Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

Similar documents
EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

PENILAIAN PENGETAHUAN

Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

EFFECTS OF POSTHARVEST HOT WATER TREATMENT ON PHYSIOLOGICAL AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF EKSOTIKA II PAPAYA DURING RIPENING

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

PENILAIAN PENGETAHUAN

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

COMMUNICATION II Moisture Determination of Cocoa Beans by Microwave Oven

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

Sains Malaysiana 47(8)(2018):

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FACTORS AFFECTING GLUTEN PRODUCTION AND ITS RHEOLOGICAL CHARACTERIZATIONS DAYANG NORULFAIRUZ BINTI ABANG ZAIDEL FK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERUBAHAN BUAH CIKU (ACHRAS SAPOTA L.) SEMASA PERKEMBANGAN DAN KESAN SUHU SERTA PEMBUNGKUSAN SEMASA PENYIMPANAN TAUFIK

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS GO ~ Tarikh: I Cf Mt I ::loo.b

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

NG SHU CHIN MASTER OF SCIENCE 2006

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. VIABILITY AND VIGOR OF DURA, PISIFERA AND TENERA OIL PALM (Elaeis guineensis Jacq.) POLLEN

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

YONG KIM CHYE N LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK

THESIS. Submitted to The Faculty of Agricultural Technology in partial fulfillment of the requirements for obtaining the Bachelor Degree

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBANGUNAN BROWNIECOKLAT DENGAN PURl SAYUR ESTERYNNA EMMIE SYLVESTER HN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. DEVELOPMENT AND OXIDATIVE STABILITY OF PISTACHIO (Pistacia vera L.) SPREAD

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

Sintesis dan Sifat Termal Natrium Kanji Sulfat Dioscorea pentaphylla (Synthesis and Thermal Properties of Dioscorea pentaphylla Sodium Starch Sulfate)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (HURUF BESAR)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

(HURUF BESAR) Tarikh:_

PEMBANGUNAN PRODUK COKLAT BERINTIKAN FONDAN BUAH TARAP HELNIE MIUN

MALAYSIA PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BULANAN MONTHLY EXTERNAL TRADE STATISTICS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA T FSTM

DESIGN AND FABRICATION OF HANDY DISC LOOSE COCONUT PALM COLLECTOR MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN SHAHARUDDIN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (HURUF BESAR)

EKSPLORASI KULIT KAYU

PEMODELAN SIRI MASA KEPEKATAN BAHAN PENCEMAR UDARA 03, PMlO DAN JEREBU MENERUSI PENDEKATAN KALUT

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAN

REKA BENTUK KERUSI BERASASKAN KAYU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL

CIRI FIZIKO-KIMIA BUAH KARANDA (Carissa carandas) DAN SIFAT BERFUNGSI PASTILNYA KHUZMA BINTI DIN

Q1 Gender / Jantina:

N0P0QRRS0

AZLIYA BINTI ABD RAHMAN. A thesis submitted in fulfillment of the requirements for the award of the degree of Bachelor of Chemical Engineering

UNIVERSITI MALAYSIA SABAR. BORANG PENGESAl-IAN STATUS TESIS SESI PENGAJJAN:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TEXTURE STUDIES ON CHINESE WET NOODLES (HOKKIEN - STYLE NOODLES) ROSELINA BT. KARIM FSMB

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS. 'ýc12ti1ýý CROQOA7 AvoK-AOý,

EFFECTS OF 1-METHYLCYCLOPROPENE (1-MCP) COUPLED WITH CONTROLLED ATMOSPHERE STORAGE ON THE RIPENING AND QUALITY OF CAVENDISH BANANA ABSTRACT

Tandatangan Nama Penyelia II

SHELL GET MORE VALUE OUT OF RM1 - TERMS AND CONDITIONS (ENGLISH)

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

The Physico-chemical Changes in Ciku (Achras sapota L.) of Jantung Variety

THALWATCH BEYOND THALASSAEMIA THE OFFICIAL NEWSLETTER OF THE THALASSAEMIA SOCIETY OF PENANG

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. tj1ý1ty1(at. ) (HURUF BESAR) dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DIELECTRIC PROPERTIES OF OIL PALM MESOCARP AT VARIOUS STAGES OF MATURITY ZAHARIAH ZAKARIA FSAS

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

Sains Malaysiana 47(2)(2018):

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 1 Waiter)

Transcription:

