LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

Similar documents
IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

CIRI FIZIKO-KIMIA BUAH KARANDA (Carissa carandas) DAN SIFAT BERFUNGSI PASTILNYA KHUZMA BINTI DIN

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

DESIGN AND FABRICATION OF HANDY DISC LOOSE COCONUT PALM COLLECTOR MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN SHAHARUDDIN

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

Q1 Gender / Jantina:

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

PENILAIAN PENGETAHUAN

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERUBAHAN BUAH CIKU (ACHRAS SAPOTA L.) SEMASA PERKEMBANGAN DAN KESAN SUHU SERTA PEMBUNGKUSAN SEMASA PENYIMPANAN TAUFIK

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

PENILAIAN PENGETAHUAN

THALWATCH BEYOND THALASSAEMIA THE OFFICIAL NEWSLETTER OF THE THALASSAEMIA SOCIETY OF PENANG

Easy Nutrition. Planner. for Caring Mums. Buku Perancangan Pemakanan Mudah untuk Ibu Penyayang

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 1 Waiter)

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

MALAYSIA PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BULANAN MONTHLY EXTERNAL TRADE STATISTICS

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

(HURUF BESAR) Tarikh:_

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

småles perihal småles Musim luruh 2018 Boleh saya makan ini? Tentu tidak! Saya nak guna untuk perkara lain.

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

MULTIPURPOSE BIO FERTILIZER

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. VIABILITY AND VIGOR OF DURA, PISIFERA AND TENERA OIL PALM (Elaeis guineensis Jacq.) POLLEN

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

Sains Malaysiana 47(8)(2018):

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

4 Cerakinkan mengikut nilai digit. 9 Rajah di bawah menunjukkan satu garis nombor.

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

PEMBANGUNAN PRODUK COKLAT BERINTIKAN FONDAN BUAH TARAP HELNIE MIUN

Tie s o n g k e t s e r i e s. Like us on:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM

EKSPLORASI KULIT KAYU

YONG KIM CHYE N LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

CIMB BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

Resipi Sihat, Pilihan Bija~ Healthful Recipes, The Jllid!I Vol I

Hadiah Wang Tunai Lebih dari RM3.6 Juta

AMALAN DAN PROSEDUR LUAR TALIAN INTEGRASI HRMIS-GFMAS

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

PEMBANGUNAN BROWNIECOKLAT DENGAN PURl SAYUR ESTERYNNA EMMIE SYLVESTER HN

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

MEMBINA KECERDASAN HATI PELAJAR

WEDDING PACKAGE 2014 MALAY WEDDING. Bersanding Package (A) RM 1, (RM 1, nett) per table of 10 persons

Rumah Makan Cibiuk Shah Alam

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAN

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS GO ~ Tarikh: I Cf Mt I ::loo.b

GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENTERA YANG MEMERLUKAN SIJIL PERAKUAN KELAYAKAN (CF) DARI JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)

Resipi Stevia. untuk kehidupan yang lebih sihat. SteviaSugar Corporation Sdn Bhd

SHELL GET MORE VALUE OUT OF RM1 - TERMS AND CONDITIONS (ENGLISH)

THESIS. Submitted to The Faculty of Agricultural Technology in partial fulfillment of the requirements for obtaining the Bachelor Degree

RIWAYAT HIDUP ABSTRAK ABSTRACT UCAPAN TERIMA KASIH DAFTAR ISI DAFTAR TABEL DAFTAR GAMBAR DAFTAR LAMPIRAN BAB I PENDAHULUAN

N0P0QRRS0

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 3) 2016

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MALAYSIA PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BULANAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAR. BORANG PENGESAl-IAN STATUS TESIS SESI PENGAJJAN:

RISALAH DATA KESELAMATAN Mengikut Peraturan (EC) No 453/2010

PHYSICAL PROPERTIES OF SOURSOP (ANNONA MURICATA) POWDER PRODUCED BY SPRAY DRYING KHAIDATUL HASNI BTE MOHAMAD AYIT

PENGESAHAN PEMERIKSAAN TESIS

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (HURUF BESAR)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (HURUF BESAR)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. tj1ý1ty1(at. ) (HURUF BESAR) dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA T FSTM

