Para pengusaha sektor pertanian masa kini telah

Similar documents
A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

MULTIPURPOSE BIO FERTILIZER

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

Licenced to Zhulian Corporation / Downloaded on : 11-Apr-2008 / Single user licence only, copying and networking prohibited

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

Kiosk 4 COP SYARIKAT

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

Q1 Gender / Jantina:

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

Hadiah Wang Tunai Lebih dari RM3.6 Juta

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

FederationofMalysia EDICTOFGOVERNMENT±

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

3.1 Terima dokumen dari Pejabat Pendaftar, PTJ, staf dan pelajar. Penyata lantikan baru. Arahan potongan gaji. Arahan perubahan gaji dan elaun

SEMESTER 1 / SESI KOLEJ VOKASIONAL (KPM)

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

Rumah Makan Cibiuk Shah Alam

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

Operations Review REVENUE / HASIL 0.03% 15.26% 0.03% 47.82% 36.89% 48.00% 15.27% 36.70% RM1, Million / Juta 1999/2000

PENILAIAN PENGETAHUAN

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

EKSPLORASI KULIT KAYU

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

PENILAIAN PENGETAHUAN

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

consumer marketing & direct selling

1 of 36. Rumah Makan Cibiuk MALAYSIA TALAPIA GORENG KIPAS. Pavlova Single Layer MENU CIBIUK. Peanut Butter Brownies Tart

(HURUF BESAR) Tarikh:_

FOR PUBLIC COMMENT DRAFT MALAYSIAN STANDARD. Kangkung segar (Ipomoea reptans L. Poir. dan Ipomoea aquatica Forssk.) - Spesifikasi 14A005R0

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 3) 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 31 TAHUN 2007

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Sains Malaysiana 47(8)(2018):

4 Cerakinkan mengikut nilai digit. 9 Rajah di bawah menunjukkan satu garis nombor.

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA ARAHAN PENTADBIRAN

PRIVACY POLICY Act Notice in the case where you are a consumer of our products:

YONG KIM CHYE N LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK

Licenced to Zhulian Corporation / Downloaded on : 17-Apr-2008 / Single user licence only, copying and networking prohibited

REKA BENTUK KERUSI BERASASKAN KAYU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

DESIGN AND FABRICATION OF HANDY DISC LOOSE COCONUT PALM COLLECTOR MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN SHAHARUDDIN

Tie s o n g k e t s e r i e s. Like us on:

HARGA MAKSIMUM PERINGKAT PENGELUAR BARANGAN HARGA TERKAWAL SKHMP DEEAPAVALI 2016

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

THALWATCH BEYOND THALASSAEMIA THE OFFICIAL NEWSLETTER OF THE THALASSAEMIA SOCIETY OF PENANG

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia KLASIFIKASI FAIL

JADUAL PERTAMA/FIRST SCHEDULE [Perenggan 2/Paragraph 2]

SHELL GET MORE VALUE OUT OF RM1 - TERMS AND CONDITIONS (ENGLISH)

MEMPERKENALKAN GROUP RELIEF SEBAGAI LAYANAN CUKAI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

Perisian perakaunan terulung dalam pasaran di Malaysia, Brunei, Singapura dan negara ASEAN lain dengan lebih 500,000 pengguna.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENTERA YANG MEMERLUKAN SIJIL PERAKUAN KELAYAKAN (CF) DARI JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. VIABILITY AND VIGOR OF DURA, PISIFERA AND TENERA OIL PALM (Elaeis guineensis Jacq.) POLLEN

WEDDING PACKAGE 2014 MALAY WEDDING. Bersanding Package (A) RM 1, (RM 1, nett) per table of 10 persons

EFFECTS OF POSTHARVEST HOT WATER TREATMENT ON PHYSIOLOGICAL AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF EKSOTIKA II PAPAYA DURING RIPENING

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

MALAYSIA PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BULANAN MONTHLY EXTERNAL TRADE STATISTICS

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

Tandatangan Nama Penyelia II

RISALAH DATA KESELAMATAN Mengikut Peraturan (EC) No 453/2010

KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI

BUNCH MOTH, TIRATHABA RUFIVENA (LEPIDOPTERA: PYRALIDAE) INFESTATION CENSUS FROM OIL PALM PLANTATION ON PEAT SOIL IN SARAWAK

