dialih. 2.2.1 Sejarah Kerusi Kerusi adalah antik, sungguh pun bagi beberapa kurun dan malah ribuan tahun ia merupakan perabot Negara serta bangsawan dan bukan barang kegunaan orang biasa. Kerusi sering kali digunakan secara meluas sebagai lambing kuasa dalam House of Commons di United Kingdom dan Kanada serta dalam keadaan yang lain. Jawatankuasa, majlis pengarah dan jabatan akademik kesemuanya memiliki ketua pengarah ( chairman ). Anugerah jawatan professor dirujuk sebagai kerusi. Ia sebenarnya hanya menjadi biasa dimana-mana sekitar abad ke-16. Peti, bangku dan bangku panjang sebelum itu merupakan tempat duduk bagi aktiviti harian dan bilangan kerusi yang terselamat dari tarikh lebih awal amat terhad; kebanyakan contoh adalah bersifat keagamaan atau bangsawan. Pengetahuan kita mengenai kerusi zaman silam hamper keseluruhannya datang dari tugu peringatan, ukiran dan lukisan. Gambarajah di bawah menunjukkan kerusi Vincent yang dibuat oleh Vincent Van Gogh. 4

Rajah 2.1 Kerusi Vincent 2.3 Kayu Palet Kayu palet ini biasanya boleh ditemui di kawasan perindustrian atau pasar raya besar. Ia digunakan sebagai tapak barangan yang akan memudahkan diangkat oleh forklift, pallet jack atau front loader dari kapal, kontena atau lori. Jadi, strukturnya memang kuat kerana dibina untuk menampung benda berat. Biasanya ia dibuang selepas digunakan. Ini jenis dan rekabentuk kayu pallet yang biasa digunakan di industri: 5

Rajah 2.2 Jenis-jenis kayu Palet Kebiasaannya kayu-kayu palet ini dibuang begitu sahaja tetapi ada sesetengah orang yang mempunyai idea telah menjadikan sesuatu produk yang kreatif, menarik dan paling penting berguna untuk dipakai semula dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkan idea tersebut. Selain daripada itu, ia juga membantu pegawai alam sekitar dengan mengitar semula kayu-kayu palet yang terbuang menjadi sesuatu yang boleh digunakan. Mungkin ada yang berminat selepas melihat idea-idea kreatif dari kayu palet ini. Di luar negara, harga setiap perabot dari kayu palet mencecah ratusan USD dan Euro yang memberi peluang perniagaan yang besar. 6

3.0 METADOLOGI 3.1 Metadologi Kajian Metadologi kajian merupakan satu perancangan rapi dan berkait rapat dengan kaedahkaedah dan penggunaan carta alir untuk menunjukkan perjalanan sesuatu projek yang dilakukan pada semester akhir. Bagi melicinkan perjalan projek akhir, metadologi haruslah disusun dengan sebaik mungkin agar setiap peringkat perjalanan projek akan menepati segalan kehendak permasalahan yang hendak diselesaikan. Selain itu, carta Gantt juga boleh digunakan untuk menunjukkan aktivit-aktiviti yang dilakukan sepanjang projek dilaksanakan. Dengan itu amat penting untuk mengetahui dan memahami dengan lebih terperinci setiap proses yang terdapat dalam metadologi kajian. Langkah utama diambil adalah dengan mendapatkan semua maklumat yang berkait dengan perabot kerusi yang terdapat di pasaran dan perabot kerusi yang banyak digunakan dalam kehidupan manusia. 3.2 Mengenalpasti Masalah Mengenalpasti masalah merupakan langkah utama yang penting dalam melakukan kajian atau projek. Pengkaji akan mengenalpasti masalah melalui: i. Data yang dikumpul ii. Kos barangan iii. Kualiti Projek 3.3 Kajian Literatur Mula Kajian terdahulu Pengumpulan Maklumat Berkaitan Kajian Pengenalan Mengenai Perabot Pengenalan Mengenai Kerusi Kayu Palet Kenalpasti Masalah Utama Berkaitan Kayu Palet Akhir 7

3.4 Mengenalpasti Bahan Mentah Bahan-bahan yang ingin digunakan di dalam kajian ini perlu dikenalpasti terlebih dahulu sifat-sifatnya dengan melihat kekuatan dan jenis bahan-bahan yang digunakan, mencari maklumat berkaitan di dalam jurnal, buku ilmiah dan laman web yang berkaitan. 3.5 Prasarana Sebuah Projek Penentuan sesebuah model amat perlu bagi memastikan pemilihan bahan yang dibuat betul dan bersesuaian dengan projek yang dibuat. Kos pembuatan produk juga perlu diambil kira bagi memastikan sesebuah produk kukuh dan berpatutan dengan kualiti bahan yang digunakan. Terdapat beberapa aspek diambikira dalam pembuatan produk ini. Antaraspek-aspek yang diambil kira ialah: i. Ukuran produk ii. Bahan utama yang akan digunakan pada produk iii. Reka bentuk yang bersesuaian dengan produk 3.5.1 Bahan Utama Peringkat ini merupakan peringkat pertama bagi merancang model sesebuah projek. Penentuan kos sesebuah model juga dapat dianggarkan berdasarkan bahan utama yang digunakan bagi sesebuah projek. Bagi model projek ini menggunakan bahan berasaskan kayu. Pemilihan kayu ini dibuat memandangkan kesesuaiannya pada projek ini menghasilkan kerusi berasaskan palet mempunyai tempat letak barang dan kualiti rekabentuk yang lebih ringkas serta menarik. Pemilihan dari segi kemasan pula adalah menggunakan syelek kilat. Pilihan tersebut bagi mengekalkan warna kayu yang asal bagi memenuhi citarasa orang awam. 3.5.2 Rekabentuk Model Merekabentuk sesebuah model adalah proses kedua dalam pembentukan model. Rekabentuk model perlu sesuai dengan tajuk projek yang hendak dilaksanakan dan menepati citarasa seperti yang diperlukan. Pada masa ini ukuran sesebuah model boleh diabaikan. Rekaan ini perlu dilukis dalam bentuk 3 dimensi bagi menampakkan bentuk sebenar rekaan tersebut. Setiap bahagian yang 8

