Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Similar documents
EKSPERIMENTASI KOMBINASI TEKNIK SULAM DAN CETAK DARIPADA KULIT KAYU TEKALONG UNTUK REKAAN BEG. Anastasia Anak Hyacinth

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EKSPLORASI KULIT KAYU

REKA BENTUK KERUSI BERASASKAN KAYU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

Q1 Gender / Jantina:

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

PENILAIAN PENGETAHUAN

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

\\\I\II\\\\\IIi\~I\i\II\~I~\~~\I[\I\II~\il\i[![\~\II\I\\\\II\ * *

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

PENILAIAN PENGETAHUAN

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

PENCURUSAN PROSES PEMBUATAN DAN PEMASARAN UKIRAN KAYU OLEH BELIAN IRONWOOD KRAF ENTERPRISE

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

Authorship Abu Bakar Ellah di dalam Telemovie Arahannya. Sydney Thomas Sibangan

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

REKABENTUK PEMBUNGKUSAN KUIH ZHENG DONG BING

Tandatangan Nama Penyelia II

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

MOTIF UIORAN KAYU DI TUNJANG BAKAWALI SDN. BHD

Kiosk 4 COP SYARIKAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

3.1 Terima dokumen dari Pejabat Pendaftar, PTJ, staf dan pelajar. Penyata lantikan baru. Arahan potongan gaji. Arahan perubahan gaji dan elaun

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

DESIGN AND FABRICATION OF HANDY DISC LOOSE COCONUT PALM COLLECTOR MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN SHAHARUDDIN

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

RISALAH DATA KESELAMATAN Mengikut Peraturan (EC) No 453/2010

PRIVACY POLICY Act Notice in the case where you are a consumer of our products:

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS. 'ýc12ti1ýý CROQOA7 AvoK-AOý,

YONG KIM CHYE N LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAR. BORANG PENGESAl-IAN STATUS TESIS SESI PENGAJJAN:

Licenced to Zhulian Corporation / Downloaded on : 11-Apr-2008 / Single user licence only, copying and networking prohibited

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

BAB 1 PENGENALAN. kajian, penyataan masalah, kepentingan kajian, objektif kajian, soalan kajian serta

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 31 TAHUN 2007

(HURUF BESAR) Tarikh:_

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CAMPUR KOD DAN ALIH KOD: SUATU ANALISIS SOSIOLINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU FARIDAH BINTI NAZIR FBMK

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 3) 2016

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS GO ~ Tarikh: I Cf Mt I ::loo.b

PEMBANGUNAN BROWNIECOKLAT DENGAN PURl SAYUR ESTERYNNA EMMIE SYLVESTER HN

EFFECTS OF POSTHARVEST HOT WATER TREATMENT ON PHYSIOLOGICAL AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF EKSOTIKA II PAPAYA DURING RIPENING

Aspek Estetika Labu Acu

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

Sains Malaysiana 47(8)(2018):

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (HURUF BESAR)

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENTERA YANG MEMERLUKAN SIJIL PERAKUAN KELAYAKAN (CF) DARI JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)

RIWAYAT HIDUP ABSTRAK ABSTRACT UCAPAN TERIMA KASIH DAFTAR ISI DAFTAR TABEL DAFTAR GAMBAR DAFTAR LAMPIRAN BAB I PENDAHULUAN

FACTORS AFFECTING CUSTOMER SATISFACTION IN FAST FOOD RESTAURANTS NORAIN BINTI HASSIM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. tj1ý1ty1(at. ) (HURUF BESAR) dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

Campur Tangan Kemanusiaan Antarabangsa: Suatu Tinjauan Berkaitan Konflik dan Keabsahannya

PEMASARAN UKIRAN KAYU MELAYU ENCIK SAHAT BIN AKIP DI LUNDU SARAWAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. VIABILITY AND VIGOR OF DURA, PISIFERA AND TENERA OIL PALM (Elaeis guineensis Jacq.) POLLEN

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERUBAHAN BUAH CIKU (ACHRAS SAPOTA L.) SEMASA PERKEMBANGAN DAN KESAN SUHU SERTA PEMBUNGKUSAN SEMASA PENYIMPANAN TAUFIK

