UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CAMPUR KOD DAN ALIH KOD: SUATU ANALISIS SOSIOLINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU FARIDAH BINTI NAZIR FBMK

Similar documents
A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

PENILAIAN PENGETAHUAN

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

Q1 Gender / Jantina:

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

PENILAIAN PENGETAHUAN

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

Tandatangan Nama Penyelia II

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

Authorship Abu Bakar Ellah di dalam Telemovie Arahannya. Sydney Thomas Sibangan

\\\I\II\\\\\IIi\~I\i\II\~I~\~~\I[\I\II~\il\i[![\~\II\I\\\\II\ * *

BAB 1 PENGENALAN. kajian, penyataan masalah, kepentingan kajian, objektif kajian, soalan kajian serta

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 3) 2016

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

NG SHU CHIN MASTER OF SCIENCE 2006

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

Fungsi dan Pola Ganti Nama Melayu: Satu Interpretasi Semantik dan Pragmatik

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NAMA : NO. STAF : JAWATAN : JAWATAN DIPOHON : PTJ : TARIKH MEMEGANG JAWATAN TERKINI :

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Licenced to Zhulian Corporation / Downloaded on : 11-Apr-2008 / Single user licence only, copying and networking prohibited

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

REKA BENTUK KERUSI BERASASKAN KAYU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

EKSPERIMENTASI KOMBINASI TEKNIK SULAM DAN CETAK DARIPADA KULIT KAYU TEKALONG UNTUK REKAAN BEG. Anastasia Anak Hyacinth

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

PRIVACY POLICY Act Notice in the case where you are a consumer of our products:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. VIABILITY AND VIGOR OF DURA, PISIFERA AND TENERA OIL PALM (Elaeis guineensis Jacq.) POLLEN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERUBAHAN BUAH CIKU (ACHRAS SAPOTA L.) SEMASA PERKEMBANGAN DAN KESAN SUHU SERTA PEMBUNGKUSAN SEMASA PENYIMPANAN TAUFIK

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

FACTORS AFFECTING CUSTOMER SATISFACTION IN FAST FOOD RESTAURANTS NORAIN BINTI HASSIM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

EKSPLORASI KULIT KAYU

FederationofMalysia EDICTOFGOVERNMENT±

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

SHELL GET MORE VALUE OUT OF RM1 - TERMS AND CONDITIONS (ENGLISH)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 31 TAHUN 2007

(HURUF BESAR) Tarikh:_

MOTIF UIORAN KAYU DI TUNJANG BAKAWALI SDN. BHD

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 2) 2015

UNIVERSITI MALAYSIA SABAR. BORANG PENGESAl-IAN STATUS TESIS SESI PENGAJJAN:

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

FOR PUBLIC COMMENT DRAFT MALAYSIAN STANDARD. Kangkung segar (Ipomoea reptans L. Poir. dan Ipomoea aquatica Forssk.) - Spesifikasi 14A005R0

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. DEVELOPMENT AND OXIDATIVE STABILITY OF PISTACHIO (Pistacia vera L.) SPREAD

3.1 Terima dokumen dari Pejabat Pendaftar, PTJ, staf dan pelajar. Penyata lantikan baru. Arahan potongan gaji. Arahan perubahan gaji dan elaun

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FACTORS AFFECTING GLUTEN PRODUCTION AND ITS RHEOLOGICAL CHARACTERIZATIONS DAYANG NORULFAIRUZ BINTI ABANG ZAIDEL FK

Sains Malaysiana 47(8)(2018):

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

RIWAYAT HIDUP ABSTRAK ABSTRACT UCAPAN TERIMA KASIH DAFTAR ISI DAFTAR TABEL DAFTAR GAMBAR DAFTAR LAMPIRAN BAB I PENDAHULUAN

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

Hadiah Wang Tunai Lebih dari RM3.6 Juta

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

PEMODELAN SIRI MASA KEPEKATAN BAHAN PENCEMAR UDARA 03, PMlO DAN JEREBU MENERUSI PENDEKATAN KALUT

MENGINDEKS BIBLIOGRAFI DENGAN MENGGUNAKAN KATAKUNCI SECARA INTERAKTIF BERASASKAN KOMPUTER MIKRO

Campur Tangan Kemanusiaan Antarabangsa: Suatu Tinjauan Berkaitan Konflik dan Keabsahannya

Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

YONG KIM CHYE N LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK

BIL/1. Majlis Makan Malam Kolej Ungku Omar 2013/2014. Universiti Kebangsaan Malaysia

EFFECTS OF POSTHARVEST HOT WATER TREATMENT ON PHYSIOLOGICAL AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF EKSOTIKA II PAPAYA DURING RIPENING

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

Transcription:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CAMPUR KOD DAN ALIH KOD: SUATU ANALISIS SOSIOLINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU FARIDAH BINTI NAZIR FBMK 2003 17

CAMPUR KOD DAN ALIH KOD : SUATU ANALISIS SOSIOLINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Oleh F ARIDAH BINTI NAZIR Tesis Ini Dikernukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia, Sebagai Mernenuhi Keperluan Untuk ljazah Master Sastera Disember 2003

DEDlKASI Khas untuk putera-puteraku: Putera Danial Fikri dan Putera Harith Fikri, Kalian pendorong kejayaan Dmi. 11

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Master Sastera CAMPUR KOD DAN ALIH KOD : SUATU ANALISIS SOSIOLINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELA YU Oleh F ARIDAH BINTI NAZIR Disember 2003 Pengerusi Profesor Madya Noor Aina Dani, Ph.D. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Kajian ilmiah ini dijalankan untuk mengenal pasti fenomena campur kod dan alih kod di kalangan pelajar-pelajar di dua buah sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar, Pulau Pinang (luar bandar) dan Sekolah Menengah Kebangsaan US] 4, Selangor (bandar). Sebanyak tiga puluh sembilan sampel dipilih di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat aliran Sains. Kajian ini meneliti jenis-jenis campur kod dan alih kod, tujuan melakukannya, faktor-faktor ekstralinguistik yang menyebabkan pelajar-pelajar melakukannya serta sarna ada kedua-dua fenomena tersebut membantu pelajar memahami sesuatu topik perbincangan. Data kajian ini dikumpulkan ketika perbincangan topik karangan dan merumuskan karangan bahasa Melayu melalui teknik pemerhatian langsung dengan dibantu oleh kaedah rakaman spontan, catatan diari bahasa dan borang maklumat diri pelajar. Melalui data yang dikumpulkan didapati bahawa campur kod yang dilakukan di sekolah luar bandar ialah pada peringkat perkataan, frasa dan imbuhan manakala di sekolah bandar III

campur kod pada peringkat perkataan, kata hubung dan penggandaan perkataan dilakukan. Alih kod yang dilakukan di sekolah luar bandar pula ialah pada peringka lausa dan frasa sahaja. Manakala di sekolah bandar aiih kod yang dilakukan ialah pada peringkat klausa, frasa dan ayat. Faktor-faktor ekstralinguistik yang menyebabkan kedua-dua fenomena berlaku ialah peserta, ciri fizikal, kecekapan bahasa, minat kepada sesuatu bahasa, hubungan erat antara penutur dengan orang yang disapa, situasi dan topik. Campur kod dilakukan dengan tujuan menunjukkan keupayaan peribadi dan ketepatan sesuatu mesej serta celahan di sekolah bandar dan luar bandar dengan tambahan tujuan untuk petikan dan menjelaskan sesuatu mesej di sekolah bandar. Alih kod pula dilakukan untuk menunjukkan keupayaan peribadi dan ketepatan sesuatu mesej serta penjelasan mesej. Dua tujuan serentak, iaitu penjelasan mesej dan celahan dilakukan di sekolah luar bandar manakala tujuan untuk menentukan orang yang disapa menerima mesej dan pengulangan dilakukan di sekolah bandar. Campur kod dan alih kod membantu pelajar-pelajar mengemukakan idea-idea bemas berkaitan topik perbincangan. Secara tidak langsung, karangan dan rumusan yang dihasilkan lebih baik daripada segi isinya kerana tiada masalah kekangan bahasa. Walaupun begitu, campur kod dan alih kod bukanlah bentuk bahasa yang disarankan ketika pembelajaran bahasa Melayu tetapi hanya dicadangkan penggunaannya ketika perbincangan dijalankan memandangkan fuugsi bahasa Melayu baku yang penting. iv

