BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

Q1 Gender / Jantina:

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

PENILAIAN PENGETAHUAN

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

PENILAIAN PENGETAHUAN

Tandatangan Nama Penyelia II

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

Kiosk 4 COP SYARIKAT

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

3.1 Terima dokumen dari Pejabat Pendaftar, PTJ, staf dan pelajar. Penyata lantikan baru. Arahan potongan gaji. Arahan perubahan gaji dan elaun

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

\\\I\II\\\\\IIi\~I\i\II\~I~\~~\I[\I\II~\il\i[![\~\II\I\\\\II\ * *

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

RIWAYAT HIDUP ABSTRAK ABSTRACT UCAPAN TERIMA KASIH DAFTAR ISI DAFTAR TABEL DAFTAR GAMBAR DAFTAR LAMPIRAN BAB I PENDAHULUAN

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. VIABILITY AND VIGOR OF DURA, PISIFERA AND TENERA OIL PALM (Elaeis guineensis Jacq.) POLLEN

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

REKA BENTUK KERUSI BERASASKAN KAYU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

EFFECTS OF POSTHARVEST HOT WATER TREATMENT ON PHYSIOLOGICAL AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF EKSOTIKA II PAPAYA DURING RIPENING

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENGESAHAN PEMERIKSAAN TESIS

Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

(HURUF BESAR) Tarikh:_

EKSPLORASI KULIT KAYU

Sains Malaysiana 47(8)(2018):

MEMBINA KECERDASAN HATI PELAJAR

EKSPERIMENTASI KOMBINASI TEKNIK SULAM DAN CETAK DARIPADA KULIT KAYU TEKALONG UNTUK REKAAN BEG. Anastasia Anak Hyacinth

GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENTERA YANG MEMERLUKAN SIJIL PERAKUAN KELAYAKAN (CF) DARI JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)

KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA ARAHAN PENTADBIRAN

BAB 1 PENGENALAN. kajian, penyataan masalah, kepentingan kajian, objektif kajian, soalan kajian serta

PEMODELAN SIRI MASA KEPEKATAN BAHAN PENCEMAR UDARA 03, PMlO DAN JEREBU MENERUSI PENDEKATAN KALUT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. tj1ý1ty1(at. ) (HURUF BESAR) dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERUBAHAN BUAH CIKU (ACHRAS SAPOTA L.) SEMASA PERKEMBANGAN DAN KESAN SUHU SERTA PEMBUNGKUSAN SEMASA PENYIMPANAN TAUFIK

Campur Tangan Kemanusiaan Antarabangsa: Suatu Tinjauan Berkaitan Konflik dan Keabsahannya

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

UNIVERSITI MALAYSIA SABAR. BORANG PENGESAl-IAN STATUS TESIS SESI PENGAJJAN:

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 3) 2016

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 2) 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CAMPUR KOD DAN ALIH KOD: SUATU ANALISIS SOSIOLINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU FARIDAH BINTI NAZIR FBMK

THALWATCH BEYOND THALASSAEMIA THE OFFICIAL NEWSLETTER OF THE THALASSAEMIA SOCIETY OF PENANG

NG SHU CHIN MASTER OF SCIENCE 2006

PRIVACY POLICY Act Notice in the case where you are a consumer of our products:

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (HURUF BESAR)

PEMBANGUNAN BROWNIECOKLAT DENGAN PURl SAYUR ESTERYNNA EMMIE SYLVESTER HN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 31 TAHUN 2007

Licenced to Zhulian Corporation / Downloaded on : 11-Apr-2008 / Single user licence only, copying and networking prohibited

RISALAH DATA KESELAMATAN Mengikut Peraturan (EC) No 453/2010

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAN

YONG KIM CHYE N LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK

NAMA : NO. STAF : JAWATAN : JAWATAN DIPOHON : PTJ : TARIKH MEMEGANG JAWATAN TERKINI :

Easy Nutrition. Planner. for Caring Mums. Buku Perancangan Pemakanan Mudah untuk Ibu Penyayang

Authorship Abu Bakar Ellah di dalam Telemovie Arahannya. Sydney Thomas Sibangan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM

Transcription:

vii PSZ. 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERBANDINGAN KEBERKESANAN KAEDAH LATIHAN BEBANAN BERINTENSITI TINGGI DAN RENDAH TERHADAP PERUBAHAN KOMPOSISI BADAN SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya AZLINDA CHE JAFFAR (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT SULIT TERHAD TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub d dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh TIDAK TERHAD TANDATANGAN PENULIS Alamat Tetap: KG. GELANG MAS, 17010 PASIR MAS KELANTAN. TANDATANGAN PENILAI EN.SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI Nama Penyelia Tarikh: 13 NOVEMBER 2009 Tarikh: 13 NOVEMBER CATATAN * ** Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

viii Saya akui bahawa, saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) Tandatangan : Nama Penyelia : EN. SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI Tarikh : 12 November 2009

viii PERBANDINGAN KAEDAH LATIHAN BEBANAN BERINTENSITI TINGGI DAN RENDAH TERHADAP PERUBAHAN KOMPOSISI BADAN AZLINDA CHE JAFFAR Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia NOVEMBER 2009

ix Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Nama Penulis Azlinda Che Jaffar Tarikh 15 Oktober 2009

vii DEDIKASI Untuk ayahanda dan bonda tercinta... Che Jaffar bin Che Busu Dan Mek Nab bin Yusoff Kasih sayang serta doa kalian terlalu berharga dan tidak ternilai, insyaallah akan anakanda abadikan sehingga ke akhirnya... Kepada kakakku Niza yang banyak memberikan pertolongan serta tanpa jemu memberikan kata-kata semangat buat adikmu ini Terima kasih adik ucapkan.

vii PENGHARGAAN Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-nya serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, maka dengan izinya dapat saya menyiapkan kajian dan laporan Projek Sarjana Muda ini. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat memberikan bantuan kepada saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung untuk menyiapkan kajian ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada pensyarahpensyarah kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) terutama sekali kepada En. Syahrul Ridhwan Bin Morazuki selaku pensyarah pembimbing dan penyelia yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam usaha untuk menyiapkan projek ini. Ucapan ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada semua subjek yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar UTM dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama dan komitmen yang baik dalam menjayakan kajian ini. Sekian Wassalam.

viii ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji keberkesanan latihan yang berbeza intensiti terhadap perubahan komposisi badan setelah menjalani latihan selama enam minggu. Seramai 6 orang subjek yang berumur diantara 24 tahun hingga 28 tahun yang mengalami masalah lebihan berat badan serta mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) yang melebihi nilai 25. Subjek kajian terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kedua-dua kumpulan tersebut menjalani latihan yang sama iaitu leg press, leg curl, dumbbell seated press dan push up with ball tetapi perlaksanaan latihan bagi setiap kumpulan adalah pada intensiti yang berbeza. Berat dan komposisi badan subjek seperti jisim lemak, lilitan paha, lengan dan pinggul diukur sebelum dan selepas sesi latihan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat penurunan berat badan, lilitan lengan, paha dan pinggul bagi kedua-dua kumpulan kajian. Namun, didapati penurunan berat dan komposisi tubuh yang paling tinggi berlaku pada subjeksubjek Kumpulan A yang menjalani latihan berintensiti tinggi. Ini sekaligus menunjukkan latihan berintensiti tinggi memberi kesan yang lebih positif bagi memperbaiki komposisi tubuh individu yang mengalami masalah lebihan berat badan.

ix ABSTRACT This study has been carried out to investigate the effectiveness of different training intensity on body composition changing after undergoing training for six weeks. Six subjects aged between 24 years old and 28 years old who are overweight and possessed Body Mass index (BMI) more than 25. Subjects of this study were divided into two groups which are Group A and Group B. Both groups performed the same training which are leg press, leg curl, dumbbell seated press and push up with ball but the different of the training for each group was the intensity. Weight and body composition such as fat mass, the circumference of thigh, arm and hip were measured before and after the training. Result of this study found that there were decrement in body weight circumference of arm, thigh and hip in both groups. However, decrement was greater for subjects in Group A who performed the training at higher intensity.

KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL x SENARAI RAJAH xii SENARAI LAMPIRAN xv 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Penyataan Masalah 3 1.4 Objektif Kajian 4 1.5 Hipotesis Kajian 4 1.6 Persoalan Kajian 5 1.7 Kepentingan Kajian 5 1.8 Limitasi Kajian 5 1.9 Definisi Operasional 6 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Indeks Jisim Tubuh 7 2.2 Masalah Obesiti 8

2 2.3 Kaedah Latihan 9 2.3 Kajian Terdahulu Latihan Bebanan 11 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian 15 3.2 Tempat Kajian 17 3.3 Subjek Kajian 17 3.4 Instrumen Kajian 17 3.5 Prosuder Kajian 17 3.5.1 Taklimat Kajian 18 3.5.2 Ujian Makmal 18 5.3.2.1 Push-up With Ball 18 5.3.2.2 Dumbbell Seated Press 18 5.3.2.3 Leg Press 18 5.3.2.4 Leg Curl 19 3.5.3 Latihan Bebanan yang Dilakukan 19 5.3.3.1 Push-up With Ball 19 5.3.3.2 Dumbbell Seated Press 20 5.3.3.3 Leg Press 20 5.3.3.4 Leg Curl 20 3.5.3 Prosedur Pengambilan Lilitan Lengan, 21 Paha dan Pinggul 3.4 Pengumpulan data 21 3.5 Kaedah penganalisaan data 21 4 PENGANALISAAN DATA 4.1 Latar Belakang Subjek 22 4.2 Purata Berat, Jisim Lemak, Lilitan Lengan, Paha 23 dan Pinggul bagi setiap Subjek Latihan Berintensiti Tinggi 4.3 Purata Berat, Jisim Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul bagi Subjek Kumpulan A 28

3 4.4 Purata Berat, Jisim Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul bagi setiap Subjek Latihan Berintensiti Rendah 4.5 Purata Berat, Jisim Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul bagi Subjek Kumpulan B 33 38 4.6 Perbezaan Purata Keseluruhan antara Kumpulan 43 A dan Kumpulan B 4.7 Kesimpulan Keseluruhan di antara Kumpulan A 44 dan Kumpulan B 4.7.1 Berat Badan 44 4.7.2 Jisim Lemak 45 4.7.1 Lilitan Lengan 45 4.7.2 Lilitan Paha 45 4.7.2 Lilitan Pinggul 46 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Perbincangan Kajian 47 5.1.1 Berat Badan 47 5.1.2 Jisim Lemak 48 5.1.3 Lilitan Lengan 48 5.1.4 Lilitan Paha 48 5.1.5 Lilitan Pinggul 49 5.2 Masalah yang Dihadapi Semasa Penyelidikan 49 5.3 Cadangan Penyelidikan 50 5.2.1 Penambahbaikan Program Latihan 50 5.2.2 Kawalan Pemakanan 50

4 SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Klasifikasi BMI 7 4.1 Latar Belakang Subjek 22 4.2 Purata Perubahan Komposisi Tubuh Badan bagi Subjek 1 23 Selama 6 Minggu 4.3 Purata Perubahan Komposisi Tubuh Badan bagi Subjek 2 25 Selama 6 Minggu 4.4 Purata Perubahan Komposisi Tubuh Badan bagi Subjek 3 27 Selama 6 Minggu 4.5 Perubahan Berat Kumpulan A Selama 6 Minggu 28 4.6 Perubahan Jisim Lemak Kumpulan A Selama 6 Minggu 29 4.7 Perubahan Lilitan Lengan Kumpulan A Selama 6 Minggu 30 4.8 Perubahan Lilitan Paha Kumpulan A Selama 6 Minggu 31 4.9 Perubahan Lilitan Pinggul Kumpulan A Selama 6 Minggu 32 4.10 Purata Perubahan Komposisi Tubuh Badan bagi Subjek 4 33 Selama 6 Minggu 4.11 Purata Perubahan Komposisi Tubuh Badan bagi Subjek 5 35 Selama 6 Minggu 4.12 Purata Perubahan Komposisi Tubuh Badan bagi Subjek 6 36 Selama 6 Minggu 4.13 Perubahan Berat Kumpulan B Selama 6 Minggu 38 4.14 Perubahan Jisim Lemak Kumpulan B Selama 6 Minggu 39 4.15 Perubahan Lilitan Lengan Kumpulan B Selama 6 Minggu 40 4.16 Perubahan Lilitan Paha Kumpulan B Selama 6 Minggu 41 4.17 Perubahan Lilitan Pinggul Kumpulan B Selama 6 Minggu 42 4.18 Perbezaan Purata Keseluruhan antara Kumpulan A dan Kumpulan B 43

5 SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Carta Alir Rekabentuk Kajian bagi Wanita 16 4.1 Bacaan Bagi Berat, Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul Selama 6 Minggu Latihan Dilakukan bagi Subjek 1 4.2 Bacaan Bagi Berat, Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul Selama 6 Minggu Latihan Dilakukan bagi Subjek 2 24 26 4.3 Bacaan Bagi Berat, Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul Selama 6 Minggu Latihan Dilakukan bagi Subjek 3 4.4 Perbezaan Purata Berat Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan bagi Kumpulan B Selama 6 Minggu 27 28 4.5 Perbezaan Purata Jisim Lemak Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan bagi Kumpulan B Selama 6 Minggu 29 4.6 Perbezaan Purata Lilitan Lengan Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan bagi Kumpulan B Selama 6 Minggu 30

6 4.7 Perbezaan Purata Lilitan Paha Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan bagi Kumpulan B Selama 6 Minggu 31 4.8 Perbezaan Purata Lilitan Pinggul Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan bagi Kumpulan B Selama 6 Minggu 32 4.9 Bacaan Bagi Berat, Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul Selama 6 Minggu Latihan Dilakukan bagi Subjek 4 4.10 Bacaan Bagi Berat, Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul Selama 6 Minggu Latihan Dilakukan bagi Subjek 5 4.11 Bacaan Bagi Berat, Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul Selama 6 Minggu Latihan Dilakukan bagi Subjek 6 4.12 Perbezaan Purata Berat Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan bagi Kumpulan B Selama 6 Minggu 34 35 37 38

7 SENARAI LAMPIRAN NO. TAJUK MUKA SURAT 1 Surat Perjanjian 57 2 Rekod Kesihatan dan Kecergasan diri 58 3 Ujian T-Bersandar 59

8 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Komposisi tubuh badan berkait rapat dengan kandungan lemak dalam badan. Secara umumya, individu yang aktif dalam kegiatan fizikal, mempunyai kandungan lemak dalam badan yang lebih rendah berbanding dengan individu yang kurang aktif. Kandungan lemak berlebihan dalam badan juga dikenali sebagai obesiti. Obesiti menjadi satu kebiasaan pada masa kini dan mula menggantikan tempat kekurangan zat makanan dan penyakit yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Merujuk pada artikel keluaran Harian Metro bertarikh 30 Mac 2009, menyatakan berdasarkan kajian yang dibuat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Nestle menunjukkan seorang daripada empat kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan. Mengikut peratus yang dicatatkan lebih 25% kanak-kanak (lelaki dan perempuan) di negara ini didapati mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes. Ia lebih ketara di kalangan kanak-kanak berusia 10-12 tahun. Mohd Ismail et al. (2009) menyatakan bahawa masalah kanak-kanak obes ini bukan sahaja terjadi di kalangan kanak-kanak dibandar sahaja tetapi yang menariknya ialah apabila kajian ini mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah

9 berat badan dan obes lebih ramai di kawasan luar bandar. Di antara faktor yang menyumbangnya berlaku lebih ramai kanak-kanak mengalami obes adalah kesedaran terhadap gaya hidup yang menyihatkan mungkin rendah di kalangan penduduk di kawasan luar bandar. Penambahan berat badan dan penghasilan lemak berlebihan pada bahagian intra obdominal turut dipengaruhi oleh genetik kekeluargaan. Faktor genetik ini boleh dikenalpasti melalui kumpulan etnik dan keluarga yang berisiko tinggi. Oleh sebab itulah kecergasan fizikal sangat penting bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan produktif dan bebas dari masalah obesiti. Atas kesedaran inilah pihak kerajaan Malaysia sering menjalankan usaha dan kempen bagi menggalakkan rakyatnya mengamalkan gaya hidup sihat dan meningkatkan tahap kecergasan individu. Latihan fizikal terbaik adalah dengan meningkatkan kadar denyutan jantung nadi dalam lingkungan zon latihan spesifik. Peningkatan kadar denyutan nadi perlulah bersesuaiandengan umur dan berat individu berkenaan bagi mendapatkan keberkesanan yang maksimum dan bukannya bergantung kepada betapa teruknya sesuatu latihan itu sehingga boleh memudaratkan diri. Menurut bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Harian Metro bertarikh 30 Mac 2009, kekuatan sesebuah negara banyak bergantung kepada rakyat yang sihat bagi menggerakkan pertahanan dan juga pembangunan negara. Beliau juga menasihatkan golongan remaja supaya tidak mengabaikan kepentingan menjaga kesihatan dan menjalani gaya hidup yang sihat. 1.2 Latar Belakang Masalah Komposisi badan bagi individu yang mengalami masalah lebihan berat badan umumya bertubuh besar dan mempunyai lemak dan body mass index (BMI) yang tinggi. Bagi membantu golongan individu yang mengalami masalah lebihan berat