Hadiah Wang Tunai Lebih dari RM3.6 Juta

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

I Malaysia Sa bah deng'ilo syarat-syarat kegunun scperti beril.-ut:

Transcription:

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif EKSPERIMENTASI TEKNIK SULAMAN PADA KULIT KAYU TAKALONG Nurhairanis Bte Azhar Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka ) 2012

EKSPERIMENTASI TEKNIK SULAMAN PADA KULIT KAYU TAKALONG NURHAIRANIS BTE AZHAR Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian Teknologi Seni Reka (Tekstil dan Fesyen) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2012

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: EKSPERIMENTASI TEKNIK SULAMAN PADA KULIT KAYU TAKALONG SESI PENGAJIAN : 2009/2012 Saya NURHAIRANIS BTE AZHAR mengaku membenarkan *tesis ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 5. **sila tandakan SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh: (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: No 13, Lorong Mewah 11,Taman Mewah, 34670 Kamunting, Perak Darul Ridzuan. Tarikh : Tarikh : Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. i

Projek bertajuk EKSPERIMENTASI TEKNIK SULAMAN PADA KULIT KAYU TAKALONG telah disediakan oleh Nurhairanis Bte Azhar dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen). Diterima untuk diperiksa oleh:... (Cik Norhayati Binti Suleiman) Pensyarah, Jabatan Teknologi Seni Reka Tarikh :... ii

PENGAKUAN Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan dalam disertasi ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institut pengajian tinggi lain..... (Nurhairanis Bte Azhar) No. Matrik: 24670 iii

PENGHARGAAN Assalamualaikum, Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada ke hadirat ilahi kerana limpah dan kurnia-nya akhirnya saya berjaya menyiapkan projek tahun akhir ini. Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia utama saya iaitu Cik Norhayati binti Suleiman. Pensyarah Fesyen dan Tekstil iaitu Dr. Hjh Nazlina binti Shaari dan Dr. June Ngo Siok Kheng, yang telah memberi pendapat dan bimbingan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Sekalung ucapan terima kasih kepada ibu dan ayah, Azhar bin Abu Bakar dan Hamidah bt Hj. Maulud serta orang tersayang. Doa dan dorongan yang diberikan serta pengorbanan mereka sangat dihargai dan tidak akan pernah dilupakan tidak terhingga. Tidak lupa juga, kepada juruteknik En. Azman bin Mustapha dan semua pensyarah Teknologi Seni Reka, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif dan rakan-rakan yang banyak memberikan semangat serta bantuan sepanjang penyelidikan yang dijalankan ini. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan FSGK, terutama program Teknologi Seni Reka sesi 2011/2012 yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Sekian Terima Kasih. iv

ISI KANDUNGAN Perkara Muka surat Borang Pengesahan Pengesahan Pengakuan Penghargaan Isi Kandungan Abstrak Abstract i ii iii iv v vi vii BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Sorotan Kajian 4 1.2 Persoalan kajian 5 1.3 Penyata Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Hipotesis 7 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Skop Kajian 7 v

1.8 Limitasi Kajian 8 1.9 Kesimpulan 8 BAB 2 METODOLOGI KAJIAN 2.0 Pengenalan 9 2.1 Metodologi Kajian 9 2.2 Data Primer 10 2.2.1 Pemerhatian 10 2.2.2 TemuBual 11 2.2.3 Borang soal selidik 11 2.2.4 Eksperimentasi 14 2.3 Data Sekunder 2.3.1 Pembacaan 22 2.4 Kesimpulan 22 BAB 3 HASIL DAPATAN KAJIAN 3.0 Pengenalan 23 3.1 Pemerhatian 23 3.2 TemuBual 27 3.3 Analisa Data Borang soal selidik 29