Abstract of thesis presented to the Senate ofuniversiti Putra Malaysia as fulfilment of the requirements for the degree of Master of Arts CODE MIXING AND CODE SWITCHING: A SOSJOLINGUISTIC ANALYSIS IN NATIONAL LANGUAGE LEARNING By FARIDAH BINTI NAZIR December 2003 Chairman : Profesor Madya Noor Aina Dani, Ph.D. Faculty : Modern Language and Communication This academic study is conducted to determine the phenomenon of code mixing and code switching among students in Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar, Penang (rural area) and Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Selangor (urban area). Thirty nine subjects were selected among form four Science students to determine the type of codes mixing and switching, their purposes, extralinguistic factors and whether it can help students to understand certain topic of discussion. The data for this study are collected during discussion of an essay topic and formulation of the national language essays through direct observation technique with the helps of spontaneous recording method, records of language diary and a personal information form for the students. Code mixing is used in the rural school at the stage of word, phrase and supplement, whereas in the urban school, code mixing is used at the stage of word, conjunction and reduplication of words. Code switching is used in the rural school at the stage of clause and v

phrase only; whereas in the urban school, a variety of code switching is performed, i.e. at the stage of clause, phrase and sentence. The extralinguistic factors that influence codes mixing and switching are the participants themselves, physical features, language acumen, interest in a certain language, close relationship between the speaker and the person spoken to, the situation and topic. In the rural school, code mixing is performed to show the personal capability and the accuracy of a certain message and its interruption. Meanwhile, in the urban school code mixing is performed not only to show the personal capability but also to extract phrases and to explain certain message. Code switching is also performed to explain message and to show personal capability and accuracy of a certain message. Both purposes that is the explanation of message and interruption are performed simultaneously in rural school, whereas the purpose of ascertaining that a person in conversations receives the message and its repetition is performed in the urban school. Codes mixing and switching help students to enhance their communication skills in presenting their constructive ideas concerning the topic in discussion. Indirectly, essay and summary have more quality from the aspect of their contents because there is no language constraint. Nevertheless, codes mixing and switching are not the forms of language which are suggested during the learning of the national language but the usages are recommended during discussion only, owing to the importance of standard Malay language. Vl

PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia-nya telah membolehkan saya menyiapkan tesis ini dalam jangka masa yang ditetapkan. Alhamdulillah dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada Prof. Madya Dr. Noor Aina Dani selaku pengerusi jawatan kuasa penyeliaan tesis ini yang tidak jemu-jemu menyelia dan menegur kesilapan dalam proses menyiapkan tesis ini. Sesungguhnya segala bimbingan dan tunjuk ajar beliau amat berguna kepada saya untuk menyiapkan tesis ini. Ucapan ribuan terima kasibjuga ditujukan kepada Prof. Dr.Hj Amat Juhari Moain dan Dr. Media Sandra Kasih selaku ahli-ahli dalam jawatan kuasa penyeliaan tesis ini yang banyak menegur dan membetulkan kesilapan tesis ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Selangor, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Subang Jaya, Selangor serta pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang yang telah memberi kerjasama dan membenarkan saya menjalankan kajian ini yang melibatkan pelajar-pelajar di sekolah terbabit. vii

Ucapan terima kasih tidak terhingga juga saya hulurkan kepada Cik Mazna, Encik Azmir, Encik Wan dan Puan Lau, iaitu guru-guru bahasa Melayu di kedua-dua buah sekolah di mana kajian illi dijalankan di atas kerjasama yang diberikan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Encik Mubin yang telah membantu saya dalam proses menaip tesis ini. Seterusnya ucapan terima kasih tidak terhingga juga ditujukan kepada seluruh ahli keluarga saya yang sentiasa mendorong dan memberi perangsang agar saya berjaya. Sesungguhnya jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. viii

Saya mengesahkan bahawa Jawatankuasa Pemeriksa bagi Faridah binti Nazir telah mengadakan peperiksaan akhir pada 29hb Disember, 2003 untuk menilai tesis Master Sastera beliau yang bertajuk "Campur Kod dan Alih Kod: Suatu Analisis Sosiolinguistik dalam Pembelajaran Bahasa Melayu" mengikut Akta Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan-peraturan Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1981. lawatankuasa Pemeriksa memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi ijazah tersebut. Anggota Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut: Hj. Hussen Hj. Baharuddin, Ph.D. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia. (pengerusi) Noor Aina Dani, Ph.D. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli) Hj. Amat Juhari Nloam, I'D.U. Fakulti Bahasa Moden dan Kornunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli) Media Sandra Kasih, Ph.D. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli) "' ""LJ RAHMAT ALI, Ph.D. Profesor / Ii alan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Iarikh: 0 5 MAR 2004 ix