10 badan ini, pelbagai kaedah atau pendekatan yang dicadangkan yang mana ia merangkumi pendekatan secara aktiviti fizikal, pemakanan dan perubatan. Secara teorinya, pemecahan lemak atau lipolisis hanya berlaku sekiranya terdapat sumber oksigen ketika bersenam (Powers dan Howley, 2007). Berdasarkan teori tersebut, dapat dinyatakan bahawa sekiranya seseorang individu ingin mengurangkan kandungan lemak dari tubuhnya, individu tersebut perlu menjalankan senaman atau latihan yang bersifat aerobik. Namun, terdapat cadangan perlaksanaan latihan khusus bagi mengurangkan kandungan lemak dari tubuh sekaligus mengurangkan berat badan. Kaedah latihan ini dikenali sebagai Turbelence Training. Kaedah ini agak bertentangan dengan konsep konvensional dimana ia menyatakan bahawa latihan berintensiti rendah dan bersifat aerobik kurang berkesan berbanding latihan berintensiti tinggi bagi mengurangkan komposisi tubuh badan. Perbezaan pendekatan latihan ini menyebabkan wujudnya perbezaan pendapat sekaligus menimbulkan persoalan kaedah manakah yang lebih berkesan bagi membantu mengurangkan lebihan komposisi tubuh seseorang. 1.3 Penyataan Masalah Setiap individu yang mempunyai masalah lebihan berat badan akan menggunakan pelbagai cara untuk menurunkan berat badan. Antara cara yang paling mudah dan senang untuk dilakukan adalah bersenam ataupun jogging. Namun tidak semua individu yang mengamalkan pendekatan tersebut berjaya menurunkan berat badan serta memperolehi komposisi tubuh yang seimbang. Terdapat pelbagai kaedah telah diperkenalkan untuk mengurangkan berat badan supaya mendapat berat badan yang ideal. Kaedah terbaru yang diperkenalkan

11 untuk mengurangkan berat badan dengan cepat ialah Turbelence Training. Kaedah ini mempraktikkan latihan secara berintensiti tinggi, menggunakan masa yang singkat dengan pembakaran lemak yang cepat. Kaedah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa pada waktu pagi ataupun malam dalam masa kurang dari 45 minit. Kaedah latihan ini tidak melibatkan latihan kardio mahupun tambahan peralatan yang mahal. Ini kerana bagi kaedah ini hanya memerlukan dumbbell, bangku latihan dan bola. Latihan Turbelence Training ini direka bentuk secara khusus untuk membantu wanita yang tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman seperti pelajar, ahli perniagaan wanita serta wanita yang mempunyai anak yang ramai untuk menurunkan berat badan dalam masa yang singkat sahaja dan dalam masa yang sama menyihatkan tubuh badan dan memberikan tenaga. 1.4 Objektif Kajian Diantara objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1.4.1 Mengkaji keberkesanan latihan yang berbeza intensiti terhadap perubahan komposisi tubuh badan 1.4.2 Membandingkan perubahan berat badan, jisim lemak dan lilitan lengan, pinggul dan paha mengikut tahap intensiti yang dijalani.

12 1.5 Hipotesis Kajian Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara latihan intensiti tinggi dan rendah di dalam perubahan komposisi tubuh badan semasa latihan. Ha1 Terdapat perbezaan yang signifikan bagi latihan berintensiti tinggi berbanding latihan berintensiti rendah 1.6 Persoalan Kajian 1.6.1 Adakah terdapat kesan daripada latihan berintesiti tinggi dan rendah terhadap perubahan komposisi tubuh badan? 1.6.2 Sejauh manakah latihan yang telah diberikan memberi kesan terhadap perubahan berat,jisim lemak, lilitan lengan, pinggul dan paha? 1.7 Kepentingan Kajian Dapatan daripada kajian ini, dapat membantu memberikan panduan dan cara kepada individu yang mengalami masalah lebihan berat badan untuk memilih cara terbaik bagi membolehkan mereka mengurangkan berat badan sekaligus dapat membandingkan perubahan komposisi badan iaitu dalam melihat perubahan jisim lemak badan, lilitan lengan, paha dan pinggul melalui latihan yang berbeza intensiti.

13 1.8 Limitasi Kajian Dalam konteks kajian ini, melibatkan 6 orang pelajar perempuan yang dipilih dari kalangan pelajar universiti dan mempunyai berat badan berlebihan. Kajian ini hanya melibatkan pelaksanaan latihan berintesiti tinggi dan rendah terhadap komposisi tubuh badan. Bentuk latihan yang digunakan adalah melibatkan latihan bebanan. 1.9 Definisi Operasional Istilah-istilah penting yang digunakan dalam kajian ini mempunyai maksud berikut: i. Intensiti Beban latihan yang perlu dilakukan. Beban latihan ini berkadar dengan kemampuan individu yang maksimum ii. Lebihan berat badan Memiliki BMI lebih dari 25 iii. Obesiti Memiliki BMI lebih dari 30 iv. Indeks Jisim Tubuh BMI = berat (kg) (BMI) tinggi 2 (m) v. Komposisi badan Kandungan lemak dalam badan

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Indeks Jisim Tubuh (BMI) Menurut kenyataan Wildman dan Miller (2004), indeks jisim tubuh adalah pengiraan daripada berat badan dan ketinggian seseorang individu dimana BMI tidak mengukur kandungan lemak di dalam badan secara tepat tetapi mengukur tahap berat badan individu samada kurang berat badan, unggul, lebihan berat badan ataupun obesiti. Berikut merupakan formula pengiraan indeks jisim tubuh (BMI) dan pengkelasannya. BMI = berat (kg) tinggi(m) x tinggi (m) Jadual 2.1: Klasifikasi BMI Pengiraan indeks jisim badan (BMI) Kurang dari <18 < berat badan 18.5 24.9 25-29.9 Lebih dari >30 Berat badan unggul Berlebihan berat badan Obesiti

15 Menurut Pegawai Zat Makanan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Zainab Hj. Tambi (2001), indeks jisim tubuh (BMI) boleh digunakan bagi menentukan status pemakanan samada kurang, normal atau lebih dan dikira pada ukuran berat badan dan ketinggian seseorang dan dibandingkan di dalam jadual pengkelasan. BMI boleh menunjukkan anggaran jumlah lemak badan. Individu dalam keadaan kekurangan tenaga kronik dikatakan sebagai kurus. Keadaan obesiti pula menggambarkan individu yang gemuk dan telah lama mengalami lebihan makanan. 2.2 Masalah Obesiti Obesiti menjadi masalah utama di kalangan masyarakat pada masa kini. Obesiti boleh diketahui melalui pengiraan body mass index (BMI). Obesiti adalah jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak yang tinggi dalam badan. Individu yang memiliki BMI melebihi 30.1 diberi status obesiti. Di dalam artikel Obesity in Malaysia (Ismail et al., 2002) mendedahkan bahawa, masalah lebihan berat badan banyak dialami oleh orang dewasa. Mengikut data yang diperolehi, sebanyak 20.7%, mengalami masalah lebihan berat badan, diikuti oleh obes sebanyak 5.8% (0.3% melebihi BMI 40). Turut didedahkan bahawa lebih ramai di kalangan wanita mengalami masalah obesiti berbanding lelaki. Wanita India mencatat peratus yang paling tinggi mengalami obes berbanding kaum lain, diikuti oleh kaum Melayu dan Cina. Manakala bagi lelaki pula, kaum Cina paling tinggi diikuti oleh Melayu dan seterusnya India. Obesiti disebabkan oleh penggunaan tenaga yang sedikit berbanding pengambilan kalori yang banyak ketika makan. Menurut Rand et al. (1997), obesiti seseorang itu dikaitkan dengan amalan makan pada waktu malam dan juga kelaziman

16 sindrom makan pada waktu malam diperhatikan berlaku dalam kalangan golongan yang menghadapi masalah obesiti. Kenyataan diatas disokong oleh Marshall et al. (2004), dimana beliau menyatakan makan pada waktu malam merupakan salah satu faktor berlakunya obesiti. Selain itu juga, amalan makan di luar rumah atau di kedai makan dan diambil dalam kuantiti yang banyak juga merupakan salah satu faktor penyebab kepada obesiti. Amalan makan di luar rumah boleh menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan pada waktu malam dan seseorang yang mengalami lebihan berat badan atau obesiti ini mempunyai kadar pengoksidaan lemak yang tinggi dan memberikan kebaikan dalam proses penurunan berat badan. (Berg et al., 2008) Surinah Asan (1996) dalam kajian bertajuk Kajian Kes Kawalan Mengenai Persepsi Remaja dan Ibu Terhadap Obesiti dan Faktor-faktor yang Mempengaruhi Obesiti di Sek. Men. Paduka Tuan, Segamat Johor memberikan keputusan iaitu obesiti di kalangan pelajar sekolah ialah 7.3 peratus. Peratus biologi iaitu sejarah obes dalam keluarga obes mempunyai risiko yang bererti secara statistik mempunyai risiko sebanyak 10 kali ganda untuk mendapat obes berbanding mereka yang tiada sejarah keluarga. 2.3 Kaedah Latihan (Latihan Intensiti Tinggi, Sederhana dan Rendah) Menurut Walter et al. (2000), dalam buku yang bertajuk The Complete Idiot s Guide to Fitness menyatakan bahawa berat badan dapat dikawal melalui latihan yang dilakukan. Mereka juga menyatakan bahawa para saintis, pakar nutrisi dan juga ahli fisiologi belajar mengenai hubungan diantara diet dan senaman dan membuat kesimpulan bahawa senaman adalah sebagai penambahan kepada proses penurunan berat badan. Apabila kita melakukan senaman, secara tidak langsung akan menguatkan otot serta badan akan menjadi sihat dan cergas.

