Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

Similar documents
WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

TATAKELAKUAN. Berusaha mencapai Misi kita dengan penuh integriti dan hormat kepada komuniti dan alam sekitar. Ogos 2003 {EXT }

EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

Q1 Gender / Jantina:

PRIVACY POLICY Act Notice in the case where you are a consumer of our products:

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Campur Tangan Kemanusiaan Antarabangsa: Suatu Tinjauan Berkaitan Konflik dan Keabsahannya

PENILAIAN PENGETAHUAN

PENILAIAN PENGETAHUAN

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

3.1 Terima dokumen dari Pejabat Pendaftar, PTJ, staf dan pelajar. Penyata lantikan baru. Arahan potongan gaji. Arahan perubahan gaji dan elaun

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

KURSUS PENGURUSAN DISIPLIN DAN TATATERTIB STAF (AKTA 605)

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

RISALAH DATA KESELAMATAN Mengikut Peraturan (EC) No 453/2010

Kiosk 4 COP SYARIKAT

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

Licenced to Zhulian Corporation / Downloaded on : 11-Apr-2008 / Single user licence only, copying and networking prohibited

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

SHELL GET MORE VALUE OUT OF RM1 - TERMS AND CONDITIONS (ENGLISH)

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia KLASIFIKASI FAIL

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENTERA YANG MEMERLUKAN SIJIL PERAKUAN KELAYAKAN (CF) DARI JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 3) 2016

FederationofMalysia EDICTOFGOVERNMENT±

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

BAB 1 PENGENALAN. kajian, penyataan masalah, kepentingan kajian, objektif kajian, soalan kajian serta

Hadiah Wang Tunai Lebih dari RM3.6 Juta

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

LAPORAN PROSIDING MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

EKSPLORASI KULIT KAYU

MENGINDEKS BIBLIOGRAFI DENGAN MENGGUNAKAN KATAKUNCI SECARA INTERAKTIF BERASASKAN KOMPUTER MIKRO

SUBTEKS DAN KEJAYAAN NARATIF FILEM: ANALISIS FILEM THE JOURNEY (2014) Auni Ismail Zairul Anuar Md. Dawam Sim Chee Cheang

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

MEMBINA KECERDASAN HATI PELAJAR

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA ARAHAN PENTADBIRAN

Fungsi dan Pola Ganti Nama Melayu: Satu Interpretasi Semantik dan Pragmatik

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

Tandatangan Nama Penyelia II

THALWATCH BEYOND THALASSAEMIA THE OFFICIAL NEWSLETTER OF THE THALASSAEMIA SOCIETY OF PENANG

Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility

MOTIF UIORAN KAYU DI TUNJANG BAKAWALI SDN. BHD

Authorship Abu Bakar Ellah di dalam Telemovie Arahannya. Sydney Thomas Sibangan

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

HELAIAN DATA KESELAMATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 31 TAHUN 2007

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/AK01 ARAHAN KERJA PESANAN BAHAN MONOGRAF DAN MEDIA

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

\\\I\II\\\\\IIi\~I\i\II\~I~\~~\I[\I\II~\il\i[![\~\II\I\\\\II\ * *

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 2) 2015

SEKSYEN 1: Pengecaman bahan/campuran dan syarikat/perusahaan

Transcription:

TAJUK ESEI Apakah tujuan dan kepentingan Kod Etika Kaunselor?. Bincangkan bagaimana dan apakah prinsip-prinsip penting yang perlu diambilkira apabila anda diminta menggubal kod etika. Apakah cadangan dan penyelesaian yang dapat anda kemukakan jika terdapat percanggahan kod etika dengan undang-undang, polisi dan peraturan yang sedia ada?. Tujuan Kod Etika Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan professional mengikut profesion masing-masing. Sebagai contoh, kod etika yang dipakai oleh pakar dan pengamal kaunseling di Amerika Syarikat dinamakan Kod Etika Persatuan Kaunseling Amerika Syarikat atau ACA (American Counseling Association 2005). Manakala kod etika yang digunapakai oleh ahli psikologi di Amerika Syarikat dinamakan Prinsipprinsip Etika dan Kod Tatalaku Ahli Psikologi Persatuan Psikologi Amerika Syarikat atau singkatannya APA (American Psychology Association 2010). Di Malaysia juga mempunyai kod etika yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia (Lembaga Kaunselor Malaysia 2011). Kod etika ini menjadi pegangan bagi setiap pengamalan kaunseling di Malaysia dan kod ini perlu difahami oleh setiap pengamal kaunseling bersama-sama dengan Akta Kaunselor 580 (Rafidah Aga Mohd Jaladin dan Lau Poh Li 2013). Gladding, S.T. (2000) melihat kepada pengertian kod etika ditakrifkan satu set standard atau piawaian dan prinsip yang dibentuk oleh sesebuah organisasi bertujuan untuk memberi 1

