Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

Similar documents
A NEW FEATURE EXTRACTION ALGORITHM FOR OVERLAPPING LEAVES OF RUBBER TREE SULE ANJOMSHOAE

Penghasilan Premix Kopi Biji Betik

NUTRITIONAL CHARACTERISTICS EVALUATION OF MALAYSIAN COMMERCIAL PINEAPPLE CULTIVARS CHONG HANG CHIET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF BOTTOM ASH ON THE STRENGTH CHARACTERISTICS OF FLY ASH AND BOTTOM ASH MIXTURES JACKY LING JIA YII

Bahagian A. Di antara berikut, yang manakah merupakan benda hidup?

IDENTIFICATION AND RECOVERY OF FINGERPRINTS FROM GLASS FRAGMENTS IN MOLOTOV COCKTAIL CASES

IWK 102 PRINCIPLES OF BIO-RESOURCE SCIENCE & TECHNOLOGY [ASAS SAINS & TEKNOLOGI BIO-SUMBER (KAYU)]

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. VIABILITY AND VIGOR OF DURA, PISIFERA AND TENERA OIL PALM (Elaeis guineensis Jacq.) POLLEN

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

Penentuan Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Bingka Kemboja Berasaskan Labu Menggunakan Kaedah Sejukbeku Blast Freezer Berbanding Deep Freezer

KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT

IMK 202 Food Commodities [Komoditi Makanan]

IMK 202 FOOD COMMODITIES [KOMODITI MAKANAN]

MULTIPURPOSE BIO FERTILIZER

WASTE AUDIT AT COCONUT-BASED INDUSTRY AND VERMICOMPOSTING OF DIFFERENT TYPES OF COCONUT WASTE TWANA ABDULRAZAQ TAHIR

Penyakit Anthracnose pada Cili Di Malaysia: Biologi Patogen dan Varietal Susceptibility

Sistem Kedai Basikal Dalam Talian Techprocycles

Sains Malaysiana 47(5)(2018):

DIOSCOREASPRDANCOLOCASMESCULENTA

SULIT /3. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) ICLALIS 2013.

Ramalan Naik Turun Minyak Sawit Mentah Menggunakan Rangkaian Neural Buatan. Nur Atiqah Nazari Mohammad Faidzul Nasrudin

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM

P.U. (A) 200. AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

EFFECTS OF POSTHARVEST HOT WATER TREATMENT ON PHYSIOLOGICAL AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF EKSOTIKA II PAPAYA DURING RIPENING

EFFECTS OF 1-METHYLCYCLOPROPENE (1-MCP) COUPLED WITH CONTROLLED ATMOSPHERE STORAGE ON THE RIPENING AND QUALITY OF CAVENDISH BANANA ABSTRACT

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (TABLE OF SPECIFICATION-TOR)

MyGrocery :APLIKASI E-DAGANG BARANGAN RUNCIT. Koo Woon Beng Prof. Madya Dr. Muriati Mukhtar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELAJARAN KOD DAN ALIHAN KOD GITAR UMI AMIRA BINTI SHARIFFUDIN PROF. MADYA. DR. NORAIDAH ASHAARI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

BUNCH MOTH, TIRATHABA RUFIVENA (LEPIDOPTERA: PYRALIDAE) INFESTATION CENSUS FROM OIL PALM PLANTATION ON PEAT SOIL IN SARAWAK

DESIGN AND FABRICATION OF HANDY DISC LOOSE COCONUT PALM COLLECTOR MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN SHAHARUDDIN

PENGAPLIKASIAN KAYU PALET TERPAKAI DALAM MEREKA BENTUK PERABOT SEPARA LUARAN

PEMBUATAN BENANG MENGGUNAKAN KULIT KAYU TEKALUNG

Sains Malaysiana 47(8)(2018):

PENILAIAN PENGETAHUAN

APLIKASI BANK TRANSAKSI DENGAN MENGAPLIKASIKAN ALGORITMA PENGESAHAN CAP JARI DAN PENYAHSULITAN KOD QR. Lee Kai Yi Ravie Chandran A/L Muniyandi

Pemetaan Bahan Bakar Bagi Pengurusan Kebakaran Hutan di Semenanjung Malaysia. Fuel Mapping for Forest Fire Management in Peninsula Malaysia

CIRI FIZIKO-KIMIA BUAH KARANDA (Carissa carandas) DAN SIFAT BERFUNGSI PASTILNYA KHUZMA BINTI DIN

PENILAIAN PENGETAHUAN

LIPID DAN KESIHATAN. Gliserol + 3 asid lemak trigliserida. Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman Brunei Darussalam. Pengenalan

Kata kunci: Bahan terbuang, palet, perabot, tahan lasak, menjimatkan kos.