Transcription:

2 Para pengusaha sektor pertanian masa kini telah maju ke hadapan kerana mereka sentiasa mencuba penemuan terkini dari segi teknologi dan jenis tanaman yang mampu diusahakan dan mempunyai permintaan tinggi dipasaran walaupun tanaman tersebut baru diperkenalkan. Buah naga walaupun telah lama berada dipasaran tetapi kebanyakannya diimport dari luar kerana ramai pengusaha masih ragu-ragu terhadap kesesuaian iklim dan bentuk mukabumi Malaysia terhadap buah tersebut. Setelah dikenalpasti bahawa kesesuaian untuk pokok tersebut di Malaysia barulah penglibatan usahawan dilihat semakin bertambah. Pokok buah naga adalah sejenis pokok kaktus yang ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram. Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan. Nama lain bagi buah naga ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus (isi putih) dan Hylocereus polyrhizus (isi merah). Spesies lain yang kurang terkenal dan mempunyai harga tinggi dipasaran ialah Seleniereus megalanthus yang mempunyai isi putih dan berkulit kuning. Oleh kerana ia merupakan spesis kaktus, pokok buah naga berupaya menyimpan air. Tidak hairanlah buah naga mengandungi 80% air, selain kandungan vitamin C yang tinggi berbanding tembikai dan epal. Zat makanan lain yang terkandung dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah dalam tubuh. Penglibatan usahawan terutama bumiputera dalam mengusahakan tanaman buah naga masih kurang mungkin disebabkan tiada pengalaman, tanaman tersebut kurang dikenali dan kurang kefahaman terhadap cara-cara mengusahakannya.

3 Bagi Mej (B) Mahizan bin Mahbob, 42 tahun dari Felda Nitar 2, Mersing, Johor menganggap sesuatu yang baru mesti dicuba jika ingin berjaya dan mengetahui hasilnya. Bersandarkan semangat tersebut beliau mula mengusahakan tanaman buah naga secara sambilan pada tahun 2000 melalui usahasama dengan pengusaha berbangsa cina di Kahang, Kluang. Bermula dengan kawasan seluas 0.8 hektar, projek terus berkembang menjadi 50 hektar yang diusahakan di seluruh Johor. Melihat kepada kejayaan yang dikecapi, beliau mengusahakan tanaman tersebut secara sepenuh masa dan bersendirian setelah bersara daripada Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 2003 ekoran cabaran daripada rakan kongsi. Kelebihan sebagai ahli keluarga peneroka digunakan bagi mendapatkan kebenaran mengusahakan tanah rezab Felda. Berbekalkan modal sebanyak RM30,000, imbuhan persaraan daripada ATM digunakan bagi tujuan tersebut. Tanah seluas 0.8 hektar yang terletak di KM 4, Jalan Tanah Abang, Felda Nitar 2 merupakan tanah rezab dan hanya ahli keluarga Felda sahaja dibenarkan membangunkannya. Pengalaman masa lampau digunakan sepenuhnya untuk menjalankan projek tanaman buah naga. Menurut beliau, tanah yang diberi kebenaran oleh pengurusan Felda untuk diusahakan memang sesuai bagi tanaman buah naga kerana tanah tersebut jenis berbukit dan berpasir. Tanah yang mengandungi 30% pasir tanpa lindungan amat sesuai kerana pokok buah naga tidak boleh ditanam di kawasan berkelembapan tinggi. Tanah yang mempunyai kelembapan tinggi akan menyebabkan akar dan pokok reput serta menyebabkan tumbesaran pokok terbantut. Benih pokok daripada keratan batang digunakan dan ditanam disekeliling tiang konkrit berukuran 4" x 4" dengan ketinggian 6. Tiang akan ditanam 2 di dalam tanah dengan jarak 10 x 10 yang akan menghasilkan 500 tiang setiap 0.4 hektar. Sebanyak 4 benih pokok buah naga akan ditanam disetiap tiang dan pokok akan membesar dan menjulur mengikut tiang tersebut. Sebanyak RM25,000 diperlukan sebagai kos permulaan untuk setiap 0.4 hektar tanaman pokok buah naga meliputi tiang, benih, baja, peralatan dan kos buruh. Setiap benih pokok buah naga yang berukuran 2 3 berharga RM3.00, manakala kos pengurusan tanaman tersebut hanya memerlukan RM250.00 sebulan bagi setiap 0.4 hektar. Pokok buah naga mula berbunga ketika berumur enam bulan selepas ditanam dan memerlukan masa 40 hari dari pengeluaran bunga sehingga buah boleh dipetik untuk pasaran.