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebctgai memenuhi keperluan ijazah Master Sastera. Anggota Jawatankuasa Penyeliaan 1 esis ini terdiri daripada: Noor Aina Dani, Ph.D. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (pengerusi) Hj. Arnat Juhari Moain, Ph.D. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Abli) Media Sandra Kasih, Ph.D. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Abli) AINI IDERIS, Ph.D. Profesor I Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh: 12 MAR 2004 x

PENGAKUAN Saya mengakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya. Saya juga mengaku bahawa tesis ini tidak dimajukan untuk ijazah-ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi-institusi lain. FARIDAH BINTI NAZIR Tarikh: 3hb Februari 2004 xi

JADUAL KANDUNGAN MukaSurat DEDIKASI ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN PENGESAHAN PENGAKUAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAJ SINGKAT AN ii iii v VI1 IX Xl XlV xv XVI BAB 1. PENDAHULUAN Latar Belakang Kajian Definisi Operasional Pemyataan Masalah Batasan Kajian Obj ektif Kajian Kepentingan Kajian 1 1 2 11 14 15 15 II. SOROTAN LITERATUR Defmisi yang Tidak Membezakan Campur Kod dan AIih Kod Jstilah Pinjaman Kajian Campur Kod dan Alih Kod Kajian Aspek Linguistik Kajian Aspek Sosiolinguistik Kajian Pengk ji Asing Kajian Pengkaji Tempatan Tumpuan Kajian 18 19 19 22 22 28 29 42 50 III METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian Kerangka Teoretis Kerangka Konsepsi Tempat Kajian Populasi dan Persampelan Kaedah Kajian Pendekatan Kajian Alat Kajian 54 54 54 58 59 60 62 63 67 xu

Keesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian 71 Tata Cara Kajian 72 Kaedah Penganalisaan Data 76 IV. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 78 Persembahan dan Dapatan 78 Langkah Pengenalan 79 Jenis Campur Kod dan Alih Kod 79 Aspek Ekstralinguistik yang Mempengaruhi Campur Kod dan Alih Kod Langkah Tafsiran 114 Tujuan Melakukan Campur Kod dan AIih Kod 114 Langkah Penggolongan 142 Sarna Ada carnpur Kod dan AIih Kod Membantu Pelajar Memaharni Perbincangan 142 Perbincangan 151 Rasional Teori dengan Dapatan Kajian 170 Implikasi Dapatan Kajian 174 79 RUMUSAN DAN CADANGAN 176 Rumusan 176 Cadangan 177 Cadangan Kajian Lanjutan 179 BIBILIOGRAFI 180 LAMPIRAN 187 1. Petikan Merumuskan Karangan dan Catatan Diari Bahasa 187 2. Borang Maklumat Diri Pelajar 228 3. Senarai Bunyi Bahasa dan Transkripsi Fonetik 307 4. Surat Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan 323 BIODATA PENULIS 330 Xlll

SENARAI JADUAL ladual Muka Surat 1 Persampelan Rawak Berlapis 61 2 Contoh ladual Kekerapan Campur Kod dan Alih Kod 70 3 Kekerapan Campur Kod Pelajar di Bandar 99 4 Kekerapan Alih Kod PeJajar di Bandar 103 5 Kekerapan Campur Kod Pelajar di Luar Bandar 107 6 Kekerapan Alih Kod Pelajar di Luar Bandar 111 7 Tujuan Pelajar-Pelajar di Bandar Melakukan Campur Kod 114 8 Tujuan Pelajar-Pelajar di Bandar Melakukan Alih Kod ]22 9 Tujuan Pelajar-Pelajar di Luar Bandar Melakukan Campur Kod 127 10 Tujuan Pelajar-Pelajar di Luar Bandar Melakukan Alih Kod 140 XIV

SENARAI RAJAH Rajah MukaSurat 1 Bentuk Alih Kod yang Berlaku di Kalangan Pelajar 38 2 Kerangka KeIja Teoretis Kajian 56 3 Kerangka Konsepsi 58 4 Kaedah Lapangan Kajian 67 5 Kaedah Penganalisisan Data 77 xv

