KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

Similar documents
EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

Iffl Iffi Iffi Iffi II ilihill III III

DESIGN AND FABRICATION OF HANDY DISC LOOSE COCONUT PALM COLLECTOR MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN SHAHARUDDIN

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

(HURUF BESAR) Tarikh:_

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. VIABILITY AND VIGOR OF DURA, PISIFERA AND TENERA OIL PALM (Elaeis guineensis Jacq.) POLLEN

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

PEMODELAN SIRI MASA KEPEKATAN BAHAN PENCEMAR UDARA 03, PMlO DAN JEREBU MENERUSI PENDEKATAN KALUT

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. DEVELOPMENT AND OXIDATIVE STABILITY OF PISTACHIO (Pistacia vera L.) SPREAD

N0P0QRRS0

Sintesis dan Sifat Termal Natrium Kanji Sulfat Dioscorea pentaphylla (Synthesis and Thermal Properties of Dioscorea pentaphylla Sodium Starch Sulfate)

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

SIFAT MEKANIKAL BAGI RENCAM KAYU CFRP DI BAWAH PEMBEBANAN LENTURAN SHAMSUDIN BIN MAT ISA

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

Sains Malaysiana 47(8)(2018):

NG SHU CHIN MASTER OF SCIENCE 2006

PENILAIAN PENGETAHUAN

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

EFFECTS OF POSTHARVEST HOT WATER TREATMENT ON PHYSIOLOGICAL AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF EKSOTIKA II PAPAYA DURING RIPENING

PENILAIAN PENGETAHUAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MULTIPURPOSE BIO FERTILIZER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECT OF MEDIUM FORMULATION AND CULTURE CONDITION ON GROWTH AND PLASMID STABILITY OF RECOMBINANT LACTOCOCCUS LACTIS AM3

CIRI FIZIKO-KIMIA BUAH KARANDA (Carissa carandas) DAN SIFAT BERFUNGSI PASTILNYA KHUZMA BINTI DIN

MALAYSIA PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BULANAN MONTHLY EXTERNAL TRADE STATISTICS

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

Q1 Gender / Jantina:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERUBAHAN BUAH CIKU (ACHRAS SAPOTA L.) SEMASA PERKEMBANGAN DAN KESAN SUHU SERTA PEMBUNGKUSAN SEMASA PENYIMPANAN TAUFIK

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

AZLIYA BINTI ABD RAHMAN. A thesis submitted in fulfillment of the requirements for the award of the degree of Bachelor of Chemical Engineering

BAB 1 PENGENALAN. kajian, penyataan masalah, kepentingan kajian, objektif kajian, soalan kajian serta

Tandatangan Nama Penyelia II

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

PHYSICAL PROPERTIES OF SOURSOP (ANNONA MURICATA) POWDER PRODUCED BY SPRAY DRYING KHAIDATUL HASNI BTE MOHAMAD AYIT

EKSPLORASI KULIT KAYU

THESIS. Submitted to The Faculty of Agricultural Technology in partial fulfillment of the requirements for obtaining the Bachelor Degree

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA AEROBIC MESOPHILIC BACTERIA AND SENSORY QUALITIES OF YELLOW ALKALINE NOODLES DURING STORAGE SITI SUWAIBAH ABD GHAFFAR

UNIVERSITI MALAYSIA SABAR. BORANG PENGESAl-IAN STATUS TESIS SESI PENGAJJAN:

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Licenced to Zhulian Corporation / Downloaded on : 11-Apr-2008 / Single user licence only, copying and networking prohibited

I Malaysia Sa bah deng'ilo syarat-syarat kegunun scperti beril.-ut:

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Operations Review REVENUE / HASIL 0.03% 15.26% 0.03% 47.82% 36.89% 48.00% 15.27% 36.70% RM1, Million / Juta 1999/2000

RISALAH DATA KESELAMATAN Mengikut Peraturan (EC) No 453/2010

COCONUT HUSK REMOVER MOHD HAZIQ BIN NORDIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. DEVELOPMENT OF BULK PACKAGING AND STORAGE OF SHALLOT (Allium ascalonium) PUREE NOOR AZIZAH BINTI AHMAD FSMB

MEMBINA KECERDASAN HATI PELAJAR

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FACTORS AFFECTING GLUTEN PRODUCTION AND ITS RHEOLOGICAL CHARACTERIZATIONS DAYANG NORULFAIRUZ BINTI ABANG ZAIDEL FK