4 4 Kerja-kerja harian di ladang seperti mencantas dan mengikat tunas, membaja, merumput, membungkus dan memetik buah dilakukan oleh 9 orang pekerja tetap dan kontrak. Diantara kerja-kerja tersebut, proses pendebungaan merupakan kerja yang utama kerana melibatkan masa tertentu. Proses pendebungaan hanya dilakukan pada waktu malam antara jam 8.00 malam hingga 2.00 pagi semasa bunga sedang berkembang. Pendebungaan dilakukan dengan mengumpulkan debunga jantan yang berada ditangkai dan menyemburkannya ke dalam kelopak bunga. Proses ini perlu dilakukan bagi mendapatkan kualiti dan saiz buah yang besar. Pendebungaan boleh juga dilakukan secara semulajadi menggunakan serangga tetapi proses tersebut lambat dan buah yang dihasilkan kurang berkualiti. Beliau yang juga Ketua Unit Peladang Nitar, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Mersing Selatan mendapat peruntukan bernilai RM100,000 di bawah Program Mentor-Mentee melalui PPK. Menurut Encik Rizaludin bin Abd. Wahid, Pengurus Besar PPK, di bawah program ini mentor memperolehi RM40,000 dan seramai tiga orang mentee memperolehi RM20,000 setiap orang. Melalui program ini kawasan projek yang diusahakan ditambah keluasan menjadi 8 hektar pada tahun 2006 dan diuruskan oleh Syarikat De Nita Trading milik beliau. Di samping itu beliau turut mendapat peruntukan daripada RISDA dan Jabatan Pertanian. Sementara itu, seramai tiga orang mentee telah mengusahakan tanah seluas 1.6 hektar seorang dengan tunjuk ajar daripada beliau melalui konsep integrator. Melalui konsep tersebut beliau bertindak membekalkan benih, membimbing dan memasarkan hasil yang dikeluarkan. Pada masa ini semua projek mentee yang dibimbing telah mula mengeluarkan hasil. Berdasarkan kepada pengalaman dan kajian beliau, pokok buah naga yang berumur di bawah satu setengah tahun mampu mengeluarkan minimum 500 kg setiap 0.4 hektar sebulan dan maksimum 1.0 tan bagi pokok yang melebihi satu setengah tahun. Kesemua buah yang dibeli dan dipetik dari ladang akan dikumpul di pusat pengumpulan. Buah akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diasingkan mengikut gred tertentu bagi mendapatkan harga tinggi dipasaran. Bagi menjamin buah yang dipasarkan mendapat permintaan tinggi, hanya buah yang menepati gred dan kualiti tertentu sahaja dipasarkan. Buah akan dimasukkan ke dalam kotak khas mengikut gred dan jenis buah sebelum diedarkan kepada pemborong tempatan. Oleh kerana terdapat lebihan buah yang tidak menepati kehendak pasaran, beliau melakukan tambah nilai ke atas buah tersebut dengan memprosesnya bagi menghasilkan kordial dan jem. Buat masa ini kesemua kodial dan jem dihasilkan melalui usaha sama dengan sebuah kilang di Kuantan. Jika kilang milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di Machap beroperasi sepenuhnya pada akhir 2007, segala urusan pengeluaran kodial dan jem akan beralih ke kilang tersebut. Dalam memastikan projek yang diusahakan berkembang maju, terdapat juga halangan yang ditempoh oleh beliau diperingkat ladang dan pengurusan. Antara masalah yang dihadapi beliau ialah: Ancaman dan serangan daripada monyet, musang dan tikus yang amat mengemari buah naga diperingkat ladang. Bagi mengurangkan ancaman tersebut beliau menggunakan anjing untuk mengawal kawasan ladang.