Perunika 8(2), 289-295 (1985) Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes) NORMAH HASHIM dan LATIFAH MOHSAN Jabatan Pengajian Pembangunan Manusia, Fakulti Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia. Key words: Kekacang; merebus; analisa proksimat; kalsium; ferum. ABSTRAK Kajian telah dibuat ke atas kandungan proksimat, kalsium dan ferum di dalam empat jenis kekacang iaitu kacang botor (Psophocarpus tetragonolobus), kacang sepat (Dolichos lablab), kacang kelor (Moringa oleifera) dan kacang panjang (Vigna sinensis) sebelum dan selepas direbus. Kalsium ditentukan dengan menggunakan "Atomic Absorption Spectrophotometer" dan ferum dianalisis dengan menggunakan spektrofotometer. Didapati kandungan protein di dalam kacang botor ialah 2.2 g, kacang sepat 2.3 g, kacang kelor 3.9 g dan kacang panjang 3.6 g bagi tiap-tiap 100 g selepas direbus. Kandungan protein berkurangan dengan signifikan (P < 0.05) di dalam kacang kelor dan kacang sepat selepas direbus. Kandungan kalsium di dalam kacang botor selepas direbus ialah 54.5 mg, kacang sepat 23.9 mg, kacang kelor 45.6 mg, kacang panjang 39 mg bagi setiap 100 g. Kandungan kalsium berkurangan dengan signifikan (P < 0.05) selepas sayur kekacang tersebut direbus. Kandungan ferum bagi kacang botor selepas direbus ialah 1.1 mg, kacang sepat 0.7 mg, kacang kelor 1.5 mg, dan kacang panjang 0.9 mg untuk setiap 100 g sampel. Kandungan ferum berkurangan dengan signifikan (P < 0.05) selepas sayur kekacang direbus. PENDAHULUAN Keadaan kekurangan protein-kalori dan kekurangan zat-zat utama makanan masih lagi banyak terjadi di sebahagian tempat di dunia terutama di negara-negara membangun. Kebanyakan penduduk di negara-negara sedang membangun ini mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi tetapi rendah kandungan protein dan zat galiannya. Amalan pemakanan ini lebih jelas terdapat di kalangan penduduk-penduduk di kawasan Tropika dan di setengah kawasan yang mundur di Malaysia. Dalam kajian di Malaysia, Chong (1982) mendapati, golongan yang sering menghadapi masalab kekurangan protein-kalori dan anemia ialah kanak-kanak dan ibu-ibu mengandung terutamanya di kawasan-kawasan pendalaman dan mundur. Sementara Kandiah dan Lim (1975), mendapati seramai 47.4 peratus kanakkanak prasekolah, 42.7 peratus kanak-kanak sekolah dan 68.8 peratus ibu-ibu mengandung di estet di dalam negeri Selangor mengalami anemia. Dari segi pemakanan, memang diketahui umum bahawa protein daripada sumber haiwan mempunyai nilai pemakanan yang lebih tinggi dibandigkan dengan protein daripada tumbuhan. Oleh kerana sumber-sumber protein dan zat galian daripada haiwan seperti susu, ikan dan daging di negara-negara sedang membangun ini