SENARAI SINGKATAN AK Bhs BI BM CK IPTA IPTS Jan JK K Ketu PMR Ren - AHhKod - Bahasa - Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu - CampurKod - Institusi Pengajian Tinggi Awam - Institusi Pengajian Tinggi Swasta - Jantina - Jenis Kebangsaan - Kebangsaan - Keturunan - Penilaian Menengah Rendah - Rendah Sek - Sekolah Tpk Umu UPSR - Topik - Umur - Ujian Penilaian Sekolah Rendah XVi

RARl PENDABULUAN Latar BeJakang Kajian Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dan bersifat multilingual. Tiga golongan kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga golongarj kaum ini dapat menuturkan pelbagai bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Mandarin, Kantonis, Hokkien, Hakka, Hainan, Teochew dan sebagainya. Menurut Asmah (1992:1), jumlah bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia dianggarkan sebanyak 80 jenis. Jumlah ini merangkumi bahasa orang AsH di Semenanjung Malaysia, bahasa go]ongan bumiputera di Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Arab, bahasa Thai, bahasa Kreol Baba-Nyonya, dan bahasa Kreol Portugis dan bahasa-bahasa yang lain. Situasi kepelbagaian bahasa ini disebabkan oleh faktor agama, penjajahan dan perpindahan. Faktor agama misalnya telah memperkenalkan orang-orang Melayu kepada bahasa Arab melalui sekolah-sekolah agama pondok atau madrasah. Faktor penjajahan pula telah memperkenalkan bahasa Thai, Portugis dan Inggeris kepada rakyat di negara ini, manakala faktor perpindaban kaum pula, khususnya kaum Cina dan India, secara tidak langsung telah memperkenalkan pelbagai dialek bahasa Cina dan bahasa Tamil termasuk bahasa Sinhalese (Sri Lanka) (Asmah 1992:2-6). Kepelbagaian bahasa yang terdapat di Malaysia telah mewujudkan rakyat negara ini yang menuturkan dwibahasa (bilingual) atau lebih. Masyarakat Malaysia biasanya akan

menguasai bahasa ihunda kaum masing-masing sebagai bahasa pertama, sebelum mempelajari bahasa Inggeris di sekolah. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda masyarakat Melayu manakala bahasa kedua dan seterusnya yang dikuasai oleh masyarakat Melayu ialah bahasa Arab dan bahasa Inggeris melalui pembelajaran di sekolah. Golongan bukan Melayu pula akan menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris selepas menguasai bahasa ibunda masing-masing. Kewujudan ke1ompok dwibahasa di kalangan masyarakat Malaysia telah menggalakkan fenomena cam pur kod dan alih kod. Fenomena ini juga ber1aku disebabkan tahap penguasaan bahasa kedua yang berbeza-beza. Menurut Platt & Platt (1980:14): - ada tiga tahap penguasaan bahasa kedua, iaitu basilek, mesolek dan akrolek. Basilek ialah tahap penguasaan bahasa kedua yang paling rendah dan biasanya dituturkan oleh golongan berpendidikan rendah, mesolek pula merujuk kepada penguasaan bahasa kedua pada tahap sederhana yang dituturkan oleh golongan yang berpendidikan sederhana manakala akrolek pula ialah lahap penguasaan bahasa kedua yang tinggi dan dituturkan oleh golongan yang berpendidikan tinggi. Definisi Operasional Konsep yang didefinisikan di bahagian ini ialah kod, campur kod, alth kod, campur kod dalam pembelajaran bahasa Melayu. alih kod dalam pembelajaran bahasa Melayu, kesan campur kod dalam pembelajaran bahasa Melayu dan kesan alih kod dalam pembelajaran bahasa MeJayu. 2