17 Di samping itu juga, Hurley et al. (1986), menyatakan latihan daya tahan telah diketahui dapat meningkatkan kadar pengoksidaan lemak semasa latihan separa maksimum berdasarkan kepada bentuk latihan yang diberikan. Ini kerana pada tahaptahap tertentu dalam program latihan senaman dapat menghasilkan kadar pengoksidaan lemak pada tahap maksimum dan membantu serta menghalang dari berlakunya obesiti. Selain itu juga, ia juga meningkatkan kebolehan para atlit mengoksidakan lemak. Menurut Van Aggel-Leijssen et al. (2001), kajian beliau adalah untuk melihat kesan jangka pendek kehilangan berat badan dengan menggunakan latihan intensiti rendah ataupun tidak. Dalam kajian beliau adalah untuk melihat samada, latihan intensiti rendah boleh merangsang penurunan berat badan melalui kemerosotan fat oxidation semasa tempoh diet bagi responden lelaki dan kemungkinan juga, sistem saraf terlibat dalam perubahan metabolik badan. Disampin itu juga, aktiviti latihan intensiti rendah dilakukan selama 30 minit terhadap para pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan kecergasan para pelajar semasa sesi pembelajaran di sekolah. Pusat kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) turut mencadangkan supaya ibubapa menjadi contoh kepada anak-anak mereka dalam melakukan aktiviti bersukan dengan mengajak mereka bermain bersama dan juga memberi dorongan serta kebaikan serta kepentingan bersukan kepada mereka sendiri. Semenjak tahun 2000, Jabatan Pertanian US mencadangkan kepada kanakkanak dan orang dewasa supaya melibatkan diri selama 60 minit dalam aktiviti latihan intensiti sederhana beberapa hari dalam seminggu dan lebih baik jika dibuat secara teratur. Dan pada tahun 2005, keadaan ini telah pun dimasukkan kedalam Dietary Guidelines for Americans dan disokong oleh American Academy of Pediatrics dan Pusat kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). Penurunan dan pengawalan berat badan yang efektif perlu bagi individu yang ingin menurunkan berat badan. Bagi merealisasikan berat badan yang diidamkan, suatu alat telah diperkenalkan dikenali sebagai Position Stand. Alat ini turut memberi cadangan kepada individu yang ingin menurunkan berat badan dengan melibatkan diri dalam latihan intensiti sederhana sekurang-kurangnya 150 minit

18 selama seminggu. Disamping itu juga, individu juga boleh melakukan latihan intensiti sederhana lebih dari 200 minit untuk aktiviti seminggu dengan keazaman yang tinggi untuk menurunkan berat badan (Donelly et al., 2004). Selain daripada itu juga, terdapat kaedah lain juga yang digunakan dalam latihan intensity sederhana untuk mengurangkan berat badan. Terbahagi kepada dua cara. Cara pertama ialah menggunakan 60-90 minit latihan intensiti sederhana dalam sehari (420 630 minit seminggu) bertujuan untuk menurunkan berat badan. Cara kedua ialah mencadangkan antara 45-60 minit latihan intensiti sederhana seminggu (315-420 minit seminggu) ia bersesuaian kerana dapat mencegah individu yang berlebihan berat badan untuk menjadi obesiti kerana banyak peluh yang dikeluarkan dan juga dapat membakar lemak yang tersimpan dalam badan. Kenyataan tersebut turut disokong oleh United States Institute of Medicine (IOM, 2002) mencadangkan supaya individu melakukan latihan intensiti sederhana selama 60 minit sehari (420 minit seminggu) untuk mengawal berat badan. Menurut Van Aggel-Leijssen et al. (2001), kajiannya mendapati bahawa penggunaan oksigen secara maksimum (VO 2max ) di dalam latihan intensiti sederhana dan tinggi memberi kesan terhadap metabolisma lemak dalam badan dan tidak terdapat kajian yang melibatkan intensiti rendah di rekodkan. Untuk kategori obesiti, latihan intensiti rendah lebih baik berbanding latihan intensiti tinggi kerana subjek hanya berisiko rendah untuk mendapat kecederaan musculoskeletal. 2.4 Kajian Terdahulu dalam Latihan Bebanan Untuk meningkatkan kekuatan, seseorang individu itu perlu diberi latihan. Latihan yang bersesuaian ialah latihan bebanan. Menurut Bennet (1995), latihan bebanan ialah latihan rintangan yang progresif. Ia merupakan senaman otot dengan menggunakan peralatan melawan rintangan seperti barbell dan dumbel atau mesin

19 yang dapat mendorong pembentukan otot dan dapat meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot. Menurut Moran dan McGlynn (1997), Latihan bebanan adalah satu program latihan dimana alatan beratan yang bergerak atau tidak bergerak digunakan bertujuan untuk meningkatkan kekuatan, daya tahan, fleksibiliti, kemahiran dan kuasa. Latihan beratan telah digunakan dengan meluas sebagai tambahan untuk membezakan kaedah latihan sukan dan rekreasi. Selain itu, bebanan juga merupakan satu kaedah untuk pemulihan otot yang lemah akibat daripada penyakit dan kecederaan. Radcliffe dan Farentinos (1985), pula menyatakan bahawa segala latihan yang melibatkan pergerakan manusia sukar sekali untuk diukur dengan tepat kerana ia melibatkan berbagai komponen seperti biomekanik, fisiologi, kawalan sistem saraf pusat dan pelbagai lagi. Braunstein (2000) menyatakan bahawa latihan bebanan adalah ukuran keliling otot semasa melakukan aktiviti menolak atau menarik daya yang bertentangan. Daya ini mungkin graviti, termasuk apabila melakukan aktiviti mengangkat beratan atau berat badan sendiri seperti tekan tubi atau melakukan kerja dari daya yang bertentangan contohnya mengayuh sampan. Latihan yang sistematik dan mengikut prosedur yang betul adalah penting untuk membina kekuatan otot. Menurut Tackett (2001), latihan bebanan merupakan salah satu jenis latihan yang sesuai untuk membina dan menghasilkan kekuatan otot yang baik. Latihan yang sistematik perlu mengambilkira intensiti, set dan ulangan yang sesuai mengikut keperluan atlit. Menurut DeVries dan Housh (1994), kekuatan otot merupakan faktor yang amat penting dalam melakukan aktiviti fizikal dimana daya yang dikeluarkan tadi dapat menggerakkan tubuh badan seseorang. Sharkey (1990), menyatakan bahawa terdapat enam perkara yang telah ditentukan untuk meningkatkan kekuatan otot. Perkara tersebut ialah ulangan, set, frekuensi, kalistenik, latihan bebanan dan isokinetik. Pernyataan ini diperkukuhkan lagi oleh McGlynn (1996), menyatakan

20 bahawa kekuatan otot individu akan bertambah sekiranya menjalani latihan bebanan yang sistematik. Pauletto (1991), menyatakan bahawa terdapat lapan prinsip ulangan yang utama yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan latihan bebanan. Pertama adalah penambahan dari segi intensiti, kekerapan dan jangkamasa kerja (overload). Disini bermaksud bahawa latihan bebanan yang dikenakan perlu ditambah bagi setiap minggu. Prinsip yang kedua ialah universal dalam erti kata lain bermaksud perkembangan dalam semua prinsip latihan secara keseluruhan dan yang ketiga pula adalah ansur maju otot dalam penambahan intensiti serta bilangan ulangan yang bertujuan untuk mengelakkan dari otot yang digunakan mendapat kecederaan. Prinsip keempat ialah kemajuan yang bermaksud merangsang otot dalam kerja berat dan juga penambahan beban (progressiveness). Prinsip kelima ialah melibatkan ulangan. Ulangan dilakukan dengan rintangan beratan yang sederhana untuk menyesuaikan latihan dengan kesan perubahan fisiologi tubuh badan (repetition). Konsisten adalah merupakan prinsip keenam dimana latihan yang dilakukan mestilah sekurang-kurangnya dua hari seminggu (consistency) pada setiap minggu latihan. Prinsip seterusnya ialah melibatkan individu dimana latihan yang dilakukan perlu mengambilkira kesihatan, umur, jantina, tahap kecergasan individu untuk menentukan program latihan bebanan (individualism). Prinsip kelapan ialah perlu mengambil kira kesedaran dimana untuk mencapai matlamat dan objektif latihan bebanan adalah perlu memahami prinsip asas tentang latihan bebanan. Menurut Fox (1979), sesuatu latihan bebanan yang berkesan haruslah mempertimbangkan 3 prinsip utama iaitu latihan bebanan halangan progresif, penumpuan latihan dan pengkhususan latihan. Menurutnya lagi, untuk melakukan latihan bebanan adalah penting bagi atlit mengetahui konsep latihan bebanan yang melibatkan tiga faktor utama iaitu intensiti, kekerapan dan juga tempoh latihan. Penyataan ini telah dibuktikan oleh Clarke (1974), dalam kajian yang dilakukan oleh Berger pada tahun 1967 iaitu sekiranya latihan bebanan menggunakan bebanan sebanyak 67% daripada kekuatan maksimum, kekerapan