NORMAH HASHIM AND LATIFAH MOHSAN mahal dan terhad, jadi adalah wajar bagi penduduk-penduduk ini menambahkan sumber protein dan zat galian daripada sumber-sumber tumbuhan untuk memenuhi keperluan harian. Salah satu jenis tumbuhan yang boleh digunakan sebagai sumber protein dan zat galian seperti kalsium dan ferum ialah kekacang (Srikantia, 1973). Sumber daripada kekacang adalah lebih murah dibandingkan dengan sumber-sumber seperti susu, ikan dan daging. Di samping itu asid amino lisina yang terkandung di dalam kekacang dapat digunakan sebagai asid amino pelengkap bersama protein bijirin (Srikantia, 1973). Di negara ini terdapat berbagai jenis kekacang yang boleh digunakan sebagai sayuran untuk sajian harian. Walaupun begitu, hanya tiga jenis sahaja yang banyak terdapat dijual di pasar iaitu kacang pi, kacang buncis dan kacang panjang.'di antara tiga jenis ini hanya kacang panjang yang murah sekali dan kacang ini dipilih sebagai perbandingan. Memandangkan masalah pemakanan yang masih dihadapi di Malaysia, maka kajian ini cuba menyelidik sumber yang murah untuk mendapatkan protein, kalsium dan ferum. Tiga jenis kekacang telah dipilih untuk kajian ini iaitu kacang botor (Psophocarpus tetragonolobus) kacang sepat, (Dolichos lablab) kacang kelor (Moringa oleifera) dan kacang panjang (Vigna sinensis). Tujuan memilih tiga jenis sayuran ini ialah memandangkan kekacang ini senang ditanam di kawasan rumah tanpa memerlukan penjagaan yang rapi. Hasilnya juga boleh didapati sepanjang masa. Selain daripada itu sayuran kekacang ini kian berkurangan dimakan dibandingkan dengan kacang panjang yang murah dan senang diperolehi di pasar. Jika keputusan kandungan protein, kalsium dan ferum didapati menggalakkan dan lebih tinggi jika dibandingkan dengan kacang panjang maka pemakanan tiga jenis sayuran ini eloklah digalakkan, terutama di kawasan yang sering menghadapi masalah pemakanan di atas. Dalam penggunaan sayuran kekacang biasanya pengguna akan memasaknya terlebih dahulu. Salah satu cara yang umum ialah merebus. Oleh itu kajian ini juga dilakukan untuk menentukan kesan merebus ke atas sayuran kekacang terhadap kandungan protein, ferum dan kalsium. KAEDAH DAN METODOLOGI Pemilihan Sampel Sampel sayuran kekacang yang dipilih ialah: i. kacang botor ii. kacang sepat iii. kacang kelor iv. kacang panjang Sampel-sampel diperolehi dari beberapa tempat di'sekitar kawasan Universiti Pertaniar Malaysia dan di pasar-pasar. Sampel-sampd yang dibeli atau yang didapati daripada orang perseorangan (seperti kacang kelor) adalah ke matangannya sesuai untuk dimasak dar dimakan. Penyediaan Sampel Sampel-sampel sayuran dicampuradukkar kemudian dibahagi kepada dua bahagian. Sati bahagian adalah untuk pengajian sampel sega] dan satu bahagian lagi lagi direbus sebelurr dibuat ujian. Sampel Segar Kekacang yang dipilih dibasuh dahulu kemudian dipotong dengan ukuran 1 2 n tebal dan dikeringkan di dalam ovei (Mammert, West Germany) selama 2 jam Sampel kemudian dikisar dengan pengisar jeni Moulinex dan disimpan di dalam bikar bertutu] dengan parafllem. Bikar-bikar disimpan d dalam balang pengering. Sampel Sebanyak 200 g sampel direbus dengan liter air di dalam periuk aluminium. Air direbu 290 PERTANIKA VOL. 8 NO. 2, 1985

KESAN MEREBUS KE ATAS KANDUNGAN ZAT SAYURAN KEKACANG sehingga mendidih kemudian masukkan kekacang tersebut. Masa merebus dikira daripada mula kekacang dimasukkan ke dalam air. Periuk dibiarkan terbuka. Didapati kacang kelor memerlukan tujuh minit dan kekacang yang lain memerlukan lima minit sahaja. Masamasa ini didapati sesuai untuk lenggai kekacang menjadi lembut dan mempunyai tekstur yang elok untuk dimakan. Sampel rebusan ini dikeringkan, dikisar dan disimpan di dalam bikar. Bikar-bikar disimpan di dalam balang pengering sebelum dianalisis kandungan zat makanannya. Kaedah Analitik Analisis proksimat ialah kandungan air (lembapan), abu, lemak, gentian dan protein dan ditentukan dengan kaedah di dalam AOAC (1975). Lemak dianalisis dengan menggunakan 'Soxhlet Extractor' dan protein dianalisis dengan menggunakan kaedah Mikro Kjedhal. Faktor 6.25 iaitu faktor nitrogen di dalam sayuran digunakan untuk mendapatkan peratus protein di dalam sayuran. Analisis ferum dan kalsium dijalankan mengikut kaedah AOAC (1975) iaitu menggunakan keluk standard untuk menentukan kandungan mineral tersebut di dalam sayuran kekacang. Analisis Statistik Kesemua data diperolehi daripada tiga replikasi dalam penganalisisan kimia sampel kering. Data diperolehi ditukarkan kepada berat basah sayuran berdasarkan kepada kandungan air. Data dianalisis mengikut Analisis Varian dan Perbandingan Signifikan Terkecil pada paras (P <0.05). HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Kandungan proksimat yang dianalisis ialah kandungan air, abu, gentian dan protein. Kandungan proksimat di dalam sayuran segar (mentah) bagi sayur kacang botor, kacang kelor, kacang sepat dan kacang panjang ditunjukkan di dalam Jadual 1, Data-data di Jadual 1 dibandingkan dengan data-data Tee E Siong (1982). Beliau mendapati kacang botor mempunyai 92% air, 0.8% abu, 1.8% gentian, dan 4.4% protein. pula mempunyai 82.7% air, 0.8% abu, 1.8% gentian, dan 4.4% protein. Dalam kedua-dua jenis kacang ini bahan yang tidak boleh dimakan ialah 0 %. Kebiasaannya, kacang botor dan kacang sepat ini, dibuang urat tepinya supaya senang dimakan. Di dalam kajian ini, urat-urat dibuang dan dianggap sebagai "bahan yang tidak boleh dimakan*'. Di dalam kacang kelor, Siong (1982) mendapati 84.6% air, 2.6% abu, 5.1% gentian dan 5.1 % protein, dan tidak ada data mengenai bahan yang tidak boleh dimakan. Pada kebiasaannya kacang kelor dikikis kulitnya dan uraturat yang bergentian keras dibuang. Oleh itu di dalam kajian ini bahan yang tidak boleh JADUAL 1 Analisis kandungan proksimat 1 sayuran kekacang mentah (g bagi setiap 100 g berat basah sayuran) Sampel Bahan yang tidak boleh dimakan Air Abu Gentian Protein 4.4 91.5 0.6 4.1 2.5 4.3 88.9 0.6 5.5 2.7 16.8 84.7 1.13 8.3 4.5 9.5 86.7 0.8 6.4 3.8 PERTANIKA VOL. 8 NO. 2, 1985 291