3.4 Eksperimen Kajian dan Persampelan 46 3.4.1 Rawatan terhadap kulit kayu yang sedia ada 47 3.4.2 Teknik sulaman yang bersesuaian pada kulit kayu yang telah dirawat 50 3.5 Pemilihan fabrik yang sesuai dan berpontensi 53 3.6 Kesimpulan 54 BAB 4 PRODUK AKHIR 4.0 Pengenalan 55 4.1 Proses rekaan 56 4.2 Perkembangan idea 57 4.2.1 Konsep 57 4.2.2 Lakaran idea 58 4.3 Spesifikasi Produk Akhir 60 4.3.1 Rekaan produk pertama 61 4.3.2 Rekaan produk kedua 63 4.3.3 Rekaan produk ketiga 65 4.3.4 Rekaan produk keempat 67 4.3.5 Rekaan produk kelima 69 4.4 Kesimpulan 71

BAB 5 VALIDASI PRODUK 5.0 Pengenalan 72 5.1 Proses validasi 72 5.2 Kekuatan Produk 74 5.3 Kelemahan Produk 75 5.4 Batasan atau kekangan kajian 75 5.5 Kesimpulan 76 KESIMPULAN RUJUKAN BIBLIOGRAFI GLOSARI LAMPIRAN LAMPIRAN A HARTA INTELEK - Definisi Harta Intelek - Kepentingan Perlindungan Harta Intelek - Diskripsi -Tuntutan / Claim.

LAMPIRAN B Costing sheet produk 1 Costing sheet produk 2 Costing sheet produk 3 Costing sheet produk 4 Costing sheet produk 5 LAMPIRAN C Pattern Loyout Rekaan 1 Pattern Loyout Rekaan 2 Pattern Loyout Rekaan 3 Pattern Loyout Rekaan 4 Pattern Loyout Rekaan 5 LAMPIRAN D Borang Soal Selidik Borang Soal Selidik Validasi LAMPIRAN E -Papan konsep -Panel -Lukisan Teknikal Drawing -Rekaan produk 1 5

ABSTRAK Kaum etnik di Sabah dan Sarawak merupakan kaum di Malaysia yang popular dalam penghasilan Kulit Kayu Takalong (Artocarpus atilis). Kebanyakan kulit Takalong digunakan dalam penghasilan kraftangan dengan penggunaan teknik jahitan tangan, mesin dan pewarnaan secara celupan, tulis tangan dan cetak. Kajian adalah untuk mengenalpasti kesesuaian jahitan sulaman tangan dan mesin untuk diaplikasikan pada permukaan kulit kayu tersebut yang menitikberatkan aspek tekstura, ketahanannya dan ketebalannya. Hasil dapatan kajian mampu memberi teknik alternatif dalam mengaplikasikan nilai tambah pada permukaan kulit kayu Takalong dalam industri pembuatan produk kraftangan. vi

ABSTRACT Ethnic group in Sabah and Sarawak is a race in Malaysia that popular uses a Takalong s skin (Artorcapus atilis ). Takalong s skin used in handicraft production which is uses hand s sewing technique, machine technique and by coloration dip, write hand and printing. The research focuses on identifying hand embroidery stiches suitability and machine to be applied in Takalong s skin surface that emphasize the texture, resilience and thickness. The result of the researches can give the alternative technique in added value on the Takalong s skin surface for the product manufacturing industry. vii

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.0 PENGENALAN Dalam penyelidikan tahun akhir ini, saya akan menjalankan eksperimentasi teknik sulaman pada kulit kayu takalong. Beberapa jenis teknik sulaman akan dikaji demi kesesuaiannya terhadap kulit kayu takalong ini dari aspek karaktornya. Bahagian yang dikaji ialah bahagian luaran kulit kayu takalong. Pokok takalong merupakan tumbuhan liar yang banyak tumbuh di kawasan hutan. Nama saintifik pokok ini ialah artocarpus atilis. Pokok ini mempunyai akar tunjang dan akarnya yang menjalar dan berserabut membolehkan tumbuh secara meliar. Pokok takalong ini jenis pokok yang bergetah dan banyak tumbuh di kepulauan Borneo, Indonesia dan Filipina. Pokok takalong terdapat dua jenis iaitu pokok takalong berdaun panjang dan pokok takalong berdaun lebar. Ketinggian pokok ini mencapai 12 kaki hingga 15 kaki panjang 1. Kulit kayu takalong banyak memberi manfaat kepada etnik masyarakat di Sarawak iaitu iban, orang ulu, dayak dan bidayuh serta masyarakat borneo dalam membuat barangan harian. Tambahan lagi, kulit kayu ini mempunyai gentian yang kuat untuk membuat tali tambok, selimut, baju tradisional, terendak, beg dan pembuatan produk kraf tangan yang lain. Kulit kayu ini juga mempunyai ciri dapat menanggung beban yang berat, tidak rapuh, tidak reput, kuat dan mudah 1 www.life.illinois.edu /plantbio /digital flowers / moracecae / 39.htm www.montosogardens.com / artocarpus_atilis.htm 1