Dessert. Halal certified dishes. Amuse. Light Dishes Anytime (The following dishes are available at anytime after the first meal service.

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

RIWAYAT HIDUP ABSTRAK ABSTRACT UCAPAN TERIMA KASIH DAFTAR ISI DAFTAR TABEL DAFTAR GAMBAR DAFTAR LAMPIRAN BAB I PENDAHULUAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERUBAHAN BUAH CIKU (ACHRAS SAPOTA L.) SEMASA PERKEMBANGAN DAN KESAN SUHU SERTA PEMBUNGKUSAN SEMASA PENYIMPANAN TAUFIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECT OF MEDIUM FORMULATION AND CULTURE CONDITION ON GROWTH AND PLASMID STABILITY OF RECOMBINANT LACTOCOCCUS LACTIS AM3

NOOR FAZIYAHTUN BINTI FABEIL. PERPUSIAKAAJI. UN1VERSITI. AlAYSIA SABAH

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Bearded pig (Sus barbatus) utilisation of a fragmented forest oil palm landscape in Sabah, Malaysian Borneo

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad Shamsidar Yahya Nassim Tel:

NG SHU CHIN MASTER OF SCIENCE 2006

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (HURUF BESAR)

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PENGURUSAN PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH DI DAERAH BAU HERSY NOVEELIA ANAK HENRY

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Q1 Gender / Jantina:

THESIS. Submitted to The Faculty of Agricultural Technology in partial fulfillment of the requirements for obtaining the Bachelor Degree

YONG KIM CHYE N LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK

SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI

CIMBFxJCM JOHOR STAGE RACE 29 Mac - 1 April 2018 Johor Darul Takzim PERATURAN SPESIFIK

Sains Malaysiana 47(2)(2018):

UNIVERSITI MALAYSIA SABAR. BORANG PENGESAl-IAN STATUS TESIS SESI PENGAJJAN:

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS GO ~ Tarikh: I Cf Mt I ::loo.b

(HURUF BESAR) Tarikh:_

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. tj1ý1ty1(at. ) (HURUF BESAR) dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAN

SISTEM TEMPAHAN JAHITAN DAN JUALAN BAJU FESYEN MUSLIMAH ATAS TALIAN (A.1 Stylista) NURIRDAYU BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WORKSHOP PUBLIC - PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN), MOHE 2017

PEMODELAN SIRI MASA KEPEKATAN BAHAN PENCEMAR UDARA 03, PMlO DAN JEREBU MENERUSI PENDEKATAN KALUT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MALAYSIA PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BULANAN MONTHLY EXTERNAL TRADE STATISTICS

SIFAT MEKANIKAL BAGI RENCAM KAYU CFRP DI BAWAH PEMBEBANAN LENTURAN SHAMSUDIN BIN MAT ISA

SISTEM PENGESAHAN PENGGUNA MENGGUNAKAN KOD QR (ILOGIN)

PEMBANGUNAN PRODUK COKLAT BERINTIKAN FONDAN BUAH TARAP HELNIE MIUN

AZLIYA BINTI ABD RAHMAN. A thesis submitted in fulfillment of the requirements for the award of the degree of Bachelor of Chemical Engineering

Iffl Iffi Iffi Iffi II ilihill III III

Evaluation of Plant and Animal Tea Solution Fertilizers on the Soil Fertility and Growth of Locust Bean (Parkia clappertonia) Seedlings in the Nursery

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. DEVELOPMENT OF BULK PACKAGING AND STORAGE OF SHALLOT (Allium ascalonium) PUREE NOOR AZIZAH BINTI AHMAD FSMB

Sintesis dan Sifat Termal Natrium Kanji Sulfat Dioscorea pentaphylla (Synthesis and Thermal Properties of Dioscorea pentaphylla Sodium Starch Sulfate)