NORMAH HASHIM AND LATIFAH MOHSAN dimakan adalah tinggi. Peratus gentian juga didapati lebih tinggi, mungkin kerana kacang kelor ini lebih tua sedikit. Kandungan proksimai yang didapati oleh Siong (1982) di dalam kacang panjang ialah 91.2% air, 0.4% abu, 1.4% gentian, 2.1% protein dan 8% bahan yang tidak boleh dimakan. Peratus gentian yang didapati di dalam kajian adalah lebih tinggi daripada Tee E Siong (1982). Ini mungkin disebabkan kacang panjang yang didapati di pasar tersebut lebih tua sedikit. Jika data-data daripada tiga jenis kekacang tersebut dibandingkan dengan kandungan proksimat, peratus gentian dan abu di dalam kacang kelor adalah lebih tinggi daripada kacang panjang, tetapi peratus bahan tersebut adalah rendah di dalam kacang botor dan kacang sepat. Dari segi kepentingan pemakanan, gentian adalah mustahak sebagai bahan pelawas. Kandungan Protein Jaduai 2 menunjukkan kandungan protein bagi sayur kacang panjang (3.6 g/100 g) dan kacang botor (2.2 g/100 g) tidak menunjukkan kekurangan yang signifikan (P < 0.05). Ke hilangan kandungan protein adalah signifikai (P < 0.05) bagi sayur kacang kelor dan kacanj sepat. Peratus kehilangan protein bagi kacan] panjang dan kacang botor ialah 5.3% dan 12% adalah lebih rendah berbanding dengan sayu kacang kelor dan kacang sepat. Kemungkinai juga kehilangan nitrogen melalui proses rebusa] sebab sayur direbus di dalam periuk terbuka Kehilangan protein bagi sayur kacang yan; direbus adalah disebabkan oleh komponen asi< amino yang berubah susunannya oleh tindakai haba lembab (Priestley, 1979) dan mungki] membebaskan sebatian dan molikul nitrogen k udara. Tetapi ini tidak menjejaskan fungsi asi< amino tersebut. Kandungan protein di dalam kacang kelo adalah lebih tinggi daripada kacang panjang tetapi kandungan protein di dalam dua jeni kekacang" yang lain masih rendah bila diban dingkan dengan kacang panjang. Kandungan Kalsium Jaduai 3 menunjukkan bahawa kandunga kalsium di dalam kesemua jenis kacang yan JADUAL 2 Kesan merebus ke atas kandungan protein (g/100 g) dalam sayuran Rawatan Peratus kehilangan 2.5 a 2.2* 12.0% 2.7 a 2.3 b 14.8% 4.5 a 3.9 b 13.3% 3.8 a 3.6 a 5.3% Nilai yang mempunyai subskrip di dalam jalur yang sama adalah tidak signifikan pada paras (P <0.05). JADUAL 3 Kesan merebus ke atas kandungan kalsium (mg/100 g) dalam sayuran Rawatan 60.1 a 29.0 a 54. l a 45.7 a 54.5 b 23.9 b 45.6 b 39.0 b Peratus kehilangan 9.3 17.6 15.7 14.7 Nilai yang mempunyai subskrip di dalam jalur yang sama adalah tidak signifikan pada paras (P <C 0.05). 292 PERTANIKA VOL. 8 NO. 2, 1985