meresap warna dan sangat penting dalam pembuatan kraf tangan bagi masyarakat Sarawak 2. Teknik sulaman merupakan teknik yang spesifik pada penggunaan benang, fabrik dan peralatan dalam pembuatan benang. Menurut Young Yang Chung, sulaman merupakan salah satu ungkapan seni kuno teknik jahitan yang diamalkan oleh seseorang. Tambahan lagi, sulaman dapat diaplikasi dengan teknik-teknik dan bahan-bahan yang digunakan serta berubah selama ribuan tahun, dari zaman prasejarah manusia hingga pada masa ini. Sulaman dapat menyuarakan perasaan, inspirasi, cita-cita dan keyakinan seseorang 3. Menurut Carol Joyce (1993), sesuatu rekaan sulaman boleh digambarkan secara keseluruhan melalui teknik jahitan kerana ianya dapat menghasilkan latar belakang sesuatu motif 4. Menurut John Gillow dan Bryan Sentence (1999), sulaman merupakan hasil seni yang menggunakan jahitan sebagai hasil dekoratif. Tambahan lagi, teknik ini tidak memerlukan kelengkapan yang besar seperti tenunan di mana coraknya memerlukan ketelitian secara linear. Beberapa jenis jahitan dikenalpasti digunakan di seluruh dunia termasuk pada tiga asas jahitan sulaman iaitu rata, kerawang dan timbul. Terdapat jenis tusukan yang umum dikenalpasti dalam sulaman adalah tusuk rantai, tusuk jelujur, tusuk kelim, dan tusuk silang 5. 3 Althea Mackenzie, (2004). Embroideries (pg 92). 4 Carol Joyce dan Watson GuptiU publication/new York, (1993). Textiles Design (pg 134). 5 Joyce Gillow dan Bryan Sentence, (1999). World Textiles A guides to tradisional techniques (pg 170). 2

Menurut Pauline Brown (2001), sulaman tangan dan sulaman mesin juga salah satu sulaman yang biasa dihasilkan. Sulaman tangan memerlukan penelitian terhadap permukaan pada fabrik agar sulaman yang dihasilkan menarik dan versatil. Jahitan sulaman yang biasa contohnya sulaman riben, sulaman manik rantaian, sulaman benang, sulaman pita, sulaman seni cantuman, sulaman tiga dimensi, logo, sulaman potret dan sebagainya. Jahitan sulaman ini memerlukan seseorang yang berkemahiran dan mempunyai asas jahitan. Sulaman mesin merupakan sulaman yang klasik berkontemporari dalam menghiasi sesuatu fabrik. Sulaman ini memberi kesan yang berbeza berbanding sulaman daripada buatan tangan. Jahitan sulaman mesin kebiasaannya menggunakan fungsi jahitan yang tidak menonjol contohnya sulaman kerawang, zigzag, jahitan sejajar, dan jahitan rata. Teknik jahitan sulaman mesin contohnya teknik menjahit sulaman kia, teknik menjahit sulaman satin selaras/selari, teknik menjahit sulaman satin penguasaan lutut, teknik menyulam motif daun, teknik menyulam motif bunga, dan teknik menyulam hiasan 6. 6 Pauline Brown, (2001). Decoration Fabric (pg 64-74). 3