5 Permintaan yang tidak mampu dipenuhi daripada pemborong bagi produk buah segar. Galakan diberi kepada generasi muda Felda yang berminat bagi menceburi bidang tersebut. Karenah birokrasi sesetengah agensi kerajaan dan bank tempatan bagi mendapatkan peruntukan dan pinjaman bagi memperkembangkan projek. Banjir yang melanda baru-baru ini telah merosakkan tanaman buah naga seluas 2.4 hektar dan mengakibatkan kerugian sebanyak RM125,000. Selain mudah diuruskan dan mendapat pasaran yang tinggi buah naga juga mempunyai kepelbagaian penggunaan. Akar pokok buah naga boleh dihidangkan sebagai sup di samping bunga yang mampu diproses sebagai teh dan dijadikan minuman bertujuan untuk menyejukkan badan. Manakala kulit buah naga boleh dijadikan halwa dan pewarna semulajadi. Batang pokok buah naga pula boleh diproses dan dijadi makanan sampingan ternakan lembu dan kambing. Secara keseluruhannya pokok buah naga dari akar hingga ke pucuk berguna tanpa pembaziran. Berdasarkan kepada pengalaman yang diperolehi, beliau ingin mengkomersilkan tanaman tersebut. Langkah-langkah ke arah tersebut seperti mendapatkan peruntukan daripada agensi tertentu dan bank komersial sebagai modal pusingan akan dilakukan dengan sokongan PPK. Jika ini tercapai, hasrat untuk mewujudkan satu unit satu produk akan Akar pokok buah naga boleh dihidangkan sebagai sup di samping bunga yang mampu diproses sebagai teh dan dijadikan miniuman bertujuan untuk menyejukkan badan. terlaksana dan ini mampu mendorong generasi muda mengusahakannya. Sementara itu, bagi meningkatkan minat orang ramai terhadap keupayaan yang terdapat dalam mengusahakan tanaman buah naga, kawasan ladang beliau turut menjadi tempat pelajar IPTA khususnya Universiti Putra Malaysia menjalani latihan praktikal. Di samping itu, ATM melalui PERHEBAT turut menghantar pelatih menjalani kursus tentang tanaman buah naga. Kesedaran orang ramai terhadap kelebihan yang ada pada buah naga akan membolehkan tanaman tersebut diusahakan secara komersial oleh agensi kerajaan dan swasta pada masa hadapan. Bagi individu dan agensi kerajaan atau swasta yang berminat mendalami pengetahuan mengenai tanaman buah naga bolehlah menghubungi: Pertubuhan Peladang Kawasan Mersing Selatan Km 1.5 Jalan Endau, 86800 Mersing. No. Tel: 07-7992925 Fax: 07-7994701

6 Oleh : Tasliahwiznah Md Talip (LPP Sabah) Projek Kelompok Padi Komersial di bawah penyeliaan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah yang di laksanakan melalui pertubuhan peladang kawasan (PPK) adalah bertujuan untuk membawa transformasi pertanian yang berupaya meningkatkan pengeluaran hasil padi yang lebih tinggi ke arah misi pengeluaran 10 metrik tan /hektar/ semusim seperti yang di hasratkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Perladangan padi secara berkelompok ini dilaksanakan secara pengurusan berpusat dengan penyaluran perkhidmatan secara bersepadu dari peringkat penyediaan tanah sehingga ke peringkat pemasaran hasil padi. Pembentukan kelompok adalah berteraskan kepada sistem blok oleh Jabatan Pertanian (DOA) dan sistem pengairan dan saliran oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang melibatkan keluasan sawah minimum 20 hektar. Kawasan ini dipecahkan kepada beberapa sub kelompok yang mengandungi 15 sehingga 20 orang peserta projek bagi memudahkan urusan penyeliaan dan pemantauan. Tanah-tanah tersebut diusahakan sendiri oleh ahli PPK dengan berpandukan kepada amalan agronomi dan teknologi sistem ACM dengan pengurusan ladang yang di tetapkan oleh PPK. Kaedah ke arah pengeluaran padi 10 metrik tan/hektar ini bermula pada tahun 2001 dengan kerjasama Syarikat Agricultural Chemical Malaysia (ACM). Kaedah ini menekankan aspek amalan agronomi penanaman padi yang baik, penggunaan benih baik, penggunaan input pertanian dan peralatan ladang yang sesuai, pengurusan air, pengurusan perosak dan penyakit secara bersepadu, penggunaan mekanisasi, keperluan sistem pengairan dan saliran serta pemasaran yang berkesan. Perlaksanaan Projek Kelompok Padi Komersial ini mendapat khidmat sokongan yang baik dari Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), BERNAS, Pejabat Daerah dan Ketua Kampung yang membentuk Jawatankuasa Perlaksanaan dan Teknikal Projek Kelompok Padi PP di peringkat daerah. Peserta yang terlibat akan di beri latihan dan bimbingan secara intensif sebelum bermulanya projek. Kursus dan latihan melibatkan ketua kelompok dan wakil sub kelompok bagi kawasan yang pertama kali melaksana projek dengan kerjasama Syarikat ACM. Kursus dan latihan selama sehari juga akan di laksanakan di peringkat kawasan untuk peserta yang tidak terpilih mengikuti kursus intensif. Pemantauan dan khidmat nasihat perlaksanaan projek akan dilaksana bersama Pegawai Teknikal ACM, Pegawai LPP / PP dan Jabatan / Agensi yang terlibat seperti Jabatan Pertanian.