21 latihan 2 kali seminggu adalah sama dengan melakukan kekerapan latihan bebanan sekali seminggu dengan menggunakan beban yang maksimum. O Shea (1976), telah menyatakan bahawa kekuatan otot boleh dicapai melalui latihan bebanan yang maksimum dengan ulangan dari satu hingga tiga kali dalam tiga sehingga empat set. Peningkatan kekuatan otot dalam latihan memperlihatkan pentingnya latihan bebanan bagi mencapai prestasi fizikal yang cemerlang. Menurut Casady (1974), latihan bebanan memberikan kesan yang baik dalam latihan untuk meningkatkan kekuatan dan prestasi fizikal atlit. Carol Krucoff (2000), menyatakan bahawa latihan bebanan bukan sahaja dapat meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot, tetapi juga dapat meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru, menambahkan metabolisme glukose, mengurangkan risiko penyakit koronari dan menggalakkan pertumbuhan. Menurut McLester et al. (2000) dalam kajiannya terhadap perbandingan satu hari dan tiga hari latihan bebanan dalam seminggu dengan isipadu latihan yang sama kepada subjek yang berpengalaman. Hasil daripada kajian mendapati peningkatan yang tinggi bagi subjek yang menjalani latihan tiga kali seminggu berbanding subjek yang menjalani latihan sekali seminggu. Namun jika subjek yang menjalani sekali seminggu di bawah jurulatih yang berpengalaman dan hasil mendapati tidak terdapat perbezaan yang ketara. Klafs dan Lyon (1978), menerangkan bahawa kekuatan otot merujuk kepada keupayaan otot menghasilkan daya dalam keadaan menentang sesuatu rintangan. Pernyataan ini diperkukuhkan lagi dengan Kirkley dan Goodbody (1985), yang turut menyatakan bahawa kekuatan ialah keupayaan otot menggunakan daya untuk menentang rintangan. Tahap kekuatan otot yang optimum membantu proses pembelajaran sesuatu kemahiran dengan lebih lancar dan akan memberikan kestabilan yang baik kepada sendi-sendi supaya dapat mengurangkan risiko kecederaan. Singer (1980), pula berpendapat bahawa kekuatan adalah merupakan keperluan asas bagi semua lakuan motor tetapi ianya sangat berbeza antara satu aktiviti dengan aktivti yang lain. Manakala Fox dan Mattews (1981), menerangkan

22 bahawa kekuatan otot adalah merupakan jumlah daya yang dihasilkan oleh sekumpulan otot untuk mengatasi rintangan. Keupayaan data untuk mengatasi sesuatu rintangan ini boleh digunakan sebagai petunjuk kepada kekuatan otot dalam sesuatu perlakuan. Menurut De Vries (1980), dalam kebanyakan aktiviti sukan sekiranya semakin baik kekuatan otot atlit maka semakin baik prestasi yang dipersembahkan.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah berbentuk eksperimental. Kajian ini melibatkan dua fasa latihan iaitu latihan intensiti tinggi dan rendah bagi wanita sahaja. Setiap fasa dilakukan pada hari yang sama iaitu Isnin dan Selasa setiap minggu selama enam minggu. Program latihan yang dilaksanakan dalam kajian ini melibatkan latihan beratan. Empat latihan beratan adalah ball push-up, leg press, dumbbell seated press dan leg curl yang melibatkan otot pada bahagian atas dan bawah badan. Setiap latihan yang dirancang melibatkan otot-otot yang berbeza. Otot bahagian atas yang terlibat ialah deltoid, triceps, trapezius dan rectus abdominis untuk latihan ball pushup dan dumbbell seated press. Bagi latihan yang melibatkan bahagian bawah, otot yang terlibat ialah hamstring dan quadriceps yang digunakan dalam leg press dan leg curl. Dalam kajian ini, terdapat dua kumpulan subjek iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap kumpulan melakukan latihan bebanan yang sama tetapi berbeza intensiti di mana Kumpulan A menjalani latihan berintensiti tinggi manakala Kumpulan B adalah latihan berintensiti rendah. Ukuran diambil pada bahagian yang paling besar pada lilitan lengan, pinggul dan paha. Subjek juga diminta mengambil komposisi badan menggunakan body composition machine sebelum dan selepas melakukan latihan.

Rajah 3.1: Carta Alir Rekabentuk Kajian bagi Wanita 24

25 3.2 Tempat Kajian Kajian ini dijalankan di Makmal Penyelidikan Kecergasan Sains Sukan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. 3.3 Subjek Kajian Subjek yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 6 orang pelajar perempuan berumur diantara 20-30 tahun yang dipilih dari kalangan pelajar universiti. Kumpulan A dan B terbahagi kepada 3 orang bagi setiap kumpulan. 3.4 Instrumen Kajian Dalam kajian ini, instrumen kajian yang diperlukan untuk penyelidik di sepanjang proses pengumpulan data adalah, dumbel, mesin multi station (leg press, leg curl), mesin komposisi badan, pita pengukur, bola, penimbang berat dan ukuran tinggi.

26 3.5 Prosedur Kajian Sebelum melakukan ujian, subjek diberikan taklimat dan penerangan tentang ujian yang dijalankan, tarikh dan masa yang ditetapkan untuk melakukan ujian. Penyelidik juga mengambil bacaan berat dan tinggi subjek sebelum ujian dilakukan. Selepas subjek siap melakukan ujian dalam masa yang telah ditetapkan, penyelidik sekali lagi mengambil bacaan berat dan tinggi subjek untuk dicatat. Penyelidik juga mengambil komposisi badan setiap subjek sebelum dan selepas melakukan ujian. 3.5.1 Taklimat Penggunaan Selepas taklimat kajian, penyelidik memberikan taklimat mengenai prosedur penggunaan setiap peralatan ujian. 3.5.2 Ujian Makmal 3.5.2.1 Push-Up With Ball Subjek diminta melakukan push-up dalam masa 1 minit dan dikira oleh penguji menggunakan stop watch. Setiap subjek menpunyai bilangan yang berbeza dan dikira oleh penyelidik mengikut intensiti yang telah ditetapkan.

27 3.5.2.2 Dumbbell Seated Press Subjek dikehendaki mengangkat dumbel dari ringan ke berat dan ditambah secara beransur-ansur sehingga subjek tidak boleh mengangkat lagi. Ini dilakukan bagi mendapatkan satu ulangan maksimum setiap subjek untuk latihan dumbell seated press. Setiap dumbel bagi setiap subjek akan diubahsuai mengikut intensiti masing-masing. 3.5.2.3 Leg Press Bagi latihan leg press, subjek diarahkan menolak beban pada multi station machine dari ringan iaitu 1kg dan ditambah setiap 1 kg berikutnya sehingga subjek tidak mampu untuk menolak lagi. Setiap jumlah bebanan yang dicatat, dikira mengikut intensiti kumpulan A dan B. 3.5.2.4 Leg Curl Leg curl juga memerlukan subjek untuk mengangkat beban dari 1 kg kepada berat yang paling mampu untuk diangkat oleh setiap subjek. Dilakukan di multi station machine.

28 3.5.3 Latihan Bebanan yang Dilakukan 3.5.3.1 Push-Up With Ball Sebelum ujian dilakukan, subjek dikehendaki melakukan sesi panaskan badan bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot yang terlibat sebelum ujian dilakukan. Kedua belah kaki subjek hendaklah diletakkan di atas bola perlahan-lahan. Kedudukan badan dan tangan seperti melakukan push-up. Badan lurus dan tangan dibuka ikut keselesaan subjek. Terdapat dua fasa dalam latihan ini iaitu fasa pergerakan ke bawah dan ke atas. Pada fasa pertama, luruskan kaki dan turun sehingga siku dibengkokkan sebanyak 45 darjah. Tangan akan menyokong berat badan sepenuhnya. Subjek hendaklah, menolak badan naik ke atas sehingga lengan lurus sepenuhnya pada fasa kedua. 3.5.3.2 Dumbbell Seated Press Subjek dikehendaki duduk di kerusi dengan postur badan dalam keadaan tegak dan sandarkan kepala pada kerusi. Kaki dibuka mengikut keselesaan dan pastikan berada di lantai serta tidak boleh di angkat. Dumbel perlu dipegang kemas dan diangkat sehingga lengan lurus dan dibawa turun sehingga paras bahu subjek. Dumbel yang digunakan telah diubah suai mengikut kumpulan masing-masing.