Kod Fano (1950: 8) dan Jakobson (1952: 2) mendefinisikan kod sebagai gaya sebutan yang berbeza untuk sesuatu bahasa yang sarna. Menurut Richards et.al (1985:42) pula, kod ialah istilah lain untuk bahasa dan dialek. Definisi yang diberikan ini seiring dengan definisi oleh Gibbons (1987:1), Faltis (1989:2) dan Meeunis (1988:76) yang menyatakan bahawa kod jajah bahasa atau diajek yang dituturkan oleh seseorang. Walau bagaimanapun, Caccamo (1998:27), mengkritik definisi kod yang diberikan oleh Fano dan Jakobson, kerana definisi yang diberikan oleh kedua-dua pengkaji tersebut menurutnya bukanlah bahasa atau kod tetapi melibatkan gaya sebutan. Menurut Caccamo lagi sesuatu kod ketika berlakunya cam pur kod dan alih kod adalah penggunaan bahasa atau dialek yang berbeza dalam pertuturan. Druam kajian ini kod didefinisikan sebagai penggunaan bahasa dan diajek yang berbeza dalam pertuturan. Sehubungan dengan itu, jika disebut campur kod dan alih kod, ini bennakna percampuran dan pengalihan bahasa serta dialek yang berbeza yakni penggunaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan dialek yang dituturkan oleh pelajar ketika pernbejajaran bahasa MeJayu. 3

CampurKod Definisi yang diberikan tentang campur kod sangat terhad dan kerap kali tidak dibezakan daripada alih kod dan pinjaman. Walaupun begitu, terdapat juga sebilangan pengkaji yang tejah dapat memberikan definisi yang jejas dan tepat. AppeJ dan Muysken (1987:118), menyatakan campur kod berlaku apabila sesuatu perkataan atau frasa atau klausa bahasa atau dialek lain dicampurkan ke dalam ayat sesuatu bahasa lain yang dituturkan oleh penutur dwibahasa yang fasih dalam kedua-dua bahasa tersebut. P. Balasubramaniam (1988:197) mendefinisikan campur kod sebagai "satu proses pemindahan unit-unit linguistik seperti imbuhan dan perkataan dari satu kod bahasa ke kod bahasa yang Jain." Bokamba (1988:44) pula mendefinisikan campur kod sebagai penggunaan pelbagai unit linguistik seperti frasa dan perkataan daripada dua sistem tatabahasa yang berjainan dalam satu ayat. Yimidhirr (1988:4) turnt mendefinisikan cam pur kod sebagai percampuran sesuatu perkataan daripada baha5a lain ke dalam ayat sesuatu bahasa yang dituturkan ojeh penutur dwibahasa. Cozen P. (1996: 1) juga, turnt menyatakan bahawa campur kod melibatkan percampuran unsur bahasa seperti perkataan satu bahasa yang lain daripada bahasa yang sedang dituturkan. 4

Noor Aina Dani (1998: 1) juga, turut mendefimslkan campur kod sebagai percampuran unsur-unsur bahasa seperti klausa, frasa, perkataan, imbuhan dan kata penegas daripada kod bahasa lain ke dalam ayat sesuatu bahasa yang sedang dituturkan. Untuk kajian ini pengkaji mendefinisikan campur kod sebagai percampuran unit linguistik seperti klausa, frasa, perkataan, imbuhan atau kata penegas sesuatu bahasa atau dialek dalam ayat sesuatu bahasa yang lain, secara bercampur ad uk. Alib Kod Definisi alih kod yang dikemukakan dalam bahagian ini ialah definisi yang diberikan oleh beberapa orang pengkaji tempatan dan asing. Semua pengkaji ini telah dapat membezakan antara campur kod dengan alih kod dan pinjaman. Pengkaji-pengkaji tempatan seperti Wong Khek Seng (1978), Asmah Haji Omar (1982), Maimon (1985), Ong Kin Suan (1990), Zailah (1994) dan Mohamad Ghazali (1998) mendefinisikan alih kod sebagai pengalihan bahasa yang dilakukan oleh seseorang penutur daripada satu bahasa yang sedang dituturkan kepada bahasa Jain secara berurutan. Richards et.al (1985: 43) mendefinisikan alih kod sebagai pengalihan yang dilakukan olen penutur daripada satu bahasa kepada bahasa lain dalam pertuturan. Seseorang penutur dikatakan memulakan pertuturan dengan frasa atau ayat sesuatu 5