7 Sehingga 2005, seramai 18 orang peladang yang menyertai program Projek Kelompok Padi Komersial PP berjaya memperolehi hasil melebihi 10 metrik tan sehektar. Pelopor kejayaan mencapai hasil tersebut ialah Encik Mandidik Sapinah dari Kg. Kandawayon, Kota Marudu yang memperolehi 10.36 metrik tan sehektar pada Musim 1/2003 dengan keluasan 2.02 hektar menggunakan varieti padi MR 159. Purata hasil tertinggi di capai oleh Puan Lucy Chong Nyuk Lan dari Kg Lakut, Papar iaitu 10.85 metrik tan sehektar pada Musim 2/2004 dengan keluasan 3.21 hektar dengan varieti MR 159. Pengiktirafan kepada pencapaian hasil padi tersebut di buat oleh Y.B. Datuk Haji Abdul Rahim Bin Ismail, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Projek Kelompok padi Komersial PP terbaik ialah Kg. Taun Gusi Keranjangan, Kota Belud. Purata hasil tertinggi yang pernah di capai ialah 7.31 metrik tan sehektar. Kelompok yang melibatkan seramai 61 orang dengan keluasan 75.25 hektar dan mendapat pengiktirafan di peringkat daerah dan kebangsaan seperti Kelompok Projek Terbaik Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2006 dan Pengurusan Kelompok Padi Terbaik Sempena Hari Kualiti LPP Tahun 2006. Keluasan Projek Kelompok Padi Komersial PP yang telah di bangunkan bermula tahun 2001 sehingga 2007 ialah 2,964 hektar dengan peserta seramai 2,719 orang. PPK terlibat ialah PPK Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Kudat, Tuaran, Penampang, Papar, Beaufort dan Keningau. Purata hasil tahun 2002 merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan iaitu 4.75 metrik tan sehektar. Perlaksanaan Projek Kelompok Padi Komersial di tambah nilai dengan menjadikan kelompok Kg. Taun Gusi Keranjangan sebagai ladang benih Jabatan Pertanian Sabah dengan penggunaan mesin jentanam yang mana tapak semaian berkonkrit di wujudkan di kelompok ini bagi memastikan hasil purata padi dan kualiti benih yang di hasilkan benarbenar bermutu.