panduan kepada ahli mengenai tingkah laku berinteraksi antara ahli dengan orang luar organisasi berkenaan. Kod etika bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor. Kod etika ini menggariskan standard perlakuan kaunselor dalam menjalin perhubungan professional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat. Tujuan dan kepentingan Kod Etika Kaunselor (KEK) Lembaga Kaunselor (Malaysia) mempunyai lima tujuan utama, iaitu untuk: 1 Menyediakan garis panduan bagi membantu kaunselor untuk bertindak secara profesional. Dengan yang demikian, mereka dapat memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik serta memupuk nilai-nilai profesion kaunseling dengan cara terbaik; 2 Mewujudkan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku beretika serta amalanamalan yang terbaik; 3 Membolehkan Lembaga Kaunselor (Malaysia) menjelaskan tanggungjawab etika semua kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor (Malaysia); 4 Memberi sokongan kepada misi Lembaga Kaunselor (Malaysia); dan untuk 5 Menjadi asas bagi memproses aduan dan pertanyaan mengenai etika yang ditujukan kepada kaunselor. Kepentingan Kod Etika Kaunselor : Setiap profesion yang melibatkan interaksi antara individu, memerlukan satu bentuk peraturan atau etika yang tersendiri bagi keperluan ahli-ahlinya. Etika memainkan peranan 2

yang penting sebagai satu garis panduan atau peraturan untuk menjaga profesionalisma kaunselor, kepentingan ahli serta perjalanan kaunseling sendiri. Swanson & Van Hoose (1977) yang menyatakan, Standard or code of ethics are designed to protect the public and also to give guidelines to practitioner so that difficulty with the law may be avoided by the person who follow the profesion s code, menguatkan lagi fakta tersebut. Di antara-antara kepentingan-kepentingan kod etika ialah; Memberi perlindungan kepada ahli dalam profesion kaunseling daripada sebarang tindakan yang boleh menyebabkan public condemnation (penghinaan masyarakat). Memberi perlindungan kepada klien daripada sebarang tindakan atau layanan yang tidak profesional, atau kecuaian pihak kaunselor. Sebagai pengukur kepada self-regulation dalam profesion itu sendiri. Melindungi kaunselor daripada tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkaraperkara yang tidak diingini bukan disebabkan oleh kesalahan kaunselor itu sendiri. Sebagai sokongan apabila berdepan situasi etika. Ini bermakna kod tidak menyelesaikan setiap masalah namun sebagai panduan untuk membuat keputusan/mencari penyelesaian Penguatkuasaan kod bermakna kaunselor memandang serius terhadap kebajikan klien dan orang awam. Di samping itu, kaunselor dapat menjaga reputasi profesion. Penggubalan kod memerlukan input ahli dalam penetapan piawai. Berdasarkan isu-isu yang berlaku, kod dapat digubal. Prinsip-prinsip penting untuk menggubal kod etika Prinsip-prinsip asas yang perlu diambil kira dalam menggubal kod etika adalah : 3