KESAN MEREBUS KE ATAS KANDUNGAN ZAT SAYURAN KEKACANG direbus menurun dengan signifikan (P < 0.05). Kehilangan kalsium ini mungkin disebabkan oleh penyerapan air ketika sayuran direbus, seterusnya mengurangkan kepekatan kalsium dan akhirnya melarutkannya ke dalam air rebusan (Mieners etai, 1976; Salunkhe, 1976). Dari kajian yang dilaporkan oleh Krehl dan Winters (1950) serta White dan Selvery (1974) menyatakan sayur kobis mempunyai kehilangan kalsium sebanyak 20 peratus setelah direbus. Downey (1977) menyatakan bahawa kehilangan kalsium di dalam sayuran selain daripada kekacang setelah direbus adalah di antara 30-40 peratus. Daripada kajian ini didapati kandungan kalsium di dalam kacang kelor dan kacang botor adalah lebih tinggi bila dibandingkan dengan kacang panjang. Kandungan Ferum Di dalam Jadual 4, didapati kandungan ferum bagi setiap jenis kacang ini berkurangan dengan signifikan (P < 0.05). Peratus kehilangan ferum ialah di antara 21.1-36.4 peratus. mempunyai peratus kehilangan kandungan ferum yang paling rendah iaitu sebanyak 21.1 peratus diikuti oleh kacang botor sebanyak 21.4 peratus, kacang panjang 30.8 peratus dan kacang sepat sebanyak 36.4 peratus. Kehilangan kandungan ferum di dalam sayuran yang direbus disebabkan oleh penyerapan air berlaku semasa sayuran kekacang direbus, seterusnya mengurangkan kepekatan zat ferum dan akhirnya zat ferum ini larut ke dalam air rebusan (Salunkhe, 1976; Meiners et al. t 1976). Jadual 5 menunjukkan kandungan protein, kalsium dan ferum di dalam kekacang tersebut. Di antara tiga jenis kekacang yang dibuat perbandingan dengan kacang panjang, kacang kelor mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada kacang panjang. Walaupun begitu kacang botor mempunyai nilai kalsium yang tinggi. JADUAL 4 Kesan merebus ke atas kandungan ferum (mg/100 g) dalam sayuran Rawatan 1.4 a 1.9 a 1.3 a 0.7 b 1.5 b 0.9 b Peratus kehilangan 21.4 36.4 21.1 30.8 Nilai yang mempunyai subskrip di dalam jalur yang sama adalah tidak signifikan pada paras (P <C 0.05). JADUAL 5 Perbandingan kandungan protein, kalsium dan ferum di antara semua jenis kekacang Protein g/100 g Kalsium mg/100 g Ferum mg/100 g Sampel 2.5 C 2.2 d 2.7 C 2.3 C 4.5 a 3.9' 3.8 b 3.6 b 60. l a 29.0 c, 54.1 a 45.7 b 54.5 a 23.9 d 45.6 b 39.0 c 1.4 b I.I 1 l.l b 0.7 b 1.9 a 1.5 a 1.3 b 0.9 b Nilai yang mempunyai subskrip di dalam jalur yang sama adalah tidak signifikan para paras (P < 0.05). PERTANIKA VOL. 8 NO. 2, 1985 29S