29 3.5.3.3 Leg Press Bagi latihan leg press dan leg curl, mesin yang digunakan perlu dilaraskan mengikut standard dan keselesaan subjek. Subjek diminta duduk dan letakkan kedua tapak kaki pada pad kaki dengan lutut dibengkokkan sebanyak 90 darjah. Beban seberat 1kg diletakkan terlebih dahulu. Seterusnya berat bebanan ditambah mengikut kemampuan subjek dan tahap bebanan yang ditetapkan. Badan subjek dalam keadaan lurus dan disandar pada penyandar, mata pandang ke depan dan tangan memegang pada paddle. Kaki subjek dikehendaki menolak bebanan pada press machine secara perlahan sehingga lurus. Lepaskan perlahan-lahan sehingga lutut kembali dalam 90 darjah. Bahagian belakang badan dan pinggang juga dapat dikuatkan. 3.5.3.4 Leg Curl Latihan ini untuk membina kekuatan otot di bahagian hamstring. Subjek dikehendaki meniarap dan pergelangan kaki diselitkan pada roller pad. Subjek perlu memegang pada tempat pemegang untuk mengimbangkan badan. Kedua belah kaki subjek diangkat sehingga membengkok ke belakang dalam sudut 90 darjah. Gerak kerja dilakukan secara perlahan. Kaki perlu diturunkan secara perlahan-lahan dan tidak boleh dilepaskan dengan laju untuk mengelakkan dari otot hamstring tercedera. Bagi setiap set dan ulangan yang ditetapkan adalah bergantung kepada intensiti setiap kumpulan. Bagi Kumpulan A, adalah 3 set dan 5 kali ulangan. Bagi Kumpulan B, adalah 5 set dan 8 kali ulangan. Bagi Kumpulan A dan B, rehat diantara set adalah sama iaitu 3 minit. Bagi rehat antara gerak kerja adalah 5 minit.

30 3.5.4 Prosedur Pengambilan Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul Lilitan diambil menggunakan pita pengukur pada bahagian yang paling besar pada otot lengan, paha dan pinggul. Bahagian yang diukur ditandakan dengan pen bagi memastikan bahagian yang diambil adalah sama diantara sebelum dan selepas melakukan ujian. 3.6 Pengumpulan Data Data yang diperoleh dari setiap ujian yang dilakukan direkod oleh penyelidik. 3.7 Kaedah Penganalisaan Data Data-data kajian deskriptif yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS 13.0). Data yang diperolehi akan disimpan dalam bentuk jadual, gambarajah dan sebagainya. kand

BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Latar Belakang Subjek Subjek terdiri daripada pelajar perempuan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor yang berumur dalam lingkungan 24 hingga 28 tahun dari pelbagai fakulti. Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A menjalani latihan berintensiti tinggi dan bagi Kumpulan B berintensiti rendah. Jadual dibawah adalah menerangkan latar belakang subjek secara terperinci. Jadual 4.1 Latar Belakang Subjek Subjek Umur Berat Tinggi (tahun) (kg) (cm) BMI 1 25 83.2 151 36.5 2 28 70.9 161 27.7 3 24 59.5 153 25.4 4 24 64.9 159 25.7 5 24 71.4 150 31.7 6 24 59.3 152 25.7 Purata 24.8 68.2 155.5 28.8 Sisihan piawai 1.6 9.0 4.5 4.5

32 4.2 Purata Berat, Jisim Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul bagi setiap Subjek Latihan Berintensiti Tinggi Jadual 4.2 menunjukan berat minimum Subjek 1 pada permulaan kajian iaitu 83.0 kg. Subjek 1 berjaya menurunkan berat badan sebanyak 1.7 kg selepas enam minggu menjalani latihan bebanan. Bacaan jisim lemak yang paling tinggi dicatatkan adalah pada minggu ke-3 iaitu 55.7 kg manakala minggu ke-6 merupakan bacaan jisim lemak yang paling rendah iaitu 49.6 kg. Minggu pertama kajian menunjukkan penurunan yang paling tinggi bagi lilitan lengan iaitu sebanyak 0.7 cm tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan pada dua minggu berikutnya. Namun, ia meningkat semula pada minggu ke-4 sebanyak 0.5 cm. Selama enam minggu latihan dilakukan bahagian pinggul tidak mengalami perubahan yang begitu ketara, namun perbezaan pada minggu pertama agak tinggi sebanyak 1.5 cm dan pada minggu ke-4 adalah bacaan terendah iaitu 114.0 cm. Data-data berkenaan ditunjukkan pada Gambarajah 4.1. Jadual 4.2: Purata Perubahan Komposisi Tubuh Badan bagi Subjek 1 Selama 6 Minggu BERAT (kg) JISIM LEMAK (kg) LILITAN LENGAN (cm) LILITAN PAHA (cm) LILITAN PINGGUL (cm) MIN M1 INDIVIDU SUBJEK1 MIN MIN M2 M3 MIN M4 MIN M5 MIN M6 SEBELUM 83.0 83.1 82.8 82.0 81.6 81.3 SELEPAS 82.9 82.9 82.6 81.8 81.4 81.3 SEBELUM 54.0 52.5 52.7 53.3 51.3 51.3 SELEPAS 3.8 53.7 55.7 54.3 52.3 49.6 SEBELUM 38.0 37.0 36.0 34.3 34.8 34.8 SELEPAS 37.3 36.0 35.5 33.8 34.8 34.2 SEBELUM 62.0 61.8 61.5 62.5 62.8 62.5 SELEPAS 61.3 61.3 61.3 62.5 62.1 61.5 SEBELUM 117.5 116.0 116.0 115.0 115.0 115.0 SELEPAS 116.0 116.0 115.0 114.0 114.5 114.6

33 Gambarajah 4.1: Bacaan bagi Berat, Jisim Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul Selama Enam Minggu Latihan Dilakukan bagi Subjek 1 Jadual 4.3 menunjukkan purata perubahan komoposisi tubuh badan Subjek 2. Berat bagi Subjek 2 mencatatkan bacaan terendah pada minggu ke-6 sebanyak 68.1 kg berbanding pada minggu pertama 70.2 kg dan jumlah perbezaan adalah sebanyak 2.4 kg. Bacaan jisim lemak Subjek 2 paling tinggi selepas melakukan aktiviti ialah 40.6 kg dan bacaan yang terendah ialah 37.7 kg.

34 Jadual 4.3: Purata Perubahan Komposisi Tubuh Badan bagi Subjek 2 Selama 6 Minggu BERAT (kg) JISIM LEMAK (kg) LILITAN LENGAN (cm) LILITAN PAHA (cm) LILITAN PINGGUL (cm) INDIVIDU SUBJEK2 MIN M1 MIN M2 MIN M3 MIN M4 MIN M5 MIN M6 SEBELUM 70.5 69.5 68.6 68.2 68.4 68.2 SELEPAS 70.2 69.4 68.5 68.1 68.3 68.1 SEBELUM 38.6 39.3 39.3 37.2 39.1 38.5 SELEPAS 39.4 40.6 39.6 38.0 39.9 37.7 SEBELUM 30.8 31.0 29.3 29.5 30.5 30.0 SELEPAS 30.3 30.3 29.5 29.5 30.3 30.0 SEBELUM 63.8 63.0 62.7 62.8 63.6 63.7 SELEPAS 63.5 62.9 62.7 62.8 63.5 63.6 SEBELUM 100.0 99.0 99.7 99.7 99.5 99.5 SELEPAS 99.5 99.0 99.7 99.6 99.5 99.5 Berdasarkan Gambarajah 4.2, menunjukkan lilitan lengan, paha dan pinggul Subjek 2 tidak menunjukkan perubahan yang ketara selama enam minggu menjalani latihan berbanding kandungan berat dan jisim lemak. Lilitan lengan paling rendah dicatatkan pada minggu ke-3 dan minggu ke-4 iaitu 29.5 cm manakala bagi lilitan paha bacaan terendah pada minggu ke-3 iaitu 62.7 cm. Perbezaan yang paling tinggi bagi lilitan pinggul adalah pada minggu pertama iaitu 0.5 cm.

35 Gambarajah 4.2: Bacaan bagi Berat, Jisim Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul Selama Enam Minggu Latihan Dilakukan bagi Subjek 2 Jadual 4.4 menunjukkan, purata perubahan komposisi tubuh badan bagi Subjek 3 selama 6 minggu latihan dilakukan. Bacaan berat bagi Subjek 3 tidak menunjukkan perubahan yang ketara selama 6 minggu latihan dilakukan. Bacaan berat paling tinggi ialah 59.3 kg minggu pertama dan bacaan terendah direkodkan pada minggu ke-3 iaitu 58.4 kg. Jisim lemak Subjek 3 didapati meningkat sepanjang 6 minggu latihan iaitu 1.13 kg dimana bacaan tertinggi dicatatkan pada minggu ke-4 iaitu 32.4 kg. Bagi lilitan lengan pula, bacaan tertinggi direkodkan adalah pada minggu pertama selepas melakukan latihan iaitu 28.5 cm. Manakala bacaan bagi lilitan paha hanya menurun pada minggu pertama latihan sahaja iaitu 57.3 cm. Bacaan lilitan paha meningkat pada minggu seterusnya. Lilitan pinggul yang direkodkan menunjukkan penurunan tetapi peningkatan berlaku pada minggu ke-5 iaitu 97.0 cm. Kesimpulannya, perubahan ketara yang berlaku ke atas Subjek 3 adalah dari segi penurunan berat badan dan lilitan pinggul.