EKSPERIMENTASI KOMBINASI TEKNIK SULAM DAN CETAK DARIPADA KULIT KAYU TEKALONG UNTUK REKAAN BEG. Anastasia Anak Hyacinth

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DIELECTRIC PROPERTIES OF OIL PALM MESOCARP AT VARIOUS STAGES OF MATURITY ZAHARIAH ZAKARIA FSAS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM

SHELL GET MORE VALUE OUT OF RM1 - TERMS AND CONDITIONS (ENGLISH)

Sains Malaysiana 47(2)(2018):

REKA BENTUK KERUSI BERASASKAN KAYU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL

The Physico-chemical Changes in Ciku (Achras sapota L.) of Jantung Variety

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (HURUF BESAR)

PEMBANGUNAN BROWNIECOKLAT DENGAN PURl SAYUR ESTERYNNA EMMIE SYLVESTER HN

Transcription:

Jurnal Mekanikal Jun 2002, Bil. 13, 89-94 KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT Mohammad Nazri Mohd. Jaafar Farid Nasir Ani Azizi mustapa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai JOHOR ABSTRAK Kertas kerja ini menerangkan kajian keberkesanan kaedah pembekalan udara berperingkat bagi mengurangkan pancaran (emisi) dari pem bakar lapisan tetap. Penggunaan udara berperingkat dapat mengurangkan penghasilan gas emisi yang berbahaya dengan melengkapkan proses pem bakaran bahan api iaitu berlaku proses pengoksidaan yang lengkap kepada unsur-unsur di dalam bahan bakar semasa tindakbalas kimia berlaku. Hasil ujikaji menunjukkan penambahan udara berperingkat semasa pem bakaran dapat mengurangkan peratus pembentukan nitrogen oksida, NOx sebanyak 50% dan karbon monoksida, CO sebanyak 25% berbanding pem bakaran yang dilakukan tanpa kehadiran udara tambahan. K adar pengurangan emisi semasa pem bakaran bergantung kepada beberapa param eter iaitu kadar alir udara tambahan dan utama, kaedah suapan bahan bakar dan kadar suapan bahan bakar. Kesimpulannya udara berperingkat terbukti boleh mengurangkan kadar penghasilan emisi tetapi ia bergantung kepada beberapa param eter yang m esti dikawal bagi membolehkan ia dikawal pada tahap paling optimum. 1.0 PENGENALAN Pembakaran merupakan proses untuk menghasilkan tenaga secara kimia iaitu apabila bahan bakar bertindakbalas dengan oksigen dari udara [1]. Pembakaran telah lama digunakan oleh industri untuk menghasilkan tenaga. Bahan bakar yang biasa digunakan ialah dari sumber tenaga fosil seperti petroleum, gas asli, arang batu dan sebagainya. Bagaimanapun diketahui bahawa sumber ini adalah terhad, mahal dan lama kelamaan akan habis apabila penggunaannya tidak dikawal. Oleh itu satu altematif baru perlu dicari untuk menggantikan sumber tenaga fosil ini dan salah satu kaedah yang didapati ialah dengan menggunakan tenaga biojisim [2]. Tenaga biojisim ialah tenaga yang dihasilkan oleh sisa biojisim apabila ia dibakar. Sisa biojisim adalah bahan buangan daripada sisa tumbuhan seperti kayu-kayan, arang batu, sekam padi, tempurung kelapa dan pelbagai lagi. Tanpa disedari pembakaran sisa biojisim untuk menghasilkan tenaga ini telah menjadi satu kaedah yang penting pada masa kini kepada industri-industri kerana ia bukan sahaja mudah untuk didapati malahan murah yang sekaligus dapat mengurangkan 89