1.1 SOROTAN KAJIAN Kajian ini memfokuskan kepada eksperimentasi teknik sulaman pada kulit kayu takalong. Teknik-teknik sulaman akan dikaji secara pengaplikasian untuk mengetahui tahap kesesuaian pada kulit kayu takalong ini. Berdasarkan kajian lepas, cik Emily Evelyn Roipin, pelajar dari program seni reka Tekstil dan Fesyen di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada tahun 2007, beliau telah membuat penyelidikan tentang kajian kulit kayu takalong diaplikasikan dalam rekaan couture. Kajian beliau hanya tertumpu pada eksperimentasi mengubah sifat-sifat kulit kayu takalong. Beliau telah menjalankan penyelidikan kulit kayu ini dengan mengaplikasikan ke dalam rekaan couture dengan berkonsepkan Elegant Ethnic. Kulit kayu takalong ini menunjukkan potensi bahan alternatif dalam rekaan fesyen (rujuk rajah 1). Rajah 1 Fesyen couture berkonsepkan elegant ethnic dari kulit kayu Takalong 4

Sumber kajian lepas juga iaitu kajian yang telah dijalankan oleh Christina Henry Yan Masing (2006), beliau menjalankan penyelidikan tentang pembuatan benang menggunakan kulit kayu takalong. Beliau telah membuat kajian bahawa penghasilan benang daripada kulit kayu ini berjaya dihasilkan namun begitu, pemerhatian yang dilakukan pada benang kulit kayu ini adalah susah mendapatkan kepanjangan dan mudah tercarik serta kasar. Melalui penerokaan terhadap kulit kayu takalong telah dikenalpasti untuk dijadikan sebagai bahan penyelidikan dalam teknik-teknik sulaman. Maka pengaplikasian teknik sulaman akan dikaji secara lebih mendalam dari segi ketahanan dan tekstura pada kulit kayu takalong. 1.2 PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah rawatan yang sesuai untuk melembutkan kulit kayu takalong? 2. Adakah karaktor kulit kayu takalong boleh diubah melalui proses rawatan? 3. Apakah teknik sulaman yang sesuai untuk diaplikasi pada kulit kayu takalong? 5

1.3 PENYATAAN MASALAH Berdasarkan pemerhatian yang telah dirumuskan oleh pengkaji terhadap kajian teknik sulaman pada kulit kayu takalong sebagai produk kraf tangan ini didapati bahawa : Karaktor kulit kayu takalong perlu dikaji agar penyelesaian teknik sulaman dapat disulam di atas strukturnya yang bersifat tebal, keras dan kasar. Pengaplikasian teknik sulaman pada kulit kayu takalong adalah kurang popular terutamanya di pasaran komersil. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Melalui dapatan pernyataan masalah yang dirumuskan oleh pengkaji, objektif kajian yang diperolehi adalah seperti berikut : Mengenal pasti proses rawatan yang bersesuaian untuk mengubah karaktor kulit kayu takalong. Mengaplikasi teknik sulaman tangan bersesuaian pada kulit kayu takalong. Menghasilkan produk kraftangan yang memaparkan material kulit kayu takalong. Membuat validasi terhadap produk akhir melalui industri kraftangan. 6

1.4 HIPOTESIS Kajian terhadap teknik sulaman pada kulit kayu takalong tidak dieksplotasi kerana pengaplikasian teknik sulaman pada kulit kayu takalong tidak begitu popular khususnya dalam pasaran komersil. Oleh sebab demikian, kulit kayu takalong mempunyai karaktor yang tebal, kasar dan keras. Faktor ini menyebabkan sukar untuk mengaplikasikan teknik sulaman pada produk kraftangan. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti potensi teknik sulaman pada kulit kayu takalong untuk diaplikasikan pada produk kraftangan, dalam penghasilan bagi menjayakan produk kraftangan. Selain itu, kajian diharap dapat mendedahkan kepada masyarakat terhadap ciri-ciri komersil pada teknik sulaman di atas kulit kayu takalong dalam penghasilan produk kraf yang kreatif. 1.6 SKOP KAJIAN Skop kajian ini memfokuskan kepada penghasilan teknik sulaman jenis gabungan jahitan mesin dan jahitan tangan. Tambahan lagi juga, kajian memfokuskan teknik pewarnaan secara celupan yang minima dengan gabungan jahitan manik pada material kulit kayu takalong. 7