BENEFICENCE NON-MALEFICENCE FIDELITY JUSTICE AUTONOMY VERACITY a. Autonomi Berpandukan pada kehendak sendiri atau kebebasan klien untuk memilih arah mereka sendiri. Menghormati autonomi adalah dengan mengiktiraf hak orang lain untuk memilih dan bertindak sesuai dengan keinginannya dan berperilaku professional dan mengikut hak orang lain. Menurut ACA kaunselor menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien untuk menjaga kepentingan dan kebajikan klein; kaunselor harus mengelakkan keterbegantungan klien dalam membina hubungan kaunseling. b. Nonmaleficence Mengelakkan kerugian. ACA menyatakan dalam hubungan kaunseling, kaunselor sedar akan keakraban dan tanggungjawab yang wujud dalam hubungan kaunseling, mengekalkan rasa hormat pada klien dan mengelakkan tindakan bagi keperluan peribadi dengan klien menjadi mangsa. c. Beneficence Bermaksud kebaikan, iaitu membuat kebajikan bagi orang lain. Idealnya, kaunseling memberikan sumbangan untuk pertumbuhan untuk pertumbuhan dan perkembangan klien dalam konteks budaya mereka, sehingga apa-apa perkara yang dilakukan oleh kaunselor 4

mendapat pujian terhadap kriteria ini. Menurut ACA, tanggungjawab utama kaunselor adalah untuk menghormati martabat dan untuk memajukan kesejahteraan klien. d. Justice Keadilan, beerti memberikan perlakuan yang sama kepada semua orang. ACA pula menyatakan, kaunselor memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan mengabdikan sebahagian daripada kegiatan profesional mereka kepada perkhidmatan yang sebahagiannya atau tidak ada keuntungan kewangan. e. Fidelity Kesetiaan, bermaksud bahawa profesional membuat janji jujur dan menghormati komitmen mereka kepada mereka yang menerima perkhidmatan. ACA menyatakan ketika kaunseling bermula dan sepanjang proses kaunseling diperlukan, kaunselor memberitahu klien tentang tujuan, sasaran, teknik, prosedur, limitasi, potensi risiko dan manfaat perkhidmatan yang akan dilakukan dan maklumat berkaitan lain. Dengan kata lain melibatkan saling percaya dan hubungan teraputik di mana klien boleh mencari penyelesaian mereka sendiri. f. Veracity Kejujuran, bermaksud kebenaran. Melainkan kaunselor berpura-pura dengan klien, kepercayaan yang diperlukan untuk membentuk hubungan kerja yang baik tidak akan berkembang. ACA : Kaunselor mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa klien memahami implikasi daripada diagnosis, tujuan penggunaan ujian dan laporan, kos dan tatacara bayaran. Klien mempunyai hak mengharapkan kerahsiaan dikekalkan dengan penerangan had yang sepatutnya dan klien boleh menolak setiap perkhidmatan disyorkan dan diberi nasihat akibat daripada penolakan tersebut. 5

Cadangan dan penyelesaian yang dapat anda kemukakan jika terdapat percanggahan kod etika dengan undang-undang, polisi dan peraturan yang sedia ada 1. Perspektif Undang-undang : Model Fisher (2008) Fisher (2008) memperkenalkan satu model etika sebagai panduan untuk kaunselor dalam melaksanakan tugas mereka berkenaan dengan isu-isu kerahsiaan, seperti berikut : Model Fisher (2008) membantu kaunselor untuk mengekalkan kerahsiaan dalam memberi perkhidmatan kaunseling dengan lebih berkesan. Berdasarkan kajian kes hipotetikal yang berikut diaplikasikan model tersebut dalam menyelesaikan isu yang berlaku. 2. Perspektif Undang-undang : Model Corey Secara umumnya, profesional kesihatan mental mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu : i) Melindungi keselamatan masyarakat daripada klien yang berpotensi berbahaya. ii) Melindungi klien daripada ancaman diri sendiri (privasi dan keselamatan klien). 6