8 Keperluan sumber makanan yang dikeluarkan dalam negara pada masa kini masih tidak dapat dipenuhi walaupun telah berlaku peningkatan terhadap pengeluaran, mungkin disebabkan pertambahan dalam permintaan. Sumber makanan khususnya ternakan masih jauh ketinggalan di mana pengeluarannya hanya memenuhi 9 peratus daripada keperluan dalam negara. Dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mensasarkan 20 peratus daripada keperluan ternakan dalam negara melalui galakan dan insentif yang diberi oleh kerajaan. Memandangkan keperluan dalam negara yang masih jauh daripada sasaran semakin ramai usahawan telah berminat untuk mengusahakan bidang ternakan. Salah seorang usahawan tersebut ialah Encik Daud bin Ali, 46 tahun dari Kg. Kelubi Dalam, Mukim Pelubang, Jitra, Kedah yang telah mengusahakan ternakan kambing bebiri dan lembu sejak lima tahun lalu. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lubuk Batu dan sentiasa mendapat sokongan daripada pengurusan PPK atas usaha yang dilakukan. Ternakan lembu dan kambing mula dipelihara pada 1990 lagi secara kecil-kecilan bagi memenuhi masa lapang. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap bidang ternakan, beliau memohon daripada Kerajaan Negeri Kedah untuk mengembangkan usaha tersebut di atas tanah milik kerajaan negeri seluas 32 hektar. Tanah yang berstatus Rezab Ternakan Kerbau Lembu telah diberi kebenaran oleh Pentadbir Tanah Daerah untuk diusahakan dengan ternakan kambing dan lembu pada tahun 2001. Berbekalkan modal sendiri sebanyak RM200,000 dan pinjaman daripada Bank Pertanian Malaysia berjumlah RM52,000, beliau dapat menyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan ladang, kandang dan peralatan menternak. Sebuah kandang kambing dan lembu yang berukuran 40 x 80 didirikan bagi menternak 80 ekor kambing dan 15 ekor lembu. Sebanyak 40 ekor baka kambing bebiri dibeli daripada pengusaha di Perak dan 40 ekor lagi adalah sumbangan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) Negeri Kedah berdasarkan sistem pawah. Manakala lembu dari baka KK yang diternak dibeli daripada orang kampung dan JPH. Menurut beliau menternak melalui pengalaman memang tidak memadai jika tiada ilmu pengetahuan

9 yang mendalam. Bagi mendalami pengetahuan dalam selok belok penternakan, pelbagai kursus telah dihadiri oleh beliau yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi kerajaan, antaranya ialah: Kursus Ternakan Lembu anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Kursus Ternakan Kambing anjuran JPH. Kursus Simpan Kira Kewangan Usahawan anjuran LPP. Terdapat pelbagai cara menternak kambing dan lembu iaitu lepas bebas dan dalam kandang atau lebih dikenali sebagai fidlot. Memandangkan tanah yang diberi kebenaran merupakan padang ragut, beliau memilih Beliau melalui PPK telah mengajukan permohonan untuk mendapatkan peruntukan pembiayaan di bawah Program Pembangunan Usahawan Peladang (PUP) daripada LPP bagi menyiapkan pembinaan kandang. kaedah lepas bebas terkawal. Mengikut cara ini ternakan akan dibiarkan meragut secara terkawal mengikut masa tertentu. Lembu akan dilepaskan untuk meragut bermula pukul 10.00 pagi, manakala kambing pada pukul 2.00 petang. Pada pukul 6.30 petang kesemua ternakan akan dihalau masuk ke kandang untuk diberi makanan tambahan pelet yang dibeli daripada pembekal di Pulau Pinang dan rumput napier yang ditanam sendiri. Melalui cara ini tumbesaran ternakan tidak terganggu kerana mendapat sumber makanan yang mencukupi tanpa sekatan dan membolehkan perancangan pasaran dibuat. Semua pengurusan ternakan dilakukan sendiri dengan dibantu oleh isteri dan anak beliau. Pemeriksaan tahap kesihatan ternakan lazimnya akan dilakukan diwaktu pagi sebelum ternakan dilepaskan. Pada masa ini juga kandang akan dibersihkan daripada sisa makanan dan najis ternakan. Ternakan yang didapati dijangkiti penyakit akan diasingkan bagi mengelakkan jangkitan dan proses rawatan. Dalam situasi ini khidmat JPH diperlukan bagi merawat penyakit tersebut. Bekalan ubat disediakan berdasarkan penyakit tertentu yang dibeli sendiri dengan panduan JPH. Bagi ternakan kambing, proses pengasingan perlu dilakukan