1.7 LIMITASI KAJIAN Limitasi kajian ini adalah disebabkan sumber kulit kayu adalah terhad. Kajian ini memfokuskan material kulit kayu sebanyak 60% dan produk kraftangan sahaja. Selebihnya dicampurkan dengan fabrik berasaskan gentian asli sebagai material tambahan. Tambahan lagi, kajian ini dapat membantu memberi alternatif lain dalam penghasilan kraftangan bersumberkan kulit kayu. 1.8 KESIMPULAN Keseluruhan bab ini, data-data dapat diperolehi secara teratur terutama dari segi mengenal pasti dan cara penyelesaian melalui objektif kajian. Eksperimentasi pada kulit kayu takalong mampu memberi penyelesaian kepada masalah kraftangan yang mengguna kulit kayu takalong yang terhad rekaannya. 8

BAB 2 METODOLOGI KAJIAN 2.0 PENGENALAN Metodologi penyelidikan adalah kaedah-kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat dalam kajian. Pengkaji menggunakan kaedah primer dan kaedah sekunder secara kualitatif dan kuatitatif untuk membantu dalam proses penganalisa data. 2.1 METODOLOGI KAJIAN Dalam kajian yang dijalankan terhadap Eksperimen Teknik Sulaman Pada Kulit Kayu Takalong ini, data yang akan diperolehi terbahagi kepada dua bahagian iaitu data primer dan data sekunder. Data primer adalah merupakan sumber data utama yang diperolehi melalui melakukan pemerhatian, sesi temubual, borang soal selidik dan menjalankan eksperimen. Manakala sumber data sekunder diperolehi melalui bahan-bahan bacaan buku, tesis dan laman sesawang (rujuk rajah 2). 9

2.2 Data Primer Data primer merupakan maklumat yang diperolehi daripada kaedah kualitatif dan kuantitatif. Melalui kaedah kualitatif ini, pengkaji telah menjalankan temubual, pemerhatian, borang soal selidik dan eksperimentasi. 2.2.1 Pemerhatian Pengkaji akan mengenal pasti karaktor kulit kayu takalong melalui pemerhatian, antaranya seperti berikut: i) Membuat pemerhatian ketika ke lokasi perkampungan etnik Sarawak di sekitar Serian : Pemerhatian bermulanya penghasilan takalong daripada proses menebang sehingga proses melembutkan kulit kayu. ii) Pemerhatian di Perbadanan Kraftangan Cawangan Sarawak di Kuching : Proses pembuatan produk kraftangan berunsurkan kulit kayu takalong. Rekaan produk yang sedia ada. iii) Membuat pemerhatian semasa melakukan eksperimentasi : Membuat pemerhatian rawatan yang bersesuaian pada kulit kayu takalong untuk menghasilkan tekstura yang bersesuaian. Mengenal pasti teknik sulaman gabungan jahitan mesin dan jahitan tangan yang bersesuaian agar sulaman pada kulit kayu takalong berjaya dihasilkan. 10

2.2.2 TemuBual Pengkaji menggunakan kaedah temubual dan telah membuat temubual kepada sasaran kajian iaitu pengusaha kulit kayu takalong, responden yang berpengalaman dalam pembuatan kulit kayu takalong dan pereka pembuatan produk kraf. Temubual ini bertujuan untuk mengetahui lebih mendalam mengenai asal usul, karaktor dan potensi kulit kayu takalong daripada penghasilan dalam pasaran kraftangan. Melalui temubual, soalan-soalan telah dibahagi kepada beberapa bahagian untuk ditujukan kepada beberapa kategori sasaran responden. Soalan-soalan bersangkutan adalah seperti ; bagaimana asal usul sejarah ringkas, tekstura dan kategori kulit kayu takalong, karaktor kulit kayu takalong dan teknik-teknik yang digunakan dalam penghasilan rekaan sedia ada yang berunsurkan kulit kayu ini. 2.2.3 Borang Soal Selidik Borang soal selidik telah diedarkan kepada 40 orang responden yang terdiri daripada 20 orang dalam kalangan professional dan pelajar. Golongan profesional adalah terdiri daripada pengusaha dan pekerja yang berkhidmat di Perbadanan Kraftangan Sarawak serta golongan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah berpusat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UITM). 11