Justeru kesinambungan antara mengekalkan kerahsiaan klien dan melindungi keselamatan masyarakat dalam cara yang beretika merupakan satu cabaran untuk kaunselor. Ini juga merupakan salah satu cabaran etika utama yang dihadapi oleh profesional kesihatan mental di seluruh dunia. Corey dan rakan-rakan (2010) memperkenalkan garis panduan umum untuk kaunselor dalam melaksanakan kewajipan memberi amaran. Model ini merangkumi lapan langkah seperti berikut : a) Mendapatkan persetujuan termaklum. b) Membuat perancangan awal menerusi perundingan. c) Menyediakan pelan kontijensi. d) Mendapatkan insuran liabiliti profesional. e) Melibatkan klien dalam proses perbincangan tentang isu kerahsiaan dan batasannya. f) Mendapatkan maklumat sejarah klien secara terperinci. g) Dokumen secara bertulis. h) Melaksanakan prosedur untuk memberi amaran. Selain daripada kewajipan memberi amaran, kaunselor bertanggungjawab untuk melindungi klien dan masyarakat daripada ancaman yang berpotensi diakibatkan oleh klien yang berbahaya atau berniat untuk membunuh diri. Justeru, garis panduan berikut membantu profesional dalam mengendalikan klien yang ganas atau berniat untuk membunuh diri : a) Memeriksa dan memastikan dokumen persetujuan termaklum adalah jelas. b) Mendapatkan butir-butir dan kontak peguam daripada organisasi profesional. c) Mengkaji kod etika organisasi profesional anda (di Malaysia Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor Malaysia digunakapakai) mengenai isu-isu yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling. d) Berkenalan dan mendapatkan kontak profesional yang berpengalaman dalam menangani klien yang berbahaya atau ganas. e) Jika keganasan klien di kesan pada peringkat awal temu bual, cuba dapatkan rekod klinikal daripada profesional kesihatan mental yang pernah berjumpa dengan klien tersebut, sekiranya klien pernah mendapatkan rawatan kesihatan mental sebelumnya. 7

f) Mengambil bahagian dalam sekurang-kuranganya satu bengkel berkaitan dengan penilaian dan pengurusan klien yang berbahaya. Kajian Kes Suhaya berdasarkan Perspektif Undang-undang Model Fisher (2008) Suhaya merupakan seorang gadis berbangsa Melayu dan beragama Islam yang berumur 16 tahun dihantar oleh ibu bapa untuk berjumpa dengan kaunselor. Pada sesi pertama, kaunselor berjumpa dengan Suhaya dan ibu bapa bersama-sama. Kaunselor menjelaskan tentang isu kerahsiaan dan maklumat yang dibincangkan dengan Suhaya tidak akan didedahkan kepada ibu bapa tanpa persetujuan Suhaya. Ibu bapa Suhaya menunjukkan pemahaman bahawa kerahsiaan adalah diperlukan untuk membangunkan kepercayaan antara suhaya dengan kaunselor. Pada mulanya, Suhaya berasa ragu-ragu untuk menghadiri sesi kaunseling. Tetapi selepas menjalankan beberapa sesi dengan kaunselor, dia mendedahkan bahawa dia terfikir untuk membunuh diri. Ibu bapa Suhaya tidak mengetahui tentang niat membunuh diri, kerana dia tidak pernah memberitahu mereka atau sesiapa mengenai perkara ini. Menurut Suhaya, ibu bapanya tidak menyukai teman lelakinya yang bernama Fitri. Mereka membantah perjumpaan Suhaya dengan Fitri serta merancang untuk mengatur perkahwinannya dengan seorang sepupu. Oleh sebab itu, Suhaya telah merancang pelan untuk membunuh diri tetapi belum berpeluang untuk melaksanakannya. Penyelesaian isu Dalam kes kaunseling, kes Suhaya dikategorikan sebagai kaunseling krisis kerana melibatkan kesan etika dan undang-undang kerahsiaan yang serius. Sebagai kaunselor prfesional, 8