10 bukan hanya kepada yang terkena jangkitan. Pengasingan dilakukan terhadap ternakan seperti berikut: Ibu dan anak kambing yang sedang membesar bagi mengekalkan status baka. Ibu dan anak kambing yang baru beranak diasingkan daripada kelompok dewasa bagi memastikan ibu dapat menyusukan anak secara teratur. Kambing jantan yang berumur 6 bulan ke atas untuk menggalakkan tumbesaran. Kambing yang sedang bunting dan menunggu masa untuk beranak bagi memudahkan pemantauan dilakukan. Sehingga kini sebanyak 300 ekor kambing dan 80 ekor lembu diternak di kawasan tersebut. Bilangan tersebut merangkumi induk dan anak yang sedia untuk dipasarkan. Kebanyakkan kambing dan lembu yang berumur dua tahun ke atas dan sedia untuk dipasarkan akan diasing bagi membolehkan pembeli memilih ternakan yang dikehendaki. Pemasaran untuk ternakannya dilakukan sendiri iaitu secara jaulan hidup bagi tujuan aqiqah dan korban. Kebanyakan pembeli tempatan akan datang sendiri untuk Harga pasaran untuk kambing sekitar RM500 seekor bergantung kepada saiz manakala lembu di antara RM1,800 2,000 seekor. tempahan dan akan dihantar pada masa diperlukan. Harga Pasaran untuk kambing sekitar RM500 seekor bergantung kepada saiz manakala lembu di antara RM1,800 2,000 seekor. Apabila tiba musim perayaan, bekalan ternakan yang dimiliki tidak mampu menampung permintaan dan beliau berhasrat memperbesarkan lagi kandang dan menambah bilangan ternakan. Usaha tersebut telah dilakukan dengan membina kandang baru berukuran 40 x 120 yang boleh memuatkan 500 ekor untuk satu-satu masa. Kandang tambahan mula dibina awal tahun 2005 dengan perbelanjaan sendiri. Beliau melalui PPK telah mengajukan permohonan untuk mendapatkan peruntukan pembiayaan di bawah Program Pembangunan Usahawan Peladang (PUP) daripada LPP bagi menyiapkan pembinaan kandang. Dengan semangat dan minat yang ada, beliau yakin projek akan berjaya melalui sokongan PPK dan LPP.

11 Oleh : Mohamad Azizi Mohd Atar ( Ibu Pejabat LPP ) Kepelbagaian produk makanan dipasaran telah merancakkan lagi industri pembuatan makanan dengan penglibatan usahawan-usahawan bumiputera yang menghasilkan berbagai jenama dan citarasa mengikut keperluan pengguna. Kebanyakan keluaran bumiputera lebih kepada produk yang berasaskan pertanian dan diusahakan oleh usahawan-usahawan peladang secara sepenuh masa dan sambilan. Memandangkan terdapat ramai pengeluar maka ruang pasaran untuk produk tersebut perlukan pengurusan yang strategik agar mampu bersaing dengan produk yang sedia ada dipasaran. Bagi memastikan produk yang dihasilkan mendapat tempat dipasaran penjenamaan memainkan peranan penting bagi menarik pengguna mengenalinya. Untuk membolehkan produk dikenali melalui penjenamaan, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah memperkenalkan produk jenama Mr. FAMOS yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di Ekspo Industri Asas Tani pada 16 Februari 2006. Produk Mr. Famos terdiri daripada 19 jenis produk yang dihasilkan oleh 7 orang pengeluar termasuk 2 buah Pertubuhan Peladang (PP) dan telah dikelaskan kepada 6 kategori iaitu: i. Sejuk beku ii. Kerepek (Snacks and Chips) iii. Sos dan kicap (Sauces) iv. Premix v. Jus dan kordial (Minuman) vi. Halwa Buah-buahan (Manisan) Aktiviti penjenamaan, pembungkusan, pemilihan dan pembangunan produk Mr. FAMOS terletak di bawah skop kerja dan pembiayaan Bahagian Industri Asas Tani di samping sokongan daripada PP dan Kelab Usahawan Tani (KUAT). Sejarah pemilihan jenama bermula dalam satu mesyuarat dengan Perbadanan Harta Intelek di Ibu Pejabat LPP. Sebelum jenama Mr. FAMOS dipilih, LPP mencadangkan jenama Farmchoice tetapi nama tersebut hampir sama dengan yang digunakan oleh Ayamas. Keadaan ini tidak memberi keuntungan kepada LPP dalam persembahan jenama. Selain dari itu beberapa nama juga dicadangkan yang mempunyai maksud tersendiri iaitu: Mr. FAMOS = Farmers & Popular atau Farmers Organization MACHOIS = Malaysian s Choice PROKIS = Produk IKS GOBES = Go For The Best PROCHIS = Product Choice Jenama Mr. FAMOS dipilih kerana mengambilkira perkembangan semasa penjenamaan di peringkat antarabangsa masa kini. Perbadanan Harta Intelek yang membuat semakan secara online dalam mesyuarat pemilihan jenama berkenaan mengesahkan nama yang dicadangkan tersebut masih belum dimiliki oleh mana-mana pihak. Sebutan jenama ini ialah FA dan MOS. Sebutannya tidak boleh berbunyi sebagaimana sebutan famous (popular) walau pun maksud asalnya datang dari perkataan tersebut. FAMOS juga boleh dikaitkan dengan perkataan Farmers Organization. Pada peringkat awal, produk jenama Mr. FAMOS telah dipasarkan oleh Usahawan KUAT Sdn. Bhd. (UKSB). Dalam tahun 2006, UKSB telah membantu mengadakan promosi di 37 tempat seperti Ekspo Industri Asas Tani 2006, Malaysian International Halal Showcase 2006, Hari Makanan Sedunia dan lain-lain lagi. Bermula tahun 2007, NAFAS telah ditawarkan sebagai peneraju pemasaran produk Mr. FAMOS. Pemilihan NAFAS