36 Jadual 4.4: Purata Perubahan Komposisi Tubuh Badan bagi Subjek 3 Selama 6 Minggu BERAT (kg) JISIM LEMAK (kg) LILITAN LENGAN (cm) LILITAN PAHA (cm) LILITAN PINGGUL (cm) INDIVIDU SUBJEK3 MIN M1 MIN M2 MIN M3 MIN M4 MIN M5 MIN M6 SEBELUM 59.3 59.0 58.5 58.6 58.7 58.9 SELEPAS 59.2 58.8 58.4 58.5 58.7 58.8 SEBELUM 30.6 30.9 31.3 31.8 32.2 32.0 SELEPAS 30.9 31.4 32.3 32.4 32.1 32.2 SEBELUM 27.5 28.5 27.5 27.0 28.3 28.0 SELEPAS 28.5 28.3 27.9 27.8 27.8 28.3 SEBELUM 57.8 58.0 58.5 58.0 58.5 58.3 SELEPAS 57.3 58.0 58.5 57.8 58.3 58.3 SEBELUM 97.5 97.0 96.5 97.3 97.5 96.8 SELEPAS 97.3 96.8 96.8 97.0 96.8 96.8 Gambarajah 4.3: Bacaan bagi Berat, Jisim Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul Selama Enam Minggu Latihan Dilakukan bagi Subjek 3

37 4.3 Purata Berat, Jisim Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul bagi Subjek Kumpulan A Jadual 4.5: Perubahan Berat Kumpulan A Selama 6 Minggu BERAT M1 M2 M3 M4 M5 M6 Purata SEBELUM 70.9 70.5 70.0 69.6 69.5 69.4 70.0 SELEPAS 70.8 70.3 69.8 69.5 69.5 69.4 69.9 Perbezaan 0.1 0.2 0.2 0.1 0.0 0.0 0.1 Purata berat subjek Kumpulan A menunjukkan penurunan sepanjang 6 minggu latihan dilakukan. Purata penurunan yang paling tinggi adalah pada minggu ke-2 dan minggu ke-3 iaitu sebanyak 0.2 kg. Bagi minggu ke-5 dan minggu ke-6 tiada sebarang perubahan berat badan. Gambarajah 4.4: Perbezaan purata berat sebelum dan selepas kajian dilakukan bagi Kumpulan A selama 6 minggu

38 Jadual 4.6: Perubahan Jisim Lemak Kumpulan A Selama 6 Minggu JISIM LEMAK (kg) M1 M2 M3 M4 M5 M6 Purata SEBELUM 41.0 40.9 41.1 40.7 40.8 40.6 40.9 SELEPAS 41.4 41.9 42.5 41.6 41.5 40.3 41.5 Perbezaan -0.4-1.0-1.4 0.9 0.7 0.3-0.2 Pada minggu pertama dan minggu ketiga, didapati kadar pertambahan jisim lemak yang lebih tinggi berbanding minggu lain. Namun, terdapat penurunan sebanyak 0.3 kg pada minggu terakhir. Gambarajah 4.5: Perbezaan Purata Jisim Lemak Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan bagi Kumpulan A Selama 6 Minggu

39 Berdasarkan Jadual 4.7, purata lilitan lengan bagi subjek kumpulan A menunjukkan perubahan selama 6 minggu ujian dilakukan. Lilitan lengan yang paling rendah dicatatkan pada minggu ke-4 iaitu 30.3 cm. Catatan yang paling tinggi adalah pada minggu pertama iaitu 32.1 cm. Jadual 4.7: Perubahan Lilitan Lengan Kumpulan A bagi 6 Minggu LILITAN LENGAN (cm) M1 M2 M3 M4 M5 M6 Purata SEBELUM 32.1 32.2 30.9 30.3 31.2 30.9 31.3 SELEPAS 32.0 31.7 31.0 30.3 30.8 30.8 31.1 Perbezaan 0.1 0.5-0.1 0.0 0.4 0.1 0.2 Gambarajah 4.6: Perbezaan Purata Lilitan Lengan Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan bagi Kumpulan A Selama 6 Minggu

40 Berdasarkan kepada Jadual 4.8 di bawah, bacaan lilitan paha paling tinggi adalah 61.6 cm pada minggu ke-5 manakala bagi minggu pertama dan ke-2 adalah paling rendah iaitu 60.7 cm. Namun, perbezaan paling tinggi adalah pada minggu pertama iatu sebanyak o.5 cm. Jadual 4.8: Perubahan Lilitan Paha Kumpulan A bagi 6 Minggu LILITAN PAHA (cm) M1 M2 M3 M4 M5 M6 Purata SEBELUM 61.2 60.9 60.9 61.1 61.6 61.5 61.2 SELEPAS 60.7 60.7 60.8 60.8 61.3 61.1 60.9 Perbezaan 0.5 0.2 0.1 0.3 0.3 0.4 0.3 Gambarajah 4.7: Perbezaan Purata Lilitan Paha Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan bagi Kumpulan A Selama 6 Minggu

41 Jadual 4.9 dan Gambarajah 4.8 di bawah menunjukkan purata keseluruhan ketiga-tiga subjek selepas latihan dilakukan menunjukkan penurunan pada setiap minggu. Pada minggu pertama, bacaan sebelum melakukan ujian adalah paling tinggi iaitu 104.8 cm dan bacaan paling rendah dicatatkan pada minggu ke-4 dan ke-5 iaitu 103.5 cm. Jadual 4.9: Perubahan Lilitan Pinggul Kumpulan A Selama 6 Minggu LILITAN PINGGUL (cm) M1 M2 M3 M4 M5 M6 Purata SEBELU 104.8 104.0 104.1 104.0 104.0 103.8 104.1 SELEPAS 104.3 103.9 103.8 103.5 103.5 103.6 103.8 Perbezaan 0.5 0.1 0.3 0.5 0.5 0.2 0.3 Gambarajah 4.8: Perbezaan Purata Lilitan Pinggul Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan bagi Kumpulan A Selama 6 Minggu

42 4.3 Purata Berat, Jisim Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul setiap Subjek bagi Latihan Berintensiti Rendah Gambarajah 4.9 menunjukkan perubahan komposisi tubuh badan pada Subjek 4 selama 6 minggu melakukan latihan. Berat subjek sebelum menjalani latihan adalah 65 kg dan selepas menjalani latihan menunjukkan penurunan sebanyak 1.8 kg tetapi terdapat peningkatan pada minggu ke-2. Bacaan jisim lemak pada minggu pertama meningkat sebanyak 1.3 kg. Bagi lilitan lengan pula, tiga minggu terakhir menunjukan penurunan berbanding sebelum latihan dijalankan iaitu 29.4 cm. Bacaan terendah yang direkodkan adalah pada minggu ke-4. Bacaan lilitan paha menunjukkan penurunan dari awal minggu latihan di mana minggu ke-5 mencatatkan penurunan paling banyak iaitu 1.5 cm. Penurunan yang paling tinggi bagi lilitan pinggul berlaku pada minggu pertama sebanyak 1.5 cm. Jadual 4.10: Purata Perubahan Komposisi Tubuh Badan bagi Subjek 4 Selama 6 Minggu BERAT (kg) JISIM LEMAK (kg) LILITAN LENGAN (cm) LILITAN PAHA (cm) LILITAN PINGGUL (cm) MIN M1 SUBJEK INDIVIDU 4 MIN MIN M2 M3 MIN M4 MIN M5 MIN M6 SEBELUM 65.0 65.4 63.3 63.2 62.9 63.2 SELEPAS 64.8 65.1 63.2 63.1 62.9 63.2 SEBELUM 33.2 36.4 34.6 33.2 33.2 33.1 SELEPAS 34.5 34.3 34.4 34.1 33.6 34.1 SEBELUM 29.4 29.0 30.8 29.2 29.2 29.2 SELEPAS 29.0 29.0 30.8 28 28.5 28.5 SEBELUM 58.0 57.0 58.5 55.0 55.0 55.0 SELEPAS 57.8 57.5 57.4 57.0 56.5 57.5 SEBELUM 97.0 96.5 96.0 96.0 96.0 96.0 SELEPAS 95.5 97.0 96.3 96.5 96.0 96.0

43 Gambarajah 4.9: Bacaan bagi Berat, Jisim Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul Selama Enam minggu latihan dilakukan bagi Subjek 4 Selama enam minggu latihan dijalankan, purata berat Subjek 5 menunjukkan penurunan pada setiap minggu. Perbezaan diantara berat sebelum melakukan latihan dan berat selepas melakukan latihan pada hari terakhir minggu ke-6 adalah sebanyak 2.5 kg. Kandungan jisim lemak dalam badan pada dua minggu pertama menunjukkan peningkatan tetapi pada minggu ke-3 jisim lemak subjek telah turun sebanyak 1.6 kg. Pada minggu pertama latihan, tidak terdapat perubahan pada lilitan lengan tetapi terdapat penurunan pada minggu ke-3 kepada 32.5 cm dan tiga minggu terakhir menunjukkan peningkatan yang tidak ketara. Selama enam minggu latihan dijalankan, lilitan pinggul tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara.