PEMODELAN SIRI MASA KEPEKATAN BAHAN PENCEMAR UDARA 03, PMlO DAN JEREBU MENERUSI PENDEKATAN KALUT

Fungsi dan Pola Ganti Nama Melayu: Satu Interpretasi Semantik dan Pragmatik

Transcription:

LIPID DAN KESIHATAN Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam Pengenalan Lipid dikenali juga sebagai lemak, atau minyak yang merupakan salah satu daripada komponen utama diet normal bagi manusia. Ia biasanya larut dalam pelarut organik seperti heksan, eter petroleum dan pelarut lain tak berkutub. Ia membentuk struktur komponen utama sel binatang terutama sekali membran sel atau kulit. Sifat fizikal lipid yang pejal, atau cair tidak berapa penting kerana ia bergantung pada suhu ambien. Biasanya minyak dirujuk sebagai bentuk cecair lipid, sementara lipid pepejal dinamakan lemak. Sesetengah minyak dalam bentuk cecair di kawasan khatulistiwa yang panas menjadi pepejal apabila dibawa ke negara yang beriklim sejuk. Ia boleh digunakan sebagai komponen penting dalam daging, ikan, atau makanan yang berasaskan biji-bijian, dan dianggap sebagai lemak tersembunyi. Ia boleh juga ditambah kepada makanan lain, seperti mentega yang disapu pada roti, minyak dalam sos salad, atau lemak memasak yang diserap oleh kentang semasa menggoreng. Lipid juga bahan penting dalam menyediakan makanan, seperti kek, pastry dan konfeksi lain. Lipid boleh dikategorikan kepada tiga kelas utama seperti berikut: - Lipid neutral (98% jumlah lipid) - Fosfolipid - Steroid atau sterol Lipid Neutral Kebanyakan lipid neutral mengandungi trigliserida yang terdiri daripada molekul gliserol dengan tiga molekul asid lemak. Biasanya ia tak berkutub sepenuhnya, dan tidak afiniti dengan air. Reaksi gliserol dengan asid lemak untuk membentuk trigliserida terjadi secara alami, seperti berikut: Gliserol + 3 asid lemak trigliserida Asid Lemak Asid lemak ialah rantaian panjang tidak bercabang atom karbon yang bercantum dengan hidrogen, dan kumpulan berfungsi karboksil (-COOH) pada satu hujung yang memberikan molekul sifat berasid. Kebanyakan asid lemak yang terdapat secara semula jadi mengandungi bilangan genap atom karbon pada rantaian tulang belakangnya. Rantaian tulang belakang bagi setiap asid lemak biasanya berbeza, panjang rantaian dari 4 hingga 24, tetapi kadang-kadang atom karbon yang lebih panjang dijumpai pada sebahagian 1

binatang marin. Biasanya asid lemak yang ditemui secara semula jadi mempunyai bilangan genap atom karbon pada rantaian, tetapi asid lemak dengan 16 atau 18 atom karbon sering didapati dalam lipid semula jadi. Kumpulan berasid berkutub (-COOH) bagi setiap asid lemak ada afiniti dengan air, dan rantaian asid lemak yang terpendek didapati larut dalam air. Asid stearik, CH 3 (CH 2 ) 16 COOH Asid oleik, CH 3 (CH 2 ) 7 CH=CH(CH 2 ) 7 COOH Rajah 1 : Struktur Asid Lemak Menunjukkan Perbezaan Antara Asid Lemak Tepu dan Tak Tepu. 2

Jadual 1 Beberapa Asid Lemak Yang Terdapat Secara Semula Jadi Asid Lemak Tepu Asid Lemak Tak Tepu Asid Butirik (4:0) Asid Kaproik (6:0) Asid Kaprilik (8:0) Asid Kaprik (10:0) Asid Laurik (12:0) Asid Miristik (14:0) Asid Palmitik (16:0) Asid Stearik (18:0) Asid Palmitoleik (16:1) Asid Oleik (18:1) Asid Linoleik (18:2) * Asid Linolenik (18:3) * *asid lemak perlu Nombor pertama dalam kurungan merupakan nombor atom karbon, sementara nombor kedua menunjukkan bilangan ikatan ganda dua yang wujud dalam molekul Fosfolipid Fosfolipid ialah kumpulan molekul yang mengandungi fosfat, yang mempunyai struktur yang serupa dengan trigliserida. Ia terdiri daripada molekul gliserol, dua baki asid lemak, dan kumpulan fosfat. Contoh fosfolipid yang paling lumrah ialah fosfatidilkolina yang biasa dikenali sebagai lesitin. Kebanyakan lesitin ditemui dalam kuning telur, dan semua minyak sayuran, seperti minyak kacang soya, minyak kelapa dan lain-lain. Rajah 2 : Struktur Fosfolipid 3