12 adalah bertepatan dengan penyataan Pelan Korporat LPP yang menekan kepada penglibatan NAFAS dalam pemasaran. Tambahan pula, LPP telah diarahkan oleh Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani supaya NAFAS mengendalikan aktiviti pemasaran hasil keluaran PP dan usahawan peladang ke pasaran luar negara. v. Kategori Minuman - Kordial Buah -buahan Campuran - Kordial Mangga - Kordial Jambu Batu vi. - Kordial Durian Belanda Kategori Halwa Kandi Buah Mangga Kandi Buah Jambu Batu Kandi Buah Betik Kandi Buah Nenas Tawaran ini bukan sahaja memberi peluang kepada NAFAS untuk memasarkan produk jenama Mr. FAMOS dan PPNJ iaitu Southern Fresh termasuk juga produk keluaran NAFAS sendiri iaitu Segar Rasa dan Ladang Mas. Jenama Mr. FAMOS adalah hakmilik LPP dan NAFAS dibenarkan menggunakan jenama tersebut untuk tujuan pemasaran. Senarai produk di bawah jenama Mr. FAMOS boleh ditambah atau digugur dari semasa ke semasa tertakluk kepada potensi dan maklumbalas pasaran. Di antara produk yang bernaung di bawah Mr. FAMOS adalah: i. Kategori Sejuk Beku - Sate Ayam - Bebola Ayam - Ayam Goreng Bersalut - Sosej Ikan - Otak-Otak Gulung iii. Kategori Sos - Kicap Pekat ii. Kategori Makanan Ringan Kerepek Ubi -Perisa BBQ Kerepek Ubi -Perisa Asli Kerepek Ubi -Perisa Rempah Kerepek Ubi -Perisa Lada Hitam iv. Kategori Premix Serunding Daging Lembu Dalam perancangan pemasaran seterusnya, NAFAS diberi kebenaran untuk memasarkan produk jenama Mr. FAMOS ke mana-mana saluran pemasaran samada pasaraya yang terdapat di Malaysia atau luar negara. Terdapat beberapa pasaraya seperti Giant, Tesco, Carrefour, Mydin dan sebagainya yang berjumlah lebih 300 buah merupakan target ruang pasaran. Kaedah pembelian pengguna di Malaysia pada masa kini menunjukkan 60% pengguna membeli di pasaraya dan baki 40% melalui kedai-kedai runcit. Produk Mr. FAMOS boleh mencontohi PPNJ yang berjaya memasarkan produk mereka ke Giant, Jusco dan beberapa pasaraya lagi. Bagi membolehkan NAFAS melaksanakan pemasaran dengan berkesan, sokongan LPP, PP dan usahawan peladang sangat diperlukan lebih-iebih lagi pada peringkat awal pelaksanaan seperti sekarang. Jika strategi pemasaran yang dirancang berjaya, produk jenama Mr. FAMOS akan menjadi pilihan pengguna dan terjual di manamana pasaraya serta dikenali ramai. Penaung Dato Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad Penasihat Haji Arpan Shah bin Satu Ketua Pengarang Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail Grafik/Illustrator Rohman bin Jasmani Kamaruzzan bin Hanif Penyunting Azizan bin Othman Rohman bin Jasmani Edisi Internet Haninah bte Abd. Rahman Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari di http://www.lpp.gov.my Diterbitkan Oleh: Lembaga Pertubuhan Peladang, Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50460 Kuala Lumpur.