Para pengusaha sektor pertanian masa kini telah

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS. 'ýc12ti1ýý CROQOA7 AvoK-AOý,

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

EKSPLORASI KULIT KAYU

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 4 PENGANALISISAN DATA. penyelidik juga menganalisis faktor-faktor dan fungsi-fungsi penukaran kod dalam

EKSPERIMENTASI KOMBINASI TEKNIK SULAM DAN CETAK DARIPADA KULIT KAYU TEKALONG UNTUK REKAAN BEG. Anastasia Anak Hyacinth

No. Flavours Packing Qty. Unit Price (RM) Unit Price (RM)

PEMBANGUNAN BROWNIECOKLAT DENGAN PURl SAYUR ESTERYNNA EMMIE SYLVESTER HN

4 Cerakinkan mengikut nilai digit. 9 Rajah di bawah menunjukkan satu garis nombor.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) (PINDAAN) (NO. 3) 2016

PENGHASILAN HALWA KULIT BUAH RAMBUTAN. (Nephe/ium Isppaceum L) SITI NURSHAZILA BINTI SAUTI. SU AM I AlAYSIA SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN

Transcription:

Potensi Ekstrak Buah Mengkudu Sebagai Prebiotik terhadap Penternakan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus) Azhar Ambo 1 dan Mohd Farhan Jamaludin 2 Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri, Politeknik Sandakan Sabah, 90000 Sandakan, Sabah. Abstrak. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan ekstrak buah mengkudu (Morinda cirtifolia) sebagai prebiotik terhadap kadar pembesaran, kelangsungan hidup dan kanibalisma ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) dengan kepekatan ekstrak yang berbeza iaitu 5%, 10% dan 15%. Kajian ini mengunakan kaedah susun atur secara rawak (replikat) dengan mengunakan tiga kepekatan yang berbeza di mana D0 dijadikan sebagai kawalan. Setiap kepekatan yang berbeza tersebut dicampurkan ke dalam pellet ikan. Kepekatan ekstrak dalam D1 adalah 5% diikuti D2 jumlah kepekatan ekstrak sebanyak 10% dan seterusnya D3 dengan kepekatan ekstrak sebanyak 15%. Hasil kajian menunjukkan kadar kepekatan 5% adalah nilai kepekatan yang sesuai dalam meningkatkan pembesaran dan kelangsungan hidup serta mengurangkan kanibalisma ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) Kata kunci: Ekstrak buah mengkudu, prebiotik, kepekatan ekstrak 5%, 10% dan 15% 1. Pengenalan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus) adalah spesies yang digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan ekstrak mengkudu sebagai prebiotik dalam membantu kadar pembesaran, kelangsungan hidup dan kanibalisma ikan keli. Ikan keli Afrika merupakan salah satu spesies yang sangat penting dalam menjayakan ekonomi akuakultur (Abo-Esa 2008). Ikan adalah sangat penting dalam menyumbangkan protein kepada manusia serta menjadi sumber tenaga untuk menjalankan aktiviti harian (Vanuccini, 2005). Buah mengkudu (Morinda citrifolia) pada mulanya berasal dari Asia Tenggara dan kemudian tersebar hingga ke China, India, Filipina, Hawai, Afrika, Australia, Karibia, Haiti, Fiji, Florida dan Kuba ( Sjabana 2002 ). Menurut kajian Rukmana (2002), menjelaskan bahawa mengkudu adalah sejenis tumbuhan yang umumnya mempunyai batang yang pendek dan banyak cabang dengan ketinggian pokok kira-kira 3m-8m di atas paras tanah dan tumbuh liar di hutan, muara dan pinggir sungai. Mengkudu boleh berkembang dengan pelbagai jenis tanah dan mengkudu juga mengandungi vitamin A di mana ia dapat membantu tumbesaran ikan.