bahasa dan kernudian beralih kepada frasa atau ayat bahasa lain sarna ada dalam perbualan atau dalam ayat yang digunakan ketika berbual. Crystal (1987:2) menyatakan bahawa alih kod berlaku apabila penutur dwibahasa rnenggunakan dua bahasa atau dialek yang berlainan secara berganti-ganti dalam perbualan dengan golongan dwibahasa yang lain. Berthold, Mangubai dan Bartorowicz (1997:2-13) pula menyatakan bahawa alih kod berlaku apabila penutur rnenukar daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain dalarn pertuturan. Auer (1998: 1) pula, rnendefinisikan alih kod sebagai penggunaan secara silih berganti antara dua atau lebih kod bahasa atau dialek dalarn sesuatu perbualan. Definisi alih kod yang sarna tumt dikemukakan oleh Brice (1999:2) dan Harnrnink (2000: 1). Pada pendapat pengkaji, alih kod berlaku apabila seseorang penutur beralih kepada sesuatu bahasa atau dialek lain sarna ada dalarn ayat atau dalarn perbualan. Fenornena ini lazimnya berlaku di kalangan mereka yang mengetahui dua atau lebih daripada dua bahasa yang berjainan. Fenomena alih kod int boleh berjaku sarna ada pada peringkat klausa atau frasa dalam ayat secara berurutan atau pada peringkat ayat dajam sesuatu perbualan. Berikut adalah contoh alih kod antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris yang kerap ditemui seperti yang dikemukakan oieh Jacobson (Ozog, 1995:26). 6

1. Alih kod dalam ayat a. Apa Li cakap dengan ernak,flight on Sunday? b. Women are able to balance their duties,in the office, at home, as a mother, as wife, tapi berapa rarnai yang pandai rnenyeimbangkan? ii. Alih kod dalam perbualan Sham : Well, if you want to be an engineer, you've to be good at your Maths and your '... Hisyam Sham Hisham Sham : PhYSiCS : How about your Chemistry? : Chemistry okay. J'm quite good at Chemistry. : Engineer itu banyak bidang, civil engineering, mechanical engineering, computer engineering and all sorts of engineering. Jadi, Hisham nak jadi jurutera jenis apa? Pada pendapat pengkaji ajih kod pada peringkat leksikal (kata) seperti alih kod kata tempeian atau tag mixing, yakni penambahan perkataan bahasa lain dalam pertuturan yang tiada kena-rnengena dengan kata ternpejan tersebut seperti yang dikernukakan ojeh Romaine (1989), sebenamya ialah campur kod kerana fenomena inl tidak menepati definisi alih kod yang dikemukakan oieh keljanyakan pengkaji. Menurut Romaine (l989:112), kata tempelan biasanya mematuhi rumus ayat sesuatu bahasa, oleh itu penambahannya dijakukan dengan rnudah di tern pat tertentu dajam pertuturan. Contoh 7

kata tempelan dalam bahasa Inggeris, ialah you know, I mean dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pendapat Poplack (1980:58) tentang alih kod antara ayat (intersentential) dan ajih kod intra ayat (intrasententia!) menepati definisi alih kod yang telah dikemukakan. Alih kod intra ayat (intrasententia!) misalnya ialah alih kod yang berlaku dajam frasa atau ayat. Contoh yang dikemukakan oleh Romaine (1989:113) ialah alih kod Tok Pisin ke bahasa Inggeris iaitu, What's so funny? Come, be good, otherwise, yu bai go long kat. Maksudnya "apa yang sangat lucu, mari, bersikap baiklah atau awak akan pergi ke mahkamah." Alih kod dalam ayat juga boleh menyebabkan cam pur kod dalarn suku kata perkataan, misalnya suku kata 'pa' di dalam perkataan 'shoppa' dalam bahasa Punjabi berrnaksud shops atau kedai-kedai, (Romaine 1985: 31). Alih kod antara ayat ( intersententialj pula, melibatkan alih kod antara sernpadan klausa atau ayat. Alih kod bentuk ini memerlukan kefasihan dalam kedua-dua bahasa yang dituturkan. Romaine (1985: 38) memberi contob, alih kod antara bahasa Inggeris dan Punjabi, iaitu I'm guilty in the sense / ks ziada rosi English I bolde fer ode nal eda hronde kr:. trohadi jeri zaban Ena 1. Penandaan / menunjukkan sempadan ayat antara bahasa Inggeris dan bahasa Punjabi. Dalarn kajian ini, pengkaji mendefinisikan alih kod sebagai pengalihan bahasa atau dialek yang berlaku pada peringkat klausa dan frasa dalam ayat serta pengalihan yang berlaku dalarn perbualan, iaitu antara sempadan ayat. 8