Steroid Atau Sterol Kolesterol ialah satu bentuk steroid atau sterol yang sangat penting. Ia merupakan molekul biologi yang sangat penting, yang berperanan dalam struktur membrane, dan juga sebagai prekursor untuk sintesis hormon steroid, dan asid hempedu. Kedua-dua kolesterol diet, dan de novo sintesis dibawa melalui peredaran saluran darah dalam protein yang dinamakan lipoprotein. Kolesterol dijumpai, terutamanya dalam lipid binatang, sementara lipid tumbuhan biasanya tidak mengandungi kolesterol Rajah 3 : Struktur Kolesterol Minyak Makan dan Lemak Lipid biasanya ditemui dalam bentuk minyak masak atau lemak. Sumber minyak makan dunia boleh dibahagikan kepada minyak, atau lemak sayur dan binatang. Minyak sayur mengandungi 80% jumlah pengeluaran minyak makan dan lemak di dunia. Sumber ini diperbaharui dengan menanam tumbuhan bijian atau buahnya yang menghasilkan minyak, seperti kacang soya, kacang, palma dan kelapa. 4

Jadual 2 Minyak Makan dan Lemak. Minyak Sayuran Lemak Binatang Minyak Marin -Minyak zaitun -Minyak bunga matahari -Minyak kacang -Minyak kacang soya -Minyak jagung -Minyak biji kapas -Minyak kanola -Minyak avokado -Mentega -Lemak lembu -Lemak babi -Minyak sapi -Minyak hati Ikan Kod -Minyak Sperma Lipid Makanan dan Kesihatan Peranan lipid diet dalam pemakanan manusia ialah salah satu bidang pemerhatian, dan penyelidikan yang sangat penting dalam bidang sains pemakanan. Kolesterol diet dan asid lemak tepu, terutamanya asid laurik, miristik dan palmitik telah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular dalam beberapa penyelidikan dalam bidang tersebut. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kebimbangan telah meningkat tentang kesan kesihatan asid lemak trans yang selalu wujud dalam kuantiti yang banyak dalam marjerin, lelemak, makanan segera, dan banyak produk bakeri biasa, yang sebahagiannya dibuat dari minyak sayur terhidrogen. Kesan kesihatan asid lemak trans belum lagi terjawab, tetapi kebimbangan termasuk kesan mudarat mengenai faktor risiko lipid bagi penyakit jantung, dan metabolisme asid lemak n-6 dan n-3, yang dinamakan asid lemak perlu. Ia dinamakan asid lemak perlu, kerana ia tidak dapat disintesiskan di dalam badan, tetapi terpaksa dibekalkan dengan mengambil diet yang mengandungi asid lemak ini. Berbeza dengan kesan kesihatan negatif berkaitan dengan asid lemak trans dan tepu, pada umumnya lipid diet mempunyai beberapa fungsi nutrisi. Ia digunakan sebagai sumber pekat tenaga dan sumber asid lemak perlu. Ia bertindak sebagai pembawa vitamin larut lemak dan menambah kesedapan makanan. Keluarga asid lemak poli tak tepu n-6 dan n-3, yang juga dikenali sebagai asid lemak omega-6 dan omega- 5

