KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA ARAHAN PENTADBIRAN PROGRAM REFLEKSI DAN HALA TUJU PENGURUSAN UPNM 2018 22 HINGGA 26 JANUARI 2018 KEM KONGKOI, JELEBU, NEGERI SEMBILAN 1.0 PENGENALAN 1.1 Program Refleksi Dan Hala Tuju Pengurusan UPNM 2018 akan melibatkan semua Ketua-ketua FPJB, Ketua-Ketua Jabatan Fakulti/Pusat, Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Akademik Dan Bukan Akademik), NADIMASA PERINTIS dan KESUPNA. 1.2 Program bertujuan untuk melihat semula pencapaian bagi tahun 2017 dan persediaan kepada segala perancangan dan pelaksanaan program bagi Tahun 2018 secara efektif dan efisyen. 1.3 Selain itu, Program juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pengurusan tertinggi dan staf. Program ini akan diisi dengan aktiviti perbincangan, serta aktiviti riadah berkonsepkan outdoor termasuk aktiviti team building, menembak dan survival skills. 2.0 TUJUAN 2.1 Arahan ini bertujuan untuk menyelaraskan tugas dan tanggungjawab dalam aspek pentadbiran termasuk pengurusan peserta, keperluan penginapan dan logistik, rancangan aktiviti, pengangkutan, sajian, perubatan, serta liputan video dan fotografi agar program dapat dilaksanakan dengan sempurna dan teratur. Mukasurat 1 daripada 8
3.0 OBJEKTIF 3.1 Objektif program ini adalah seperti berikut: a. Refleksi kepada pencapaian UPNM sepanjang tahun 2017. b. Persediaan kepada segala perancangan dan pelaksanaan program bagi Tahun 2018 secara efektif dan efisyen. c. Membincangkan hal ehwal perancangan strategi Universiti melalui pertukaran pendapat dan idea. d. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Pengurusan Tertinggi dan staf Universiti melalui pelbagai pengisian aktiviti sepanjang program. 4.0 PELAKSANAAN 4.1 Rancangan Am Program akan dilaksanakan dalam 2 Siri seperti berikut: a. Siri I - 22 hingga 23 Januari 2018 b. Siri II - 24 hingga 26 Januari 2018 4.2 Maklumat Program Maklumat lanjut pelaksanaan program ini adalah seperti berikut: a. Tempat : Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan b. Penglibatan : Senarai peserta mengikut Siri seperti di Lampiran A dan Lampiran B. c. Jadual Pergerakan pergi dan balik: Seperti di Lampiran C. d. Keperluan peralatan yang perlu dibawa oleh peserta: i. Pakaian Lapangan UPNM (Hari pertama: 22 dan 24 Januari 2018) ii. Alatan mandi termasuk tuala iii. Selipar dan kasut but/kasut sukan Mukasurat 2 daripada 8
iv. Pakaian untuk aktiviti outdoor v. Ubat-ubatan peribadi 4.3 Tentatif Program Tentatif program yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut: Tarikh : 22 Januari 2018 (Isnin) SIRI I ( 22 23 JANUARI 2017) (PENGURUSAN TERTINGGI) 1. Peserta Bertolak dari UPNM ke Kem Kongkoi 8.00 pagi 2. Peserta Tiba di Kem Kongkoi - Pendaftaran - Minum Pagi 3. SLOT 1 - REFLEKSI 2017 Kejayaan UPNM Cabaran Universiti 4. - Makan Tengahari - Urusan bilik penginapan 12.30 tghari - Persiapan diri 5. - Solat (Jamak) 1.26 petang 6. SLOT 2 PERBINCANGAN ISU STRATEGIK Hal Ehwal Staf (Kepimpinan/Laluan Kerjaya/ LPPT) Imej UPNM 7. - Minum petang - Aktiviti Riadah 8. - Solat (Jamak) - Makan Malam 9. SLOT 3 PERBINCANGAN ISU AKADEMIK Pencapaian Pelajar Kurikulum Asasi Al Ghazali Dialogue Pengajaran dan Pembelajaran Pembentukan Tokoh Akademik 10. Supper / Tamat Hari Pertama 2.30 petang 4.30 petang 7.25 petang 8.30 malam 11.00 malam Mukasurat 3 daripada 8
Tarikh : 23 Januari 2018 (Selasa) 1. - Solat Subuh 6.03 pagi - Takzirah Subuh 2. Aktiviti Senaman 7.00 pagi 3. Sarapan pagi / Persiapan diri 7.30 pagi 4. SLOT 4 PEMBANGUNAN PELAJAR Perkhidmatan Kepada Pelajar 8.30 pagi Isu Dunia Digital 5. SLOT 5 PEMBENTANGAN OLEH AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN (ALK) 9.30 pagi Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) Pegawai Kadet 6. Minum Pagi 10.15 pagi 7. SLOT 6 MEMPERKASAKAN BUDAYA 10.30 pagi PENYELIDIKAN 8. SLOT 7 PERBINCANGAN HAL KEWANGAN Penjanaan Pendapatan 11.30 pagi Yuran Pelajar Belanja Mengurus FPJB 9. - Makan Tengahari 12.30 tghari 10. - Solat (Jamak) 1.26 petang - Tamat Hari Kedua 11. Bertolak balik ke UPNM * 2.00 petang * Pegawai Pengurusan dibenarkan balik dan datang semula pada 24 Januari (Rabu). Mukasurat 4 daripada 8