44 Jadual 4.11: Purata Perubahan Komposisi Tubuh Badan bagi Subjek 5 Selama 6 Minggu INDIVIDU SUBJEK 5 MIN M1 MIN M2 MIN M3 MIN M4 MIN M5 MIN M6 BERAT (kg) JISIM LEMAK (kg) LILITAN LENGAN (cm) LILITAN PAHA (cm) LILITAN PINGGUL (cm) SEBELUM 71.6 71.0 70.9 69.7 69.3 69.3 SELEPAS 71.4 70.9 70.8 69.6 69.2 69.1 SEBELUM 41.7 41.6 41.2 42.0 41.9 42.3 SELEPAS 43.7 43.9 42.3 42.9 42.4 44.1 SEBELUM 35.0 34.5 32.5 33.0 33.1 33.0 SELEPAS 35.0 34.0 32.5 33.0 33.4 33.1 SEBELUM 69.5 69.5 68.0 65.5 66.4 66.3 SELEPAS 69.4 68.9 68.0 65.8 66.5 66.6 SEBELUM 100 100 100 99.8 99.8 99.5 SELEPAS 100 100 100 100 100 100 Gambarajah 4.10: Bacaan bagi berat, jisim lemak, lilitan lengan, paha dan pinggul selama enam minggu latihan dilakukan bagi Subjek 5

45 Pada minggu ke-2 dan minggu ke-6 merupakan bacaab yang tertinggi bagi berat Subjek 6 iaitu 60.1 kg. Bagi jisim lemak pula, pada dua minggu pertama dan minggu terakhir menunjukkan peningkatan selepas subjek melakukan aktiviti dengan minggu ke-3 merupakan bacaan yang paling rendah sebanyak 42.3 kg. Bacaan terendah bagi lilitan lengan adalah pada minggu ke-3 iaitu 32.5 cm berbanding minggu lain. Bahagian lilitan paha pula, bacaan paling rendah ialah 54.8 cm pada minggu ke-2. Selama enam minggu latihan dijalankan tidak menunjukkan perubahan yang ketara pada bahagian pinggul. Jadual 4.12: Purata Perubahan Komposisi Tubuh Badan bagi Subjek 6 Selama 6 Minggu INDIVIDU SUBJEK 6 MIN M1 MIN M2 MIN M3 MIN M4 MIN M5 MIN M6 BERAT (kg) JISIM LEMAK (kg) LILITAN LENGAN(cm) LILITAN PAHA(cm) LILITAN PINGGUL(cm) SEBELUM 59.7 60.2 59.0 59.2 59.9 60.3 SELEPAS 59.6 60.1 59.0 59.1 59.7 60.1 SEBELUM 31.5 30.9 31.8 31.8 30.6 31.2 SELEPAS 32.6 31.7 32 32.0 31.2 31.2 SEBELUM 26.9 27.8 26.5 26.5 26.5 28.8 SELEPAS 26.5 27.5 26.8 27 28.3 28.9 SEBELUM 57.6 55.3 56.3 56.3 56.3 55.8 SELEPAS 57.0 55.3 56.5 56.3 56.0 55.8 SEBELUM 93.5 93.0 93.5 94.0 94.0 94.0 SELEPAS 93.5 94.0 93.5 94.0 93.5 94.2

46 Gambarajah 4.11: Bacaan bagi Berat, Jisim Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul Selama Enam Minggu Latihan Dilakukan bagi Subjek 6

47 4.4 Purata Berat, Jisim Lemak, Lilitan Lengan, Paha dan Pinggul Kumpulan B Bacaan yang paling tinggi dicatatkan pada dua minggu pertama iaitu 65.4 cm. Sepanjang 6 minggu kajian dilakukan tidak terdapat perubahan yang begitu ketara bagi berat subjek Kumpulan B sebelum dan selepas ujian dlakukan. Jadual 4.13: Perubahan Berat Kumpulan B Selama 6 Minggu BERAT (kg) M1 M2 M3 M4 M5 M6 PURATA SEBELUM 65.4 65.4 64.4 64.0 64.0 64.2 64.6 SELEPAS 65.3 65.3 64.4 63.9 63.9 64.1 64.5 perbezaan 0.1 0.1 0.0 0.1 0.1 0.1 0.1 Gambarajah 4.12: Perbezaan purata berat sebelum dan selepas kajian dilakukan bagi Kumpulan A selama 6 minggu

48 Berdasarkan jadual dibawah, purata jisim lemak subjek Kumpulan B menunjukkan peningkatan selepas melakukan latihan. Minggu pertama menunjukkan peningkatan yang paling tinggi sebanyak 1.5 kg dan minggu ke-2 menunjukkan peningkatan yang paling sedikit iaitu 0.3 kg. Jadual 4.14: Perubahan Jisim Lemak Kumpulan B Selama 6 Minggu JISIM LEMAK (kg) M1 M2 M3 M4 M5 M6 PURAT SEBELUM 35.4 36.3 35.8 35.7 35.4 35.5 35.7 SELEPAS 36.9 36.6 36.2 36.3 36.1 36.5 36.4 PERBEZAA -1.5-0.3-0.4-0.6-0.7-0.9-0.7 Gambarajah 4.13: Perbezaan jisim lemak sebelum dan selepas kajian dilakukan bagi Kumpulan A selama 6 minggu

49 Bacaan lilitan lengan Kumpulan B pada minggu pertama tidak mengalami sebarang perubahan selepas melakukan latihan, manakala perubahan yang ketara adalah pada minggu ke-4 iaitu 0.3 cm. Namun, pada minggu ke-3 lilitan lengan menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1 cm. Jadual 4.15: Perubahan Lilitan Lengan Kumpulan B Selama 6 Minggu LILITAN LENGAN (cm) M1 M2 M3 M4 M5 M6 PURATA SEBELUM 30.2 30.4 29.9 29.6 29.6 30.3 30.0 SELEPAS 30.2 30.2 30.0 29.3 29.4 30.1 29.9 PERBEZAA 0.0 0.2-0.1 0.3 0.2 0.2 0.1 Gambarajah 4.14: Perbezaan purata lilitan lengan sebelum dan selepas kajian dilakukan bagi Kumpulan A selama 6 minggu

50 Jadual 4.16: Perubahan Lilitan Paha Kumpulan B Selama 6 Minggu LILITAN PAHA (cm) M1 M2 M3 M4 M5 M6 PURATA SEBELUM 61.5 60.8 60.7 59.4 59.7 59.8 60.3 SELEPAS 61.4 60.5 60.6 59.7 59.7 59.8 60.3 PERBEZAA 0.1 0.3 0.1-0.3 0.0 0.0 0.0 Berdasarkan Gambarajah 4.15 dibawah, tiga minggu pertama menunjukkan bacaan tertinggi berbanding tiga minggu terakhir. 61.5 cm adalah bacaan tertinggi sepanjang enam minggu latihan dijalankan dan bacaan terendah pada minggu ke-4 iaitu 59.4 cm tetapi selepas melakukan latihan didapati lilitan paha meningkat sebanyak 0.3 cm. Purata keseluruhan bagi lilitan paha adalah sama iaitu 60.3 cm sebelum dan selepas latihan. Gambarajah 4.15: Perbezaan purata lilitan paha sebelum dan selepas kajian dilakukan bagi Kumpulan A selama 6 minggu

51 Lilitan pinggul Kumpulan B selama enam minggu menunjukkan penurunan selepas melakukan latihan. Penurunan yang paling tinggi adalah 0.2 cm pada minggu pertama. Didapati minggu ke-6 tidak menunjukkan sebarang perubahan. Gambarajah 4.17: Perubahan Lilitan Pinggul Kumpulan B Selama 6 Minggu LILITAN PINGGUL M1 M2 M3 M4 M5 M6 PURAT SEBELUM 96.5 96.5 96.5 96.6 96.6 96.5 96.5 SELEPAS 96.3 96.4 96.4 96.5 96.5 96.5 96.4 PERBEZAAN 0.2 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1 Gambarajah 4.16: Purata lilitan pinggul sebelum dan selepas Kumpulan B selama 6 minggu