2. Metodologi 2.1 Reka bentuk kajian Kajian ini dijalankan di Hatceri Politeknik Sandakan Sabah. Menggunakan sebanyak 180 ekor benih ikan keli Afrika yang bersaiz 1 inci yang diperolehi daripada daerah Keningau, Sabah. Sebanyak 12 akuarium digunakan dan setiap akuarium mempunyai 15 ekor ikan. Kajian ini dijalankan selama 4 minggu untuk mengumpul dan menganalisis data bagi mengetahui keberkesanan ekstrak buah mengkudu dengan kadar kepekatan yang berbeza. Kadar peratusan ekstrak buah mengkudu ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1: Peratusan ekstrak buah mengkudu. Label Kadar peratusan ekstrak buah mengkudu (%) D0 0% D1 5% D2 10% D3 15% 2.2 Susun atur akuarium secara rawak Replikat 1 Replikat 2 Replikat 3 D0 D1 D2 D2 D0 D2 D1 D3 D0 D3 D3 D1 Gambarajah 1: Susunan akuarium

2.3 Percubaan pemakanan Empat diet kajian akan diberi kepada benih ikan keli dua kali sehari pada pukul 8.00am dan petang pada pukul 3pm. Jumlah makanan yang telah diberikan telah direkodkan. Pembersihan pada dasar akuarium dan pengambilan kualiti air seperti DO, ph dan suhu air diukur setiap hari sebelum memberi ikan. Pengukuran ikan dilakukan setiap 1 minggu dan data telah direkodkan selama empat minggu menggunakan formula berikut: Berat badan (%) = Berat akhir Berat awal x 100 Berat awal Pengambilan makanan (g) = Jumlah makanan yang digunakan (g) (Jumlah awal ikan + Jumlah akhir ikan) / 2 FCR= Jumlah makanan yang diberi (g) Jumlah berat ikan (g) Kadar kelangsungan hidup (%) = Jumlah akhir ikan x 100 Jumlah awal ikan 2.4 Analisisi data One-way ANOVA dan Microsoft Excel telah digunakan dalam kajian ini dalam membandingkan penggunaan makanan dan prestasi pertumbuhan selepas 4 minggu diberi makanan percubaan. 2.5 Proses penghasilan ekstrak buah mengkudu Proses pertama untuk mengekstrak, buah mengkudu dipotong kepada bentuk yang lebih kecil untuk memudahkan proses pengeringan menggunakan oven selepas proses mencuci dan proses menjemur. Proses pengeringan buah mengkudu menggunakan oven dijalankan selama 48 jam pada suhu 40 C. Selepas proses pengeringan, buah mengkudu dikisar dengan menggunakan pengisar elektrik. Selepas itu, buah mengkudu direndam menggunakan air suling selama sehari dalam botol schott. Buah mengkudu berserta air suling dimasak menggunakan hotplate dengan suhu 100 C selama 15 minit atau sehingga mendidih. Selepas itu, mengkudu yang telah dimasak di atas hotplate ditapis menggunakan corong kaca kertas turas dan kelalang kon untuk mendapatkan hasil ekstrak buah mengkudu. Akhir sekali, ekstrak buah mengkudu tersebut akan dimasak semula di atas hotplate untuk mengekalkan kepekatan ekstrak buah mengkudu dan memastikan 100% ekstrak buah mengkudu. Ekstrak buah mengkudu yang telah siap dimasukkan dalam botol schott disimpan dalam peti sejuk.

3. Keputusan 3.1 Purata berat ikan (g) Gambarajah 2: Purata berat ikan keli untuk 4 minggu Purata berat badan ikan selama 4 minggu ujikaji dijalankan ialah pada minggu pertama D0 mencatatkan purata berat badan ikan yang tertinggi antara D1, D2 dan D3 iaitu dengan jumlah berat sebanyak 0.47cm. Pada minggu kedua, D1 adalah yang paling tinggi dengan jumlah 0.80g diikuti D3, D2 dan seterusnya D0. Pada minggu yang ketiga, catatan paling tinggi sama seperti minggu kedua iaitu D1 dengan catatan seberat 1.23g.manakala D3 kedua tertinggi. D2 ketiga dan yang keempat adalah D0. Minggu terakhir ujikaji dijalankan iaitu minggu keempat D1 masih mencatatkan data paling tinggi berbanding D2, D3 dan D0. D2 dan D3 mencatatkan nilai yang sama dan D0 mencatatkan nilai yang terendah. Jadual 2 menunjukkan purata berat, panjang, kadar kelangsungan hidup dan kadar pengambilan makanan untuk ikan keli yang diberi makanan percubaan selama 4 minggu. Jadual 2: Parameter pembesaran, kadar kelangsungan hidup dan kadar pengambilan makanan untuk ikan keli Afrika yang diberi makanan percubaan selama 4 minggu Label Berat (g) Panjang (cm) Kadar kelangsungan hidup (%) Kadar pengambilan makanan (g) D0 0.69g 4.48cm 100% 67.77g D1 1.10g 4.92cm 99% 68.39g D2 1.03g 4.67cm 100% 73.08g D3 1.05g 4.81cm 97% 72.42g