tidak nampak pada lukisan utama perlu dilukis. Lakaran rekaan juga perlu dilakar dari beberapa sudut pandangan iaitu pandangan depan, pandangan atas serta pandangan tepi pada rekabentuk model tersebut 3.6 Proses Kemasan Proses kemasan merupakan proses pelapisan akhir permukaan kayu yang dijalankan setelah projek dipasang dan dibina. 4.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Keputusan Kerusi Palet yang dihasilkan mencapai objektif yang ditetapkan yang mana ia mempunyai fungi yang baik dan mudah untuk dipasang. 4.2 Perbincangan Rajah 4.1 Public Pallet Chair Dalam menghasilkan projek di atas, beberapa masalah telah timbul berkaitan bahan mentah kayu palet yang merupakan bahan mentah utama. Selain dari itu, langkah kerja semasa proses menghasilkan kerusi ini perlu dibuat dengan teliti terutama semasa pemotongan, proses melicinkan permukaan, mengumai serta menebuk lubang supaya kerusi yang dihasilkan boleh dipasang dengan baik dan tahan lama apabila disyelek. 9

5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Kesimpulan Kesimpulan yang dapat dibuat dalam menghasilkan produk ini, banyak memberikan ilmu pengetahuan berkaitan cara untuk menghasilkan produk perlu diteliti daripada pelbagai aspek seperti penggunaan bahan mentah, proses memotong dan melicinkan permukaan kayu serta proses pemasangan produk perlu diberi penekanan bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan mencapai objektif.selain itu, pengetahuan dan pembacaan yang banyak perlu dibuat terutama tentang cara-cara membuat kerusi. Latihan yang banyak juga amat penting dalam kerja pembuatan kayu untuk menghasilkan produk yang lebih lebih kreatif dan inovatif. 5.2 Cadangan Hasil daripada produk ini didapati rekabentuk kerusi palet tidak begitu kreatif serta tidak menarik minat orang ramai untuk menggunakannya dan warnanya juga tidak menarik. Oleh itu, beberapa cadangan telah dibuat bagi proses penambahbaikan iaitu kerusi ini boleh dibuat dalam pelbagai corak dan bentuk seperti bentuk bulat atau melengkung dan dicat menggunakan pelbagai warna untuk menarik minat orang ramai menggunakannya. Selain daripada itu, diharap kayu palet ini juga boleh diinovasikan untuk kegunaan harian, penanaman pokok, perhiasan dan lain-lain produk. RUJUKAN Zulkifli bin Mohd Salleh, Zainal bin Abdul Rahim, Tuslah bin Abdan (2013). Faktor Reka Bentuk Perabot. Dimuat turun daripada http://nota_sekolah.blogspot.my/2013/05/bab-2-rekabentuk-dan-penghasilanprojek.html Roslan Bin Abdul Ghani. (2010). Gaya Pemilihan Perabot. Dimuat turun daripada https://sites.google.com/site/pondokmayacom/perabot/perabot-dan-ruang Mohd Taufik bin Abd Rashid (27 April 2011). Kemasan Kerja Kayu. Dimuat turun daripada 10

http://tangkapgambar.blogspot.my/2011/04/kemasan-dalaman-kerja-kayu.html Eji Putri Ramadhani. (25 September 2010). Mengenal Jenis-jenis Kayu. Dimuat turun daripada http://ejiputriramadhani..blogspot.my/ Bunch, Bryan H.; Alexander Hellemans (2004). The history of science and technology. Houghton Mifflin Harcourt. p. 69. ISBN 0-618-22123-9. C. Lemarchand, P. Couvreur, M. Besnard, D. Costantini, R. Gref, Pharmaceutical Research, 20-8 (2003) 1284 1292. Cox, Robert M. (2003). Building an industrial wood finish. Madison: Forest Products Society. I. Roland, G. Piel, L. Delattre, B. Evrard International Journal of Pharmaceutics 263 (2003) 85 94. Nagyszalanczy, Sandor (1997-01-01). The Wood Sanding Book: A Guide to Abrasives, Machines and Methods Rybczynski, Witold (2000), One good turn: a natural history of screwdriver and screw, Scribner, ISBN 978-0-684-86729-8, LCCN 00036988, OCLC 462234518.Various republications. Whaler, J.H. (1972). Furniture finishing textbook. Nashville: Production Publishing Company. p. 3. BIBLIOGRAFI Nama Tempat asal Penulis : Tengku Nur Syarah Bariah Binti raja Mohd Yazit : Kota Bharu, Kelantan Latar belakang pendidikan : 1.Sijil Kejuruteraan Awam (PKB) 2.Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam 3.Sarjana PTV Bidang kepakaran Pengalaman : Mengajar Kursus Mekanik Struktur : 1.Politeknik Sultan Azlan Shah 11

2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Nama : Noraini Binti Hj Naseran Tempat asal Penulis : Batu Pahat, Johor Latar belakang pendidikan : 1.Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam 2.Sarjana PTV Bidang kepakaran Pengalaman : Mengajar Kursus Rekabentuk Kayu, Statistik, Kejuruteraan Kayu : 1.Politeknik Sultan Azlan Shah 2. Kementerian Pengajian Tinggi 3. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 12