3 merupakan komponen penting membran sel, dan digunakan sebagai prekursor berbagai sebatian aktif secara biolog, yang dikenali sebagai eikosanoid. Oleh kerana itu, kekurangan asid lemak ini membawa kepada simptom kekurangan, dan hanya boleh didapati dari diet, ia merupakan nutrien diet perlu. Minyak sayuran biasa, seperti minyak kanola, dan kacang soya merupakan sumber baik kedua-dua asid linoleik (18:2n-6), dan asid linolenik (18:3n-3),iaitu ahli induk keluarga n-6 dan n-3 asid lemak politaktepu. Ahli yang terpanjang, dan sangat tak tepu siri n-3, terdapat dengan jumlah yang cukup banyak dalam ikan laut, sementara telur dan daging dari binatang darat merupakan sumber yang sesuai bagi ahli rantaian panjang yang sangat tak tepu siri n-6. Anak damit sangat memerlukan asid lemak poli tak tepu ini, untuk pembesaran dan perkembangan yang normal, dan ia juga memainkan peranan penting dalam fungsi otak dan penglihatan. Susu ibu ialah sumber yang boleh diharapkan bagi membekalkan kedua-dua asid lemak n- 6 dan n-3 untuk anak damit. Kesan Kandungan Kolesterol Diet Pada Paras Kolesterol Plasma Lemak binatang mengandungi paras kolesterol yang tinggi, dan pengambilan lemak yang banyak ini akan mengakibatkan paras kolesterol plasma meningkat. Paras kolesterol yang tinggi dalam plasma ialah salah satu faktor yang menimbulkan risiko arteriosklerosis yang menyebabkan penyakit jantung. Walau bagaimanapun telah ditunjukkan bahawa sumber diet kolesterol mempunyai kesan kecil pada paras kolesterol dalam darah, terutamanya apabila mengambil makanan yang kaya dengan kolesterol memberikan kurang daripada 200 mg kolesterol dalam diet. Paras ambang pengambilan kolesterol dalam julat 100-200 mg/sehari, merupakan paras plasma kolesterol yang dihasilkan masih sama dalam julat normal bagi seseorang tanpa predisposisi genetik, untuk meningkatkan paras lipoprotein plasma. Sumber utama kolesterol diet termasuk telur, hasil tenusu, daging, ayam itik, ikan, dan kerangkerangan. Kuning telur dan daging organ (hati, ginjal, anak limpa dan otak) tinggi kandungan kolesterol dietnya. Biasanya ikan mengandungi kurang kolesterol daripada daging lain, tetapi sebahagian kerangkerangan tinggi kandungan kolesterolnya. Makanan dari sumber tumbuhan-tumbuhan, seperti sayursayuran, buah-buahan, biji-bijian, bijirin, kekeras dan biji, tidak mengandungi kolesterol. Perlu diingat bahawa kandungan lemak bukan sukatan yang baik bagi kandungan kolesterol, kerana sesetengah daging, seperti hati dan organ lain arendah lemaknya, tetapi mengandungi kolesterol yang sangat tinggi. Kesimpulan Sebenarnya lipid tidak merbahaya, tetapi kuantiti yang kita makan yang akan menjejaskan tahap lemak yang tidak baik dalam sistem darah. Terlalu banyak mengambil satu jenis makanan tidak akan memberi sebarang kebaikan kepada kesihatan seseorang, tetapi amalan yang baik dan sihat ialah mengambil diet yang seimbang. Prinsipnya ialah kita hanya patut makan apabila kita lapar sahaja, dan berhenti sebelum kita kenyang, dan dengan cara ini kita akan mempunyai kebebasan memilih sebarang makanan selagi ia 6

terdiri dari diet yang seimbang. Kita perlu mengisi perut dengan satu pertiga makanan, satu pertiga air, dan meninggalkan satu pertiga untuk udara dan ini ialah sukatannya, sama ada kita telah mengambil jumlah makanan yang betul untuk menjadi sentiasa sihat. Bibliografi 1. Holland B. Welch A. A Unwin I.D., Buss D.H., Paul A.A and Sauthgate D.A.T, 1998. The Composition of Foods. 5 th Edition. Royal Society of Chemistry and Ministry of Agriculture, Fisheries and Food. 2. Gunstone E.D and Norris F.A., 1983. Lipids in Foods Chemistry, Biochemistry and Technology. 1st Edition. Pergamun International Library of slime and Technology, Engineering and Social. 3. Fennema O.R, 1985. Food Chemistry. 2 nd Edirion. Marcel Dakker,Inc. 7