Peratus % 3.2 Purata panjang ikan (cm) Gambarajah 3: Purata panjang ikan keli untuk 4 minggu Purata ukuran panjang ikan pada minggu pertama yang paling tinggi ialah D3 sepanjang 3.54cm. Seterusnya, D1 sebanyak 3.51cm diikuti 3.52cm iaitu D0 dan terakhir D2 dengan jumlah panjang badan 3.3cm. Pada minggu kedua, D1 mencatatkan jumlah panjang badan yang tertinggi berjumlah 4.62cm. Diikuti D3 dengan jumlah 4.50cm dan D2 sebanyak 4.29cm yang terakhir ialah replikat D0. Pada minggu seterusnya iaitu minggu ketiga, D1 mempunyai panjang yang tertinggi sebanyak 5.35cm manakala D2 dan D3 mempunyai jumlah panjang yang sama sebanyak 5.1cm. Minggu keempat D1 mencatatkan nilai panjang yang tertinggi berbanding D2,D3 dan D0 dengan jumlah 6.20cm. 3.3 Kadar kelangsungan hidup (%) 100 Kadar Kelangsungan Hidup 80 60 40 20 0 D0 D1 D2 D3 Replikat Gambarajah 4: Kadar kelangsungan hidup ikan keli untuk 4 minggu Kadar kelangsungan hidup ikan keli D0 dan D2 sebanyak 100% manakala D1 sebanyak 99% hanya seekor sahaja mati. D3 mencatatkan jumlah peratus yang terendah diantara replikat yang lain sebanyak 97%.

Peratus % 3.4 Kadar pengambilan makanan (g) 100 80 Kadar Pengambilan Makanan (g) 60 40 20 0 D0 D1 D2 D3 Replikat Gambarajah 5: Kadar pengambilan makanan ikan keli untuk 4 minggu Jumlah keseluruhan makanan yang diberi untuk D0 sepanjang empat minggu ialah 67.77g, diikuti oleh pemberian makanan untuk D1 adalah berjumlah 68.39g lebih tinggi daripada jumlah pemberian makanan D0. Seterusnya, jumlah makanan yang diberi untuk D2 adalah 73.08g, diikuti dengan jumlah pemberian makanan D3 adalah 72.42g. Secara keseluruhannya, jumlah pemberian makanan D2 adalah yang paling tinggi, diikuti dengan D3, seterusnya D1 dan jumlah makanan yang paling rendah adalah D0 4. Perbincangan Buah mengkudu boleh dijadikan prebiotik dalam fasa pembesaran benih ikan keli. Khasiat buah mengkudu terhadap ikan keli Afrika ia dapat menjadi ubat untuk penyakit yang disebabkan oleh bakteria seperti Aeromonas hydrophila. Ekstrak buah mengkudu dapat dijadikan sebagai antibiotik untuk mencegah seseuatu penyakit. Antibiotik adalah sebatian kimia yang terhasil daripada pelbagai spesis mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Sebatian kimia ini dapat menghalang pertumbuhan dan seterusnya memusnahkan mikroorganisma yang bersifat patogenik (Ismail & Jaarin 2001). Selain itu, kadar pembesaran ikan dapat ditingkatkan dengan menggunakan ekstrak buah mengkudu dalam diet harian ikan keli Afrika. Menurut, Sarwono (2002), buah mengkudu mengandungi vitamin, protein, mineral, enzim dan asid amino dimana ia dapat membantu dalam pertumbuhan ikan serta dapat membantu memperbaharui tisu pada kulit. Seterusnya, ekstrak buah mengkudu juga dapat mengurangkan kadar kanibalisma pada ikan keli Afrika sekaligus meningkatkan kadar kelangsungan hidup ikan keli. Ekstrak buah mengkudu yang digunakan