persediaan untuk berhadapan dengan semua jenis klien termasuk klien yang berniat untuk membunuh diri adalah amalan yang penting. Aplikasi Model Fisher (2008) dalm kes Suhaya dijelaskan seperti berikut : Langkah Pertama : Persediaan a) Apakah pandangan kod etika terhadap isu ini? Kod Etika ACA (2005) menyatakan pada perkara B.2.a. Keperluan umum bahawa kaunselor perlu menyimpan maklumat rahsia tidak lagi terpakai, jika pendedahan diperlukan bagi melindungi klien atau orang lain yang dikenalpasti daripada kemudaratan yang serius dan dan yang boleh diramalkan, atau apabila undang-undang mengkehendaki yang maklumat rahsia mesti didedahkan. Kaunselor hendaklah berunding dengan professional lain apabila mereka berada dalam keadaan tidak pasti tentang kesalahan sesuatu kekecualian itu. Pertimbangan tambahan perlu digunakan apabila meneliti isu-isu akhir hayat. b) Secara amnya, semua agama sama ada Islam, Buddha, Hindu dan Kristian, melarang penganutnya membunuh diri. Namun, dalam hal ini kaunselor perlu melihat kepada nilai peribadi klien berkenaan membunuh diri. Dalam kes Suhaya jika mengikut hukum agama Islam adalah haram membunuh diri tanpa kebenaran sesuatu. Menurut pandangan Ibnu Daqiq al-a id hadith ini suatu dalil menyatakan bahawa membunuh diri sendiri atau orang lain adalah berdosa besar. c) Drafkan dokumen persetujuan termaklum untuk menghuraikan kerahsiaan dan batasannya dalam bahasa yang jelas. Bermaksud di sini kaunselor perlu menyediakan draf dokumen persetujuan termaklum untuk Suhaya. 9

Langkah Kedua : Memaklumkan Kebenaran Kepada Klien secara lurus Ini merupakan satu bahagian kaunselor dikehendaki untuk menunjukkan profesionalisme dalam amalan kaunseling. Kaunselor mesti mendidik klien mengenai batasan kerahsiaan dan memastikan klien memahami konsep ini supaya menerima batasan kerahsiaan itu sebagai satu syarat sebelum memulakan hubungan teraputik dengan klien. Langkah Ketiga : Memperoleh Persetujuan Sebelum Membuat Pendedahan Selepas klien telah memahami kepentingan kerahsiaan dan batasannya, klien dikehendaki untuk menandatangani dokumen persetujuan termaklum sebagai bukti sebelum kaunselor membuat sebarang pendedahan (pendedahan hanya dibuat apabila yang dituntut oleh undangundang yang tidak dapat dielakkan). Langkah Keempat : Bertindak secara beretika terhadap permintaan undang-undang untuk pendedahan. Pada peringkat ini kaunselor perlu maklumkan kepada klien bahawa pendedahan tanpa persetujuan klien dibuat atas tuntutan undang-undang dan pendedahan maklumat sulit dihadkan iaitu maklumat yang diperlukan oleh undangundang sahaja. Langkah Kelima : Mengelakkan pendedahan kerahsiaan yang boleh dielakkan. Ini bermaksud pendedahan maklumat tertakluk kepada maklumat yang diperlukan oleh undang-undang sahaja dengan tidak sewenang-wenangnya didedahkan kepada pihak lain seperti wartawan akhbar atau media sosial yang lain. Langkah Keenam : Berbincang tentang kerahsiaan. 10

Pada peringkat ini kaunselor perlu lebih peka dengan isu kerahsiaan iaitu dengan berusaha meningkatkan pemahaman diri dan amalan yang berkaitan dengan kerahsiaan. Mungkin kaunselor boleh membuat rujukan dan pembacaan berkaitan isu kerahsiaan dan pendedahan kepada undang-undang. Kesimpulan Kerahsiaan merupakan antara isu etika yang mencabar kepada para kaunselor. Selain daripada kewajipan kaunselor kepada klien, kaunselor atau ahli psikoterapi juga mempunyai tanggungjawab kepada agensi mereka, masyarakat, ahli keluarga klien dan kepada diri mereka sendiri. Justeru, pematuhan kepada kod etika yang dipegang sangat membantu dalam melaksanakan profesion sebagai seorang kaunselor. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan profesion kaunselor pada masa akan dating. Rujukan. ACA Code of Ethics 2014. Akta Kaunselor Malaysia 580. (1998). Corey, C., Corey, M. S., & Callahan, P. (2003). Issues and ethics in the helping professions. (6th ed). New York: Brooks / Cole Publishing. Kod Etika Kaunselor : Lembaga Kaunselor Malaysia. 11

Rafidah Aga Mohd Jaladin & Lau Poh Li. (2013). Isu Profesional dan Etika. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Welfel ER, Ethics in Counseling and Psychotherapy: Standards, Research, and Emerging Issues, 2 nd Ed, 2002, Brooks/Cole https://masjidassyakirin.wordpress.com 12