kos pengeluaran sesebuah industri. Pembakaran sisa biojisim juga membantu mengurangkan sisa pertanian dan membantu dalam usaha pelupusannya. Namun pembakaran sisa ini juga mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar kerana ianya mencemarkan udara akibat gas-gas yang dilepaskan semasa pembakaran. Kejadian-kejadian seperti hujan asid dan jerebu yang semakin kerap melanda negara amat membimbangkan. Ianya terjadi akibat kehadiran sulfur dioksida dan zarah-zarah halus dalam udara [3]. Oleh itu beberapa kajian telah dilakukan secara efektif dan segera serta undang-undang yang lebih tegas telah digubal semata-mata untuk mengatasi masalah yang semakin membimbangkan ini. Antara kaedah yang Sedang giat dibangunkan sekarang ini ialah pembakaran secara berperingkat yang mana didapati boleh mengurangkan kadar pencemaran. Dalam kaedah ini, penghantaran sebahagian daripada jumlah udara pembakaran dibuat di atas permukaan plat pengagihan selepas pembakaran utama dijalankan. Kerja-kerja awal kaedah ini ke atas pembakar lapisan terbendalir telah menunjukkan hasil yang agak memberangsangkan [4, 5]. 2.0 PELANTAR PENGUJIAN Pelantar terdiri daripada lima komponen utama iaitu reaktor pembakaran, sistem penyuapan bahan bakar, saiklon, serombong dan penghembus udara (Rajah 1). Rajah 1 Radas ujikaji 90

Reaktor pembakaran terdiri daripada empat bahagian boleh pisah yang membolehkan ia mudah untuk dikendalikan. Setiap bahagian disambungkan dengan menggunakan bolt dan nat M8 x 25. Pada bahagian atas adalah serombong yang bertindak untuk mengalirkan gas keluar dari kebuk. Pada bahagian bawah sekali ialah kedudukan kebuk di mana lapisan bagi tujuan pembakaran diletakkan. Lapisan tetap dibuat daripada jaring keluli tahan karat dengan lubang bersaiz 2 x 2 mm dan keluasan merangkumi 20 x 20 cm. Bahan bakar yang digunakan di dalam ujikaji ini ialah tempurung kelapa sawit terhancur yang bersaiz di antara 1.18 mm hingga 4.25 mm. Operasi pembakaran dimulakan dengan api pada bahagian prapanas dihidupkan sehingga suhu pada pengganding haba mencapai 300 C. Pada keadaan ini, udara utama dihembus pada kadar alir yang rendah. Sedikit bahan bakar bercampur kerosin dibekalkan ke dalam kebuk dan dinyalakan. Suapan bahan bakar dibekalkan sedikit demi sedikit selepas itu yang bertujuan untuk meningkatkan suhu kebuk sekitar 500-600 C. Nyalaan api pada bahagian prapanas ditutup manakala udara dari penghembus ditingkatkan ke kadar alir yang dikehendaki setelah suhu kebuk mencapai 700 C. Kadar suapan yang dikehendaki mula dibekalkan apabila suhu di dalam kebuk mula stabil. Kadar pancaran gas diukur selepas itu menggunakan penganalisis gas ekzos MSI Dragger. Tujuh bacaan diambil sebelum aliran udara tambahan mula dibekalkan. Bacaan emisi dengan kehadiran udara tambahan dicatatkan dan nilai ini digunakan dalam perbandingan bagi menguji keberkesanan kaedah pemberian udara berperingkat. 3.0 KEPUTUSAN UJIKAJI DAN PERBINCANGAN Rajah 2 menunjukkan perbandingan pancaran NO* yang terhasil bagi dua keadaan ujikaji iaitu dengan aliran berperingkat dan tanpa aliran berperingkat. Rajah 2 Graf pancaran NOx melawan kadar suapan 91