dalam diet ikan dapat menyelesaikan masalah kematian benih ikan. Menurut Zin (2002), terdapat beberapa antioksidan yang terkandung dalam buah mengkudu seperti vitamin A dan C, bioflavonoid, karatenoid dan magnesium, dimana antioksidan adalah molekul yang boleh menentang radikal bebas dan melindungi sel-sel normal daripada kerosakan oleh radikal bebas. Selain itu, buah mengkudu juga boleh bertindak sebagai antiseptik. Antiseptik adalah tindak balas kimia yang digunakan untuk membunuh mikroorganisma pada jaringan kulit seperti permukaan kulit. Menurut, Sarwono (2002) menyatakan bahawa terdapat zat yang terkandung dalam buah mengkudu yang bertindak sebagai anti-bakteria iaitu antrakuinon, acubin, asperuloside dan alizarin. Antrakuinon yang terkandung dalam buah mengkudu merupakan salah satu senyawa yang mempunyai sifat antiradang dan antiseptik (Purabaya 2002). Menurut Zin (2002), keputusan analisis aktiviti antioksidn dalam ekstrak mentah buah mengkudu mengikut kaedah ferio thiocyanate (FTC) dan thiobarbituric asid (TBA) menunjukkan bahawa ekstrak buah mengkudu mempunyai antioksidan. 5. Kesimpulan Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa kadar kepekatan ekstrak buah mengkudu sebanyak 5% adalah kadar kepekatan ekstrak yang sesuai sebagai prebiotik dalam memberi kadar pembesaran, kelangsungan hidup yang baik serta mengurangkan kanibalisma dalam penternakan ikan keli Afrika. Penghargaan Penulis berterima kasih kepada Debbson Michael Wong, Fahmi Enjos, Nur Azizah Rosli, Jimasnah Hasan dan Nadhrah Noorham atas usaha yang diberi semasa menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa menjalankan kajian ini. Rujukan Ismail, N.M. & Jaarin, K. (2001). Farmakologi Antibiotik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Javanmardi J, Stushnoff C, Locke E, Vivan-co JM. 2003. Antioxidant Activity and Total Phenolic Content of Iranian Ocimum Accessions. Journal of Agricultural and Food Chemistry 83: 547-550. Johnson, P. (2012). Types of Antibiotics. Dicapai pada Februari 8, 2012. Karjono. 2002. Panduan Praktis Mengoptimalkan Produksi Kebun Mengkudu. Trubus. 392 (33): 2-3.

Katzung, B.G. 1989. Farmakologi Dasar dan Klinik edisi ketiga. Terjemahan Petrus Andrianto. Kedokteran EGC. Jakarta. 658-659, 717. Nelson, S.C. & Elevitch, C.R 2006. Noni: The Complete Guide for Consumers and Growers.Holualoa, Hawaii: 33 Permanent Agriculture Resources. Purbaya, J.R. 2002. Mengenal dan Memanfaatkan Khasiat Buah Mengkudu. Penerbit Pionir Jaya. Bandung. Rukmana, R. 2002, Mengkudu Budi Daya dan Prospek Agribisnis, Kanisius, Yogyakarta. Safalaoh, A.C.L. & Smith, G.A. (2000). Effective Microorganisms (EM) as an Alternative to Antibiotics in Broiler Diets: Effect on Broiler Growth Performance, Sitepu dan josua. 2012. Perbandingan efektifitas Daya Hambat terhadap Staphyllococcus Aureus dari Berbagai Jenis Ekstrak Mengkudu (Morinda CItrofolia Liin) ( In Vitro ), Skripsi, Universitas Sumatera Utara, Medan. Feed Utilisation and Serum Cholesterol. Japan: EM Technologies Inc. Wang MY, West BJ, Jensen CJ, Nowicki D, Su C, Palu AK, Anderson G. 2002. Morinda Citrifolia (noni): A literature review and recent advances in noni research. Acta Pharmacologica Sinica 23: 1127-1141. Zin M, Abdul H, Osman. 2002. Antioxidative Activity of Extracts from Mengkudu (Morinda citrifolia) Root, Fruit, and Leaf. Food Chemistry 78: 227-231.