NORMAH HASHIM AND LATIFAH MOHSAN dan kacang sepat mempunyai nilai yang lebih rendah sama ada di dalam bahan yang mentah atau telah direbus. KESIMPULAN DAN CADANGAN Daripada kajian ini menunjukkan bahawa kacang kelor sama ada mentah atau setelah direbus mengandungi protein dan ferum yang tinggi sementara kandungan kalsium banyak diperolehi daripada kacang botor dan kacang kelor dibandingkan dengan kandungan kalsium dan ferum daripada kacang panjang. Kajian ini mendapati kacang sepat mempunyai kandungan protein, kalsium dan ferum yang setan ding dengan kandungan protein, kalsium dar ferum daripada kacang panjang. Memandangkan kepada kandungar protein, kalsium dan ferum di dalam kacang kelor dan kacang botor adalah lebih tinggi dari pada kacang panjang, penggunaan kedua jeni: kacang tersebut hendaklah digalakkan lagi Pengguna-pengguna boleh digalakkan mena nam sayur-sayuran tersebut di kawasan rumal kerana ia tidak memerlukan jagaan yang rap terutamanya penduduk-penduduk yang serin] menghadapi masalah kekurangan protein-kaloi dan zat makanan. SUMMARY The study was conducted on four kinds of vegetable legumes. The four green legumes wer four-angled bean (Psophocarpus tetragonolobus), lab-lab' bean (Dolichos lablab), drumstid (Moringa oleifera) and string bean (Vigna sinesis) before and after boiling. The objective of the stud was to determine the effects of boiling on the retention of nutrients namely protein, calcium am ferum in the vegetables. Protein was determined by Micro-Kjedhal Method, calcium was determine^ by Atomic A bsorption Spectrophometer and ferum was analysed by spectrophometer (Spectronic 20j Methods of determination as described in AOAC 1975. Results were analysed by Analysis of Varianc and Least Significant Difference at P < 0.05. The protein retention in the vegetables after boiling we as follows: four-angled bean 2.2 g, lab-lab bean 2.3 g, drumstricks 3.9 g } and string bean 3.6 gfc every 100 g samples. The protein content reduced significantly (P < 0.05) in drumstick and lab-la bean after boiling. The calcium content of the beans after boiling was: four-angled bean 54.5 m lab-lab bean 23.9 mg, drumstick 45.6 mg and string bean 39 mg, for every 100 g samples. Calciui reduced significantly (P < 0.05) after the vegetables were boiled which showed most of the minen dissolved in water. The ferum retention in the beans after boiling was: four-angled bean 1.1 mg, lai lab bean 0.7 mg, drumstick 1.5 mg, and string bean 0.9 mg for every 100 g sample. Ferum at reduced significantly (P < 0.05) after the vegetables were boiled. Among the four-vegetables, it w< found that the drumsticks retained most of the protein and ferum after boiling, and four-angled bee retained most of the calcium after boiling. The content of these nutrients was also highest in the two vegetables in the fresh samples. RUJUKAN AOAC. (1975): Association of Official Analytical Chemist. Official Methods of Analysis 12th Edition. The Association Washington, D.C. CHONG, Y.H. (1982): 'Population and Social Indicators of Food and Nutrition in Peninsular Malaysia 1. Med.J. Malaysia, 37(2): 134-140. CLAYDON, A. (1975): 'A Review of Nutritional Value of Winged Bean with Special Reference to Papua New Guinea 1./ of Food Science, 3:103. DOWNEY, W.K. (1977): Food Quality and Nutriti Research Priorities for Thermal Processii London. Applied Science Publishers Ltd. { 137-603. KANDIAH, N. and LlM, J.B. (1977): Nutritional Sta in a Rural Estate Community, Med. J. Malayi 31:270-276. KREHL, W.A. and WINTERS, R.W. (1950): Effects Cooking Methods on the Retention of Vitam and Minerals in Vegetables./. Am. Diet Assoa ed, 26: 99. 294 PERTANIKA VOL. 8 NO. 2, 1985

KESAN MEREBUS KE ATAS KANDUNGAN ZAT SAYURAN KEKACANG MEINERS, C.R., DEVISE,, N.L., LAU, C.H., CRESS, M.G., RITCHY, S.J. and MURAPHY, E.W. (1976): The Content of Nine Mineral Elements in Raw and Cooked Mature Dry Legumes: / Agric. & Food Chemistry. 24(6): 1126-1129. PRIESTLEY. R.J. (1979): The Effects of Heating on Foodstuff. London. Applied Science Publisher Ltd. pp. 26-33. SALUNKHE, D.K. (1976): Storage, Processing and Nutritional Quality of Fruits and Vegetables. CRC Press, Inc. U.S.A. SRIKANTIA, S.G. (1973): Use of Legumes and Green Leafy Vegetables in the Feeding of children: A Review of Experience. PAG. Bulletin. 111(2): 30-39. TEE, E.S. (1982): Nutrient Composition of Malaysian Foods, - A Preliminary Table. IMR, Kuala Lumpur, Malaysia, pp. 23-26. WHITE, P.L. and SELVERY, N. (1974): Nutritional Qualities of Fruits and Vegetables, Futura Publishing Co., Inc., U.S.A. (Received 25 May, 1984) PERTANIKA VOL. 8 NO. 2. 1985 295