Dari graf, didapati bahawa kadar penghasilan N 0 X bagi kedua-dua ujikaji meningkat apabila kadar suapan bahan bakar ditingkatkan. Dapat juga diperhatikan, lengkung penghasilan NOx adalah lebih rendah bagi pembakaran dengan udara berperingkat berbanding pembakaran tanpa udara berperingkat yang menunjukkan terdapat pengurangan penghasilan N 0 X bila udara berperingkat dialirkan semasa proses pembakaran. Peratus pengurangan bila ditambah udara tambahan bagi kadar suapan 20 g/min adalah sebanyak 49.92% manakala bagi kadar suapan 23.5 g/min adalah sebanyak 37.04%. Pengurangan penghasilan NOx ini berlaku kerana apabila udara tambahan dibekalkan semasa pembakaran, suhu kebuk menurun yang mengurangkan proses kimia penghasilan N 0 Xyang berlaku pada suhu yang tinggi [6], Rajah 3 menunjukkan kadar emisi karbon monoksida, CO melawan kadar suapan bahan bakar. Didapati kedua-dua lengkung iaitu pembakaran dengan dan tanpa kehadiran udara tambahan mencatatkan peningkatan dengan pertambahan kadar suapan, tetapi nilai penghasilan CO adalah lebih rendah bagi ujikaji dengan kehadiran udara tambahan. Keadaan sedemikian berlaku kerana apabila kadar suapan bahan bakar ditambah, lebih banyak unsur karbon terdapat semasa pembakaran yang menghasilkan samada CO ataupun CO2 bergantung kepada proses pengoksidaan samada lengkap ataupun tidak. Dengan kehadiran udara tambahan, memberikan lebih oksigen, O2 untuk CO ataupun karbon yang masih tidak dioksidakan sepenuhnya untuk bertindakbalas membentuk CO2. Peratus pengurangan sebanyak 20.11 % dicatatkan bagi kadar suapan 20 g/min manakala bagi kadar suapan 23.5 g/min, pengurangan adalah sebanyak 7.35%. 1400 1300-1200 1100-1 V> i UJ 1000 900 800 20 22 kadar suapan (g/min) 23.5 Rajah 3 Graf pancaran CO melawan kadar suapan bahan bakar Bagi peratus kandungan oksigen, % 02, didapati nilainya semakin berkurang dengan pertambahan kadar suapan (Rajah 4). Ini kerana terdapat lebih banyak karbon yang bertindakbalas dengan oksigen yang mengurangkan kandungan O2. Namun kandungan % 02 bagi ujikaji dengan kehadiran udara tambahan secara puratanya lebih tinggi dari pembakaran tanpa udara tambahan. Ini menunujukkan 92

pembakaran masih tidak lengkap di mana masih terdapat peratus O2 yang tidak dioksidakan sepenuhnya yang menghasilkan CO semasa pembakaran. 14.5 13.5 13 12 11.5 20 22 kadar suapan (g/min) 23.5 Rajah 4 Graf % 02 melawan kadar suapan bahan bakar Penghasilan karbon dioksida, %CC>2 didapati nilainya semakin naik dengan pertambahan kadar suapan. Dari Rajah 5, dapat dilihat lengkung pada graf dengan ujikaji berserta udara tambahan meningkat secara mendadak pada kadar suapan 23.5 g/min. Ini kerana penambahan udara tambahan memberikan udara yang lebih untuk karbon dalam bahan bakar bertindakbalas untuk mengasilkan C 0 2. 13.60 13.40 13.20 13.00 o O 12.80 12.60 12.40 12.20 12.00 20 22 kadar suapan (g/min) 23.5 Rajah 5 Graf %CC>2 melawan kadar suapan bahan bakar 93

4.0 KESIMPULAN Berdasarkan kepada ujikaji yang dilakukan, didapati nilai emisi NOx dan CO bertambah dengan pertambahan kadar suapan bahan api. Nilai emisi yang tinggi ini berjaya dikurangkan sebanyak 50 % bagi NO* manakala sebanyak 25 % bagi pancaran CO apabila kaedah pembekalan udara tambahan/berperingkat digunakan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kaedah pembekalan udara tambahan/berperingkat berjaya mengurangkan kadar penghasilan emisi berbahaya dari pembakar lapisan tetap. RUJUKAN 1. Clement, Raymond and Kagel, Ron, 1990, Emissions from Combustion Processes: Origin, Measurement, Control, Michigan, USA, Lewis Publishers, Inc. 2. De Nevers, Noel, 1995, Air Pollution Control Engineering, 2nd ed., University of Utah, USA, McGraw-Hill. 3. Flagan, Richard C. and Seinfeld, John H., 1988. Fundamentals o f Air Pollution Engineering, New Jersey, USA: Prentice-Hall Inc. 4. Mohammad Nazri Mohd. Jaafar, Farid Nasir Haji Ani, Ainul Hayati Yunus, Aplikasi Udara Berperingkat Bagi Mengurangkan Pancaran Dalam Pembakar Lapisan Terbendalir, Malaysian Science & Tecnology Congress 2000 pada 7-9hb. November 1999 di Awana Hotel, Genting Highlands. 5. Mohammad Nazri Mohd. Jaafar, Farid Nasir Haji Ani, Loh Kar Yee, Pengurangan Emisi dari Pembakar Lapisan Terbendalir Melalui Pembakaran Udara Berperingkat, Malaysian Science & Tecnology Congress 2001 pada 8 - lohb. Oktober 2001 di Melaka. 6. Gardiner, William C. Jr., 1984, Combustion Chemistiy, New York, USA: Springer-Verlag Inc. 94