SIRI II ( 22 23 JANUARI 2017) (PENGURUSAN TERTINGGI / KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK) /NADIMASA /PERINTIS / KESUPNA ) Tarikh : 24 Januari 2018 (Rabu) 1. Peserta Bertolak dari UPNM ke Kem Kongkoi 8.00 pagi 2. Peserta Tiba di Kem Kongkoi - Pendaftaran - Minum Pagi 3. SLOT 1 - REFLEKSI 2017 Kejayaan UPNM Cabaran 4. - Makan Tengahari - Urusan bilik penginapan 12.30 tghari - Persiapan diri 5. - Solat (Jamak) 1.26 petang 6. SLOT 2 PERBINCANGAN ISU DOMESTIK Kepimpinan Laluan Kerjaya Pengukuhan Skim Perkhidmatan 7. - Minum petang - Aktiviti Riadah 8. - Solat (Jamak) - Makan Malam 9. SLOT 3 MEMPERKASAKAN BUDAYA PENYELIDIKAN 10. SLOT 4 PENYATUAN DAN KECEMERLANGAN UPNM 11. Supper / Tamat Hari Kedua 2.30 petang 4.30 petang 7.25 petang 8.30 malam 9.30 malam 11.00 malam Mukasurat 5 daripada 8
Tarikh : 25 Januari 2018 (Khamis) 1. - Solat Subuh 6.03 pagi - Takzirah Subuh 2. Aktiviti Senaman 7.00 pagi 3. Sarapan pagi / Persiapan diri 7.30 pagi 4. Aktiviti Riadah / Outdoor / Team Building 8.00 pagi Abseiling / Repelling / Menembak 5. Minum Pagi 10.30 pagi 6. Aktiviti Riadah / Outdoor/ Team Building Abseiling / Repelling / Menembak 11.00 pagi 7. - Solat (Jamak) - Makan Tengahari 1.26 petang 8. Aktiviti Riadah / Outdoor/ Team Building Demonstrasi Survival skills 2.30 petang 9. Minum petang 4.30 petang 10. Solat (Jamak) / Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat 7.25 petang 11. Makan Malam (BBQ) 8.30 malam 12. Tamat Hari Kedua 11.00 malam Tarikh : 26 Januari 2018 (Jumaat) 1. - Solat Subuh 6.03 pagi - Takzirah Subuh 2. Aktiviti Senaman 7.00 pagi 3. Sarapan pagi / Persiapan diri 7.30 pagi 4. SLOT 4 RESOLUSI HALATUJU / PENUTUP 8.00 pagi 5. Minum Pagi 6. Bertolak balik ke UPNM 10.30 pagi Mukasurat 6 daripada 8
5.0 PENTADBIRAN 5.1 Urusetia program Program akan diurusetiakan dan dikoordinasikan oleh Pejabat Naib Canselor, Jabatan Pendaftar dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). 5.2 Rancangan Aktiviti 5.2.1 Jurulatih Kem Kongkoi diberi tanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti luar termasuk team building, survival skills dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian. Jurulatih Kem Kongkoi diminta menguruskan aktiviti repelling dan abseiling dengan kerjasama Jurulatih Akademi Latihan Ketenteraan pada 25 Januari 2018 (Khamis). 5.3.3 Akademi Latihan Ketenteraan diberi tanggungjawab untuk menguruskan aktiviti menembak, repelling dan abseiling dengan kerjasama Jurulatih Kem Kongkoi pada 25 Januari 2018 (Khamis). 5.2.2 Pusat Islam diberi tanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti keagamaan. 5.3 Keperluan penginapan dan logistik 5.3.1 Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan (JPP) diberi tanggungjawab untuk menguruskan keperluan logistik termasuk persiapan meja, kerusi banquet, papan putih, rostrum dan sistem siaraya (PA system) di lokasi program. 5.3.2 Pejabat Naib Canselor, Jabatan Pendaftar dan Jurulatih Kem Kongkoi diberi tanggungjawab untuk menguruskan keperluan dan pembahagian bilik penginapan kepada semua peserta. 5.4 Keperluan Peralatan ICT 5.4.1 Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi diberi tanggungjawab menguruskan petugas dan keperluan peralatan ICT yang berkaitan termasuk komputer riba, LCD projector dan kemudahan WIFI di Lokasi Slot Perbincangan (Surau : 22-23 Januari / Dewan Makan : 24 26 Januari). Mukasurat 7 daripada 8
5.5 Pengangkutan 5.6 Sajian 5.5.1 Bahagian Kenderaan, Jabatan Pendaftar diberi tanggungjawab untuk menguruskan keperluan pengangkutan termasuk pemandu bertugas mengikut tentatif jadual pergerakan yang telah ditetapkan. 5.6.1 UPNM Holdings Sdn Bhd diberi tanggungjawab untuk menguruskan sajian sepanjang program mengikut tentatif jadual dan menu yang telah dipersetujui. 5.7 Perubatan 5.7.1 Pegawai Perubatan, Pusat Kesihatan UPNM dikehendaki menyediakan seorang doktor atau paramedik untuk bertugas sepanjang program berlangsung. 5.8 Liputan Video dan Fotografi 5.8.1 Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa diberi tanggungjawab mengkoordinasi liputan video dan fotografi termasuk staf bertugas sepanjang program berlangsung. 5.9 Rekod Dokumentasi Resolusi 6.0 PENUTUP 5.9.1 Jabatan Pendaftar dan diberi tanggungjawab untuk menguruskan Rekod Dokumentasi Resolusi. Semua yang terlibat dikehendaki mematuhi arahan ini agar Program Refleksi Dan Hala Tuju Pengurusan UPNM 2018 berlangsung dengan jayanya. KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI Saya yang menurut perintah, RAFIZUL BIN ROZLEE Pegawai Khas kepada Naib Canselor S.K Yang Berbahagia Naib Canselor Mukasurat 8 daripada 8